𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐑𝐞𝐦𝐚𝐣𝐚 🥀
15K subscribers
1.96K photos
51 videos
527 links
A Motivational, Islamic Dakwah and Inspiring Channel

📩 Book Paid Review Slot with @BesidesNur
Download Telegram
Makin besar, makin banyak benda aku diamkan. Makin aku rasa semua tak penting untuk dibualkan. Tak tahu kenapa, tapi menjadi dewasa tak menyeronokkan.

@Hati_Remaja 🤍
I don't know who needs this reminder tapi you takkan bahagia kalau you tak bersyukur dan tak habis habis bandingkan hidup you dengan orang lain.

Focus on your own life

@Hati_Remaja
Baru dapat info gaji dah masuk pagi tadi. Petang ni dah habis. Sekian info, terima kasih. Account bank kita hanyalah persinggahan untuk wang ringgit. Yang kekal hanyalah cinta kita.

@Hati_Remaja
Hai semua. Korang kat sini ada tak yang MINAT GILA DENGAN WARNA PINK 💖

Kalau ada, buktikan yg mimin tidak keseorangan. Share and kongsikan koleksi korang. Sapa yg paling best, mimin nak kasi hadiah nie

@Hati_Remaja
Apa yang korang akan buat bila berhadapan dengan orang yang

"Dia sorang je betul, orang lain semuanya salah"

@Hati_Remaja
"Jangan dicabar kesabaran orang yang dah lama pendam ni. Sekali dia meletus, mulut semua orang akan automatik terjahit"

@Hati_Remaja
Ya. Kadang kadang sengaja Allah biarkan kita terus terkapai kapai melayari bahtera ujian dunia, agar kita sedar taraf kita cuma sekadar hamba.

Ya. Kadang kadang sengaja Allah hancur dan remukkan hati kita berkali kali. Allah berikan harapan kemudian Allah musnahkan, agar kita dapat belajar bagaimana menjadi hamba yang bersabar.

Banyak perkara dan kejadian yang Allah hantarkan bagi menguji kesabaran kita.

Tidak kira sesakit apa perkara yang kita tempuh,  belajarlah untuk bersabar. Kerana ada ruang pahala yang tersedia di sebalik kesabaran.

Dan percayalah, setiap kesabaran yang kita lalui, akan Allah hadiahkan lorong lorong kebahagiaan di penghujungnya. Jangan khuatir kawan.⚘

@Hati_Remaja
HHAHAHAHAA aku lah tu. Yang gila tu

Konon pinjam duit dulu beli barang shopee. Sekali masuk gaji buat2 lupa ada hutang haritu dlm acc bank lain 🤣

@Hati_Remaja
Kau jangan cakap lebih-lebih. Sebab

• kita tak berada dalam kasut yang sama
• gaji kita juga tak sama
• tanggungan kita juga tak sama

@Hati_Remaja
Simpan pesanan ini baik-baik :

Jangan pernah rasa diri kita baik. Jangan pernah rasa diri kita mulia. Hebat mana pun kita, tinggi mana pun ilmu atau darjat kita, boleh jadi pengakhiran kita nanti jauh lebih hina daripada manusia yang kita duk pandang lekeh dekat dunia ni.

@Hati_Remaja
Orang perempuan ni kalau beli sedozen keronsang pun, minggu depan mesti beli sedozen lagi 😂

@Hati_Remaja
HAHAHAAHA yelah tu. Time laki aku takde kat rumah takdenya datang. Time dia ada lah mulalah abang j&t lah, abang spx lah.

Pastu mula dia tanya "beli ape tuuu" 😂😂😂😂

@Hati_Remaja
Kadang kadang kematangan boleh diukur dengan melihat bagaimana kita bertindak terhadap sesuatu perkara.

Diam tidak semestinya bodoh, lantang tidak semestinya benar, angkuh tidak semestinya bijak.

@Hati_Remaja
Gaji 2k ni nampak je macam sikit, tapi kalau kita kerja dengan ikhlas, jujur dan amanah serious aku cakap gaji 2k tetap sikit

@Hati_Remaja
PESANAN BUAT WANITA

1. Jangan berlebih berkongsi.
Tidak usah menceritakan segalanya tentang kamu, perancangan mu, impian mu, di mana kamu berbelanja, kepada siapa kamu memberi, siapa teman-teman baik mu, sedang usaha untuk apa. Privacy is power.

2. Jangan mudah berkecil hati untuk hal-hal yang remeh temeh.
Jika kamu tidak diundang untuk ke majlis boleh jadi ianya adalah kerana kekangan kewangan tuan rumah. Boleh jadi itu adalah acara tertutup dan hanya untuk keluarga. Boleh jadi juga mereka terlupa. Don't take everything personally. Fikir yang baik-baik selalu.

3. Sesiapa yang suka menyampaikan cerita orang lain kepada mu akan juga suka bercerita tentang kamu kepada orang lain.
Fikir berkali-kali tentang ini. Pilih kawan mu dengan baik.

4. Kekurangan berbicara boleh membunuh sebuah hubungan.

5. Semakin kita tidak terlalu bimbang akan banyak perkara dalam hidup, semakin kita mudah bahagia.

Just go with the flow. Jika ada kita bersyukur, tak ada kita berlapang dada.

Kredit : Dzuriasikim Dzulkefli

@Hati_Remaja
Selain bau bayi dan bau duit. Bau apa lagi yg enak di hidu ?

@Hati_Remaja
What is your skin color.?

🏻 🏼 🏽 🏾 🏿 ⬛️
1 2 3 4 5 6

Me : 5

@Hati_Remaja
Nasib la berangan tu Free. Jom berangan.
Korang nak kaya tahap mana?

i nak kaya tahap beli private jet tapi tak nak bawak. Nak buat rumah & tidur dalam tu.

@Hati_Remaja
Selamat tahun baru! Maafkan salah silap saya pada tahun lepas. Siapa suruh cari pasal

@Hati_Remaja
Semoga tahun baru ini, Allah gantikan semua kesedihan kita dengan hal-hal gembira yang tak pernah kita jangkakan.

Salam Maal Hijrah 1446H.

@Hati_Remaja