The Qowiy Writer—♥️💬
8.4K subscribers
88 photos
16 videos
88 links
Sepahit apapun sesuatu peristiwa pasti ada hikmahnya.

ϵst; 22 jαͷῠαrϒ 2019
Download Telegram
“Kalau kita orang yang mewah, janganlah kita berbangga. Allah boleh ambil sekelip mata.

Kalau kita orang yang susah, janganlah bersedih. Allah hendak meringankan bebanan kita dan Allah boleh memberi bila-bila masa.”

Semua yang kita ada ini Allah punya, bukan milik kekal kita.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
“Dakwah itu membawa manusia selamat daripada api neraka. Api neraka ini ancaman terakhir sebelum manusia yang mati membawa balik dosa.

Beribu batu daripada neraka dah terasa bahangnya. Busuknya dah menerjah hidung. Jeritan yang menakutkan membuatkan dada kita berombak ketakutan.

Gegaran pekikan ahli neraka cukup membuatkan kita tak mampu untuk berdiri menghala ke arah neraka.

Itu beribu batu jauhnya. Belum sampai depan pintu dan dimasukkan ke dalam neraka.”

Begitulah watak seorang ayah. Jauh macam mana pun anak dia pergi, tetap tentang akhirat juga yang seorang ayah akan tekankan.

Dok berulang-ulang kata-kata ini dalam kepala;

“Dakwah itu untuk selamatkan manusia lain daripada neraka yang sangat dahsyat.

Dakwah supaya manusia takutkan Allah.”

Allahu.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Sabar itu indah. Bersabarlah dalam setiap perkara. Allah has better plans for each one of us. Don't despair and lose hope. Allah knows best.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Tetaplah jadi yang baik meskipun tidak di anggap baik, tak perlu membalas dengan hal sama atas apa yang orang lakukan terhadapmu.

Berbuat baiklah untuk dirimu sendiri
tanpa harus mencari pengakuan dari orang lain.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
You are going to be surprised at how Allah answered your prayers. He wants the best for you. Keep reminding yourself of this because if you keep on making Dua with tawakkul, The miracles that you want will come true.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Syaitan dan iblis takkan pernah mencuri duit, kekayaan, harta, rumah kediaman atau apa yang bersifat material.

Tetapi syaitan akan bersungguh-sungguh setiap hari untuk mencuri dan menggugat keimanan yang ada dalam setiap hati kita.

Pertahankanlah!

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Yakinlah rezeki kita tidak akan pernah di luar genggaman Tuhan.

Allah tarik di tempat lain, Dia beri di tempat lain.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Tiap ujian yang dihadirkan adalah tanda Allah sayang. Bersabarlah dengan sabar yang indah. Terima setiap ujian itu sebagai tanda kasih sayang dari Allah. Sungguh, segalanya didatangkan dengan hikmah. Dan Allah sentiasa ada untuk mendengar setiap keluh kesah yang mahu kau luah.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Kenapa kita perlu yakin dalam doa ?

Kerana Allah itu mulia. Dia tidak akan membiarkan hambaNya menadah tangan, lalu pulang dengan tangan kosong.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Mahu berjaya, solat.
Mahu ubati kecewa, solat.
Mahu hilangkan kemarahan, solat.

Ingatlah hubungan dengan Allah. Sesungguhnya, orang yang berpaling dari kebenaran yakni orang yang tidak mahu bertaubat itu tergolong antara orang-orang yang sombong dan dimurkai oleh Allah.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Lakukan kebaikan, tinggalkan kejahatan. Sekali pun tiada siapa yang melihat. Waktu kita berseorangan, atau di depan orang lain.

Kalau perlu untuk kita buat baik, buatlah. Tak perlu malu. Sebaliknya kejahatan apa pun, mesti kita jauhkan sekali pun kita seorang diri.

Istilah dunianya ada integriti. Bahasa akhiratnya ada iman.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Menangis bukan tunggu ada kematian. Menangis bukan tanda lemah. Menangis bukan juga lambang kecewa. Menangis bukan menjatuhkan wibawa lelaki.

Bahkan menangis besar daripada itu.

Menangis boleh menghapuskan dosa. Air mata itu boleh jauhkan kita dari api neraka. Air mata itu juga tanda kita mahu kembali kepada Allah.

Sebab itu guru saya selalu pesan;

“Menangislah selalu. Nasib kita belum tahu.”

Maka menangislah tanpa ada orang lain yang tahu. Menangis dengan hati. Moga kau diberkati.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Kalau mahu berbicara dengan Allah dan mengadu keluh kesah kehidupanmu, banyakkanlah sujud. Kalau mahu Allah berbicara denganmu dan menjawab persoalan tentang kehidupan, banyakkanlah membaca al-Quran.

Orang yang sentiasa sujud dan melazimi al-Quran akan sentiasa diberi petunjuk.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Jika kau pencari Tuhan dan Rabbani,
Berpalinglah dari ada menuju tiada.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Bila sampai masa Allah nak beri, tak ada yang boleh menghalang. Sekali pun seisi dunia menghalang, tetap akan berlaku.

Itulah rezeki. Takkan pernah salah.

Jadi untuk rezeki yang sampai pada kita, syukurlah. Untuk yang masih dalam impian kita dan belum tercapai, tenang dan teruskan berdoa ya.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Kalau waktu dapat sesuatu dan waktu kita memberi sesuatu itu sama perasaan, itu tandanya dunia tidak di hati kita.

Contohnya, waktu dapat duit RM100 kita gembira. Waktu nak beri ke orang lain RM100 perasaan tetap sama. Tenang sahaja. Tidak terkesan ke hati.

Itu tandanya dunia tak melekat pada hati.

Tapi kalau masa dapat RM100 punyalah suka. Bila kena memberi berat ya ampun. Teragak-agak. Bila dah bagi menyesal pula. Lama sikit siap mengungkit lagi.

Maka itu tanda ada dunia dan sedikit melekat pada hati.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Andai kita sebelum ini tak sempat atau tak mampu untuk berbuat baik pada ibu bapa saat mereka hidup, hari ini kita masih lagi boleh usahakan sesuatu.

Banyakkan bersedekah atas nama mereka. Niatkan usaha sedekah kita khusus untuk ibu bapa kita yang telah tiada.

Selain itu kita terus meneruslah mendoakan mereka. Saat teringat, terus doakan.

Moga kita nanti dikumpulkan bersama mereka di syurga sana. Amin. 🤲🏻

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Berjuang itu mengajak manusia ke arah kebaikan. Ke arah utamakan taqwa dan meninggalkan dosa.

Dalam masa yang sama, diri pejuang tak berhak merasa selamat. Atau lebih direct tak berhak merasa mereka ahli syurga. Dan meletakkan manusia yang belum menerima kebaikan sebagai ahli neraka.

Moga kita menjadi manusia yang selamat menjaga hati. Amin. 🤲🏻

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
Ayah dan ibuku tidaklah sempurna, tapi demi Allah, mereka adalah sesuatu yang paling berharga dalam hidupku, yang pernah Allah beri.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter
في نهاية الأمر لا أحد فينا يعرف قصة الآخر كاملة.

Pada akhirnya, tidak ada seorang pun di antara kita yang tahu kisah satu sama lain secara lengkap.

♥️🍃 - @TheQowiyWriter