Jiwa Tarbawi
3.31K subscribers
4 photos
1 file
71 links
Mendidik Jiwa Tarbawi
Download Telegram
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾ ﴿الفجر: ٢٧-٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas( redha ) lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku 

(Al-Fajr : 27-30)

3. Kedudukan muttaqin ( مقام الممتقين )

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ﴿آل عمران: ١٣٣﴾

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

(Ali 'Imran : 133)

4. Selamat dari neraka dan dimasukkan ke syurga.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿آل عمران: ١٨٥﴾

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Ali ‘Imran : 185)





ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 9


Bila hembusan Rahmat Allah ta’ala dan sentuhan ketakwaan menyirami dan melimpahi jiwa seorang hamba di bulan Ramadhan,


1. Dia mula mahu memperbaiki amalan serta mengintai-ngintai amalan yang boleh ditambah lagi dengan ‘inayah pertolongam Allah ta’ala jua.


أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ، أَخَذَ بِيَدِهِ ، وَقَالَ :(( يَا مُعَاذُ ، وَاللهِ إنِّي لَأُحِبُّكَ )) فَقَالَ : (( أُوصِيْكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ في دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُوْلُ : اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Rasulullah ‎ﷺ menarik tangannya Mu’adz sambil bersabda: Wahai Mu’adz, demi Allah aku mencintaimu. Aku nasihati engkau wahai Mu’adz, jangan sampai engkau tinggalkan di setiap selesai solat untuk membaca doa: Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatika (Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepadaMu, dan bersyukur kepada-Mu dan memperbaiki ibadah kepada-Mu).

 (HR. Abu Daud no.1522)

2. Timbulnya rasa tamak dengan ilmu dan amal kerana jalan untuk ilmu dan amal dilapangkan oleh Allah ta’ala.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ ‎﴿العنكبوت: ٦٩﴾‏

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

(Al ‘Ankabut: 69)

3. Rasa manis ibadah mula terasa kerana mahu meraih cinta Allah ta’ala.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِي وَلِيَّاً فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ. وَمَا تَقَرَّبَ إِلِيَّ عَبْدِيْ بِشَيءٍ أَحَبَّ إِلِيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ. ولايَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِيْ بِهَا. وَلَئِنْ سَأَلَنِيْ لأُعطِيَنَّهُ، وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ

Dari Abi Hurairah  bahwa Nabi ‎ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman: “Barangsiapa yang memusuhi hambaKu maka aku telah mengumumkan perang terhadapnya, dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub kepadaku dengan suatu ibadah yang lebih Aku cintai dari apa yang telah Aku wajibkan baginya, dan hambaKu sentiasa beribadah kepadaKu dengan ibadah-ibadah yang sunat sehingga Aku mencintainya, maka jika Aku mencintainya maka Aku menjadi pendengaran yang dipergunakannya untuk mendengar, menjadi pandangannya yang dipergunakannya untuk melihat, menjadi tangannya yang dipergunakan untuk memegang, dan menjadi kaki yang dipergunakan untuk melangkah, jika dia meminta kepadaKu nescaya Aku menunaikannya dan jika dia berlindung denganKu nescaya Aku pasti melindunginya.”

(HR Bukhari, 6502)


4. Sentiasa menunggu-nunggu waktu beribadah dan bersegera untuk melakukannya.

 وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ‎﴿آل عمران: ١٣٣﴾‏

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

(Ali ’Imran: 133)


5. Jiwanya cenderung dan rasa cinta pada tambahan ilmu.

وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ‎﴿البقرة: ٢٨٢﴾‏

Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

(Al Baqarah: 282)

6. Hatinya mula merasai muraqabah pengawasan Allah ta’ala terhadap dirinya.

قُلْ إِن تُخْفُوا مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ‎﴿آل عمران: ٢٩﴾‏

Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui". Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(Ali ‘Imran: 29)

7. Hatinya tenang dan rasa bahagia.
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh (ibadah), baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (di dunia), dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka (di akhirat) dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”

(An-Nahl: 97)

وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ‎﴿البقرة: ١٩٤﴾‏

Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahwa Allah beserta orang-orang yang bertakwa.

(Al Baqarah: 195)

8. Hidupnya rasa dipermudahkan dalam banyak perkara dan urusannya. Bahkan hilang rasa resah gelisah dan kebimbangan tentang kehidupan.



وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar (dalam semua masalah yang dihadapinya), dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

(At Thalâq: 2-3)

 إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ‎﴿البقرة: ٢٧٧﴾‏

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

(AL Baqarah: 277)

9. Ingatan pada hari kematian semakin kuat sehingga melembutkan hati، lalu bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan dirinya.


فقام رجل من الأنصار، فقال: يا نبي الله، من أكيس الناس وأحزم الناس ؟ فقال : أكثرهم ذكرا للموت، وأشدهم استعدادا للموت قبل نزول الموت، أولئك هم الأكياس ذهبوا بشرف الدنيا وكرامة الآخرة.
(رواه ابن ماجه، والطبراني)

Bangun seorang lelaki Ansar berkata ia : “Wahai Nabi Allah! Siapakah manusia yang paling cerdik dan hebat? “. Sabda Nabi ‎ﷺ : “ Yang paling banyak mengingati mati, dan paling bersungguh bersiap diri untuk kematian sebelum datangnya kematian itu. Merekalah secerdik-cerdik manusia. Mereka pergi dengan kehormatan dunia dan kemuliaan akhirat.”

(HR Ibnu Majah dan Thabarani)


عن ابن عمر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  : ” إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء ” قيل : يا رسول الله وما جلاؤها ؟ قال : ” كثرة ذكر الموت وتلاوة القرآن ”
( رواه البيهقي)

Dari Ibn Umar ia berkata: Rasulullah ‎ﷺ  bersabda:
“ Hati ini berkarat seperti berkaratnya besi jika terkena air. Lalu Baginda ‎ﷺ  ditanya: “Apakah pembersihnya?”Sabda Baginda ‎ﷺ  : “Banyakkan mengingati mati dan membaca Al-Quran.”
(HR Al Baihaqi)
 
أن امرأة شكت إلى عائشة رضي الله عنها قساوة قلبها فقالت لها : أكثري من ذكر الموت يرق قلبك ففعلت ذلك فرق قلبها فجاءت تشكر عائشة رضي الله عنها

Seorang perempuan mengadu kepada 'Aisyah radhiyallahu ‘anha tentang kerasnya hatinya. Kata  'Aisyah padanya : “ Engkau banyakkanlah mengingati mati nescaya lembut hatimu". Maka perempuan itu melakukannya lalu menjadi lembut hatinya dan dia datang menemui 'Aisyah dan berterima kasih padanya.
( petikan dari Kitab Sairus Salikin )


Justeru, perhatikanlah dirimu dan bermuhasabahlah dengan hari-hari Ramadhan yang telah berlalu. Apakah ketakwaan telah menguasai jiwamu?



ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 10

Manusia diuji keimanan dan kepercayaannya tentang pahala dan dosa. Yang kuat keimanannya akan sentiasa kuat berusaha menambah pahala dan menjauhi dosa. Ini disebabkan dia yakin dan percaya pahalalah bekalannya untuk kehidupan akhirat.

Justeru, hidupnya di dunia dicorakkan dengan kehidupan ketaatan dan kebaikan. Inilah yang membahagiakan jiwanya.

Daripada Nawwas bin Sam’an R.A, Nabi ‎ﷺ bersabda:

الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ

“Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia.”

(HR Muslim, 2553)

Imam al-Nawawi dalam menjelaskan hadis di atas berkata:

“Maksud “حَاكَ فِي صَدْرك” ialah menggelisahkan hati, berasa ragu-ragu, tidak membukakan hati, terhasil perasaan syak di dalam hati, serta takut dan khuatir bahawa keadaan dirinya berdosa.”

(Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 8/343)

Dalam hadis yang lain, Nabi ‎ﷺ bersabda:

الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ

“Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu.”

(HR Ahmad, 18006)

Daripada Abi Hurairah R.A, Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ ، فَإِنْ هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ صَقَلَتْ قَلْبَهُ ، وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ فَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ {كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ}.

“Sesungguhnya hamba, apabila melakukan satu kesalahan atau dosa, akan ditulis pada hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa, beristighfar dan bertaubat, nescaya digilap hatinya. Sebaliknya, apabila mengulangi dosa, akan ditambah padanya titik hitam sehingga memenuhi hatinya, maka itulah dipanggil al-raan (الرَّانُ) yang Allah nyatakan: {كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ} Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”

(HR Nasaie, 11594)

Ini bermakna, hati mereka kelam dan bertambah gelapnya dengan sebab dosa yang berterusan sehingga jadilah sukar untuk mendapat cahaya dan petunjuk Ilahi. Akhirnya menjadi sebati dengan maksiat.

Ibn al-Qayyim menyebut: “Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sulit untuk mengenal petunjuk kebenaran.” (Lihat Madarij al-Salikin, 2/292)

Seorang yang tidak taat kepada Allah SWT dan hati mereka telah menjadi keras, maka mereka tidak akan peduli, atau malah berbangga diri ketika melakukan kemungkaran dan dosa.

Itu tandanya, hati telah mati.

(Syekh Ibnu Atha'illah dalam Al Hikam),

من علامات موت القلب عدم الحزن على ما فاتك من الموافقات وترك الندم على ما فعلت من وجود الزلات

"Salah satu tanda matinya hati iaitu jika tidak merasa sedih atau susah kerana ketinggalan melakukan suatu amal perbuatan baik dan kewajiban. Serta tidak menyesal jika telah berbuat dosa atau perbuatan melanggar (syariat).”


Sayugianya bagi seorang Mukmin itu, apabila dia melihat sesuatu perbuatan dosa, maka dia haruslah bersungguh-sungguh menjauhinya. Hal ini sepertimana kata Abdullah ibn Mas’ud R.A:

‎إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ وَقَعَ عَلَى أَنْفِهِ

“Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang fajir (derhaka), dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya.”

(HR Tirmizi, 2497)


Manusia kelihatannya bergembira, suka dan kadang-kadang berpesta dalam maksiat sebenarnya itu lahiriah yang dibuat-buat, tetapi hati mereka sentiasa dalam kesempitan. Inilah hakikat yang sebenar.

Firman Allah SWT:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

(Thaha: 124)


Ibn Kathir berkata: “Siapa yang berpaling dari perintah Allah dan melupai-Nya, maka kehidupannya penuh kesempitan di dunia, tiada ketenangan dan tiada kelapangan pada dadanya. Bahkan dadanya sentiasa merasa sempit dek kerana kesesatannya sekalipun nampak diberi nikmat pada zahir dengan pakaian, makanan, tempat tinggal, tetapi hatinya tetap gundah gulana. “

(Mukhtasar Ibn Kathir, 2/497)

Justeru, sesungguhnya bila Allah ta’ala ta’ala masih memberi peluang dan kesempatan untuk dapat bertemu Ramadhan kali ini, maka bersungguh-sunguhlah untuk mohon keampunan dan bertaubatlah sungguh-sungguh demi kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami di dunia dengan kebaikan dan di akhirat dengan kebaikan. Dan selamatkanlah kami dari azab Neraka.”




ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 11

Ramadhan dan puasa mengajar manusia supaya serius bersiap sedia untuk menghadapi kehidupan akhirat. Kehidupan dunia sudah terlalu memenatkan. Sehingga manusia lupa, lalai, cuai dan abaikan persiapan akhirat.

Sebenarnya, dunia dijadikan untuk ditundukkan menjadi ‘hamba’ manusia sebagai khalifah.

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ‎﴿لقمان: ٢٠﴾‏

Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi

(Luqman: 20)

Namun, yang sering terjadi ialah manusia pula yang menjadi hamba kepada dunia.

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ‎﴿١٦﴾‏ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ‎﴿١٧﴾‏

Tetapi kamu memilih kehidupan duniawi. (16) Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (17)

(Al A’laa : 16-17)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَعَبْدُ الدِّرْهَمِ وَعَبْدُ الْخَمِيصَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ سَخِطَ

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi ﷺ bersabda, "Binasalah hamba dinar, binasalah hamba dirham, binasalah hamba al khomisah (kain tebal dan sutra), jika diberi maka ia redha jika tidak diberi maka ia marah mencela.

(HR Bukhari, 2673)

Justeru, kenalilah dan sedarilah hakikat dunia yang sebenar agar tidak dikaburi matlamat hidup sebenar di akhirat nanti.

Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ فَرَّقَ اللهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ، وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَـهُ ، وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّـتَهُ جَمَعَ اللهُ لَهُ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ غِنَاهُ فِـيْ قَلْبِهِ ، وَأَتَـتْهُ الدُّنْـيَا وَهِـيَ رَاغِمَـةٌ

Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allâh akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di kedua pelupuk matanya, dan ia mendapat dunia menurut apa yang telah ditetapkan baginya. Dan barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allâh Azza wa Jalla akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.

(HR. Ahmad, V/183; Ibnu Mâjah, no. 4105)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

مُحِبُّ الدُّنْيَا لَا يَنْفَكُّ مِنْ ثَلَاثٍ : هَمٌّ لَازِمٌ ، وَتَعَبٌ دَائِمٌ ، وَحَسْرَةٌ لَا تَنْقَضِى.

Pecinta dunia tidak akan terlepas dari tiga hal : kesedihan (kegelisahan) yang terus-menerus; keletihan (kerana mengejar dunia) yang berterusan; dan penyesalan yang tidak pernah berhenti.






ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 12

Memperingati Nuzul Al Quran :
Al Quran dan Puasa.

Firman Allah ta’ala,

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ ‎﴿٢٩﴾‏ لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ ‎﴿٣٠﴾‏ ‎﴿فاطر: ٢٩-٣٠﴾‏

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, (29) agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (30)

(Fathir: 29-30)

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ‎ﷺ bersabda:
 
وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

“Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka ( bertadarus) melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu”.

(HR Muslim, 2699)

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata, bahawa Nabi ‎ﷺ bersabda:
 
الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، يَقُولُ الصِّيَامُ: أَيْ رَبِّ، مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ، وَيَقُولُ الْقُرْآنُ: مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ، قَالَ: فَيُشَفَّعَانِ

“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat buat hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: “Wahai Rab!, Aku telah menahannya daripada makan dan syahwat pada siang hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya. Al-Quran pula berkata: Aku telah menahannya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya. Kemudian, keduanya memberi syafaat (kepada orang yang melakukannya).”

(HR Ahmad,6626 dan al-Thabarani, 88)

Justeru, ambillah peluang dan kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk menjadikan Al Quran dan Puasa sebagai teman pensyafaat di akhirat nanti.



ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 13

Ramadhan dan puasa mengajar dan mendidik ruh, hati dan nafsu.

Ramadhan dipenuhi dengan keberkatan agar,

- Segala dosa diampuni. Lantas hati jadi bersih dari kotoran.

- Pahala kebaikan memenuhi ruang hati. Hati jadi tenang dan lapang.

- Ibadat wajib dan sunat jadi saluran mengaup segala kebaikan dan pahala untuk bekal akhirat. Ruh jadi kuat dan segar.

- Kesempatan untuk merasai sentuhan rahmat Allah ta’ala sehingga terasa pengawasanNya dalam sepanjang hari kehidupan.

Di bulan-bulan lain, ruh dan hati sukar untuk merasa kemanisan dan kelazatan beribadah kerana kecenderungan nafsu sering menghijab. Puasa dapat memecah dan melemahkan keinginan nafsu. Lantas, ruh dan hati dapat memenangi jiwa seorang hamba.

Justeru, laluilah Ramadhan dan puasa dengan cita-cita menjadi seorang hamba Allah yang hakiki, dan bukannya menjadi hamba nafsu, agar kepulanganmu kepadaNya nanti di akhirat disambut dengan kesejahteraan dan keselamatan.

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ ‎﴿٤٥﴾‏ ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ آمِنِينَ ‎﴿٤٦﴾‏ وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَابِلِينَ ‎﴿٤٧﴾‏ لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنْهَا بِمُخْرَجِينَ ‎﴿٤٨﴾‏
‌‎﴿الحجر: ٤٥-٤٨﴾‏

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam surga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir). (45) (Dikatakan kepada mereka): "Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman" (46) Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan. (47) Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya. (48)

(Al Hijr: 45-48)





ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 14

Dalam hidup dunia kini,

Nafsu sering dijadikan sandaran dan neraca nilaian manusia kini dalam menentukan betul atau salah.

Sedangkan nafsu sering mengajak kepada kejahatan dan kebinasan. Bahkan, kebanyakan dosa berpunca dari dorongan dari keinginan nafsu tanpa disedari.

Sabda Ar Rasul ‎ﷺ ,


ثلاث مهلكات: شح مطاع، وهوى متبع، وإعجاب المرء بنفسه
(رواه البزار والطبراني)

Tiga perkara yang membinasakan dan tiga perkara yang menyelamatkan. Adapun tiga perkara yang membinasakan adalah: kebakhilan dan kerakusan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan  membanggakan seorang akan diri sendiri.

(HR Al Bazaar, At Thabarani)


Kecuali bila mana nafsu itu dilindungi oleh rahmat kasih sayang Allah.

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿يوسف: ٥٣﴾

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

(Yusuf: 53)

Nafsu perlu ditentukan betul atau salah kehendaknya oleh nilaian syarak.

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿المؤمنون: ٧١﴾

Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.

(Al Mukminun: 71)

Perjuangan hakiki bermula dengan perjuangan menundukkan nafsu kerana ianya berterusan hingga akhir hayat.

و المجاهد من جاهد نفسه في طاعة الله

“Dan yang disebut dengan
mujahid (orang yang berjuang) adalah orang yang bersungguh-sungguh (menundukkan) nafsunya dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah”

(HR Ahmad)

Syeikh ‘Abdurrahman As-Sa’di rahimahullah menjelaskan hadis ini,

“Mujahid, مجاهد ditafsirkan sebagai orang yang bersungguh-sungguh menundukkan hawa nafsunya dalam ketaatan kepada Allah. Hal ini kerana kecenderungan jiwa adalah malas melakukan kebaikan, cenderung memerintahkan kejahatan, dan mudah mengeluh ketika ada musibah. Oleh kerana itu, diperlukan kesabaran dan kesungguhan dalam komitmen untuk taat kepada Allah, perlu keteguhan dalam ketaatan, perlu bersungguh-sungguh melawan perbuatan maksiat kepada Allah, serta bersungguh-sungguh dalam sabar ketika ditimpa musibah. Yang dimaksud ketaatan di sini adalah melaksanakan perintah, menjauhi perkara yang terlarang, dan sabar menghadapai takdir. Seorang mujahid yang hakiki adalah yang bersungguh-sungguh menunaikan tugas dan kewajibannya”

(Bahjatu Quluubil Abrar, dinukil dari Anwaarul Bayaan fii Durusi Ramadhan).

Beruntunglah mereka yang sentiasa mendidik dan menundukkan nafsunya kepada syariat Allah, tambah lagi serius dan agresif dalam mujahadah di bulan Ramadhan Al Mubarak ini.



ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 15

Nafsu asasnya ada dalam diri setiap manusia. Namun kecenderungan kepada menuruti syahwat itulah yang akan membinasakan.

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ﴿آل عمران: ١٤﴾

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (14)

(Ali ‘Imran: 14)

Syahwat menarik manusia jauh dari jalan ketaatan.

وَاللَّهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَن تَمِيلُوا مَيْلًا عَظِيمًا ‎﴿النساء: ٢٧﴾

Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). (27)

(An Nisa’: 27)

Syahwat menjerumuskan manusia ke lembah kesesatan.

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ‎﴿مريم: ٥٩﴾‏

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, (59)

(Maryam: 59)


Justeru, manusia perlukan rasa takut (khauf) kepada Allah, dan berusaha bermujahadah untuk mengekang dan menahan nafsunya dari menuruti kecenderungan syahwatnya.

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ﴿٤٠﴾فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ﴿٤١﴾‏ ‎﴿النازعات: ٤٠-٤١﴾

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, (40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya). (41)

(An Nazi’at: 40-41)



Ambillah keberkatan Ramadhan untuk mendidik hatimu agar tumbuh rasa takut pada Allah ta’ala agar nafsumu akan tunduk mentaatiNya.





ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 16


Di antara nikmat yang dirasai oleh ahli syurga:

1. Perasaan gembira, sudah tidak ada lagi rasa takut bimbang dan kesedihan

فَرِحِينَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِٱلَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا۟ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٧٠﴾

Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

(Ali Imran : 170)

2. Tiada lagi apa-apa yang menyebabkan kesedihan, kepenatan dan kelesuan.

وَقَالُوا۟ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَذْهَبَ عَنَّا ٱلْحَزَنَ ۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ ﴿٣٤﴾ ٱلَّذِىٓ أَحَلَّنَا دَارَ ٱلْمُقَامَةِ مِن فَضْلِهِۦ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ ﴿٣٥﴾

Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampum lagi Maha Mensyukuri.(34) Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu".(35)

(Fathir : 34 - 35)

3. Hilangnya perasaan kedengkian dan dendam kesumat

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ ۖ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّـهُ ۖلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ ۖ وَنُودُوا أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿٤٣﴾

Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan".

(Al A'raaf : 43)

4. Sejahtera hati.

ٱدْخُلُوهَا بِسَلَـٰمٍ ءَامِنِينَ ﴿٤٦﴾ وَنَزَعْنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَ‌ٰنًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَـٰبِلِينَ﴿٤٧﴾ لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنْهَا بِمُخْرَجِينَ ﴿٤٨﴾

(Dikatakan kepada mereka): "Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman"
(46) Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.(47) Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya.

(Al Hijr : 46-48)

5. Bahkan ahli syurga juga tidak akan merasai mengantuk dan tidor kerana keletihan, atau sebab yang lain.

فقد أخرج البزار والطبراني في الأوسط وابن مردويه والبيهقي في "البعث" بسند صحيح كما قال السيوطي عن جابر رضي الله عنه قال: قيل: يا رسول الله أينام أهل الجنة؟ قال: لا النوم أخو الموت، وأهل الجنة لا يموتون ولا ينامون.

Diriwayatkan oleh Al Bazzar dan At Thabarani ( Al Aswath ), dan Ibnu Mardawih dan Al Baihaqi ( Al Ba'ts ) dengan sanad yang sahih sebagaimana yang disebut oleh As Sayuthi daripada Jabir RA berkata:

Ditanyai ( oleh seseorang ) :
" Wahai Rasul Allah adakah ahli syurga itu tidor? ". Rasulullah ‎ﷺ menjawab : " Tidak. Tidor itu saudara kematian, dan ahli syurga itu tidak akan mati dan tidak tidor ".

Kerinduan kepada syurga bila tiada lagi permusuhan dalam hati ahlinya. Ketika dicabut ahli syurga dari hati mereka segala perasaan kedengkian dan dendam kesumat.

Subhanallah.

Oleh itulah, sejak di dunia lagi bakal-bakal ahli syurga telah berdoa untuk hari yang ditunggu-tunggu itu.

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿١٠﴾
Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".

(Al Hasyr : 10)


Justeru, ambillah peluang Ramadhan ini untuk mengejar syurga itu. Semoga kita termasuk di dalam senarai golongan yang dibebaskan dari neraka Allah di bulan Ramadhan ini, dan menghirup haruman bau hembusan bayu syurga.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ

Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

" Pada malam pertama bulan Ramadhan syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintu yang terbuka dan pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintu yang tertutup, serta seorang penyeru menyeru, wahai yang mengharapkan kebaikan bersegeralah (kepada ketaatan), wahai yang mengharapkan keburukan/maksiat berhentilah, Allah memiliki hamba-hamba yang bebas selamat dari api neraka pada setiap malam di bulan Ramadlan. "

(HR Tirmizi 618)

Munajat kami hambaMu Ya Allah!

اللهم إنا نسألك رضاك والجنةونعوذبك من سخطك والنار

Ya Allah! Kami memohon keredhaanMu dan syurgaMu dan kami berlindung dengan rahmat kash sayangMu dari kemurkaan dan nerakaMu.

اللهم إنا نسألك الجنة وما يُقرّبُنا إليها
من قول وعمل ونية وإعتقاد ونعوذبك من النار وما يُقرّبُنا إليها من قول وعمل ونية وإعتقاد.

Ya Allah! kami pohon syurga dan segala apa yang mendekatkan kami kepadanya daripada perkataan, amalan, niat dan pegangan hati. Dan kami berlindung dengan rahmat kasih sayangMu dar neraka dan segala apa yang mendekatkan kami kepadanya daripada perkataan, amalan, niat dan pegangan hati.

Amin Ya Rabb!




ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 17

Ada tujuh kemuliaan lailatul qadar :

1- Lailatul Qadar adalah waktu diturunkannya Al Qur’an

Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan:

“Allah menurunkan Al Qur’an secara sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al Qur’an kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam- tersebut secara terpisah sesuai dengan kejadian-kejadian yang terjadi selama 23 tahun.”

(Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim )

2- Lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan

Allah Ta’ala berfirman:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.”

(Al Qadar: 3)

An Nakha'i mengatakan:

“Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.”

Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahwa yang dimaksud dengan lebih baik dari seribu bulan adalah salat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari salat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar.

3- Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan.

Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.

(Ad Dukhan : 3)

Malam penuh keberkatan ini adalah malam ‘lailatul qadar’ .

4- Malaikat dan juga Ar Ruuh -iaitu malaikat Jibril- turun pada Lailatul Qadar.

Keistimewaan Lailatul Qadar ditunjukki dengan turunnya malaikat.

Allah Ta’ala berfirman:

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا

Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril.

(Al Qadar: 4)

Banyak malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar karena banyaknya keberkatan pada malam tersebut. Turunnya malaikat menandakan turunnya keberkatan dan rahmat. Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al Qur’an, mereka akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir iaitu majlis ilmu. Dan malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka.

Malaikat Jibril disebut “Ar Ruuh” dan istimewa dalam ayat itu kerana menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.

5- Lailatul Qadar disifati dengan ‘salaam’

Yang dimaksud ‘salaam’ dalam ayat:

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar

(Al Qadr: 5)

iaitu malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut baik berbuat jahat atau mengganggu yang lain.

6- Lailatul Qadar adalah malam dicatatnya takdir tahunan

Allah Ta’ala berfirman:

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah

(Ad Dukhan: 4)

Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahwa pada Lailatul Qadar akan diperincikan di Luh Mahfuz mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal dan rezki. Dan juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun.

7- Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampuni oleh Allah

Dari Abu Hurairah, dari Nabi ‎ﷺ bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa melaksanakan salat pada malam lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.

(HR. Bukhari, 1901)

Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan bahwa yang dimaksud ‘إيمانا’ (kerana keimanan) adalah membenarkan janji Allah yaitu pahala yang diberikan (bagi orang yang menghidupkan malam tersebut).

Sedangkan ‘احتسابا’ bermakna mengharap pahala (dari sisi Allah), bukan kerana mengharap lainnya iaitu contohnya berbuat riya’ untuk mendapat pujian manusia.


Justeru, jadikanlah 10 malam terakhir ini adalah lailatul qadar bagimu. Nescaya, engkau akan dianugerahi oleh Allah ta’ala akan lailatul qadar.


ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 18

Manusia jadi sombong, angkuh, takabbur banyak sebabnya,
di antaranya ialah:

1. Rupa kejadian ( kecantikan, ketampanan, imej dan keterampilan ) . Ini akibat mewarisi sikap dan perangai Iblis laknatullah 'alaih...

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ ﴿١٢﴾

Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".

Al A'raaf : 12

2. Ilmu dan pengetahuan

Sebagaimana pernyataan sombong Qarun yang dirakam Allah dalam Al Quran,

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي ۚ(٧٨)

Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku".

Al Qasas : 78

قال ابن القيم رحمه الله :
"التفاخر بالعلم أسوأ حالاً عند الله من التفاخر بالمال والجاه ...!!"
[عدة الصابرين : (صـ197)]

Berkata Ibnu Qoyyim rahimahulloh ta'aala:
" Berbangga- bangga dengan ilmu adalah keadaan yang paling jelek disisi Alloh dari pada berbangga- bangga dengan harta dan kedudukan...!!

('Iddatush Shobirin : 197 )

Al Imam Adz Dzahabi rahimahullah berkata, “Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri di hadapan manusia dengan ilmunya, merasa dirinya besar dengan kemuliaan yang dia miliki. Bagi orang tersebut tidak bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Barangsiapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan menimbulkan hati yang khusyuk serta jiwa yang tenang. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak bosan untuk terus memperhatikannya, bahkan setiap saat dia selalu bermuhasabah dan meluruskannya. Apabila dia lalai dari hal itu, dia akan menyimpang dari jalan yang lurus dan akan binasa. Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk membanggakan diri dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lainnya serta membodoh-bodohkan dan merendahkan mereka, maka hal ini merupakan kesombongan yang paling besar. Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar zarrah (biji sawi). Laa haula wa laa quwwata illaa billah.”

(Al Kabaa’ir ma’a Syarh li Ibni al ‘Utsaimin hal. 75-76, cet. Daarul Kutub ‘Ilmiyah.)

3. Ibadat dan amalan

قال ابن عطاء الله السكندري (رحمه الله)
رب معصية اورثت ذلاً وانكساراً خير من طاعة اورثت عزاً واستكباراً.

Ibnu Athaillah Al Iskandari Rahimahullahu ta'ala berkata :

“ Kadangkala perbuatan dosa yang melahirkan perasaan hina dan kerendahan hati itu lebih baik ( kesannya pada individu - pent ), dari ketaatan yang melahirkan rasa mulia dan kesombongan.”

( Kitab Al Hikam )

وقال الإمام ابن القيم:

إنك إن تبيت نائماً وتصبح نادماً؛ خير من أن تبيت قائماً وتصبح معجباً، فإن المعجب لا يصعد له عمل.

Ibnul Qayyim berkata:

"Sungguh jika kamu tidur di malam hari dan berpagi hari dalam keadaan menyesal (kerana tidak qiyamul lail), itu jauh lebih baik daripada kamu bermalam lalu bangun untuk melaksanakan qiyamul lail namun berpagi hari dalam keadaan berbangga diri. Kerana sesungguhnya orang yang ujub amalnya tidak diangkat (tidak diterima) atasnya."

(Madarijus Salikin 1/177)

4. Harta dan pengikut

Allah ta’ala banyak memberi contoh dalam Al Quran individu dan kaum yang sombong supaya dijadikan sempadan,

وَكَانَ لَهُ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَاحِبِهِ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَنَا أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا ﴿٣٤﴾

dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika bercakap-cakap dengan dia: "Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat"

Al Kahfi : 34

فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۖ (١٥)

Adapun kaum 'Aad maka mereka menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benar dan berkata: "Siapakah yang lebih besar kekuatannya dari kami?"

Fussilat :15

4. Pangkat, kedudukan dan kekuasaan

وَاسْتَكْبَرَ هُوَ وَجُنُودُهُ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ إِلَيْنَا لَا يُرْجَعُونَ ﴿٣٩﴾
dan berlaku angkuhlah Fir'aun dan bala tentaranya di bumi (Mesir) tanpa alasan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.

Al Qasas : 39

5. Nasab dan keturunan

Sedangkan berbangga-bangga dengan keturunan itu termasuk perilaku jahiliyah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ أَذْهَبَ عَنْكُمْ عُبِّيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ وَفَخْرَهَا بِالْآبَاءِ مُؤْمِنٌ تَقِيٌّ وَفَاجِرٌ شَقِيٌّ أَنْتُمْ بَنُو آدَمَ وَآدَمُ مِنْ تُرَابٍ لَيَدَعَنَّ رِجَالٌ فَخْرَهُمْ بِأَقْوَامٍ إِنَّمَا هُمْ فَحْمٌ مِنْ فَحْمِ جَهَنَّمَ أَوْ لَيَكُونُنَّ أَهْوَنَ عَلَى اللَّهِ مِنْ الْجِعْلَانِ الَّتِي تَدْفَعُ بِأَنْفِهَا النَّتِنَ

Daripada Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menghilangkan dari kalian kesombongan ala Jahilliyah dan kebanggaan kalian dengan nenek moyang. (Yang ada adalah) orang beriman yang bertakwa dan orang yang jahat yang sengsara. Kalian adalah anak cucu Adam, dan Adam tercipta dari tanah. Maka, hendaklah orang-orang meninggalkan kebanggaan mereka terhadap kaumnya; sebab mereka hanya (akan) menjadi arang jahannam, atau di sisi Allah mereka akan menjadi lebih hina dari serangga yang mendorong kotoran dengan hidungnya."

HR Abu Daud

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا أَبَانُ بْنُ يَزِيدَ ح و حَدَّثَنِي إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ وَاللَّفْظُ لَهُ أَخْبَرَنَا حَبَّانُ بْنُ هِلَالٍ حَدَّثَنَا أَبَانُ حَدَّثَنَا يَحْيَى أَنَّ زَيْدًا حَدَّثَهُ أَنَّ أَبَا سَلَّامٍ حَدَّثَهُ أَنَّ أَبَا مَالِكٍ الْأَشْعَرِيَّ حَدَّثَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرْبَعٌ فِي أُمَّتِي مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لَا يَتْرُكُونَهُنَّ الْفَخْرُ فِي الْأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِي الْأَنْسَابِ وَالْاسْتِسْقَاءُ بِالنُّجُومِ وَالنِّيَاحَةُ وَقَالَ النَّائِحَةُ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ مَوْتِهَا تُقَامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَانٍ وَدِرْعٌ مِنْ جَرَبٍ

"Ada empat perkara yang masih ada pada umatku yang termasuk perilaku Jahiliyah yang tidak akan mereka tinggalkan, yaitu membanggakan nenek moyang, mencela kerabat, meminta hujan dengan bintang dan meratapi kematian. Dan baginda bersabda: Orang yang meratapi mayyit, jika ia belum bertaubat sebelum ajalnya tiba maka pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dengan memakai baju panjang yang berwarna hitam dan memakai perisai dari pedang yang sudah karatan.."

HR Muslim


وقال: {كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ} [غافر: 35]

Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang.

Ghafir :35



Justeru, perhalusilah hati agar jangan ada kesombongan, keangkuhan dan takabbur dalam dirimu. Belajarlah merendahkan keegoan diri di bulan Ramadhan ini. Semoga keberkatan yang dicurah di dalam Ramadhan dapat menyulam kerendahan diri dalam dirimu.



ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 19


Kerana ada nafsulah, manusia berkeinginan untuk melihat dengan matanya, mendengar dengan telinganya, mencium dengan hidungnya, berbicara dengan lidahnya, memegang dan menyentuh dengan tangannya, berjalan dengan kakinya, juga merasa kesedapan makan dan minum dengan perutnya.

Kerana bernafsulah juga, hati manusia dikuasai oleh berbagai keinginan syahwat sehingga munculnya berbagai penyakit-penyakit syahwat di dalam hati seperti angkuh takabbur, hasad dengki, riya', 'ujub, bakhil, gilakan dunia, pangkat kedudukan, harta, malas, lemah, rendah himmah, lalai ghaflah, cuai taqsir, ghurur tertipu dengan dunia, kendur futur jiwa, ...

Kebanyakan dosa dan maksiat juga berpunca daripada menurut kehendak dan keinginan nafsu. Bahkan manusia sering kembali tercebur kepada dosa dan maksiat juga adalah kerana angkara nafsu, biar pun sering melafazkan " sudah bertaubat".

Nafsu tidak akan pernah berhenti, daripada cenderung kepada kejahatan kecuali yang mendapat rahmat kasih sayang Allah ta’ala.

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚإِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٥٣﴾

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

(Yusuf : 53)

Alangkah beruntungnya hamba yang dapat menahan, menundukkan dan mengasuh nafsunya.

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,(40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).(41)

(An Nazi'at : 40-41)

Sehinggalah tatkala ia dipanggil oleh Allah 'azza wa jalla sebagai nafsu yang tenang tenteram.

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Hei jiwa yang tenang(27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas ridha lagi diridhai-Nya.(28) Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,(29) masuklah ke dalam surga-Ku.(30)

(Al Fajr : 27-30)


Justeru, teruskanlah mujahadah dengan gigih di bulan Ramadhan ini, kerana biarpun syaitan dibelenggu, namun nafsu yang merupakan rakan syubhat dan tunggangannya masih berkuasa dalam diri kita. Mohonlah sungguh-sungguh padaNya agar Ia bersihkan hati dari karat dosa dan kotoran syahwat.




ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 20

Tiada siapa tahu pengakhiran hidupnya sendiri, tambah lagi pengakhiran hidup orang lain.


عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ : إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا
[رواه البخاري ومسلم]

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata : Rasulullah ‎ﷺ menyampaikan kepada kami dan Baginda adalah orang yang benar dan dibenarkan : “Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitis mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara : menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi Allah yang tidak ada Ilah selain-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Perhitungan hidup seseorang hamba itu akan dinilai pada pengakhiran hidupnya.

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِىِّ قَالَ نَظَرَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِلَى رَجُلٍ يُقَاتِلُ الْمُشْرِكِينَ ، وَكَانَ مِنْ أَعْظَمِ الْمُسْلِمِينَ غَنَاءً عَنْهُمْ فَقَالَ « مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا » . فَتَبِعَهُ رَجُلٌ فَلَمْ يَزَلْ عَلَى ذَلِكَ حَتَّى جُرِحَ ، فَاسْتَعْجَلَ الْمَوْتَ . فَقَالَ بِذُبَابَةِ سَيْفِهِ ، فَوَضَعَهُ بَيْنَ ثَدْيَيْهِ ، فَتَحَامَلَ عَلَيْهِ ، حَتَّى خَرَجَ مِنْ بَيْنِ كَتِفَيْهِ . فَقَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « إِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ فِيمَا يَرَى النَّاسُ عَمَلَ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَإِنَّهُ لَمِنْ أَهْلِ النَّارِ ، وَيَعْمَلُ فِيمَا يَرَى النَّاسُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِ وَهْوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِخَوَاتِيمِهَا »

Sahl bin Sa’ad As-Sa’idi berkata bahwa Nabi ‎ﷺ pernah melihat ada yang membunuh orang-orang musyrik dan ia merupakan salah seorang pahlawan muslimin yang gagah berani. Namun anehnya Baginda malah berkata, “Siapa yang ingin melihat seorang penduduk neraka, silakan lihat orang ini.” Maka seseorang mengikutinya, dan terus ia mengikuti hingga pahlawan tadi terluka dan ia sendiri ingin segera mati (tak kuat menahan sakit, pen.). Lalu serta merta, ia ambil hujung pedangnya dan ia letakkan di dadanya, lantas ia hunjamkan hingga menembus di antara kedua lengannya.

Selanjutnya Nabi ‎ﷺ bersabda, “Sungguh ada seorang hamba yang menurut pandangan orang banyak mengamalkan amalan penghuni syurga, namun berakhir menjadi penghuni neraka. Sebaliknya ada seorang hamba yang menurut pandangan orang melakukan amalan-amalan penduduk neraka, namun berakhir dengan menjadi penghuni syurga. Sungguh amalan itu dilihat dari akhirnya.”

(HR. Bukhari, 6493)

Dalam riwayat lain disebutkan,
وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.”

(HR. Bukhari, no. 6607)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

لاَ عَلَيْكُمْ أَنْ لاَ تُعْجَبُوا بِأَحَدٍ حَتَّى تَنْظُرُوا بِمَ يُخْتَمُ لَهُ فَإِنَّ الْعَامِلَ يَعْمَلُ زَمَاناً مِنْ عُمْرِهِ أَوْ بُرْهَةً مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ صَالِحٍ لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلاً سَيِّئاً وَإِنَّ الْعَبْدَ لِيَعْمَلُ الْبُرْهَةَ مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ سَيِّئٍ لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ النَّارَ ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلاً صَالِحاً وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْراً اسْتَعْمَلَهُ قَبْلَ مَوْتِهِ ». قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ « يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ.
(رواه أحمد )

“Janganlah kami kagum dengan amalan seseorang sampai kamu melihat amalan akhir hayatnya. Kerana mungkin saja seseorang beramal pada suatu waktu dengan amalan yang soleh, yang seandainya ia mati, maka ia akan masuk syurga. Akan tetapi, ia berubah dan mengamalkan perbuatan jelek. Mungkin saja seseorang beramal pada suatu waktu dengan suatu amalan jelek, yang seandainya ia mati, maka akan masuk neraka. Akan tetapi, ia berubah dan beramal dengan amalan soleh. Oleh kerananya, apabila Allah menginginkan satu kebaikan kepada seorang hamba, Allah akan menunjukinya sebelum ia meninggal.” Para sahabat bertanya,“Apa maksud menunjuki sebelum meninggal?” Nabi ‎ﷺ menjawab, “iaitu memberikan ia taufik untuk beramal soleh dan mati dalam keadaan seperti itu.”

(HR. Ahmad)


Justeru, usahlah menghukum hidup orang lain. Hanya Allah yang tahu pengakhiran hidupnya. Bahkan sayugianya yang lebih utama ialah merasa bimbang dengan nasib diri sendiri di akhir penghidupan nanti yang tiada siapa yang tahu melainkan Dia jua.


يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati! Tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan atas ketaatan kepadaMu.




ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 21


Merenung waktu di bulan Ramadhan yang semakin berlalu.


Imam Ibnul Qayyim Al Jauzi rahimahullahu ta'ala menyebut dalam kitabnya, Al Fawaaid ( الفوائد ) :

وَأعظم هَذِه الإضاعات إضاعتان هما أصل كل إِضَاعَة إِضَاعَة الْقلب وإضاعة الْوَقْت فإضاعة الْقلب من إِيثَار الدُّنْيَا على الْآخِرَة وإضاعة الْوَقْت من طول الأمل فَاجْتمع الْفساد كُله فِي إتباع الْهوى وَطول الأمل وَالصَّلَاح كُله فى اتِّبَاع الهدى والاستعداد للقاء .

( الفوائد : ج ١، ص ١١٢ )

Sebesar-besar perkara yang sia-sia itu ada dua. Ianya punca kepada perkara sia-sia yang lain. ( iaitu) Mensia-siakan hati dan mensia-siakan waktu. Mensia-siakan hati adalah kesan cintakan dunia terhadap akhirat. Mensia-siakan waktu ialah disebabkan panjang angan-angan. Maka terhimpun kerosakan seluruhnya di dalam menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Maka pengislahan (perbaikan ) terhadap kerosakan ini ialah dengan mengikuti petunjuk hidayah dan bersiap sedia untuk pertemuan dengan Allah ta'ala di akhirat..

Dan katanya lagi :

إِضَاعَة الْوَقْت أَشد من الْمَوْت لِأَن إِضَاعَة الْوَقْت تقطعك عَن الله وَالدَّار الْآخِرَة وَالْمَوْت يقطعك عَن الدُّنْيَا وَأَهْلهَا

( الفوائد : ج ١، ص ٣١ )

Mensia-siakan waktu lebih bersangatan dahsyat daripada kematian kerana mensia-siakan waktu memutuskan engkau daripada Allah ta'ala dan negeri akhirat, manakala kematian hanya memutuskan engkau daripada dunia dan ahlinya.

Imam Ibnu 'Athoillah As Sakandari berkata ( Tajul 'Arus ) :

والله ما عُمرك من أوّل يوم وُلدتَ بل عُمرك من أوّل يوم عرفتَ الله تعالى

" Demi Allah, Bukanlah umurmu bermula daripada awal hari kelahiranmu, bahkan ianya bermula pada hari engkau mula mengenal Allah ta'ala ".

Justeru, perhalusilah pengisiaan waktu di dalam umur hidupmu agar punya nilai yang tinggi di sisi Rabbmu di akhirat nanti.


ABi
Bisikan Ruh Ramadhan 22

Satu muhasabah ketika Ramadhan mula tiba ke hujungnya.


Bagaimana ketaqwaanmu? Meningkat kah di Ramadhan ini?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Al Baqarah : 183)

Taqwa bererti menjunjung yang fardhu dan sunat, dan meninggalkan yang makruh dan haram.

Allah Ta'ala berfirman ( dalam hadis qudsi ) :

وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ...


Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya."

(HR Bukhari 6021)

Taqwa yang membuahkan kecintaan Allah pada hamba-hambaNya. Juga meraih taufiqNya dalam membimbing hamba-hambaNya.


Bagaimana dosa-dosa mu?Apakah Ramadhan membawa pergi seluruh dosa-dosamu dengan taubatmu, istighfar dan segala amal yang mengkafarahkan dosa?

عن ابي هريرة : إن جبريل عليه السلام أتاني فقال من أدرك شهر رمضان فلم يغفر له فدخل النار فأبعده الله قل آمين فقلت آمين

Daripada Abu Hurairah :
“Telah datang Jibril dan dia berkata, “Wahai Muhammad, barang siapa menemui bulan Ramadhan dan kemudian mati dan tidak diampuni (dosanya), maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah akan mengabaikannya (jauh darinya), katakan Amin.” Maka aku berkata: “Amin.”

(HR Ibn Khuzaymah dan Ibn Hibban)

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ

Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

Celakalah seseorang, aku disebut-sebut di depannya dan ia tidak mengucapkan salawat kepadaku. Dan celakalah seseorang, Bulan Ramadhan menemuinya kemudian keluar sebelum ia mendapatkan ampunan, dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orangtuanya tidak dapat memasukkannya ke dalam Syurga (kerana kebaktiannya).

(HR Tirmizi 3468)


Apakah engkau sudah layak tersenarai di kalangan yang dibebaskan dari siksaan neraka Allah Rabbul Jalil?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ