SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Mohon penjelasan ustaz berkenaan bunuh anjing. Anjing yang macam manakah yang disunatkan kita bunuh?
Adakah semua jenis anjing atau anjing yang mana satu?
JAWAPAN: Anjing yang disunatkan bunuh sebagaimana disebut oleh para ulamak dan dalam kitab-kitab hadis ialah anjing yang menggigit manusia dan anjing berpenyakit atau disebut juga anjing gila.
Berkata Imam Nawawi:
(فرع) قال أصحابنا الكلب العقور والكلب يقتلان للحديث الصحيح أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال (خمس يقتلن في الحل والحرم منها الكلب العقور) قال أصحابنا وإن لم يكن الكلب عقورا ولا كلبا لم يجر قتله سواء كان فيه منفعة أم لا وسواء كان أسود أم لا وهذا كله لا خلاف فيه بين أصحابنا
Maksudnya: “Furu’ : Telah berkata ashab kami anjing yang menggigit manusia dan anjing gila harus dibunuh kerana hadis yang sahih sungguhnya Rasulullah SAW bersabda pada lima jenis haiwan sunat dibunuh sama ada pada tanah halal dan tanah haram dan setengah darinya ialah anjing yang menggigit manusia. Berkata Ashab kami dan selain anjing yang menggigit dan anjing gila maka tiada harus bunuhnya samada anjing yang ada padanya menafaat atau tiada dan samada berwarna hitam atau bukan. Ini semuanya tiada khilaf padanya antara ashab kami.” [Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab]
Kesimpulannya anjing yang disuruh bunuh itu hanyalah dua jenis anjing iaitu anjing yang menggigit atau mencederakan manusia dan anjing gila kerana ia membawa penyakit. Selain kedua ini tidak harus dibunuh.
Wallahua’lam
Kredit: @pembinapkb
@thedakwahstudent

SOALAN: Saya ada terdengar satu ceramah yang menyebut jika suami tersalah jimak isterinya yang sedang haid wajib ia membayar kafarah tetapi tidak menjelaskan bagaimana cara membayarnya.
Mohon penjelasan dari pihak ustaz Terima kasih.
JAWAPAN: Hukum tersalah melakukan jimak dalam keadaan isteri masih haid itu tidak berdosa kerana bukan disengajanya.
Jika suami atau isteri sedar masih dalam haid maka hukumnya adalah haram.
Berkaitan kafarah maka pendapat yang muktamad ialah suami tersebut tidak wajib membayar kafarah.
Berkata Imam As-Syairazi:
وقال في الجديد: لا تجب عليه الكفارة
Maksudnya: “Maka berkata Imam Syafie pada Qaul Jadid tidak wajib atas suami yang jimak isteri ketika haidh itu bayar kafarah.” [Kitab Al-Muhazzab]
Hukum membayar kafarah dalam perkara ini adalah sunat sahaja.
Berkata Syeikh Al-Bajuri:
ويسن لمن وطئ في إقبال الدم التصدق بدينار ولمن وطئ في إدباره أى تناقصه ومثله ما بعد انقطاعه إلى الطهر التصدق بنصف دينار
Maksudnya: “Dan disunatkan bagi yang menjimak isterinya ketika darah haid sedang banyak itu bersedekah sebanyak satu dinar. Dan yang menjimak isteri ketika darah sedikit atau darah sudah kering tetapi belum mandi hadas itu bersedekah sebanyak setengah dinar.” [Hasyiah Al-Bajuri]

SOALAN: Jika seorang yang sedang dalam keadaan junub dan meninggal dunia berapa kalikah dia kena mandi jenazah?
Ada yang berkata kena mandi dua kali iaitu mandi junub sekali dan mandi jenazah sekali dan ada yang berkata sekali sahaja. Mohon penjelasan.
JAWAPAN: Mayat yang mati dalam keadaan berhadas besar seperti junub atau haid atau nifas maka wajib dimandikan sekali sahaja.
Berkata Imam Nawawi:
وَإِذَا مَاتَا غُسِّلَا غُسْلًا وَاحِدًا فَقَطْ
Maksudnya: “Dan apabila mati keduanya (yakni yang junub dan haidh) nescaya dimandikannya sekali mandi sahaja.” [Minhaj At-Talibin]
Telah menjelaskan oleh Syeikh Khatib Syarbini:
وَإِذَا مَاتَا غُسِّلَا غُسْلًا وَاحِدًا فَقَطْ ؛ لِأَنَّ الْغُسْلَ الَّذِي كَانَ عَلَيْهِمَا انْقَطَعَ بِالْمَوْتِ كَمَا تَقَدَّمَ فِي الشَّهِيدِ الْجُنُبِ
Maksudnya: “Dan apabila mati keduanya (yakni yang junub dan haid) nescaya dimandikannya sekali mandi sahaja dari kerana sungguhnya mandi hadas yang wajib atas keduanya telah terputus sebab kematian sebagaimana telah lalu bicara pada hukum orang mati syahid yang sedang junub.” [Kitab Mughni Al-Muhjtaj]

SOALAN: Saya pernah makan ikan yu yang dimasak dan tidak pernah makan daging kuda.
Saya ingin mengetahui apakah hukum memakan ikan yu dan daging kuda?
JAWAPAN: Ikan yu adalah termasuk haiwan laut. Semua haiwan laut adalah halal dimakan selagi tidak memudaratkan orang yang memakannya.
Jika memudaratkan seperti ikan yang beracun maka hukum memakannya adalah haram.
Berkata Syeikh Jamal:
أَيْ بِخِلَافِ الْقِرْشِ فَإِنَّهُ حَلَالٌ كَمَا أَفْتَى بِهِ الْمُحِبُّ الطَّبَرِيُّ
Maksudnya: “Bersalahan dengan ikan yu maka bahawasanya ikan yu itu halal sebagaimana difatwakan oleh Al-Muhib At-Tabari.” [Hasyiah Jamal]
Dan tersebut pada kitab I’anah At-Talibin:
قوله على الأصح فيهما أي أن عدم حرمة القرش والدنيلس
Maksudnya: “Katanya pengarang atas pendapat yang paling sahih tiada haram ikan yu dan siput laut.” Ada pun kuda maka halal memakan dagingnya.''
Berkata Syeikh Al-Bajuri:
و الخيل لخبر الصحيحين عن جابر نَهَى رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ خَيْبَرَ عَنْ لُحُومِ الْحُمُرِ الأَْهْلِيَّةِ ، وَأَذِنَ فِي لُحُومِ الْخَيْل
Maksudnya: “Dan halal kuda kerana hadis Bukhari dan Muslim dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah SAW telah melarang makan keldai pada hari perang Khaibar dan mengizinkan makan daging kuda.” [Hasyiah Al-Bajuri]
Dan disebut pada kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahabi al-Arba’ah:
و يحل منها اكل الخيل
Maksudnya: “Dan halal daripadanya itu makan daging kuda.”

SOALAN: Saya ingin mengetahui boleh atau tidak perempuan yang sedang haid melakukan sujud syukur?
JAWAPAN: Syarat melakukan sujud syukur adalah bersamaan dengan syarat sembahyang iaitu antaranya ialah suci daripada hadas kecil dan hadas besar.
Oleh itu perempuan yang sedang dalam berhadas haid atau nifas haram melakukan sujud syukur sebagaimana diharamkan ke atas orang yang junub.
Berkata Imam Nawawi:
(فرع) قال أصحابنا وفى معنى الصلاة سجود التلاوة والشكر فيحرمان على الحائض والنفساء كما تحرم صلاة الجنازة لأن الطهارة شرط
Maksudnya: “Furu’: Telah berkata ashab kami dan bersamaan dengan sembahyang itu ialah sujud sajadah dan sujud syukur. Maka haram sujud sajadah dan sujud syukur atas perempuan yang sedang haidh dan nifas sebagaimana diharamkan solat jenazah dari kerana suci dari hadas itu menjadi syaratnya.” [Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Juz 2, m/s:353]

SOAL JAWAB
SOALAN: Saya ingin bertanya pasal mayat yang mati sebab bunuh diri adakah wajib disembahyangkan jenazahnya atau tidak kerana ada dengar-dengar orang berkata tidak boleh disembahyangkan jenazahnya?
JAWAPAN: Bunuh diri hukumnya adalah haram dan dosa besar, pelakunya di akhirat nanti akan diazab dengan cara mana ia membunuh dirinya, semasa di dalam api neraka. Berkenaan hukum solat jenazah atasnya maka jumhur ulamak berpendapat wajib disembahyangkan atas mayatnya kerana ia masih dikira orang mukmin yang derhaka.
Tetapi jika dia menghalalkan perbuatan bunuh diri maka jadilah ia kafir dan tidaklah disembahyangkan kerana haram sembahyangkan mayat yang kafir.
Diriwayatkan dari Jabir ibn Samurah r.a. berkata:
أُتِيَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Telah dibawa kepada Nabi SAW satu jenazah yang membunuh dirinya dengan menggunakan mata anak panah lalu baginda tidak sembahyang atas jenazahnya.” [Hadis Muslim dan An-Nasaai]
Berkata Imam Nawawi:
ن قتل نفسه أو غل في الغنيمة يغسل ويصلى عليه عندنا وبه قال أبو حنيفة ومالك وداود وقال احمد لا يصلى عليهما الامام وتصلى بقية الناس
Maksudnya: “Barang siapa yang membunuh akan dirinya atau mencuri harta negara maka dimandikan akan mayatnya dan disembahyangkan atasnya disisi kami. Dan dengannya juga berkata Imam Hanafi, Imam Malik dan Daud. Manakala Imam Hanbali berkata tiada disembayangkan atas kedua jenazah itu oleh orang-orang besar dan hanya orang biasa yang sembahyangkan atasnya.” [Kitab Al-Majmu’]
Dan berkata Imam Nawawi dalam syarah Muslim:
وقال الحسن والنخعى وقتادة ومالك وأبو حنيفة والشافعي وجماهير العلماء يصلى عليه وأجابوا عن هذا الحديث بأن النبي صلى الله عليه وسلم لم يصل عليه بنفسه زجرا للناس عن مثل فعله , وصلت عليه الصحابة "
Maksudnya: "Dan telah berkata oleh Al-Hassan dan An-Nakha’ie dan Qatadah dan Malik dan Abu Hanifah dan Syafie dan jumhur ulamak disembahyangkan atasnya.
Dan para ulamak menerangkan sebab Nabi SAW tidak sembahyangkan atas yang bunuh diri itu supaya menakutkan manusia dari mengikut perbuatannya. Dan sahabat yang lain telah sembahyangkan atas jenazahnya.” [Kitab Syarah Sahih Muslim]

Forwarded from The DakwahJourney 🌵
SOAL JAWAB JAWAB
SOALAN: Pada zaman sekarang sudah kelihatan ramai orang lelaki memakai cincin yang diperbuat dari emas. Apakah hukumnya?
JAWAPAN: Emas halal dipakai sebagai perhiasan oleh kaum wanita dan haram ia atas kaum lelaki.
Telah diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. katanya:
أنَّ النَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ : ( إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي
Maksudnya: “Sungguhnya Rasulullah SAW telah mengambil sutera lalu diletakkan pada kanannya dan mengambil emas lalu diletakkan pada kirinya dan bersabda: Sungguhnya kedua benda ini haram atas kaum lelaki dari umatku.” [Hadis Riwayat Abu Daud]
Dari Abu Musa Al-As’ari r.a. katanya:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (حُرِّمَ لباس الحرير والذهب على ذكور أمتي وأُحِلَّ لإناثه
Maksudnya: “Sungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Diharamkan sutera dan emas atas umatku yang lelaki dan dihalalkan bagi umatku yang perempuan.” [Hadis Riwayat Muslim]
Berkata Imam Nawawi:
أَجْمَعَ الْعُلَمَاءُ عَلَى تَحْرِيمِ اسْتِعْمَالِ حُلِيِّ الذَّهَبِ عَلَى الرِّجَالِ لِلْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةِ السَّابِقَةِ وَغَيْرِهَا. اهـ
Maksudnya: “Telah ijmak oleh ulamak atas diharamkan memakai perhiasan emas atas segala lelaki kerana hadis-hadis yang sahih itu dan hadis yang lainnya.” [Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab]
Berkata Imam As-Sughdi Al-Hanafi:
وَكَذَلِكَ لبس الذَّهَب من جَمِيع الْحلِيّ حرَام على الرِّجَال لَا على النِّسَاء. اهـ
Maksudnya: “Dan begitu juga memakai emas daripada sekelian jenis perhiasan itu haram atas kaum lelaki dan harus atas kaum wanita.” [Kitab Al-Fatawa]
Dan berkata Imam Ibnu Qudamah Al-Hanbali:
ويحرم على الرجل خاتم الذهب لنهي النبي صلى الله عليه وسلم عنه. اهـ.
Maksudnya: Dan haram atas kaum lelaki memakai cincin emas kerana Nabi SAW melarang daripadanya.” [Kitab Syarah Al-Kabir]
Diharapkan dengan keterangan ini dapat menjawab dan sebagai jawapan bagi persoalan diatas.
Wallahua'lam
Kredit: @salamuniteforislam

SOALAN: Bolehkah dibuat seperti setengah orang yang sibuk dengan tugas di pejabat atau lainnya meninggalkan solat zuhur dan asar dan selepas pulang ke rumah pada waktu maghrib ia qadha solat tersebut?
JAWAPAN: Ketahuilah bahawasanya wajib mengerjakaan solat lima waktu di dalam waktunya. Haram sama sekali mendulukannya dari waktu atau melambatkannya hingga habis waktu tanpa sebarang uzur kerana Allah Taala berfirman:
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
Maksudnya: “Maka didalam azablah orang-orang yang solat yaitu orang-orang yang melambatkan menunaikan solat sehingga habis waktunya.” [Surah Al-Ma’un ayat 4-5]
Maka pada ayat ini Allah menjanjikan bagi siapa yang melambatkan solat sehingga keluar waktunya dengan Wail iaitu kebinasaan yang bersangatan di dalam api neraka.
Maka sungguhnya telah tersebut pada hadis riwayat Ibnu Hibban dan Ahmad Nabi SAW bersabda:
وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا, لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ, وَلا بُرْهَانٌ, وَلا نَجَاةٌ, وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ, وَفِرْعَوْنَ, وَهَامَانَ, وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ
Maksudnya: “Dan siapa yang tidak menjaga solat nescaya tidak ada cahaya baginya dan tiada pertunjuk dan tiada selamat pada hari kiamat . Sungguhnya dia di akhirat nanti akan bersama dengan Qarun dan Firaun dan Hamman dan Ubai bin Khalaf.” Maka diharamkan mendahulukan solat dari waktunya dan diharamkan melambatkan solat sampai habis waktunya.
Sekalipun dia melakukan qadha dirumah dia tetap dikira telah melakukan dosa besar dan derhaka kepada Allah kerana melakukan maksiat meninggalkan solat di dalam waktu tanpa uzur.

SOALAN: Pengantin perempuan tidak rapat hubungannya dengan bapa kandungnya kerana ibu bapanya telah berpisah dan pengantin perempuan itu tidak duduk bersama bapa kandungnya itu.
Bolehkah dia bernikah menggunakan adik-beradiknya sebagai wali?
Bagaimana pula kalau semua wali yang ada tidak mahu menjadi wali kerana pelbagai alasan?
JAWAPAN: Wali adalah salah satu dari rukun nikah yang lima maka tidak sah nikah jika tidak menggunakan wali.
Wali itu ada urutan tertib mengikut susunannya iaitu wajib didahulukan wali bapa kandung kemudian jika tidak ada maka datuk sebelah bapa kemudian adik-beradik kemudian anak saudara sebelah adik beradik lelaki kemudian bapa saudara sebelah bapa dan seterusnya.
Maka berbalik kepada soalan pernikahan menggunakan adik-beradik sebagai wali sedangkan bapa kandungnya ada maka nikah tersebut tidak sah jika tidak mendapat izin dari bapanya kerana tidak mengikut tertib.
Berkata Imam Ibnu Qudamah:
إذا زوجها الولي الأبعد، مع حضور الولي الأقرب، فأجابته إلى تزويجها من غير إذنه، لم يصح
Maksudnya: “Apabila wali yang jauh menikahkan perempuan itu pada hal ada wali yang dekat dan perempuan itu menerima wali yang jauh itu untuk mengahwinkannya sedangkan wali yang dekat tidak memberi izin maka tidak sah nikah tersebut. Inilah pendapat Imam Syafie.” [Kitab Al-Mughni]
Dan untuk soalan kedua iaitu semua wali yang ada tidak mahu menjadi wali pernikahannya maka pengantin perempuan boleh menggunakan wali hakim seperti juru nikah yang disediakan oleh pihak pemerintah.
Tersebut pada kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahib Al-Arba’ah:
والحاكم يزوجها بإذنها ورضاها بعد أن يثبت عنده خلوها من الموانع وأن لا ولي لها أو لها ولي منعها من الزواج أو غاب عنها غيبة بعيد
Maksudnya: “Dan wali hakim akan menikahkannya dengan izin dan redhanya selepas sabit tidak ada halangan dan tidak wujud wali atau wali ada tetapi enggan menikahkannya atau wali berada ditempat yang jauh.”

SOALAN: Saya menghadapi dilema antara ibu kandung dengan ibu mertua saya. Selalu terjadi ibu kandung saya menyuruh saya melakukan suatu perkara tetapi dalam masa yang sama ibu mertua pula melarang saya melakukannya. Sudah banyak kali hal ini terjadi kepada diri saya.
JAWAPAN: Dalam hal ketaatan hendaklah diutamakan ibu kandung dahulu kemudian bapa kemudian barulah keluarga yang dekat kemudian keluarga yang jauh.
Diriwayatkan dari Miqdad bin Ma’di Kariba r.a. dari Nabi SAW bersabda:
إنَّ اللَّهَ يوصيكم بأمَّهاتِكم ثلاثًا إنَّ اللَّهَ يوصيكم بآبائِكم إنَّ اللَّهَ يوصيكم بالأقربِ فالأقرب
Maksudnya: ''Sungguhnya Allah berpesan kepada kamu sekelian dengan segala ibu kamu sebanyak tiga kali. Dan sungguhnya Allah berpesan kepada kamu sekelian dengan segala bapa kamu kemudian keluarga yang hampir dan kemudian keluarga yang hampir.” [Hadis Riwayat Abu Daud]
Dan berkata Imam Nawawi: Telah berkata ashab kami:
يستحب أن تقدم الأم في البر ثم الأب ثم الأولاد ثم الأجداد والجدات ثم الأخوة والأخوات ثم سائر المحارم من ذوي الأرحام كالأعمام والعمات والأخوال والخالات ويقدم الأقرب فالأقرب ويقدم من أدلى بأبوين على من أدلى بأحدهما ثم بذي بذي الرحم غير المحرم كابن العم وبنته وأولاد الأخوال والخالات وغيرهم ثم بالمصاهرة
Maksudnya: “Didulukan akan ibu pada membuat kebajikan kemudian bapa kemudian anak-anak kemudian datuk dan nenek kemudian adik beradik kemudian sekelian mahram seperti bapa saudara dan ibu saudara dari kedua belah pihak. Dan didulukan yang dekat kemudian yang lebih dekat dan kemudian orang yang ada hubungan dengan keduanya kemudian yang ada hubungan dengan salah seorangnya kemudian sanak saudara yang jauh yang bukan mahram seperti sepupu lelaki dan sepupu perempuan kemudian amak-anak kepada bapa saudara dan ibu saudara dari ibu yang lain dan lain dari mereka itu kemudian mertua.” [Kitab Syarah Sahih Muslim]
Kesimpulannnya hendaklah puan mendahulukan taat kepada ibu kandung berbanding ibu mertua. Dalam masa yang sama hendaklah muliakan dan hormat kepada ibu mertua kerana ia adalah ibu kepada suami puan.

SOALAN: Saya pernah mendengar orang-orang tua apabila mereka balik dari berjalan dibaca akan ayat Kursi ketika masuk ke dalam rumah.
Bolehkah kita amalkan membaca ayat Kursi sebelum masuk rumah atau ia hanya amalan orang-orang tua?
JAWAPAN: Amalan membaca ayat Kursi ketika masuk ke dalam rumah ini ialah dari amalan sahabat Nabi SAW.
Meriwayatkan oleh Abu Ya’la katanya:
حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ ، عَنْ زَائِدَةَ ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ رُفَيْعٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ قَالَ : كَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ إِذَا دَخَلَ مَنْزِلَهُ قَرَأَ فِي زَوَايَاهُ آيَةَ الْكُرْسِيِّ
Maksudnya: “Telah menceritakan kepada kami olih Husain bin Ali dari Zaidah dari Abdul Azizi bin Rufai’ dari Abdullah bin ‘Ubaid bin ‘Umair berkata:
Adalah Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. apabila masuk ke rumahnya dia membaca ayat Kursi pada penjuru-penjuru rumahnya.” [Hadis Riwayat Abu Ya’la]
Oleh itu harus kita amalkan membaca ayat Kursi ketika masuk ke dalam rumah bahkan sebarang mana ayat daripada Al-Quran yang mahu kita baca adalah diperbolehkan kerana semua ayat dalam Quran boleh dibaca tanpa ada sebarang halangan melainkan datang nas yang melarang membacanya pada waktu atau tempat tertentu.

SOALAN: Adakah solat yang dinamakan solat tolak bala dalam Islam?
JAWAPAN: Tidak ada solat yang dinamakan sebagai solat tolak bala seperti mana soalan.
Akan tetapi jika seorang itu bersolat sunat biasa dengan niat di dalam takbir menunaikan solat sunat sahaja maka hukumnya adalah harus dan berdoalah di dalam sujud umpamanya atau selepas memberi salam akan doa-doa meminta perlindungan Allah dari bala dan musibah. Jika dia berniat di dalam takbir akan solat sunat tolak bala maka ulamak berkata dengan tidak sah.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar:
وَلَا تَصِحُّ هَذِهِ الصَّلَوَاتُ بِتِلْكَ النِّيَّاتِ الَّتِي اسْتَحْسَنَهَا الصُّوفِيَّةُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَرِدَ لَهَا أَصْلٌ فِي السُّنَّةِ نَعَمْ إنْ نَوَى مُطْلَقَ الصَّلَاةِ ثُمَّ دَعَا بَعْدَهَا بِمَا يَتَضَمَّنُ نَحْوَ اسْتِعَاذَةٍ أَوْ اسْتِخَارَةٍ مُطْلَقَةٍ لَمْ يَكُنْ بِذَلِكَ بَأْسٌ
Maksudnya: “Dan tidak sah segala solat ini dengan niat tersebut yang mengatakan elok ia oleh sebahagian sufi daripada ketiadaan sandarannya kepada sunnah. Ya jika dia berniat solat sunat semata-mata kemudian berdoa selepas solat dengan doa yang mengandungi arti memohon perlindungan atau meminta pilihan dari Allah nescaya hukumnya adalah harus tidak mengapa.” [Kitab At-Tuhfah Syarah Al-Minhaj]
Kesimpulannya tidak boleh melakukan solat dengan niat di dalam takbir solat sunat tolak bala tetapi harus kerjakan solat sunat dengan niat solat sunat yang biasa kemudian berdoa agar Allah selamatkan dan peliharakan dari bala dan musibah.

SOALAN: Adakah harus dalam agama seorang itu memakai baju yang ada tulisan ayat quran pada bajunya?
Adakah boleh dia masuk ke dalam tandas kalau pakai baju itu?
JAWAPAN: Hukum memakai pakaian yang ada tertulis ayat Quran padanya adalah makruh. Inilah pandangan sebahagian ulamak.
Dan sebab dimakruhkan memakainya ialah pakaian tersebut akan terdedah kepada perkara yang tidak elok seperti dibawa ke dalam tempat yang tidak layak dengan kemuliaan ayat Quran seperti tandas dan terkena kotoran dan disentuh tangan yang berhadas atau ditindih akan dia dan dicampur dengan pakaian bernajis ketika mahu membasuhnya dan seumpamanya.
Dan setengah ulamak mengharuskannya dengan syarat tidak melintangkan pakaian tersebut kepada perkara yang tersebut di atas.
Berkata Imam Nawawi:
مذهبنا أنه يكره نقش الحيطان والثياب بالقرآن وبأسماء الله الحسنى
Maksudnya: “Mazhab kami sungguhnya dimakruhkan menulis ayat Quran pada dinding dan pakaian dan begitu juga nama-nama Asma’ul Husna.” [Kitab At-Tibyan fi Adabil Hamalatul Quran]
Berkata Imam Al-Buhuti:
وكره الإمام أحمد شراء ثوب فيه ذكر الله
Maksudnya: “Imam Ahmad memakruhkan jual beli pakaian yang ditulis padanya zikrullah” [Kitab Kasyful Qina’]
Kesimpulannya adalah yang lebih baik ialah tidak menulis ayat-ayat Quran pada pakaian atau memakainya kerana ia lebih memelihara akan kesucian ayat-ayat Quran.

SOALAN: Ketika sedang berada di dalam tandas adakah boleh kita jawab azan atau menjawab salam orang?
JAWAPAN: Ketika berada dalam tandas kerana membuang air atau seumpamanya adalah dilarang dari membaca Quran, berzikir, selawat, menjawab azan, menjawab salam dan seumpamanya.
Berkata Imam Nawawi:
يكره الذكْر والكلام حال قضاء الـحاجة، سواء كان فـي الصحراء أو فـي البنـيان، وسواء فـي ذلك جميع الأذكار والكلام، إلا كلام الضرورة حتـى قال بعض أصحابنا: إذا عطس لا يحمَدُ الله تعالـى، ولا يشمّت عاطساً، ولا يردُّالسلام، ولا يجيب الـمؤذن، ويكون الـمسلِّـمُ مقصِّراً لا يستـحقُّ جوابـاً، والكلام بهذا كلِّه مكروه كراهة تنزيه، ولا يحرم، فإن عطس فحمد الله تعالـى في قلبه ولـم يحرك لسانه فلا بأس، وكذلك يفعل حال الـجماع
Maksudnya: “Dimakruhkan berzikir dan bercakap ketika sedang qadha hajat samada di tengah padang atau tandas yang disediakan dalam banggunan. Dan bersamaan yang demikian itu segala jenis zikir dan percakapan melainkan bercakap kerana darurah sehingga berkata ashab kami:
Jika seorang bersin tiada boleh ia mengucap Alhamdulillah dan tiada boleh ia mengucap Yarhamukallah ke atas orang lain yang bersin. Dan juga tidak boleh menjawab salam dan tidak boleh menjawab azan dan yang memberi salam itu cuai tiada mustahak menjawabnya dan bercakap-cakap.
Semua ini hukumnya adalah makruh tanzih yakni larangan yang tidak sampai ke darjat haram.
Maka jika seorang itu bersin didalam tandas dan ia menyebut Alhamdulillah di dalam hatinya dan tiada menggerakkan lidahnya maka hukumnya adalah harus. Dan seperti itu jugalah dilakukannya pada ketika sedang jimak.” [Kitab Al-Azkaar An-Nawawi]

SOALAN: Saya ingin tahu adakah sah dalam masa sembelih binatang kalau kita sembelih sampai pututs kepala?
JAWAPAN: Disunatkan ketika menyembelih haiwan supaya menjaga adab-adab sembelih yang antaranya tidak menyembelih haiwan sehingga putus kepalanya kerana yang demikian itu adalah berlebih-lebihan dan kurang manis dipandang.
Rasulullah SAW bersabda:
وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ
Maksudnya: “Dan apabila kamu hendak menyembelih maka elokkanlah cara kamu menyembelih.” [Hadis Riwayat Muslim]
Sembelih sampai putus kepala haiwan itu makruh hukumnya tetapi para ulama memutuskan bahawa sembelihan itu adalah sah dan halal dimakan.
Telah menyebut olih Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:
أنَّ جَزَّارَا لِأَنَس ذَبَحَ دَجَاجَةً فاضطَرَبَتْ فذبحهَا مِنْ قَفَاهَا فأطَارَ رَأسها فأرادُوا طرحَها فأمَرهُمْ أنس بأكلها
Maksudnya: “Bahawasanya seorang tukang sembelih bagi Anas bin Malik r.a. telah menyembelih seekor ayam lalu ayam itu menggelepar. Lalu disembelih pada tengkuknya dan terpelanting kepalanya. Mereka ingin membuang ayam itu kemudian Anas menyuruh mereka memakannya.” [Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari]
Imam Ibnu Qudamah menyebut:
فإن أحمد سئل عن رجل ذبح دجاجة فأبان رأسها، قال: يأكلها. قيل له: والذي بان منها أيضا؟ قال: نعم.
Maksudnya: “Sungguhnya Imam Ahmad ditanya berkenaan seorang yang menyembelih ayam sampai putus kepalanya. Jawab Imam Ahmad: Harus memakannya. Ditanya akan Imam Ahmad : Bahagian yang terpisah itu? Jawab Imam Ahmad: Ya, Boleh.” [Mughni Ibnu Qudamah]
Berkata Imam Al-Muzani telah berkata Imam Syafie:
فَإِذَا ذَبَحَهَا فَقَطَعَ رَأْسَهَا فَهِيَ ذَكِيَّةٌ
Maksudnya: “Maka jika seorang itu menyembelih sampai putus kepalanya maka ialah sembelihan yang halal.” [Kitab Mukhtasar Muzani]
Kesimpulannya makruh sengaja menyembelih haiwan sampai putus kepalanya melainkan jika tidak sengaja.
Sembelih yang memutuskan kepala adalah sah dan halal dimakan.

Selamat malam korang ❤️, dah baca Al-mulk belum ?
Anonymous Poll
53%
Alhamdulillah dah baca❤️
47%
Belum lagi 💖
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Saya ingin bertanya antara seorang itu menjadi imam dengan menjadi muazzin yang mana paling afdhal?
Adakah harus muazzin yang melaungkan azan menjadi imam bagi solat tersebut?
Jawapan: Ulama berbeza pendapat tentang mana yang lebih afdhal. Menurut pendapat yang paling sahih ialah menjadi imam.
Berkata Imam Nawawi:
فرع: الأذان والإمامة كلاهما فيه فضل، وأيهما أفضل فيه أوجه:
أصحها وهو المنصوص: الإمامة أفضل. والثاني: الأذان، والثالث: هما سواء، والرابع: إن علم من نفسه القيام بحقوق الإمامة، وجمع خصالها، فهي أفضل، وإلا، فالأذان
Maksudnya: “Furu’ . Bermula azan dan menjadi imam keduanya ada kelebihan. Mana satukah antara keduanya yang afdhal maka ada beberapa pendapat :
Yang pertama: Menjadi imam lebih afdhal.
Yang kedua: Azan lebih afdhal
Ketiga: Menjadi imam dan muazzin sama afdhal.
Keempat: Jika dia tahu dirinya ada cukup syarat dan hak-hak menajdi imam maka menjadi imam afdhal. Dan jika tidak begitu maka azan afdhal.” [Kitab Raudhatul Talibin]
Ada pun pertayaan adakah harus muazzin menjadi imam maka jawabnya bermula hukumnya adalah harus dengan ijmak ulamak.
Imam Nawawi menyebut pada kitab Al-Majmu’:
أجمع المسلمون على جواز كون المؤذن إماما
Maksudnya: “Telah ijmak sekelian orang Islam atas harusnya muazzin itu menjadi imam.” [Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab]
Wallahua’lam
Kredit: @wnmuhdfirdaus

SOALAN: Apakah yang dimaksudkan dalam hadis senyum itu sedekah?
JAWAPAN: Diriwayatkan dari Abu Zarr r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:
تَبَسُّمُك في وَجْه أَخِيك لك صدقة
Maksudnya: “Senyuman kamu di hadapan saudara kamu itu bagi kamu ialah sedekah.” [Hadis Riwayat Tirmizi]
Maksudnya apabila kita senyum waktu bertemu dengan orang maka kita mendapat pahala seperti pahala kita bersedekah.
Berkata Imam Al-Munawi:
( تبسُّمك في وجه أخيك ) أي في الإسلام، ( لك صدقة ) يعني: إظهارك له البَشَاشَة، والبِشْر إذا لقيته، تؤجر عليه كما تؤجر على الصَّدقة
Maksudnya: “Seyuman kamu di hadapan saudara kamu seagama bagi kamu itu sedekah yakni kamu menunjukkan rasa seronok baginya dan gembira apabila kamu berjumpa dengannya dan kamu akan diberi balasan pahala sebagaimana pahala kamu memberi sedekah.” [Kitab Faidul Qadir]
Senyum ketika bertemu orang ini juga adalah akhlak para Nabi a.s dan membuang rasa sombong.
Berkata Imam Ibnu Bathhal:
فيه أنَّ لقاء النَّاس بالتَّبسُّم، وطلاقة الوجه، من أخلاق النُّبوة، وهو مناف للتكبُّر، وجالب للمودَّة
Maksudnya: ''Pada hadis ini menunjukkan bahawa senyum dan manis muka ketika bertemu orang itu setengah dari akhlak para Nabi dan ia menafikan rasa sombong dalam diri dan mengundang rasa kasih sesama manusia.” [Syarah Sahih Bukhari]

SOALAN: Jika kita ada mempunyai hutang adakah boleh kita nak bersedekah kepada faqir miskin kerana ada dengar cakap orang yang mengatakan haram kita sedekah kalau ada berhutang dengan orang?
JAWAPAN: Orang yang ada berhutang dengan seseorang tidak haram yakni harus ia bersedekah. Ulamak hanya mengatakan yang afdhalnya ia tidak bersedekah sehingga selesai ia dari membayar hutang.
Tetapi jika dia bersedekah juga maka tidak haram dengan syarat wang yang dia sedekahkan itu bukan wang yang wajib.
Arti wang yang wajib ialah wang yang dia akan gunakan untuk membayar hutang atau wang yang diperlukan untuk nafaqah orang yang wajib atasnya.
Jika dia bersedekah dengan wang untuk membayar hutang atau wang keperluan memberi nafaqah maka hukumnya adalah haram.
Berkata Syeikh Khatib Syarbini:
من عليه دين يستحب أن لا يتصدق حتى يؤدي ما عليه. قلت: الأصح تحريم صدقته بما يحتاج إليه لنفقة من تلزمه نفقته ، أو لدين لا يرجو له وفاء
Maksudnya: “Barang siapa ada berhutang maka sunat dia tidak bersedekah sehingga dia menjelaskan hutangnya itu. Kataku pendapat yang paling sahih ialah haram ia bersedekah dengan harta yang berhajat ia kepadanya seperti nafaqah orang yang wajib atasnya atau harta untuk bayar hutang yang tidak ada harta yang lain untuk membayar.” [Kitab Mughni Al-Muhtaj]
Kesimpulannya orang yang berhutang boleh bersedekah tetapi bukan dengan harta untuk membayar hutang dan nafaqah anak isterinya.