Channel dibubarkan
1.1K subscribers
3 photos
1 video
70 links
Sila pindah ke channel @TheDakwahJourney
Download Telegram
SOAL JAWAB

Sembelih Putus Kepala

SOALAN:

Saya ingin tahu adakah sah dalam masa sembelih binatang kalau kita sembelih sampai pututs kepala?

JAWAPAN:

Disunatkan ketika menyembelih haiwan supaya menjaga adab-adab sembelih yang antaranya tidak menyembelih haiwan sehingga putus kepalanya kerana yang demikian itu adalah berlebih-lebihan dan kurang manis dipandang.

Rasulullah SAW bersabda:

وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ

Maksudnya: “Dan apabila kamu hendak menyembelih maka elokkanlah cara kamu menyembelih.” [Hadis Riwayat Muslim]

Sembelih sampai putus kepala haiwan itu makruh hukumnya tetapi para ulama memutuskan bahawa sembelihan itu adalah sah dan halal dimakan.

Telah menyebut olih Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:

أنَّ جَزَّارَا لِأَنَس ذَبَحَ دَجَاجَةً فاضطَرَبَتْ فذبحهَا مِنْ قَفَاهَا فأطَارَ رَأسها فأرادُوا طرحَها فأمَرهُمْ أنس بأكلها

Maksudnya: “Bahawasanya seorang tukang sembelih bagi Anas bin Malik r.a. telah menyembelih seekor ayam lalu ayam itu menggelepar. Lalu disembelih pada tengkuknya dan terpelanting kepalanya. Mereka ingin membuang ayam itu kemudian Anas menyuruh mereka memakannya.” [Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari]

Imam Ibnu Qudamah menyebut:

فإن أحمد سئل عن رجل ذبح دجاجة فأبان رأسها، قال: يأكلها. قيل له: والذي بان منها أيضا؟ قال: نعم.

Maksudnya: “Sungguhnya Imam Ahmad ditanya berkenaan seorang yang menyembelih ayam sampai putus kepalanya. Jawab Imam Ahmad: Harus memakannya. Ditanya akan Imam Ahmad : Bahagian yang terpisah itu? Jawab Imam Ahmad: Ya, Boleh.” [Mughni Ibnu Qudamah]

Berkata Imam Al-Muzani telah berkata Imam Syafie:

فَإِذَا ذَبَحَهَا فَقَطَعَ رَأْسَهَا فَهِيَ ذَكِيَّةٌ

Maksudnya: “Maka jika seorang itu menyembelih sampai putus kepalanya maka ialah sembelihan yang halal.” [Kitab Mukhtasar Muzani]

Kesimpulannya makruh sengaja menyembelih haiwan sampai putus kepalanya melainkan jika tidak sengaja.

Sembelih yang memutuskan kepala adalah sah dan halal dimakan.

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Di waktu kamu kehilangan kata yang tepat untuk mewakilkan rasamu ,
kamu jadikan titisan air mata sebagai ganti bahasa doamu

Tuhanmu tetap mengerti di sebalik kesepian itu ,
segala cerita yang kamu cuba meluahkan kepadaNya.

Di waktu kamu menangis di bawah hujan yang paling lebat , Tuhanmu bukan sahaja melihat airmata yang mengalir di pipi wajahmu.
Bahkan segala tangisan yang terhimpun dalam jiwamu.

Tuhan bersama pemilik hati yang patah kerana dunia ♥️

~Teruntuk Langit Yang Bercanda

@thedakwahstudent🌸🍃
Pangkal dari segala dosa ..

Takabur :
yang menjerumuskan iblis pada
kehinaan

Serakah :
yang mengeluarkan Nabi Adam
dari syurga

Dengki :
yang menyebabkan anak Nabi
Adam membunuh saudaranya

– Ibnu Qayyim Al-Jauziah

@thedakwahstudent🌸🍃
SOAL JAWAB

Gantung Gambar Di Masjid

SOALAN:

Saya ingin bertnyakan soalan tentang masjid. Bolehkah letakkan gambar-gambar imam dan bilal dan ahli jawatankuasa masjid di dinding masjid sebab ada yang mengatakan haram?

JAWAPAN:

Sebarang gambar tidak boleh diletakkan di dinding sebelah dalam masjid yakni pada ruang yang digunakan untuk solat. Hukumnya adalah makruh kerana mengganggu penglihatan orang yang bersolat di dalamnya.

Tetapi jika diletakkan diluar masjid atau ruang yang bukan disediakan untuk solat seperti gambar ahli jawatankuasa dan imam yang bertugas seperti carta organisasi atau gambar yang ada pada iklan ceramah sebagai pemberitahuan maka hukumnya diharuskan dengan tujuan pengenalan untuk kemudahan orang awam berurusan.

Berkata Imam Nawawi:

حائط المسجد من داخله وخارجه له حكم المسجدفي وجوب صيانته وتعظيم حرماته

Maksudnya: “Dinding masjid adalah sama hukumnya dengan masjid samada sebelah dalam atau sebelah luarnya yang wajib dipelihara akan kemuliaannya dan membesarkan kehurmatannya.” [Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab]

Tersebut pada kitab Bughyatul Murtassyidin:

ويكره تعليق الاوراق المنقوش فيها صورة الحرمين وما فيهما من المشاعرة المسماة بالعمر في ا لمسجد للتشويش علي المصلين وغيرهم وبكراهة الصلاة الي ما يلهي لانه يخل بالخشوع وقد صرحوا بكراهة نقش المسجد وهذا منه

Maksudnya: “Dan dimakruhkan menggantung gambar yang dipahat pada pada masjid yang ada padanya gambaran dua tanah haram dan apa yang terkandung ungkapan dan perkataan-perkataan di dalam masjid kerana mengganggu atas orang yang solat dan lain dari mereka itu dengan sebab makruh solat mengadap suatu yang melalaikan kerana ia mencederakan khusyuk. Dan sungguhnya telah menjelaskan oleh ulamak dengan makruhnya membuat tulisan pada masjid dan meletakkan gambar ini setengah daripadanya.”

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Hadirnya tarbiyyah dan dakwah, umpama terbitnya matahari. Memberi sinar buat diri daripada gelapnya jahiliyah diri

@thedakwahstudent🌸🍃
KETENANGAN HATI ♥️

Diakhir zaman ,
ramai manusia yang mencari
dimana ketenangan ?

Dan mereka ke sana
sini mencuba bermacam macam cara untuk mendatangkan ketenangan didalam hati.

Mereka terlupa , bahawa mereka tidak akan dapat ketenangan hati itu selagi mana dia tidak menurut apa yang diperintahkan oleh Allah didalam Al-Quran.

Allah berfirman didalam Al Quran :
"Ingatlah , apabila hati kamu mengingati-Ku ,
nescaya kamu akan memperolehi ketenangan."

Maka segala ketenangan hati itu hanya ada didalam mendekatkan diri dengan Allah ..

Jagalah hak-hak dan perintah Allah
Cari lah Allah didalam solatmu.

Kerana segala ketenangan itu hanya ada di dalam menjaga hubungan dengan Allah ..

@thedakwahstudent🌸🍃
tutup mata
tarik nafas
hembus
Ya Allah kuatkan aku

🍃In Sha Allah hati yang gelisah kian tenang

@thedakwahstudent🌸🍃
Ubati hatimu yang letih dengan istighfar dan taubat ♥️

Tanda hati letih bila ada rasa bosan , malas , jemu , kosong , lalai dan mudah kecewa.

Hati itu sudah penat dalam mujahadah yang selalu kalah tetapi tetap tidak mengalah.

Hati yang apabila melakukan ketaatan tidak ada kenikmatan dan apabila melakukan
kemaksiatan sentiasa diburu keresahan.

Bila hati letih itu petanda
hatimu digamit oleh Allah untuk kembali kepada Al Quran

- Ustaz Pahrol Juoi -

@thedakwahstudent🌸🍃
SOAL JAWAB

Talqin Kanak-Kanak

SOALAN:

Apabila meninggal dunia kanak-kanak adakah sunat dibacakan talqin ke atasnya selepas dari menanamnya?

JAWAPAN:

Hukum membaca talqin selepas ditanam akan mayat hanya disunatkan ke atas jenazah yang sudah dewasa iaitu orang yang sudah mencapai usia mukallaf.

Arti mukallaf ialah seorang yang sudah memikul segala hukum syarak seperti menunaikan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan agama.

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah SAW bersabda:

رُفِعَ القَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَشِبَّ، وَعَنِ المَعْتُوهِ حَتَّى يَعْقِلَ

Maksudnya: “Tiga golongan tidak ditulis mengerjakan dosa dan pahala yaitu orang sedang tidur sampai ia terjaga dan kanak-kanak sampai ia baligh dan orang tidak siuman sampai ia siuman.” [Hadis Riwayat Tirmizi dan Ahmad]

Oleh kerana itu tidak sunat ditalqinkan kanak-kanak yang mati kerana kanak-kanak adalah belum dinamakan mukallaf.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar:

ويستحب تلقين بالغ عاقل أو مجنون سبق له تكليف

Maksudnya: “Dan disunatkan talqin jenazah yang telah aqil baligh atau orang yang gila yang sudah sempat menjadi mukallaf.” [Kitab At-Tuhfah 'ala Minhaj]

Berkata Syeikh Syarwani:

(قوله بالغ عاقل إلخ) فلا يسن تلقين طفل ولو مراهقا ومجنون لم يتقدمه تكليف لعدم افتتانهما

Maksudnya: “Perkataan yang telah aqil baligh” itu maksudnya tidak disunatkan talqin akan kanak-kanak dan sekalipun sudah hampir baligh dan orang gila yang tidak pernah menjadi mukallaf kerana ketiadaan difitnah akan keduanya (di alam barzakh).” [Kitab Hasyiah Syarwani]

Kesimpulannya talqin selepas ditanam hanya disunatkan ke atas mayat yang sudah baligh manakala kanak-kanak dan orang yang tidak beraqal tidak disunatkan membaca talqin atasnya.

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Nanti ada masanya kita tak lagi menyalahkan siapa-siapa.

Perihal perpisahan , perihal kegagalan , dan perihal kesedihan yang pernah kita rasakan , yang ada dan tersisa hanya kesimpulan bahwa ini yang terbaik.

Agar hati lebih tegar ,
diri lebih dewasa ,
dan lebih yakin pada Yang Mahakuasa.

Sebab , pengaturan-Nya adalah sebaik-baiknya perkara

- Hana Dahlia -

@thedakwahstudent🌸🍃
SOAL JAWAB

Tanam Mayat Waktu Malam

SOALAN:

Baru-baru ini ada disiarkan dalam siaran berita jenazah wabak covid ditanam pada waktu malam.

Apakah hukumnya ustaz sebab ada juga dengar orang kata dilarang tanam mayat waktu malam?

JAWAPAN:

Jumhur ulamak mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan satu riwayat mazhab Hanbali mengharuskan menanam mayat pada waktu malam manakala satu riwayat dari mazhab Hanbali memakruhkannya.

Ulamak menyebut perbezaan pendapat ini dengan katanya:

القول الأول: يكره الدفن بالليل، وهذا رواية في مذهب الحنابلة
القول الثاني: جواز الدفن ليلا وإلى ذلك ذهب الحنفية والمالكية والشافعية والحنابلة في رواية نص عليها الإمام أحمد، واختار هذا القول الشوكاني، لكن الدفن عندهم في النهار أفضل، قال النووي: «وهذا هو قول جماهير العلماء من السلف والخلف

Maksudnya: Pendapat pertama : Dimakruhkan menanam mayat pada waktu malam ialah satu riwayat pada mazhab Hanbali.

Pendapat kedua : Harus menanam mayat pada waktu malam. Inilah pendapat ulamak mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan satu riwayat dalam mazhab Hanbali yang telah menaskan atasnya oleh Imam Ahmad. Dan telah memilih oleh Imam As-Syaukani akan pendapat ini akan tetapi lebih afdhal di sisi mereka ini menanamnya pada waktu siang.

Berkata Imam Nawawi: Dan inilah pendapat jumhur ulamak salaf dan khalaf.” [Kitab Mughni Ibnu Qudamah/Al-Umm/Fatawa Al-Hindiyah & Al-Hawi Al-Kabir]

Berkata Syeikh Ahmad Syarif An-Na’san:

فَيَجُوزُ الدَّفْنُ لَيْلَاً بِلَا كَرَاهَةٍ، لِأَنَّ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ دُفِنَ لَيْلَاً، وَعَلِيٌّ دَفَنَ فَاطِمَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا لَيْلَاً، وَمِمَّنْ دُفِنَ لَيْلَاً عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ، وَعَائِشَةُ وَابْنُ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ

Maksudnya: “Maka harus menanam mayat pada waktu malam dari kerana Abu Bakar r.a. ditanam pada waktu malam. Dan adalah Ali bin Abi Talib r.a. menanam jenazah Fatimah r.a. pada waktu malam. Dan antara yang ditanam pada waktu malam ialah Uthman bin ‘Affan r.a. dan Aisyah r.a. dan Ibnu Mas’ud r.a.”

Kesimpulannya harus menanam mayat pada waktu malam tetapi jika sempat maka menanamnya pada waktu siang adalah afdhal kerana senang menguruskannya ketika cerah.

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Sesiapa yang ingin menuntut dan memelihara ilmu dia mesti mematuhi sepuluh ciri ini:

الأولى: صلاة الليل ولو ركعتين.
1⃣ Solat malam walaupun dua rakaat.
الثانية: دوام الوضوء.
2⃣ Menjaga wudhu.

الثالثه: التقوى في السر والعلانية
3⃣Bertaqwa ketika sendirian mahupun di khalayak ramai.

الرابعة: أن يأكل للتقوى، لا للشهوات.
4⃣ Dia makan kerana bertaqwa , bukan kerana keinginan dan nafsu semata

الخامسة: السواك..
5⃣ Sentiasa bersugi (menjaga kebersihan).

السادسة: المواظبة على مطالعة الكتب.
6⃣ Banyak membaca buku.

السابعة: أدب الأستاذ.
7⃣ Beradab dan menghormati guru.

الثامنة: تلاوة القرآن.
8⃣ Banyak membaca al-Quran.

التاسعة: خدمة الأبوين.
9⃣ Berkhidmat kepada kedua ibu bapa.

العاشرہ: حسن الأخلاق.
🔟 Berkelakuan dan berakhlak baik.

@thedakwahstudent🌸🍃
Awak,
Awak nak berubah teruskan💪 jangan tanguh takut nanti akibat bertanguh hati akan berubah☹️hati akan selesa dengan dosa yang dibuat😔


@thedakwahstudent🌸🍃
Berfikirlah besar dan anda akan hidup besar.
Anda akan hidup besar di dalam kebahagiaan.
Anda akan hidup besar dalam prestasi.

Besar dalam pendapatan.
Besar dalam jumlah teman yang anda miliki.
Besar dalam penghargaan.
Cukup untuk janji tersebut.

"Hidup terlalu singkat untuk berpikir kecil dan berbuat hal yang kecil-kecil."

The Magic Of Thinking Big , by David J. Schwartz

@thedakwahstudent🌸🍃
SOAL JAWAB

Antara Imam Dengan Muazzin Siapa Lebih Afdhal

SOALAN:

Saya ingin bertanya antara seorang itu menjadi imam dengan menjadi muazzin yang mana paling afdhal?

Adakah harus muazzin yang melaungkan azan menjadi imam bagi solat tersebut?

Jawapan:

Ulama berbeza pendapat tentang mana yang lebih afdhal. Menurut pendapat yang paling sahih ialah menjadi imam.

Berkata Imam Nawawi:

فرع: الأذان والإمامة كلاهما فيه فضل، وأيهما أفضل فيه أوجه:
أصحها وهو المنصوص: الإمامة أفضل. والثاني: الأذان، والثالث: هما سواء، والرابع: إن علم من نفسه القيام بحقوق الإمامة، وجمع خصالها، فهي أفضل، وإلا، فالأذان

Maksudnya: “Furu’ . Bermula azan dan menjadi imam keduanya ada kelebihan. Mana satukah antara keduanya yang afdhal maka ada beberapa pendapat :

Yang pertama: Menjadi imam lebih afdhal.

Yang kedua: Azan lebih afdhal

Ketiga: Menjadi imam dan muazzin sama afdhal.

Keempat: Jika dia tahu dirinya ada cukup syarat dan hak-hak menajdi imam maka menjadi imam afdhal. Dan jika tidak begitu maka azan afdhal.” [Kitab Raudhatul Talibin]

Ada pun pertayaan adakah harus muazzin menjadi imam maka jawabnya bermula hukumnya adalah harus dengan ijmak ulamak.

Imam Nawawi menyebut pada kitab Al-Majmu’:

أجمع المسلمون على جواز كون المؤذن إماما

Maksudnya: “Telah ijmak sekelian orang Islam atas harusnya muazzin itu menjadi imam.” [Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab]

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Kehinaan akan menimpa
para pencinta.

Akan tetapi ,
kerana dia sedang mabuk
cinta , dia tak merasakan
yang kehinaan sedang
menimpanya.

Hatinya seperti burung
yang berada di dalam
genggaman anak kecil
yang mempermainkannya
sesuka hatinya.

Maka , kehidupan orang
yang bercinta adalah
seperti kehidupan seorang
tawanan perang.

–Ibnu Qayyim

@thedakwahstudent🌸🍃
SOAL JAWAB

Orang Junub Hadiri Majlis Tahlil

SOALAN:

Adakah harus orang yang sedang berhadas besar datang ke majlis tahlil di rumah jirannya?

JAWAPAN:

Orang yang berhadas besar dilarang membaca Quran tetapi tidak mengapa membaca selain dari Quran seperti selawat dan zikir dan doa.

Dalam majlis tahlil biasanya dibaca akan beberapa ayat Quran dan mengucap tahlil dan zikir dan selawat dan berdoa.

Oleh itu orang yang berhadas besar harus menghadirinya jika diadakan bukan di dalam masjid dan dia tidak bolih membaca ayat-ayat Quran tetapi bolih mengucapkan tahlil dan zikir-zikir lain dan berdoa.

Berkata Imam Nawawi:

أجمع العلماءُ على جواز الذكر بالقلب واللسان للمحدث والجنب والحائض والنفساء، وذلك فى التسبيح والتهليل والتحميد والتكبير والصلاة على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم والدعاء وغير ذلك"

Maksudnya: “Telah ijmak ulamak atas harus berzikir dengan hati dan lisan bagi orang yang berhadas dan junub dan haidh dan nifas. Yang demikian itu ialah pada tasbih dan tahlil dan tahmid dan takbir dan selawat atas Rasulullah saw dan doa dan yang lain dari yang demikian itu.” [Kitab Al-Azkaar]

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Your dreams are created twice.

First they exist as imaginations , thoughts and intentions in your mind.

The second time they exist as objects and actions in your reality.

If your mind has the energy to create dreams , so can your physical to materialize them

-JIWA-

@thedakwahstudent🌸🍃
SOAL JAWAB

Maksud Senyum Itu Sedekah

SOALAN:

Apakah yang dimaksudkan dalam hadis senyum itu sedekah?

JAWAPAN:

Diriwayatkan dari Abu Zarr r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:

تَبَسُّمُك في وَجْه أَخِيك لك صدقة

Maksudnya: “Senyuman kamu di hadapan saudara kamu itu bagi kamu ialah sedekah.” [Hadis Riwayat Tirmizi]

Maksudnya apabila kita senyum waktu bertemu dengan orang maka kita mendapat pahala seperti pahala kita bersedekah.

Berkata Imam Al-Munawi:

( تبسُّمك في وجه أخيك ) أي في الإسلام، ( لك صدقة ) يعني: إظهارك له البَشَاشَة، والبِشْر إذا لقيته، تؤجر عليه كما تؤجر على الصَّدقة

Maksudnya: “Seyuman kamu di hadapan saudara kamu seagama bagi kamu itu sedekah yakni kamu menunjukkan rasa seronok baginya dan gembira apabila kamu berjumpa dengannya dan kamu akan diberi balasan pahala sebagaimana pahala kamu memberi sedekah.” [Kitab Faidul Qadir]

Senyum ketika bertemu orang ini juga adalah akhlak para Nabi a.s dan membuang rasa sombong.

Berkata Imam Ibnu Bathhal:

فيه أنَّ لقاء النَّاس بالتَّبسُّم، وطلاقة الوجه، من أخلاق النُّبوة، وهو مناف للتكبُّر، وجالب للمودَّة

Maksudnya: ''Pada hadis ini menunjukkan bahawa senyum dan manis muka ketika bertemu orang itu setengah dari akhlak para Nabi dan ia menafikan rasa sombong dalam diri dan mengundang rasa kasih sesama manusia.” [Syarah Sahih Bukhari]

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Bila kau rasa peritnya
sebuah kehilangan ,
kau kena ingat sesuatu
dalam diri ,

yang kita
didunia ini semuanya
tidak akan kekal dan
apa yang apa yang kita
miliki sekarang akan
hilang dan semua
pinjaman dari Allah.

Apa yang kau miliki
didunia ini ,
Hanyalah PINJAMAN
SEMENTARA , sampai
masa ianya akan
diambil

Kerana hakikatnya kau
tidak mempunyai
apa apa

@thedakwahstudent🌸🍃