๐“‘๐“ฒ๐“ฌ๐“ช๐“ป๐“ช๐“‘๐“พ๐“ต๐“ช๐“ท๐“ž๐“ฏ๐“ฏ๐“ฒ๐“ฌ๐“ฒ๐“ช๐“ตโ€ขโ™ฅ๏ธโœจ
18.1K subscribers
1.44K photos
445 videos
201 links
๐“๐ก๐ž ๐ฆ๐จ๐จ๐ง ๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐๐ฌ ๐ฆ๐ž ๐จ๐Ÿ ๐ฒ๐จ๐ฎ, ๐›๐ž๐œ๐š๐ฎ๐ฌ๐ž ๐ฒ๐จ๐ฎ ๐ฌ๐ก๐ข๐ง๐ž ๐ฌ๐จ ๐›๐ซ๐ข๐ ๐ก๐ญ๐ฅ๐ฒ ๐ž๐ฏ๐ž๐ง ๐ฐ๐ก๐ž๐ง ๐ฒ๐จ๐ฎ'๐ซ๐ž ๐ฌ๐ญ๐ฎ๐œ๐ค ๐ข๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐๐š๐ซ๐ค๐ง๐ž๐ฌ๐ฌโ™ฅ๏ธโœจ

๐Ž๐Ÿ๐Ÿ๐ข๐œ๐ข๐š๐ฅ ๐›๐จ๐ญ: @talkwithAisyaa_bot
Download Telegram
Jika sampai saat ini kau masih ternanti-nanti apakah jawapan di sebalik setiap ujian yang kau hadapi, sedarlah yang Allah sedang meningkatkan tahap sabar kau.

Iya, Allah sedang menjadikan kau seorang yang lebih kuat berbanding dulu.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค52
Buku amalan kita akan disimpan rapi. Tak ada satu muka surat pun yang akan hilang. Bahkan tak ada satu muka surat pun yang akan rosak.

Semuanya lengkap.

Sebab itu dekat dunia ini nak buat apa-apa kena beringat. Fikir juga kesan dia buat setakat dekat dunia, tapi dekat akhirat sana nanti.

Semuanya akan dibentangkan. Setiap satunya akan dipersoal. Baik yang manusia lain nampak kita buat, atau tidak.

Maka, berhati hatilah bertindak. Lebih kena berjaga-jaga kalau nak buat dosa dan salah.

Moga kita selalu bertaubat yaโ€ผ๏ธ

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค47๐Ÿ˜ข16
Untuk kita bersedih atas setiap ujian berat yang kita hadapi, itu lumrah. Kalau sampai perlu menangis, menangislah.

Namun kita kena selalu ingat, ketentuan Allah itu tidak pernah salah. Yang berlaku itulah yang terbaik buat kita saat itu.

Maka jika kita sedih kerana diuji, ingatlah bersedih itu usah berlama-lama. Ambil masa kita sendiri, kemudian bangkit semula.

Jalan dan terus mencari apa hikmah untuk setiap yang Allah takdirkan itu. InsyaAllah kita akan dapat jawapannya.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค62
Just because you donโ€™t see them struggling, doesnโ€™t mean they donโ€™t struggle. Everyone has their own battles.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค63
Still ada orang ke kat sini?
Sorry lama x bersiaran kat sini.

๐Ÿ˜๐Ÿ˜

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
๐Ÿ‘38โค14๐Ÿฅฐ10
Jika kau rasa menangis itu membuatkan kau tenang, buatlah.

Dan itu lebih baik kalau kau bersendiri, menangis dan berbisik dengan Tuhan tentang semua yang kau rasa dalam hati.

Iya, tentang hidup ini dan diri kau sekarang ini.

Menangislah. Merintihlah.

Allah kan dengar semuanya.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค38๐Ÿ‘1
Kadang kadang orang yang banyak senyum dan ceria itu, sebenarnya orang yang pernah melalui satu peristiwa duka dalam hidup dia.

Iya, dia pernah menangis.
Yang tak ada siapa tahu.

Dia juga pernah tinggal seorang diri.
Tapi tetap bangun berhadapan dengan dunia.

Kerana sabar dan tabahnya dia sebelum ini membuatkan hari ini dia mampu membalas setiap senyum manusia lain buat dia.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค46
Sampai satu masa, kau cuma perlu untuk berjalan sendiri. Tanpa ada teman lain di sisi.

Atas segala usaha yang telah kau buat untuk menerima kekurangan dia, tapi dia tetap tidak berubah ke arah yang lebih baik.

Maka kau perlu untuk teruskan berjalan. Maafkan diri kau sendiri. Pergi mengejar cita-cita yang kau impikan.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค41๐Ÿฅฐ1
Allah menciptakan badai ujian bukan untuk menghancurkan diri kalian.

Tapi badai itu datang untuk membersihkan halangan dan rintangan yang mungkin suatu hari nanti mengganggu perjalanan kehidupan kalian.

Maka, pandanglah setiap sesuatu dengan kebaikan ya.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค36๐Ÿ‘8
Buat semua yang sedang diuji, bertahanlah.

Allah tahu semua batas rasa sakit yang kalian mampu untuk tanggung. Semua setakat yang kalian mampu. Tidak lebih.

Iya, Allah sangat tahu. Lebih daripada yang kita tahu.

Nightโœจ

-aisyaa-๐Ÿค
โค28๐Ÿฅฐ17
Percaya atau tidak, memang wujud cinta jenis yang ditakdirkan untuk tidak saling memiliki.

Tapi mereka tetap ada ikatan jiwa yang sangat kuat.

Mereka tahu mereka saling merindui dan memikirkan antara satu sama lain.

Tapi untuk bersama itu bagaikan sesuatu yang mustahil. Akhirnya , mereka memilih untuk merindu sampai akhir hayat.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค49๐Ÿ˜ข15
Perempuan yang dididik keras oleh ayahnya, tidak akan merasa takut pada apapun halangan dan ujian yang datang.

Bukan sebab dia kuat tetapi hati dan mindanya yang telah di ajar sejak awal utk tidak mudah menyerah pd keadaan.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค49๐Ÿ‘1
Jom, jadi perempuan kuat versi Allah , bukan versi dunia.

Diamnya seorang perempuan bukan kerana lemah.

Tapi kerana ada sabar yang tak ingin dipamerkan. Bukan tak punya luka, tapi hatinya memilih utk berdoa. Biarlah Allah yang tahu semuanya.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค76๐Ÿฅฐ8๐Ÿ‘3