Simpanan Emas by C.Z.🌿
115 subscribers
730 photos
88 videos
2 files
242 links
Berkongsi Info mengapa perlunya kita pelbagaikan bentuk simpanan, antaranya Simpanan Emas P.Gold
Download Telegram
Hari ini adalah hari terakhir bagi bulan May 2023

Bagi
penyimpan emas yang ada matlamat jelas dan konsisten simpan emas minima 1gram 1 bulan, sudah pasti simpanan emas paling kurang ada 5 GRAM dalam simpanan.

Dan bagi yang menyimpan RM100 sebulan, pastinya dah ada minima 1.5g di dalam simpanan.

Tahniah saya ucapkan👏👏👏

Semoga dengan masuknya bulan baru esok hari, kekalkan momentum konsisten simpanan emas anda, lagi anda konsisten semakin bertambah jumlah simpanan.

#TANAM_MATLAMAT_SIMPAN_EMAS
GOLD ACCUMULATION PROGRAM

Simpan Emas secara autodebit lebih mudah kini.

Cikgu Zahari
PG00428195
Dealer Public Gold
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
PROSES-PROSES DALAM MENGHASILKAN 5 DINAR PUBLIC GOLD

Guys, antara proses yang dilalui dalam menghasilkan 5 Dinar Public Gold adalah

i) SMELTING
ii) ROLLING
iii) BLANKING
iv) STAMPING
v) SCALING

Tonton video ni untuk melihat prosesnya..

#videoG100

Kredit: #PGG100Network

C.ZAHARI
PG00428195
Dealer Public Gold
#tips_emas

C.ZAHARI
Dealer Public Gold
PG00428195
Ikhlas daripada:-

CIKGU ZAHARI
PG00428195
Dealer Public Gold

#PGG100Network
Salah satu kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat Public Gold ialah anda boleh membeli emas dan membayar secara EPP.

Apa dia EPP tu?

OK. Sekarang saya nak memberikan penjelasannya.

Pertamanya, EPP stands for Shariah Easy Payment Purchase. Secara ringkasnya, EPP bermaksud nilai belian emas fizikal anda akan dibahagikan dengan 6 bulan (EPP6) atau 10 bulan (EPP10). (FYI, EPP hanya applicable untuk emas fizikal (contoh: dinar dan goldbar) dan tidak untuk emas di akaun GAP.)

Jadi anda lock price hari ini, dan bayar deposit setiap bulan sehinggalah wang dikumpul cukup untuk membeli emas tersebut. Bayaran deposit anda kekal walaupun harga emas itu naik di hari atau bulan berikutnya. Jadi kaedah ini amat bagus bagi siapa nak paksa diri dan disiplinkan diri simpan emas setiap bulan.

Bila harga emas rendah, EPP ini menjadi lagi satu bonus bagi yang pembeli sebab seolah-olah kita beli emas pada masa depan dengan harga hari ini yang lebih rendah!

Setelah habis bayar, anda buat arrangement dengan PG untuk minta PG poskan emas itu ke rumah anda. Jika anda habis bayar awal, maka anda boleh ambil emas tersebut lebih awal.

Keduanya, walaupun anda membuat bayaran bulanan di sini, anda bukan membayar ansurans dalam EPP ini. Instead, anda membayar deposit untuk mengumpul wang untuk membeli emas pada harga yang anda telah lock dengan PG dahulu.

Semoga penjelasan ini membantu anda.

KREDIT: ILMU SIMPANAN EMAS
SALAM MAAL HIJRAH,

Selamat Menyambut 1 Muharram 1445H

Ikhlas:

MOHD ZAHARI BIN ISMAIL
PG00428195
DEALER PUBLIC GOLD
PENGURUSAN KEWANGAN PERLU ILMU

Pengurusan kewangan tanpa ilmu akan hilang macam kelibat bayangan yang bergolek ini. Laju je bergolek. Tahu-tahu hilang.

Begitulah... wang gaji atau untung perniagaan yang tidak diurus dengan baik akan hilang atau bocor
Umpamanya bile gaji dah masuk, kalau takde ilmu pengurusan kewangan yang baik duit gaji akan hilang begitu sahaja. Dia transit kat bank kita je. Masuk gaji hari ni, esoknya dah takde.

Makanya carilah ilmu kewangan sebanyak-banyaknya untuk dimanfaatkan dalam pengurusan kewangan individu, keluarga dan syarikat.
Boleh baca dan dapatkan banyak ilmu dan tips serta pengalaman mentor emas saya Mohd Zulkifli Shafie dalam menguruskan kewangan. Ada 2 buku iaitu Wang Emas dan Misi Bebas Hutang  yang boleh dijadikan panduan.

Cari buku ni dan Bacalah, insyaAllah ada manfaatnya.

Kredit: Posting G100
Kredit Pic: Hafizul Hakim
Emas. Murah ke mahal?

Tahun 2008, sewaktu saya start kenal emas. Harga satu gram emas adalah di bawah RM100 segram.

Seingat saya dalam RM96 segram.

Bila saya tanya mak saya, dia cakap “Zaman mak dulu harga emas segram cuma RM30 segram”.

Saya cakap “wow.. murahnya harga emas masa tu ye mak?”

Tapi mak saya cakap “sebenarnya harga tu mahal, sebab zaman tu gaji cuma beberapa ratus sahaja”

Oooo… rupanya harga emas walaupun hanya RM30 segram, jika diukur dengan pendapatan ketika itu, orang zaman tu rasa mahal.

Sewaktu saya start, harga emas dalam RM96, saya rasa mahal.

Kemudian, apabila harga emas RM140 segram pun saya rasa mahal (pada waktu tu).

Sekarang, harga emas semasa adalah RM311 segram (Jun 2023), pun orang cakap harga emas mahal.

Kesimpulan.

Ketika harga emas RM30 segram, orang zaman mak saya cakap mahal.

Sekarang, harga RM311 segram, kita cakap harga emas mahal.

Bila masa emas nie murah ye? Hehehe.. jawapannya takde murah.

Kita akan rasa harga emas “murah” apabila dia naik tinggi, lepas tu dia jatuh sket…

Mungkin anda dapat murah RM5-RM12 segram berbanding harga kat puncak.

Pendapat saya:

“Jika anda beli emas ketika harga di bawah harga puncak, maka itulah masa “harga emas murah” 😄

Kredit #NotaEmasSyukorHashim
SUSUT NILAI AKA SPREAD

Emas mempunyai perbezaan harga beli vs harga jual. Perbezaan ini di panggil ‘spread’ ataupun 'susut nilai' dalam bahasa pasar.

Spread bergantung kepada budibicara syarikat. Ia tak ada piawaian internasional atau nasional.

Obviously, harga beli (kita beli daripada syarikat) adalah lebih tinggi daripada harga jual (kita jual kepada syarikat). Harga kedua-dua beli dan jual ini naik turun setiap minit – inilah yang dipanggil harga semasa (spot price).

Semua saudagar emas di Malaysia (e.g. Public Gold, Habib, Poh Kong dan Tomei) dan malah di seluruh dunia memang praktis ‘spread’ ini.

Spread PG adalah diantara 6%-9%.

Dan oleh kerana kewujudan spread, maka emas (dan juga logam lain) kurang sesuai untuk digunakan sebagai pelaburan jangka masa pendek kerana besar kemungkinan harganya masih di bawah harga belian jika tempoh pelaburan kurang dari 2 tahun.

Simpan dan melabur dalam emas hanya apabila anda boleh biarkan emas itu kekal selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Malah, lebih lama tempohnya, lebih baik.

Kredit: Ilmu Simpanan Emas

#PGG100Network
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-66

Ikhlas;

C.ZAHARI
PG00428195
Dealer Public Gold
Dibuka setiap hari.

Berita baik untuk semua penyimpan emas Public Gold.

Sekarang branch #MenaraPublicGold dibuka setiap hari.

10:00 pagi - 6:00 petang

Urusan jual balik emas lama pada harga tinggi.
Urusan collect emas fizikal item besar 50 gram & 10 dinar ke atas - kena buat appointment.
Beli barang kemas PG Jewel pelbagai design pada harga kilang.

Yang belum jadi customer #PublicGold, register dulu sebelum datang dengan mana-mana dealer untuk mempercepatkan urusan.
BILA WAKTU TERBAIK MENABUNG EMAS?

Adakah waktu harga emas rendah dan murah?

Tidak sama sekali.. harga yang murah itu selalunya adalah harga yang sudah jadi sejarah pun..

tahun 2015, 1 gram emas adalah RM135.. murah jika kita fikirkan sekarang.. tapi pada tahun 2015 dahulu, ianya tetap dikatakan mahal..

so, waktu terbaik menabung emas adalah waktu kita ada duit.

Kita menabung emas ini janngan ikut harga.. ramai orang tewas bila menabung emas ikut harga..

tewas bagaimana?

tewas dengan emosi..

Asyik tunggu jee harga emas.. tak turun2, last-last duit yang nak digunakan untuk menabung emas terguna tempat lain..

last-last menyesal.. duit habis.. gram emas tak bertambah..

So, ingat pesanan saya.. Kita menabung emas waktu kita ada duit. Itulah the best time dan jika nak menang dalam menabung emas ini.. jawapannya ISTIQAMAH..

Tiap bulan, dapat je gaji, kita alihkan sedikit kepada gram-gram emas..

Ok!!
Masa Terbaik beli emas adalah ketika kita ada duit...

C.ZAHARI
PG00428195
Dealer Public Gold
Malam ini di page fb

https://www.facebook.com/syukorjonaina?mibextid=9R9pXO

Jangan lupa semua.. klik link diatas untuk menonton live di FB
AMARAN KEPADA PENYIMPAN EMAS PUBLIC GOLD!

Jangan beli small bar item seperti 1 gram, ½ Dinar dan 5 gram kalau tuan puan nak cepat untung dengan simpanan/pelaburan emas.

Item2 small bar item seperti ini, kos pembuatannya lebih tinggi.

Jadi ada cara yang lebih baik dan lebih murah untuk tuan puan dapatkan dengan harga yang lebih rendah iaitu tuan puan beli melalui kaedah akaun emas GAP Public Gold.

Bila sudah cukup gram dalam akaun, tuan puan boleh arahkan sistem untuk keluarkan fizikal emas tersebut.

Contohnya satu gram. Bila sudah ada 2 gram dalam akaun, 1 gram pertama tinggalkan baki dalam akaun sebagai deposit, gram kedua sudah boleh keluarkan fizikal.

Ataupun nak keluarkan 5 gram, kumpul sahaja sampai 6 gram dalam akaun, 1 gram pertama tinggalkan baki dalam akaun sebagai deposit dalam akaun. Dan 5 gram lagi boleh keluarkan fizikal.

Jadi itu cara yang lebih murah untuk tuan puan dapatkan small bar item sebegini.

Semoga bermanfaat

PG00428195
C.ZAHARI
DEALER PUBLIC GOLD