Tun Dr Mahathir Mohamad
227 subscribers
3.83K photos
4 videos
2 files
1.59K links
Everything about Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad
Download Telegram
#chedetofficial : 6. Tak payahlah menyuruh saya buat deklarasi kekayaan saya kerana kononnya Anwar tahu. Dia punyai banyak kotak dokumen yang kononnya penuh maklumat berkenaan kekayaan saya.
#chedetofficial : 7. Di mahkamah tunjuk bukti yang ada pada Anwar akan kekayaan saya.
 
8. Dengan itu pengisytiharan tentang kekayaan saya akan diketahui dunia.
#chedetofficial : 9. Tak perlu saya isytihar lagi.
 
10. Tetapi Anwar juga perlu isytihar.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
8 Mei 2023
#chedetofficial : TANJAK KEMELAYUAN

1. Ramai orang Melayu sekarang memakai tanjak sebagai cara untuk menunjuk ke-Melayuan mereka.

2. Sikap berbangga dengan bangsa memang baik.
#chedetofficial : 3. Alangkah baiknya jika selain tanjak, orang Melayu juga berbangga dengan mengundi dalam pilihan raya bagi calon Melayu yang terbaik supaya Kerajaan yang akan didirikan oleh calon-calon yang menang dapat mendiri Kerajaan yang juga baik.
#chedetofficial : 4. Tidak mengundi atau mengundi kerana sogokan tidak menunjuk ke-Melayuan yang boleh dibanggakan, kerana hasilnya ialah pemerintahan oleh perasuah dan penjenayah.
#chedetofficial : 5. Pakailah tanjak tetapi undilah dan tentukan kemenangan bagi Melayu yang kuat ke-Melayuan mereka dan mampu mendiri Kerajaan yang boleh kita bangga dengannya.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
10 Mei 2023
#chedetofficial : KELUAR GTA
 
1. Berkait kenyataan saya bahawa saya tidak lagi bersama Gerakan Tanah Air, saya ingin jelaskan bahawa keputusan ini kerana saya ingin tumpu kepada Proklamasi Tanah Melayu.
#chedetofficial : 2. Saya merasa bahawa jika saya bergerak di atas landasan parti politik, ada orang Melayu dari parti politik yang lain tidak begitu selesa untuk menyokong proklamasi tersebut.
#chedetofficial : 3. Proklamasi ini bertujuan menyatu orang Melayu melangkaui garis politik.
#chedetofficial : 4. Ini bermakna orang Melayu yang juga ahli UMNO, Parti Keadilan Rakyat dan Amanah serta juga segelintir yang ada di dalam DAP, jika berkongsi kesedaran yang ditimbul oleh Proklamasi ini akan turut menandatanganinya.
#chedetofficial : 5. Apabila orang Melayu dapat bersatu dan bersetuju dengan kesedaran yang ditimbul oleh Proklamasi, maka ia menjadi tanggungjawab setiap parti yang berlandas perjuangan Melayu.
#chedetofficial : 6. Sama ada saya akan bergiat di atas landasan politik selepas ini bukan sesuatu yang perlu saya fikir ketika ini.
#chedetofficial : 7. Yang penting ialah mendapatkan sokongan orang Melayu untuk Proklamasi ini.
#chedetofficial : 8. Jadi tidak timbul saya mengetepi mana-mana parti politik Melayu yang wujud.
#chedetofficial : 9. Orang Melayu akan kehilangan segala-galanya jika kita tidak ada kesedaran dan kesemua parti-parti dan kumpulan-kumpulan yang memperjuang kepentingan orang Melayu tidak bersatu.
#chedetofficial : 10. Oleh itu sokonglah dan tanda tangan Proklamasi ini (https://t.co/DxWDqI2mOL)

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 Mei 2023
#chedetofficial : ISYTIHAR HARTA
1. Datuk Seri Anwar kata dia telah isytihar harta.

2. Saya juga telah isytihar harta beberapa kali semasa jadi Perdana Menteri dan ini juga pengetahuan umum.

3. Saya juga tidak ada masalah isytihar harta kerana tidak ada apa yang perlu saya sorok.
#chedetofficial : 4. Yang jadi masalah ialah Anwar telah beberapa kali tuduh saya salah guna kedudukan semasa saya jadi Perdana Menteri untuk kayakan diri saya dan
keluarga saya.
#chedetofficial : 5. Saya juga dituduh memiliki wang berbilion ringgit, kapal terbang dan kapal. Kononnya semua orang tahu.

6. Saya kata tunjuk bukti saya salah guna kuasa untuk kayakan diri dan keluarga dan kalau tidak saya akan ambil tindakan mahkamah.