The Qowiy Writer—♥️💬
8.4K subscribers
88 photos
16 videos
88 links
Sepahit apapun sesuatu peristiwa pasti ada hikmahnya.

ϵst; 22 jαͷῠαrϒ 2019
Download Telegram
Allah tidak menjanjikan orang yang belajar dan bekerja 24 jam akan berjaya. Sebaliknya, Allah menjanjikan sesiapa yang solat dia pasti akan berjaya.

♥️🖋• - @TheQowiyWriter
Jangan pernah menjadikan solat itu pilihan.

Solat itu ketetapan yang wajib dikerjakan. Waktu senang solat, waktu susah solat. Apa saja keadaan, jaga solat 5 waktu sebaik mungkin.

Lihatlah kehidupan kau akan berubah setelah kau menjaga & menyempurnakan solat.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Kun fayakun, Allah selalu mewujudkan sesuatu yang mustahil, melalui cara yang lebih mustahil lagi. Jadi, tenanglah.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Mahu berjaya, solat.
Mahu ubati kecewa, solat.
Mahu hilangkan kemarahan, solat.

Ingatlah hubungan dengan Allah. Sesungguhnya, orang yang berpaling dari kebenaran yakni orang yang tidak mahu bertaubat itu tergolong antara orang-orang yang sombong dan dimurkai oleh Allah.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Allah menunda sesuatu yang indah, untuk menjadikannya lebih indah lagi.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Jangan pernah redha dgn maksiat dan kemungkaran kepada Allah.

Jangan bangga.

Jangan tunjuk. 

Jangan ajak. 

Jangan pertahan.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Jangan berhenti bersedekah. Ada duit lebih, jangan kedekut/berkira untuk sedekah. Because sedekah is the key for rezeki. Jangan takut sedekah, boleh jadi makin miskin. No please, don't. The power of sedekah, is make you richer than you expected.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Semua doa yang dilangitkan, tidak akan dipulangkan dengan tangan kosong.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Buatlah kebaikan apa pun yang kita rasa sesuai dengan diri kita. Kebaikan yang pada kita itu tidak akan membosankan kita untuk kita lakukan. Terus lakukan sampai bila-bila pun, sekali itu adalah amalan kebaikan yang kecil.

Kerana Rasulullah pernah sebut dulu;

“Sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan (istiqamah) walau pun sedikit.”

Biar sedikit, tapi terus menerus kita lakukan seumur hidup.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Seriously, Al-Waqiah dengan Al-Mulk memang power. Amalkan setiap malam, in shaa Allah macam-macam bentuk rezeki kita dapat.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Bersyukurlah atas nafas yang Allah pinjamkan kepada kita setiap hari. Ucapkanlah Alhamdulillah!

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Kita namapak orang hidup senang.
Kita nampak orang hidup mudah.
Kita nampak rezekinya murah.

Sedang kita tak tahu, apa yang Allah sudah ambil darinya.
Dan bagaimana keras hidupnya sebelum segala-galanya nampak lancar.

Maka, jangan membandingkan hidup kita dengan dia.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Kalau stress, kerap amalkan doa ini:

- Hasbunallah wa ni'mal Wakil -

"Cukuplah Allah sebagai penolong dan dialah sebaik baik wakil."

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
"Ya Allah anugerahkanlah aku seorang yang melihatku dengan hatinya bukan dengan matanya, dan mencintaiku dengan jiwanya bukan dengan ucapannya."

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Buat yang hidupnya merasa bermasalah, cuba mulai sekarang perbaiki solatnya, susun jadual seharian, dibaca Al-Quran nya. Percayalah, perlahan-lahan Allah akan memperbaiki hidupmu satu persatu.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Segala-galanya jadi konten hari ini.

Sampaikan ibadah yang menjadi detik paling peribadi dengan Tuhan, juga jadi konten untuk meraih validasi manusia.

Jika begini apa lagi yang tinggal pada diri kita?

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Mahalnya HIDAYAH Allah kerana dengannya kita masih mampu untuk melakukan ketaatan kepadaNya..

Dengan HIDAYAH Allah orang sakit mampu ke masjid untuk jemaah, sedangkan yang sihat pun tak mampu..

Dengan HIDAYAH Allah orang miskin mampu bersedekah, sedangkan yang kaya tak semua yang mampu buat...

Dengan HIDAYAH juga kita diizinkan Allah untuk buat Ibadah..

Jadi pintalah agar Allah sentiasa kurniakan HIDAYAH kepada kita..

Muhasabah diri

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Jika sedar jiwa derita dengan dosa, janganlah ditambah dengan bersangka buruk akan hikmahNya.
Muhasabah, ubah, dan istiqamah

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
3 hari lagi.

Datanglah wahai Ramadan.

Sesungguhnya hati ini sedang sakit.

Semoga Allah sampaikan kita kepada bulan Ramadan.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Jangan lupa doa ini sepanjang Ramadan :

اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر

Allahumma bariklana fi shahri Ramadan wa ballighna lailatul qadr

"Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini & temukanlah kami dengan Lailatul Qadr.."

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter