π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€
14.8K subscribers
1.96K photos
51 videos
529 links
A Motivational, Islamic Dakwah and Inspiring Channel ✨

πŸ“© Book Paid Review Slot with @BesidesNur
Download Telegram
Jangan malu jika terpaksa downgrade hidup.

β€œDowngrade hidup memang susah apatah lagi bila dah terbiasa dengan zon selesa.

Dulu saya pernah diberi nikmat untuk upgrade hidup. Haha.. bukan dari sudut pengalaman. Tapi dari sudut benda.

Saya beli kereta T untuk keselesaan diri dan juga keluarga. Kemudian saya terfikir, instalment saja dah makan banyak expenses.

Saya decide untuk let go kereta tersebut supaya saya dapat save lagi RM1000. Kemudian, saya beli kereta paling murah di pasaran. Kereta tempatan. Downgrade kereta dari sedan ke compact.

Surprisingly, saya rasa saya buat keputusan yang tepat sebab 2 tahun lepas tu, COVID melanda. Income efek teruk juga..

Kalau kereta tu masih ada, masak nak bayar. Silap hari saya tak makan. Haha..

Saya sedar bahawa downgrade life ni tak perlu rasa malu. Sebab bukan mereka yang mengata tu akan bantu bayar instalment pun. Tak guna nampak gah tapi nak bagi family makan pun tersekat-sekat.

Nak jalan ke mana-mana pun teragak-agak sebab fikir nak bayar kereta.

Saya rasa bersyukur atas keputusan yang diambil iaitu downgrade hidup. Dengan downgrade hiduplah saya dapat beri pendidikan yang okay sikit buat anak saya. Kos tadika tak murah di bandar. huhu..

Dengan downgrade kan hiduplah buat saya lebih enjoy life. Banyak saya dapat nikmati keindahan dunia dengan perbanyakkan pengalaman.

Mula-mula tu adalah rasa macam loser. Tapi lagi loser kalau tak dapat beri sehabis baik buat anak dan isteri.

Nasib baik wife saya okay saja untuk saya downgrade hidup. Dia kata, dia dulu orang susah. So tak rasa pelik untuk hidup susah.

Downgrade lifestyle tapi upgrade la skill supaya pendapatan pun naik.

Walaupun pendapatan naik, saya masih kekalkan lifestyle yang sama.

Betul kata sepupu saya, kereta boleh panggil awak daddy ke? Hanya anak saya yang boleh panggil saya daddy.

Ayat tu betul-betul menyentuh hati saya. Masa tu saya belajar mana satu prioriti dalam hidup.

Bukan tak teringin nak kereta baru. Kereta tu tak mahal pun. Bukan kereta mewah. Vios dan City pun dah cukup. Cuma belum lagi masa yang sesuai untuk saya milikinya.

Saya nak settle down dulu semua. Baru fikir pasal kereta. Kereta bukan prioriti. Hanya untuk bergerak dari point A ke point B sajja”.

Sumber : FB Adam Kelvin

@Hati_Remaja
Bab cari kerja ni, kita usaha semampu kita dan serahkan segalanya pada Allah.

Kalau tertakdir untuk kita, maka tidak akan terlepas dari kita. Kalau tertakdir bukan rezeki kita, maka usaha bagaimana sekalipun tetap akan terlepas dari kita.

Tak perlu down sangat kalau tak dapat.

Korang ada pengalaman cari kerja yg nak share dgn orang ?

@Hati_Remaja
Orang lelaki kena ada sifat cari benda ini:

1. Cari duit.
- sentiasa berusaha tambah pendapatan.

2. Cari peluh.
- sentiasa buat sesuatu yang berpeluh, sukan ke bertukang ke berkebun ke apa-apalah.

3. Cari kawan.
- memang kena berkawan. Tak ada kawan, dia jadi boring dan bahaya.

4. Cari benda nak fokus.
- buku ke, sukan ke tengok bola ke mancing ke kereta ke apa ke.

5. Cari keluarga.
- dia kena sentiasa cari mak dia ke keluarga dia ke isteri dia ke anak dia ke.

5 benda ini kalau suami ada, dia sentiasa cari, jaga dia baik-baik okeh!

@Hati_Remaja
Perempuan yang tidak suka ber watson-watson ni, sebenar nya limited edition

@Hati_Remaja
Kena ketagih pasal minat kita. Jangan duk layankan gangguan.

Minat berniaga,
Kena ketagih berniaga.

Buat je apapun. Mulakan ja.
Dah tahu suka berniaga,
Ha keluar rumah cari port.

Paling mudah berjual benda goreng-goreng.
Atau buka stall burger.

Apa sahaja.

Janji buat.

Biar badan kita.
Otak kita,
Jiwa kita,
Sama ikut ketagih nak dapat duit hari-hari.

Barulah kita akan berjumpa dengan benda paling power.

Tak bermula, takkan jumpa.

Kena mula je.

@Hati_Remaja
Kau orang tahu tak kebanyakan taikun, hartawan, billionair, millionaire adalah lelaki alpha.

Depa ni kalau berjalan pun kita rasa aura dia. Dia punya tenang tu lain macam.

Ciri-ciri Lelaki Alpha:

1. Keyakinan Diri:
- Mempunyai keyakinan tinggi dalam diri sendiri tanpa menjadi sombong.
- pendengar yang power. Mereka yakin dalam mendengar dan respon mana perlu ja.

2. Dominan Secara Positif:
- Memimpin tetapi pada masa yang sama mendengar dan menghormati pandangan orang lain.
- waktu dia dah settle mendengar, apabila dia kasi ja buah pandangan dia, semua akan diam dan kagum. Data, info, fakta semua hujung jari dia.

3. Karismatik:
- Memiliki personaliti yang menarik dan dapat mempengaruhi orang lain.
- pemakaian walau simple, cara bercakap, cara duduk, cara berjalan, semua ada gaya tersendiri. Lain weh.

4. Berani:
- Tidak takut mengambil risiko dan keluar dari zon selesa.
- duit bekerja untuk dia bukan dia bekerja untuk duit dah. Tabur ja nak buat itu nak buat ini.

Nak jadi lelaki alpha, mula dengan teknik mendengar. Kalau sembang je tak habis-habis, itu bukan alpha dah, itu alipppp

@Hati_Remaja
Bila ada lelaki tegur aurat wanita, kau kata pervert.

Kalau sesama wanita tegur aurat kau, kau kata β€œpick me girl” pula.

Dari sini kita dapat tahu, yang masalah itu bukan orang lain, tapi hati kau sendiri.

Hati semakin hitam tidak terbuka menerima teguran & nasihat.

@Hati_Remaja
Good morning wahai warga HR sekalian. Pagi ni indah kan dengan hujan lebat turun rahmat πŸ₯°

Btw korang dah breakfast ke tuuu ?

@Hati_Remaja
Buat baik dgn orang bukan sebab niat nak orang happy. Buat baik utk orang bukan sebab niat nak "please others" or jadi "people pleaser."

Buat baik dgn orang sebab kita nak jadi ORANG BAIK.

Jadi ORANG BAIK kerana kita nak ikut Rasulullah SAW, dan kita inginkan keredhaan Allah.

@Hati_Remaja
π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€
Photo
Dalam mana-mana hubungan, akan ada 3 peringkat yang kita lalui:

1. Peringkat pertama - semuanya indah belaka; kataΒ² manis, tiada pertelingkahan dan semuanya berjalan mulus. Pasangan masih segan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar - kelemahan, kekurangan, bad habits, etc. Banyak yang disembunyikan untuk pikat hati pasangan supaya tetap kekal bersamanya.

2. Peringkat kedua - apabila kita mulai mengenali true colour pasangan; kelemahannya, kekurangannya, pertelingkahan berterusan mulai terjadi (peringkat ini adalah yang paling sukar kerana keduanya atau salah-satunya degil tidak mahu menyelesaikan masalah yang ada dan oleh sebab itu keduanya mulai berputus asa - di peringkat ini pasangan mulai merasa bosan dengan pasangan, lebih tertumpu kepada kelemahan pasangan dan mencari kegembiraan di luar - tidak setia, berpisah). Peringkat ini boleh berlanjutan selama berpuluh-puluh tahun; bergantung kepada secepat mana keduanya benar-benar serius melakukan perubahan.

3. Dan akhirnya - peringkat ketiga adalah yang paling indah; apabila pasangan jatuh cinta kembali dan kita melihat kekurangan pasangan kita dengan kasih, kita sudah tahu dan mahir menyelesaikan masalah yang ada tanpa perlu menjerit dan mengeluarkan kataΒ² yang menyakitkan, willing untuk ketepikan ego masing-masing, bila kita mulai belajar untuk benarΒ² mencintai dengan ketulusan & keikhlasan.

---

πŸ’Œ Di peringkat mana hubungan anda sekarang?

Ramai pasangan mulai berputus asa pada peringkat 2. Itu sebabnya bila pasangan memasuki peringkat 2, pasangan akan mulai tertarik kepada pasangan baru kerana merasakan pasangan baru membawanya semula masuk ke dalam peringkat 1 - tanpa menyedari bahawa lama-kelamaan hubungan baru itu juga akan masuk ke peringkat 2 (living in denial).

πŸ’Œ Percayalah, apabila anda sudah berjaya melepasi peringkat 2 dan masuk ke peringkat 3, anda dan pasangan seolah-olah masuk semula ke peringkat 1 tetapi bezanya; hubungan itu semakin matang dan lebih indah. Pesanan saya; apapun ranjau dalam rumahtangga - kuatkan hati dan teguhkan iman untuk lawan apapun cabaran yang datang. Jika anda pernah jatuh, bangkit semula dan become stronger than before. Selagi kedua pasangan punya usaha, kesungguhan dan tindakan untuk mempertahankan perkahwinan, pasti akan berjaya masuk ke peringkat 3. Believe me, something very beautiful waiting for you at stage 3. Sesuatu yang amat indah menanti anda di sana.

πŸ’Œ Bagi kalian yang sudah berjaya masuk ke peringkat 3, tahniah! You've made it. Pastinya perjalanan itu bukan mudah. Be proud of yourself & pastikan anda dan pasangan bersama selamanya hingga maut memisahkan. 🌸🫢🏻

πŸ“Έ Meaningful 24 years together.

Credit Nartiah Sambatan

@Hati_Remaja
Wahai perempuan, nak pesan jauhi lelaki yg:

1. Mula berkasar, panas baran, cepat naik tangan, & caci maki

2. Selalu diminta belanja, pinjam duit & malas kerja

Carilah someone yg buat korang rasa selamat, selesa, dihargai, dihormati, disayangi. Jgn kejar rupa dan harta semata.

@Hati_Remaja
Kalau lah perempuan tahu betapa sakit nya berkhatan, mesti dia tak kan sakitkan hati lelaki πŸ₯Ή

@hati_remaja
Nak tips dan ilmu berkenaan skincare ? Jom ramai ramai join our channel and group support πŸ‘‡

πŸ“₯ Channel : T.me/Tips_SkincarebyHR

πŸ“₯ Group Discussion Skincare : @SkincareHRDiscussion

πŸ“₯ Group Preloved : @PrelovedSkincarebyHR


🀍 Gift Review / Paid Review / Giveaway Collanoration / Campaign accepted @BesidesNur
Dulu healing sebab nak buat upload gambar je, tapi sekarang ni healing sebab nak elak gila

@hati_remaja
Kalau korang rasa hidup korang bosan & meaningless.

Korang cuma perlu stop scrolling social media.

Go do something dengan hidup korang.

Pergi la berlari ke.

Atau pergi kemas bilik ke

Jangan biarkan perasaan tu mencengkam korang.

Ayuh bangkit.

@Hati_Remaja
Ingat lagi zaman sekolah dulu, pakai seluar track yang boleh dengar satu kelas.

Bila jalan je akan dengar seluar bergesel "sikseksiksek" bunyi dia 😭🀣

@Hati_Remaja
Orang yang tak pernah tukar no phone lebih dari 5 tahun ni aku rasa agak impressive. I just know they are secured in their relationships with people, not problematic, stable, tak pernah lupa topup dan disayangi rakan-rakan.

@Hati_Remaja
Maki but make it sopan:

β€œKo bodoh ke?” =
β€œAdakah kebijaksanaan sedang mengejar awak, tetapi awak berlari terlalu laju?”

@Hati_Remaja
Ada 3 tamu yang tak diundang, rezeki, jodoh, kematian.

Semoga rezekimu berkah, jodohmu baik, kematianmu husnul khotimah.
Aamiin.

@Hati_Remaja