Simpanan Emas by C.Z.๐ŸŒฟ
115 subscribers
729 photos
87 videos
2 files
240 links
Berkongsi Info mengapa perlunya kita pelbagaikan bentuk simpanan, antaranya Simpanan Emas P.Gold
Download Telegram
Gais.

Harga emas sekarang meningkat kepada 1950 USD / Oz.

Apakah faktor yang mendorong kenaikan harga emas hari ini?

Jawapannya, situasi di Ukraine yang dilihat semakin teruk.

Tentera Russia dilaporkan telah berjaya menawan loji nuklear Ukraine.

Kemudian, malam ini juga laporan data pekerjaan US akan dikeluarkan. Data ini akan menunjukkan samada ekonomi US semakin kuat atau tidak.

2 news ini akan mempengaruhi harga emas malam nie. Jadi dalam jam 9.00 malam ke atas, kita boleh lihat harga emas boleh turun naik dengan banyak sebab sesi dagangan New York akan dibuka.

Sila pantau dengan senyuman ๐Ÿ˜„

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

2 hari lepas negara Sri Lanka telah mengistiharkan bahawa negara itu telah muflis.

Bayangkan, sebuah negara dengan 22 juta penduduk ini muflis gara-gara hutang yang terlalu tinggi.

Sehingga surat khabar Berita Harian telah mengeluarkan artikel bertajuk โ€œMalaysia perlu mengambil iktibar daripada krisis Sri Lankaโ€

Baca artikel tersebut dibawah๐Ÿ‘‡

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/943308/malaysia-perlu-ambil-iktibar-krisis-sri-lanka

Gais.

Kerajaan boleh datang dan pergi. Namun kita sebagai individu perlu bertanggungjawab menjaga kewangan diri sendiri.

Salah satu kesan terbesar krisis kewangan negara adalah apabila matawangnya boleh jatuh mendadak.

Contohnya Sri Lanka jatuh 38% berbanding USD dalam tempoh sekitar 2 bulan. Jadi kuasa beli duit mereka โ€œhilang dengan banyakโ€ kerana krisis kewangan.

Sebab itu anda perlu simpan sebahagian aset anda dalam bentuk emas fizikal.

Sebab emas sangat membantu ketika berlaku malapetaka seperti ini.

Kita belajar daripada pengalaman orang lain ๐Ÿ’ช

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,
Perkongsian dari Mahaguru Syukor Hashim๐Ÿ‘‡

Saya pernah berjumpa orang yang simpan 1 gram emas sahaja.

Lepas tu dia berhenti.
Lepas tu dia tutup akaun emas.

Mula 1g, penutup pun 1g

Saya juga ada customer yang beli setiap bulan 1 gram sejak tahun 2014.

Saya juga ada customer yang beli emas guna akaun emas GAP sampai dapat 1kg emas fizikal.

Dia suka sebab berjaya genggam 1kg.

Ikut pengalaman saya, orang yang berjaya simpan banyak emas, biasanya dia simpan dengan matlamat.

Sebagai contoh, kalau nak simpan dana untuk pendidikan anak, rasanya bolehlah 1 gram sebulan dan simpan 17 tahun.

Namun kalau nak beli rumah dan tanah, biasanya 1gram sebulan nie tak cukup.

Anda kena simpan lebih.

Kenalpasti matlamat jangka panjang anda dan konsisten simpan.

Bila dah cukup nilainya maka anda boleh jual terus emas tu dan penuhi matlamat anda.

Sebagai contoh, saya pernah tukarkan hampir 80% duit saya ke dalam bentuk emas dan perak. Bertahun-tahun saya amalkan tukar duit jadi emas perak.

Namun bila ada peluang bina rumah secara tunai di Langkawi maka saya jual emas perak saya dan bina rumah. Itulah masa mencairkan emas tersebut.

Emas banyak membantu kehidupan saya ๐Ÿ˜

#NotaEmasSyukorHashim
๐๐„๐‘๐Š๐Ž๐๐†๐’๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Œ๐€๐‡๐€๐†๐”๐‘๐” ๐„๐Œ๐€๐’ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€, ๐“๐”๐€๐ ๐’๐˜๐”๐Š๐Ž๐‘ ๐‡๐€๐’๐‡๐ˆ๐Œ

Gais,

Ada orang tanya saya tentang situasi harga emas yang menurun. Apa nak buat?

Jadi saya nak bagi 3 tips untuk anda.

Ini adalah pengalaman saya dan ibu saya (seorang peminat emas tegar)

Saya melabur emas secara serius sejak tahun 2008 (dah 13 tahun).

Mak saya pula dah beli emas sejak tahun 80an (40 tahun ++ gais). Dengan pengalaman sebegitu lama dengan emas, maka kami boleh berkongsi tips ini dengan anda.

๐Ÿ. ๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š:
Letak dalam minda anda. Emas adalah simpanan @ pelaburan untuk jangka masa panjang. Paling bagus 3 tahun minima. Paling bagus, beli dan pegang selama yang mungkin (anggap emas sebagai harta)

Semakin lama anda memegang emas, maka semakin bagus untuk anda. Waktu saya nak kahwin ) tahun 2001, saya beli emas 916 dengan hanya RM45 segram. Sewaktu serius melabur emas tahun 2008, harga emas 999.9 lebih kurang RM100 segram.

๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ค๐ž๐๐ฎ๐š: ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ง.
Strategi pelaburan emas yang terbaik adalah konsisten membeli.

Strategi paling tak boleh pakai ialah beli emas sekali, lepas tu harap harga emas naik (namun ini adalah benda yang sering saya jumpa). Ini bukan strategi pelaburan. Ini adalah perjudian (gamble)

๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ค๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š: ๐Œ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ž๐ญ
Bila harga turun, anggaplah itu peluang untuk anda beli barang mahal pada harga murah.

Memandangkan emas ialah aset fizikal yang mahal, maka anggaplah anda berpeluang beli benda mahal pada harga diskaun.

Seronok kan?

Dengan kata lain, pelaburan emas boleh jadi mindset game. Jika anda faham game ini maka anda akan menang.

Senang kan?

Boleh klik #NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Bermula jam 8.30 tadi harga emas menjunam turun. Ketika posting ini ditulis, harga emas menjunam sebanyak 27 usd / Oz.

Kenapa harga emas menjunam teruk? Apa sebabnya?

Jawapannya adalah seperti berikut:

Sebentar tadi US telah mengeluarkan satu laporan yang penting iaitu data inflasi.

Index harga pengguna menunjukkan peningkatan inflasi yang tinggi iaitu sebanyak 8.2%

Jadi kadar ini lebih tinggi daripada jangkaan ahli ekonomi.

Ini membayangkan bahawa usaha US Federal Reserve untuk mengekang kadar inflasi dengan menaikkan kadar faedah GAGAL!

Justeru itu, pelabur membayangkan bahawa Federal Reserve akan terus bertindak agresif dengan menaikkan lagi kadar faedah di masa hadapan.

Justeru, bila pelabur beranggapan kadar faedah di masa hadapan akan meningkat dengan agresif, maka harga emas dan saham akan jatuh sekarang.

Ini kerana emas akan hilang daya tarikan kepada pelabur.

Pelabur menjual emas sekarang dan target untuk melabur dalam instrument yang memberikan kadar faedah seperti t-bond, t-bill, t-notes dan juga simpan duit kat dalam bank.

Selagi mana inflasi di US masih tinggi dan fed mahu bertindak agresif menaikkan kadar faedah maka harga emas akan turun, stok market akan turun.

Nota tambahan;

Tapi perlu ingat, sampai bila ia akan bertahan? pasti suatu hari nanti USD turut akan jatuh merudum.

Bagi kita sebagai penyimpan emas, harga emas turun ni adalah *PELUANG* untuk terus menambah simpanan!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Beli emas nie senang.

Tapi percayalahโ€ฆ jika anda nak jual emas semula bukan semudah membeli emas.

Silap haribulan anda boleh rugi banyak. Namun dengan ilmu yang betul, anda boleh elakkan kesilapan sewaktu menjual emas.

Mari saya kongsikan pengalaman jual emas yang pernah saya jumpa.

1. Syarikat tak beli balik emas ๐Ÿฅน.

Fuh! Ini yang paling naya sekali. Ada syarikat yang tahu menjual emas namun tidak menerima kembali jika anda nak jual emas kepada mereka.

Antara variasi kes ini adalah syarikat tersebut ada jual emas digital (akaun simpanan emas digital). Pembeli boleh jual beli emas digital dalam akaun.

Namun apabila pembeli mengeluarkan emas fizikal daripada akaun tersebut, syarikat itu tidak membeli balik emas fizikal tersebut dan meminta pembeli menjualnya kepada kedai emas.

2. Penjual tak beli balik emas jika emas itu calar, goris, bengkok atau pun jika resit belian hilang.

Ada syarikat yang menjual emas dalam sarung plastik (laminated bar contohnya emas LBMA ke) kemudian jika anda buka sarung tersebut maka mereka tidak mahu membeli balik emas tersebut atau pun susut nilai tambahan dikenakan.

Alasan; gold bar tu tak boleh dijual semula kepada pembeli baru.

3. Anda jual emas syarikat A kepada syarikat B. Contoh, beli emas jenama Public Gold tapi pergi jual kat syarikat pembeli emas terpakai atau mana-mana individu yang beli emas terpakai.

Memang dapat harga rendahlah jawabnya.

Silap-silap boleh lari sampai RM20-30 segram. Rugi banyak.

Jadi, sebelum anda beli emas fizikal, apa kata anda buat homework sikit.

Tanya dealer syarikat berkenaan, apakah syarat jual balik emas syarikat anda?

Kalau buka sarung plastik macammana? Kalau tergoris macammana? Kalau resit asal hilang macammana?

Kalau anda tak tanya, besar kemungkinan mereka tak jawab.

Macam Public Gold, mereka beri jaminan belian balik walau calar, goris, bengkok, kemek, resit tak ada. No problem.

Harga sama seperti dalam website.

Peace of mind.

Tips tambahan jika anda nak jual emas.

Sekarang Public Gold menawarkan harga yang tinggi untuk barang kemas 916 yang rosak, buruk, lusuh dan putus.

Public Gold juga membeli jongkong emas jenama lain pada harga tertinggi.

Bandingkan harga pembeli emas terpakai lain dan harga Public Gold.

Jika anda jual kat menara Public Gold maka anda dapat cash on the spot.

Jika jual kat branch Public Gold, anda dapat tunai dalam akaun bank dalam tempoh 1 hari bekerja.

Sekian tips saya ๐Ÿ˜

Kredit #NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Beli emas nie senang.

Tapi percayalahโ€ฆ jika anda nak jual emas semula bukan semudah membeli emas.

Silap haribulan anda boleh rugi banyak. Namun dengan ilmu yang betul, anda boleh elakkan kesilapan sewaktu menjual emas.

Mari saya kongsikan pengalaman jual emas yang pernah saya jumpa.

1. Syarikat tak beli balik emas ๐Ÿฅน.

Fuh! Ini yang paling naya sekali. Ada syarikat yang tahu menjual emas namun tidak menerima kembali jika anda nak jual emas kepada mereka.

Antara variasi kes ini adalah syarikat tersebut ada jual emas digital (akaun simpanan emas digital). Pembeli boleh jual beli emas digital dalam akaun.

Namun apabila pembeli mengeluarkan emas fizikal daripada akaun tersebut, syarikat itu tidak membeli balik emas fizikal tersebut dan meminta pembeli menjualnya kepada kedai emas.

2. Penjual tak beli balik emas jika emas itu calar, goris, bengkok atau pun jika resit belian hilang.

Ada syarikat yang menjual emas dalam sarung plastik (laminated bar contohnya emas LBMA ke) kemudian jika anda buka sarung tersebut maka mereka tidak mahu membeli balik emas tersebut atau pun susut nilai tambahan dikenakan.

Alasan; gold bar tu tak boleh dijual semula kepada pembeli baru.

3. Anda jual emas syarikat A kepada syarikat B. Contoh, beli emas jenama Public Gold tapi pergi jual kat syarikat pembeli emas terpakai atau mana-mana individu yang beli emas terpakai.

Memang dapat harga rendahlah jawabnya.

Silap-silap boleh lari sampai RM20-30 segram. Rugi banyak.

Jadi, sebelum anda beli emas fizikal, apa kata anda buat homework sikit.

Tanya dealer syarikat berkenaan, apakah syarat jual balik emas syarikat anda?

Kalau buka sarung plastik macammana? Kalau tergoris macammana? Kalau resit asal hilang macammana?

Kalau anda tak tanya, besar kemungkinan mereka tak jawab.

Macam Public Gold, mereka beri jaminan belian balik walau calar, goris, bengkok, kemek, resit tak ada. No problem.

Harga sama seperti dalam website.

Peace of mind.

Tips tambahan jika anda nak jual emas.

Sekarang Public Gold menawarkan harga yang tinggi untuk barang kemas 916 yang rosak, buruk, lusuh dan putus.

Public Gold juga membeli jongkong emas jenama lain pada harga tertinggi.

Bandingkan harga pembeli emas terpakai lain dan harga Public Gold.

Jika anda jual kat menara Public Gold maka anda dapat cash on the spot.

Jika jual kat branch Public Gold, anda dapat tunai dalam akaun bank dalam tempoh 1 hari bekerja.

Sekian tips saya ๐Ÿ˜

Kredit #NotaEmasSyukorHashim
Penulis : Tuan Syukor Hashim
Tajuk : Evolusi Dinar Emas Public Gold

Gais,

Saya nak cerita tentang evolusi Dinar Emas Public Gold.

Versi pertama adalah dinar emas 22k local minted pada tahun 2008.

Kemudian Public Gold menggunakan Nadir Metal Refinery (LBMA accredited refinery) untuk mencetak dinar emas 24k pada tahun 2014.

Waktu nie zaman perlaksanaan GST.

Untuk mengelakkan daripada dinar emas kena GST, maka penjual emas pelaburan perlu menggunakan emas yang dicetak oleh kilang yang berstatus LBMA accredited refinery.

Kemudian, kerajaan Malaysia telah bertukar selepas pilihanraya dan kerajaan baharu telah memansuhkan GST.

Jadi Public Gold telah mencetak sendiri dinar emas 24k kerana ia lebih efisyen. Dinar ini boleh dibuka sarungnya (tahun 2020)

Kemudian, pada bulan 5 tahun 2023, Public Gold telah mengeluarkan design terbaru untuk dinar emas iaitu laminated gold dengan design kambing.

Ini kerana Public Gold membuat keputusan untuk follow standard packaging LBMA sebelum ini.

Namun begitu, Datoโ€™ Wira Louis Ng memberikan jaminan Public Gold akan membeli dinar emas ini pada harga yang sama seperti yang tertera di dalam website, walaupun sarungnya dibuka, dinar ini calar dan bengkok.

Ini menjamin ketenangan fikiran untuk kesemua pembeli dinar emas Public Gold ๐Ÿ˜Š

Inilah cerita evolusi Dinar Emas Public Gold.

#NotaEmasSyukorHashim
Emas. Murah ke mahal?

Tahun 2008, sewaktu saya start kenal emas. Harga satu gram emas adalah di bawah RM100 segram.

Seingat saya dalam RM96 segram.

Bila saya tanya mak saya, dia cakap โ€œZaman mak dulu harga emas segram cuma RM30 segramโ€.

Saya cakap โ€œwow.. murahnya harga emas masa tu ye mak?โ€

Tapi mak saya cakap โ€œsebenarnya harga tu mahal, sebab zaman tu gaji cuma beberapa ratus sahajaโ€

Ooooโ€ฆ rupanya harga emas walaupun hanya RM30 segram, jika diukur dengan pendapatan ketika itu, orang zaman tu rasa mahal.

Sewaktu saya start, harga emas dalam RM96, saya rasa mahal.

Kemudian, apabila harga emas RM140 segram pun saya rasa mahal (pada waktu tu).

Sekarang, harga emas semasa adalah RM311 segram (Jun 2023), pun orang cakap harga emas mahal.

Kesimpulan.

Ketika harga emas RM30 segram, orang zaman mak saya cakap mahal.

Sekarang, harga RM311 segram, kita cakap harga emas mahal.

Bila masa emas nie murah ye? Hehehe.. jawapannya takde murah.

Kita akan rasa harga emas โ€œmurahโ€ apabila dia naik tinggi, lepas tu dia jatuh sketโ€ฆ

Mungkin anda dapat murah RM5-RM12 segram berbanding harga kat puncak.

Pendapat saya:

โ€œJika anda beli emas ketika harga di bawah harga puncak, maka itulah masa โ€œharga emas murahโ€ ๐Ÿ˜„

Kredit #NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from PG JEWEL | PG MALL | PUBLIC GOLD (Jonaina Nordin)
Gais.

Satu cara terbaik untuk kumpul emas tanpa sedar adalah menggenakan autodebit.

Sistem akan tolak duit dari akaun bank anda secara automatik setiap bulan. Lepas tu duit tersebut akan diconvert jadi gram emas ikut harga semasa hari pemotongan.

Sedar-sedar gram anda jadi semakin banyak ๐Ÿฅฐ

Kalau anda buat belian manual, mungkin terlupa lahโ€ฆ fikir harga emas tengah tinggi lah. Lepas tu tak jadi tambah gram emas.

Jadi automatikkan aja simpanan emas anda.

Gais.

4 Kelebihan Autodebit GAP

โœ… Tiada istilah terlupa menyimpan. Setting dan ianya pemotongan automatik segram berkala. Minima setahun dan maksima 5 tahun. Boleh ditamatkan bila-bila masa.

โœ… Memudahkan simpanan diri dan anak-anak. Bila sampai tarikh setting, duit akan di tukar kepada emas ke dalam akaun-akaun GAP yang di set kan.

โœ… Sedar-sedar sudah bertambah gram emas. Ia automatik.

โœ… Minima Autodebit RM100 sebulan namun kalau nak join kempen autodebit dan menang emas, anda kena buat autodebit minima RM200 sebulan.

Kempen GAP autodebit oleh Public Gold.

Kempen Autodebit GAP ditawarkan oleh Public Gold luntuk semua pemegang PGCode samada akaun dewasa mahupun akaun Junior

Caranya:

โœ…Buat autodebit minima RM200 sebulan layak cabutan bertuah ini. Set mimina setahun dan boleh set sehingga 5 tahun.

โœ… Anda boleh menang berkali kali asalkan bertuah.

โœ… Hadiah utama 10gram setiap bulan. Bermaksud dalam tempoh 12 bulan sebanyak 12 pemenang utama 10gram dan total 120gram.

โœ… Hadiah ke-2 pula 5gram. Fuhhh masih berbaloi.

โœ… Hadiah ke-3 adalah 1 Dinar. Fuhhh berbaloi juga.

โœ… Hadiah Ke-4 ialah 1/2 Dinar. Masih berbaloi.

โœ… Hadiah Ke-5 adalah 1 gram.

โœ… Hadiah Ke-6 pula 0.5 gram.

โœ… Boleh dikatakan semua hadiah dari pertama hingga ke-20 pun berbaloi.

โœ… Simpan dan menang! Mudah!

Ayuh. Mari simpan emas secara autodebit.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M