Simpanan Emas by C.Z.๐ŸŒฟ
115 subscribers
730 photos
88 videos
2 files
242 links
Berkongsi Info mengapa perlunya kita pelbagaikan bentuk simpanan, antaranya Simpanan Emas P.Gold
Download Telegram
CONTOH SITUASI DIMANA EMAS ADALAH KALIS INFLASI...
ALKISAH KUPON SERINGGIT

Zaman korang ada tak guna kupon hari aktiviti sekolah Ingat lagi zaman sekolah rendah kupon seinggit memang sinomin hari sukan, hari kantin, hari keusahawanan, hari anugerah cemerlang. Best sangat masa tu. Semua jual beli makanan melalui kupon sahaja.

Lagi banyak beli kupon lagi banyaklah berbelanja. Zaman dua puluh tahun lepas semua harga murah. Sosej dua batang baru seringgit. Koteow goreng seringgit, air balang lima puluh sen ja. Semua murahlah pada masa itu. Sekolah generasi Z sekarang masih ada lagi guna kupon macam ni?

Dulu pergi sekolah bawa seringgit dah mewah. Mampu beli nasi dan air balang. Sekarang apa yang dapat dengan nilai RM1? Air balang sajalah kot? Masih ada lagi tak anak-anak yang bawa RM 1 ke sekolah?

Peredaran zaman telah berubah seiring dengan teknologi dan ekonomi. Nasi lemak lima puluh sen dua puluh tahun lepas kini seringgit lima puluh sen. Lima tahun sepuluh tahun ke hadapan boleh bayang berapa harga nasi lemak Ketika itu. Inilah yang dikatakan inflasi kenaikan harga.


Masih tunggu lagi tanpa tindakan simpanan yang kalis inflasi? Silakan. Pilihan di tangan anda. Sejarah membuktikan pada tahun 1997, matawang RM telah jatuh nilai sebanyak 50% dalam tempoh 12 bulan sahaja.

Namun emas? Sejak 1,400 tahun lepas hingga hari ini, 1 keping dinar emas masih kekal membeli seekor kambing. Emas, bukan setakat tidak menjadikan kita miskin tetapi menjadikan kuasa beli kita berkekalan selama beribu-ribu tahun.

Tak mampu menabung emas? Emas hanya untuk orang kaya? Oh tidak lagi. Sekarang dah ada platform GAP boleh menabung serendah RM100 sahaja.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
FORGOTTEN SAVING...1GM 1BULAN
Biasanya "gold saver" (penyimpan emas) ini beli bukan dalam jumlah besar tapi ia secara berterusan (konsisten).

Minima pembelian 1 gram 1 bulan. Kalau harga rendah ianya satu bonus bagi mereka untuk menambah gram dari biasa.

Terus konsisten membeli tanpa hiraukan harga.

Gold saver ini akan beli secara konsisten. Bila beli konsisten dalam pelbagai harga ia akan dapat mengecilkan kos belian yang dipanggil KOS PEMURATAAN.

Seperti contoh tiga kali belian RM170/g, RM180/g dan RM190/g. Maka kos purata keseluruhan belian ialah RM180/g.

Yang lebih Penting Selamat Dari Terguna.

Gold saver ini biasanya mereka tidak akan menunggu harga terbaik untuk buat belian.

Sebab biasanya risiko duit itu habis (bocor) adalah lebih besar berbanding menunggu harga terbaik.

Mungkin nak tunggu harga turun seringgit dua, tapi yang habis lebih besar dari dari beza seringgit dua.

Beli emas untuk tujuan simpanan dilupakan.

Gold saver juga biasanya simpan emas untuk jangkapanjang, bukan untuk dijual dalam masa terdekat (singkat).

Tukar duit jadi emas sebagai alat SIMPANAN UNTUK DILUPAKAN. Jual emas bila betul-betul terdesak bila duit tunai lain dah kehabisan.

Kalau simpan duit tunai, majoritinya susah nak lupakan duit tu. Bila susah nak lupa, maka mudahlah simpanan duit tu diperabiskan.

Apa yang aku dapati sejak tahun 2012 (start simpan emas), emas adalah satu penawar paling mujarab untuk berjaya menyimpan duit, sebab rata-rata daripada kita selalu kalah dengan nafsu berbelanja bila nampak duit banyak.

Fitrah manusia dengan duit sememangnya adalah BELANJA, dan kewujudannya duit kertas adalah untuk dibelanjakan.

Tapi aku sangat yakin, nafsu berbelanja tu akan hilang bila kita simpan emas. Fitrah emas pada manusia adalah cantik dipandang manusia, suka kumpul banyak dan sayang untuk dijual (dibelanja).

Maka dengan adanya fitrah emas pada manusia seperti yang aku sebut tu, makin mudahlah seseorang itu mengumpul kekayaan dengan duit tukarkan jadi emas.


Kredit: Tn Khaja Nazimudeen (Master Dealer PG)
TIMBA ILMU UNTUK SIMPAN EMAS!
TAMBAH ILMU DALAM MENYIMPAN EMAS

Bukan emas yang menjadikan sesiapa kaya, tetapi ilmu. Makaโ€ฆTanpa ilmu, kita akan memiliki banyak ketakutan terutamanya bagi penyimpan emas kategori โ€œnewbiesโ€.

1. Takut Kena Zakat
Perkara ini menduduki ranking pertama kerana kebanyakan masyarakat seolah-olah mengeluh dan takut untuk membayar zakat jika menyimpan emas. Zakat dijadikan penghalang untuk membuat pelaburan dan simpanan emas. Sedangkan zakat adalah ibadah dan rukun Islam ke- 4 yang dapat menyuburkan harta serta meningkatkan rezeki. Sebenarnya, duit dan harta lain-lain termasuk ternakan, tanah, dusun juga kebun juga turut dikenakan zakat bila cukup haul dan nisab.

2. Takut Dirompak dan takut kehilangan
Risiko kehilangan seperti berlaku kecurian dan rompakan menjadi igauan ngeri bagi masyarakat untuk menyimpan emas fizikal. Biarpun belum mulakan simpanan emas, kita sering terbayang perkara-perkara negatif seperti kehilangan emas akibat tersalah letak atau berlakunya kejadian pecah rumah. Cara paling selamat untuk simpan emas adalah dengan menyewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta. Jika memilih untuk simpan di rumah pastikan emas anda disorok pada tempat yang tidak dijangkakan.

Selain itu anda juga boleh buka akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold. Serendah RM100 (0.3g) atau 1 gm adalah sudah boleh simpan di akaun emas GAP tanpa ada upah simpan dan komitmen bulanan. Jangan bimbang, saya boleh bantu anda mendaftarkan akaun emas GAP.

3. Tiada Ilmu Dan Bimbingan Tentang Kepentingan Emas
Majoriti masyarakat di luar sana tidak tahu bagaimana nak memulakan simpanan emas. Tiada ilmu tentang emas pelaburan dan simpanan. Sebaliknya, mereka lebih terarah pada emas perhiasan yang tinggi nilai spread. Malah ramai juga yang tidak tahu hendak membeli emas di mana, berapa bajet untuk unit emas yang hendak dibeli. Kurangnya, ilmu tentang konsep tempoh minimum untuk mendapatkan keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual.

4. Anggap Emas Seperti Saham
Ada yang menganggap emas seperti saham, unit amanah dan sebagai. Mereka beranggapan bila harga emas jatuh pelaburan akan hangus. Sedangkan perkara ini tidak berlaku dan berbeza sekali dengan pelaburan emas. Emas yang kita beli dan pegang sendiri fizikalnya memang tiada risiko selagi kita masih memiliki dan tidak menjualnya.

5. Takut Scammer Emas
Beli emas takut tak dapat emas. Bimbang didalangi scammer emas yang memasang perangkap menipu masyarakat dengan penjualan emas yang tidak wujud sehingga duit hangus dan hilang begitu sahaja. Berbeza di Public Gold, beli emas pasti dapat emas. Itu jaminan Public Gold. Lebih setengah juta pelanggan Public Gold tiada lagi yang membeli emas tidak dapat emas.

6. Takut Emas Sukar Dicairkan Pada Wang
Bimbang jika berlaku kecemasan emas sukar dicairkan pada wang kertas jika perlukan tunai segera. Sebenarnya, sebelum memulakan simpanan emas fizikal, kita mesti mempunyai simpanan tunai sebanyak 3 bulan pendapatan. Emas adalah simpanan jangka panjang untuk tempoh 3 hingga 5 tahun.

Jika mememerlukan wang segera, emas yang dimiliki boleh dijual atau dipajakkan di Arrahnu, koperasi dan institusi kewangan yang lain. Anda boleh mendapatkan wang dengan segera dan berpelung menebus kembali emas dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sebab itu, ilmu penting sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Untuk mendapatkan ilmu kenalah membaca buku, melayar laman web dan blog-blog pelaburan, tengok klip video tentang emas dan kewangan atau menghadiri seminar emas serta berbincang dengan orang yang boleh dipercayai, seperti dealer Public Gold.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di

https://wa.me/60183552133
https://wa.me/60123502452

C.Zahari | PG00428195

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
SIMPAN EMAS DENGAN ILMU, BUKAN IKUT IKUTAN
MELABUR EMAS IKUT-IKUTAN TANPA ILMU
Orang yang membeli emas tanpa ilmu dan hanya ikut-ikutan biasanya tidak konsisten dalam menyimpan emas. Beli sekali selepas itu senyap. Sentiasa berfikiran negatif, resah dan merasa rugi bila harga emas turun naik. Berbeza dengan individu yang bermula dengan ilmu, harga emas naik atau turun mereka sentiasa cool kerana tahu apa tindakan yang perlu dibuat.

Sebenarnya, bukan emas itu membuatkan kita kaya tapi ilmu tentang emas itu yang menjadikan kita kaya dan berjaya. Disenaraikan 5 sebab kenapa penyimpan emas berilmu konsisten menyimpan:

1. Membaca Buku
Membaca buku mempunyai banyak manfaat kerana ia adalah jendela dunia. Bacalah beberapa buku untuk mengetahui asas pelaburan emas yang telah kita buat. Boleh juga melayari laman web dan blog-blog pelaburan emas bagi meningkatkan kefahaman anda berkaitan emas. Cuba hadirkan diri untuk menyertai seminar pelaburan emas yang diadakan oleh pakar tentang emas. Lagi banyak ilmu yang perolehi lagi banyak untung yang boleh kita buat dalam mana-mana pelaburan sekalipun.

2. Harga Emas Naik Dalam Jangka Masa Panjang
Wang kertas atau wang fiat tidak dapat mengekalkan kuasa beli kerana nilainya akan jatuh. Setiap tahun nilainya akan menurun dimakan inflasi. Emas memang ada naik turun dalam jangka masa pendek tapi jangka masa panjang nilainya semakin tinggi. Penyimpan yang berilmu tidak akan melabur kesemua duitnya pada emas. Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan simpanan emas 10% daripada pendapatan. Ataupun membeli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang yang tidak digunakan dalam tempoh masa 2 โ€“ 5 tahun.

3. Kenaikan Harga Barang Selari Dengan Emas
Kadar inflasi di Malaysia naik 4.4% pada Mei 2021. Jika anda ada simpanan sebanyak RM100,000 kuasa beli duit hanya tinggal RM95,600 sahaja. Kita kehilangan RM4,400 kuasa beli akibat inflasi. Harga barang naik, kuasa beli duit menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih untuk dapat barang yang sama. Beza simpan emas kenaikannya selari dengan kenaikan harga barang namun nilai kekayaannya selamat dari dimakan inflasi.

4. Emas Adalah Duit
Jika perlukan duit tunai segera, emas yang kita miliki boleh dipajak atau digadai di Ar-Rahnu dan institusi kewangan yang lain. Stigma mengatakan orang pajak emas seolah-olah terdesak nak pakai duit, kini sudah tidak relevan lagi kerana hanya orang berduit sahaja boleh pajak emas.

5. Emas Pelaburan Yang Tiada Risiko
Emas adalah satu-satunya aset yang nilainya tak akan jatuh kosong seperti pelaburan saham, unit amanah dan sebagainya. Emas adalah aset yang tiada dalam sistem kewangan. Tiada siapa tahu berapa banyak simpanan emas kita. Beza dengan pelaburan lain, jika kita diisytiharkan bankrap semua aset akan dibekukan. Belum pernah orang bankrap sebab simpan emas tapi terlalu banyak orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0183552133

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
Dealer & Customer sekalian.

Jika anda ada masalah dengan order di PGMall, sila chat dengan customer service team mereka di whatsapp ini: +601110509888

Mereka akan selesaikan masalah anda.

Terima kasih!
Simpan Secara Konsisten, hanya 10% sekurang2nya tukar kepada emas... atau dengan RM100 paling minimum. Jadikan rutin bulanan...insyaAllah.
Tunggu Duit Lebih Untuk Melabur Emas?

Ramai orang bertangguh untuk mula melabur emas. Bertangguh adalah โ€˜makanan rujiโ€™ kebanyakan kita. Harga emas turun atau naik kita masih bertangguh.

Jika mengikuti ilmu kewangan Simpanan yang berkesan mesti dipaksa, tak paksa tak jadi. Mindset kena betul. Bila dapat gaji kena paksa diri untuk menyimpan sebahagian duit sebagai simpanan paksa dan lupakan. Kena reward diri dahulu kemudian baharu belanja.

Apa yang kita belanjakan itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya, apa yang kita simpan itu akan menambah kekayaan pada diri sendiri. Jadi bayar diri sendiri dahulu sebelum bayar orang lain.

Nak simpanan bertahan lama, duit mesti ditukar dalam bentuk emas.
Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan kita menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan sebagai dana kecemasan, pelaburan jangka panjang dan perbelanjaan yang penting di masa hadapan.

Oleh itu, anda boleh juga menyimpan 1 gram 1 bulan secara konsisten dalam akaun Emas GAP. Setahun sudah pasti ada 12 gram.
Kalau tunggu duit lebihan hujung bulan baru hendak menyimpan, akhirnya sampai bila-bila kita tak akan menyimpan sebab duit sudah habis dibelanjakan.

C.Zahari | PG00428195
Dealer Aktif Public Gold

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
Soalan : Nak tanya kalau nak beli gold bar yang setongkol (bukan atas kad) minimum berapa gram?

Jawapan :

Paling kecil 5 gram.

Kalau nak dapat harga murah, keluarkan daripada Akaun Emas GAP (www.publicgold.com.my), bukan beli di www.pgmall.my .
EMAS TALI HAYAT TERAKHIR...
TAKUT HARGA EMAS TURUN?

Orang tak kurang ilmu akan panik bila harga emas turun takut nilai emas jatuh dan rasa rugi selepas menabung. Sedangkan harga emas dalam jangka masa pendek memang ada turun naiknya. Mana-mana pelaburan di dunia turun naik harga adalah normal.

Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang sekurang-kurangnya, tiga tahun ke atas. Harga emas confirm naik dalam jangka masa panjang dan jika dibiarkan peram lebih lama, ia lebih menguntungkan. Kita tak akan rugi selagi emas berada di tangan dan tidak dijual. Bila harga jatuh inilah masanya untuk kita tambah pelaburan dengan memborong emas. Harga emas jatuh ada satu bonus.

NAK PANTAU HARGA EMAS?
Jangan buang masa jika kita asyik pantau harga emas turun naik dan tunggu sehingga tidak membuat belian emas maka itu tidak menguntungkan. Sebagai gold saver kita kena fokus pada simpanan.

Hanya dalam dua situasi kita boleh pantau harga emas:
# Masa nak beli emas bila ada duit
# Bila hendak menjual emas setelah capai target

Pembeli emas yang berilmu perlu konsisten membeli emas pada apa saja harga kerana kita boleh mengunakan teknik pemurataan harga untuk rendahkan kos per gram emas yang dibeli. Kelak bila harga emas naik kita dah nampak keuntungnya.

Sebagai contoh, beli 1 gram emas pada harga RM265 dan kemudiannya beli lagi 1 gm RM255, maka harga purata adalah RM260.
Sama ada trend emas naik atau rendah, anda perlu beli emas secara konsisten. Ia akan membantu anda memdapat harga purata yang lebih baik. Inilah strateginya.

BERHENTI MENYIMPAN BILA HARGA TINGGI?
Bila harga emas naik tinggi individu yang tidak berilmu akan sentiasa negatif lalu terus berhenti membeli emas. Mereka merasa rugi bila membeli emas pada harga yang tinggi. Sebaliknya, menunggu agar harga turun kemudian baru hendak membeli. Tapi bila harga turun kita masih bertangguh kerana mengharapkan harga turun lagi sehinggakan duit akhirnya habis dibelanjakan.

Sebenarnya, membeli emas walaupun berbeza harganya tidak menjadi masalah. Untuk mencapai matlamat menyimpan emas kita perlu konsisten membeli sama ada harga tinggi atau rendah. Bila konsisten membeli pada harga berbeza kita dapat buat kos pemurataan.

Contohnya, kita dah buat 5 kali pembelian pada harga yang berbeza, ada harga tinggi dan rendah. Kiraan berdasarkan harga pergram adalah: RM260, RM262, RM258, RM260, RM264

Jumlah kos belian: RM1,304 / 5 kali beli =RM260.8/gram (kos pergram). Kita dapat berjimat bila membeli secara konsisten. Sebagai penyimpan emas harga naik turun bukan ukuran. Yang penting simpanan emas kita sentiasa bertambah.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya.

C.Zahari | PG00438195

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
SIMPANAN EMAS...MENYIMPANLAH DENGAN BERILMU, BUKAN IKUT-IKUTAN..
BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM MASA TERDEKAT?
Tukar kesemua duit simpanan pada emas tanpa ada dana kecemasan dengan harapan untuk mendapat keuntungan dalam masa terdekat adalah satu kesilapan. Diulangi, kesilapan yang besar.

Contohnya, beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam tempoh satu tahun dari sekarang. Ia adalah salah dan akan mengakibatkan kita tersangkut.

Emas yang dibeli pada bulan ini bukan untuk dijual pada bulan depan bagi mendapatkan keuntungan kerana emas adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Emas juga ada susutnilainya, jadi ada perlu memikirkan faktor susutnilai sebelum melabur emas.

Menggunakan wang belanja untuk membeli emas adalah satu kesilapan dan merugikan sekiranya dijual semula emas yang dimiliki sebelum sempat merasai keuntungannya. Emas yang dibeli perlu disimpan sekitar lebih tiga tahun.

Sebenarnya, duit yang nak digunakan dalam masa terdekat perlu ada cash di tangan bagi tujuan perlindungan dan kecemasan bila saat diperlukan tanpa diduga. Sebab itulah pentingnya ilmu dalam cabang emas situ sendiri ya...

Jom mulakan simpanan emas sekarang... Jangan lupa hubungi saya.

C.Zahari | PG00428195
TOP-UP GAP NOW!!!๐Ÿ”ฅ Our New Launch Awal Muharram Public Gold 1g Bullion Bar is ready to withdraw. Top up your GAP now so that you are able to withdraw faster than others before the stock went finish. Withdraw Starts On: Date: 12 October 2021 Time: 10 am onwards Limited Mintage: 30,000 pcs *T&C Apply For more info, visit us at: Website: www.publicgold.com.my Facebook: www.facebook.com/publicgoldinternational Instagram: www.instagram.com/publicgoldinternational/ Telegram: https://t.me/publicgoldofficial001 #publicgold #publicgoldmalaysia #gold #goldbar #newlaunch #awalmuharram

๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ KEPADA SEMUA PEMEGANG AKAUN GAP PUBLIC GOLD..

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK KELUARKAN JONGKONG 1GM, DARIPADA AKAUN GAP MASING-MASING, BERMULA 12 OKT 2021..
๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ
PERBANDINGAN HARGA EMAS 2015 VS 2021