๐“‘๐“ฒ๐“ฌ๐“ช๐“ป๐“ช๐“‘๐“พ๐“ต๐“ช๐“ท๐“ž๐“ฏ๐“ฏ๐“ฒ๐“ฌ๐“ฒ๐“ช๐“ตโ€ขโ™ฅ๏ธโœจ
18.1K subscribers
1.44K photos
445 videos
201 links
๐“๐ก๐ž ๐ฆ๐จ๐จ๐ง ๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐๐ฌ ๐ฆ๐ž ๐จ๐Ÿ ๐ฒ๐จ๐ฎ, ๐›๐ž๐œ๐š๐ฎ๐ฌ๐ž ๐ฒ๐จ๐ฎ ๐ฌ๐ก๐ข๐ง๐ž ๐ฌ๐จ ๐›๐ซ๐ข๐ ๐ก๐ญ๐ฅ๐ฒ ๐ž๐ฏ๐ž๐ง ๐ฐ๐ก๐ž๐ง ๐ฒ๐จ๐ฎ'๐ซ๐ž ๐ฌ๐ญ๐ฎ๐œ๐ค ๐ข๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐๐š๐ซ๐ค๐ง๐ž๐ฌ๐ฌโ™ฅ๏ธโœจ

๐Ž๐Ÿ๐Ÿ๐ข๐œ๐ข๐š๐ฅ ๐›๐จ๐ญ: @talkwithAisyaa_bot
Download Telegram
Allah hadirkan kekuatan melalui ujian. Allah tangguhkan sesuatu untuk mendidik sabar. Allah ambil sesuatu untuk mengajar redha. Syukur dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kerana Dia sentiasa aturkan apa yang terbaik untuk kita.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค50๐Ÿ‘7
Percayalah kepada Allah saat setiap apa yang berlaku tidak berjalan seperti apa yang kau harapkan.

Allah memiliki perancangan yang paling baik buat diri kau.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค49๐Ÿ‘3
Bila kita rasa tak dihargai, berlapang dada lah. Mungkin kita kurang bersyukur atas nikmat yang ada.

Allah dah beri 9 daripada 10 perkara yang kita minta. 1 yang tak dapat itu kita rungutkan selalu.

Maka, Allah didik kita dengan tangan orang lain. Kita beria buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai. Buat macam tak ada.

Haa! Nampak?

Supaya kita belajar yang kita pun sebenarnya selalu buat perangai begitu. Tak pandai menghargai.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค34๐Ÿ‘10
Ketika kita merasa sakit dengan lidah orang lain, sebenarnya saat itu juga Tuhan sedang mengajar kita untuk menjaga lidah kita pula terhadap manusia lain.

Supaya kita belajar, tak semestinya hal buruk orang buat ke kita, kita balas buruk juga ke dia.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค68๐Ÿ‘20
Lagi lama kau kenal seseorang, lagi banyak kekurangan yang kau nampak dalam dirinya. Cuma satu je, jangan tinggalkan dia. Dua dua cuba usaha untuk baiki diri dan terima kekurangan masing masing.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค47๐Ÿ‘6
Waktu yang berjalan tak pernah berhenti. Berlalu hari yang baru, kita tinggalkan ribuan hari yang lepas.

Untuk setiap hari baru yang kita temui, akan ada kenangan baru yang kita tinggalkan. Akan ada memori indah yang terpalit dalam ingatan.

Semuanya tidak kekal. Setiap satunya kita lepaskan.

Yang ikut bersama kita cuma harapan. Impian semoga hari yang akan datang jadi hari yang lebih baik dan indah.

Cuma dalam doa.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค24๐Ÿ‘2
Rezeki daripada Allah itu tidak selalu dalam bentuk harta. Tetapi selalu juga dengan hadirnya kawan-kawan yang setia.

Bukan waktu kita berjaya sahaja tetapi saat kita jatuh pun dia selalu ada untuk kita.

Ada atau tidak teman kalian yang begini?

Kalau ada, teruslah bersama mereka ya. Banyakkan doa juga untuk mereka.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค23
Teruslah berdoa tanpa mengalah. Sekali pun doa-doa kamu masih belum terjawab.

Kerana jika kamu tahan bersabar, Allah mampu untuk berikan lebih daripada apa yang kamu minta.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค26๐Ÿ‘5
Ujian tak selamanya tentang derita.

Adakalanya bahagia dan kejayaan yang kita dapat juga merupakan ujian.

Adakah bahagia dan kejayaan itu membawa kita semakin dekat dengan-Nya atau menjadi punca musibah terhebat iaitu kita menentang Dia?

Oh Tuhan, moga dijauhkan.

Maka atas setiap yang berlaku, ingatlah, Tuhan sedang menguji kita. Supaya kita sentiasa dekat dengan Dia.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค21๐Ÿ‘2
Kadang-kadang, apa sahaja kebaikan yang kita lakukan tak selalu dinilai baik oleh orang lain.

Tapi tenang. Allah tak pernah salah menilai hamba-Nya. Setiap satu kebaikan, pasti Allah akan balas dengan ganjaran pahala.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค34๐Ÿ‘3๐Ÿฅฐ1
Ujian itu datang dan pergi. Macam itu juga rezeki. Yang kekal bersama antara ujian dan rezeki itu satu sahaja.

Kasih sayang Allah untuk kita.

Dalam ujian ada kasih sayang.
Dalam rezeki pun ada kasih sayang.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค36
Jika ada ujian yang mendekatkan kamu dengan Allah, itu lebih baik daripada kesenangan yang melalaikan dan menjauhkan kamu dengan Allah.

Maka, andai hari ini kita sedang diuji, kembalilah pada Allah. Teruskan bertaubat. Moga kita tenang dengan kita mengingati Allah.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค42
Kita semua ada kecantikan dan kelebihan sendiri, tapi tak semua orang nampak.

Sebab kadang kita sendiri melihat orang lain untuk mencari yang buruk dan lemah sahaja.

Maka begitulah balasan perhatian orang ke kita.

Apa yang kita selalu beri, itu yang kita akan dapat kan?

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค30๐Ÿ‘2
Forwarded from pfp bot.
๐‘ฐ ๐’“๐’†๐’”๐’•๐’๐’“๐’† ๐’Ž๐’š๐’”๐’†๐’๐’‡ ๐’˜๐’‰๐’†๐’ ๐‘ฐ'๐’Ž ๐’‚๐’๐’๐’๐’† โ”€ ' @doumissmelikeimiss_u
โค10
Dalam hidup ni kalau nak tunggu sempurna baru nak buat, memang tak akan jadi apa-apa.

Nak solat tak perlu tunggu pandai khusyuk baru nak solat. Nak sedekah tak perlu tunggu dah kaya baru nak memberi.

Nak bagi nasihat tak perlu tunggu jadi ustaz ustazah dulu. Nak bagi, bagi je lah.

Mudah-mudahan pesanan yang kita bagi akan jadi nasihat untuk diri kita juga.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค13๐Ÿ‘13๐Ÿฅฐ3
Siapa yang percaya kepada Allah, maka Allah yang akan menjaga hati dia.

Jadi kalau kita nak sangat jadi orang yang paling bahagia, sebenarnya mudah. Percaya sahaja pada Allah.

Bila kita percaya Allah, kita tidak lagi ada ragu-ragu dalam kehidupan. Perasaan ragu-ragu itu yang merosakkan ketenangan.

Asyik sahaja fikir yang bukan-bukan. Sebabnya kerana kita tidak percaya dengan Allah.

Bukankah setiap yang kita dapatkan setiap hari itu yang terbaik daripada Allah?

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค19๐Ÿฅฐ9๐Ÿ‘1
Biasalah ujian itu buat kita kadang-kadang salah sangka dengan Tuhan. Kita rasa Tuhan tak suka dengan kita. Maka kita diuji.

Padahal sebenarnya bukan begitu. Ujian yang datang itu tanda masih ada perhatian Allah buat kita.

Kenapa ujian itu tanda perhatian Allah? Ada sebabnya;

1. Allah nak ampunkan dosa-dosa kita.

2. Allah nak mengangkat darjat kita.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค30๐Ÿ”ฅ2๐Ÿฅฐ1
Semoga bestie saya starlight sentiasa dalam rahmatNya. โ™ฅ๏ธ

Tiber rindu menggamit kenanganโ˜บ๏ธ

-aisyaa-

โ€ขแฅซแญกโ€ข @bicarabulanofficial
โค29