Carian Pos Publik, Album Stori, Koleksi Hadiah dan Banyak Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Carian Pos Publik, Album Stori, Koleksi Hadiah dan Banyak Lagi

Kemaskini hari ini memperkenalkan cara untuk mencari pos saluran publik, menyusun stori ke dalam album dan mengatur hadiah ke dalam koleksi, mengurus bot melalui mini aplikasi bergaya baru — dan banyak lagi.

Carian Pos Publik

Carian kini mempunyai tab 'Pos', di mana anda boleh melihat hasil yang berkaitan dari saluran publik. Ini menjadikan pencarian maklumat khusus dan melayari pelbagai sumber dalam satu interfes yang sangat pantas dan lebih mudah.

Carian pos di peringkat permulaan hanya tersedia untuk pengguna Telegram Premium — mereka yang telah dan terus membantu memastikan Telegram kekal percuma, pantas dan selamat untuk lebih daripada satu bilion pengguna di seluruh dunia.

Album Stori

Kisah percutian kegemaran anda, gambar haiwan peliharaan dan banyak lagi kini boleh disusun dalam album stori di profil anda — untuk mencipta sorotan pengembaraan terbaik dan meme kegemaran anda.

Perniagaan dan pencipta kandungan yang menyiarkan stori di saluran mereka juga boleh menggunakan album untuk memaparkan produk kepada pelanggan atau mengumpulkan konten ke dalam senarai main.

Untuk menambah stori ke dalam album, pergi ke tab 'Pos' di profil atau saluran anda dan tekan 'Tambah Album'.

Koleksi Hadiah

Anda kini boleh mengumpulkan hadiah di profil atau saluran anda ke dalam koleksi tersuai — berdasarkan tema, keunikan, atau apa-apa ciri lain.

Hadiah yang sama boleh muncul dalam beberapa koleksi, membolehkan anda mencipta kombinasi tanpa had. Koleksi juga menyokong penapis terperinci untuk memudahkan carian.

Untuk menambah hadiah ke dalam koleksi, buka tab 'Hadiah' di profil anda atau dalam saluran, pilih hadiah dan tekan 'Tambah Koleksi'.

Penilaian Profil

Profil Telegram kini memaparkan lencana dengan penilaian berangka berdasarkan jumlah keseluruhan transaksi berjaya yang telah mereka lakukan dengan Telegram Star.

Ia menyerlahkan tahap Telegram anda dan membantu pemilik saluran melihat bahawa anda boleh dipercayai untuk Cadangan Pos dan permintaan lain.

Membeli hadiah, menghantar Mesej Berbayar dan membiayai Cadangan Pos dengan Star meningkatkan penarafan anda. Walau bagaimanapun, jika anda memulangkan pembelian Star atau menukar hadiah kepada Star, penarafan anda akan juga menurun.

Hadiah Premium

Hadiah Telegram sangat popular sehingga keluaran baru terjual habis dalam beberapa minit. Walaupun anda sentiasa boleh membeli hadiah daripada orang lain di pasaran hadiah, kami ingin lebih ramai orang mendapat hadiah sebaik sahaja ia dilancarkan.

Tidak lama lagi, anda mungkin akan melihat jenis hadiah baru — hanya tersedia untuk pengguna Telegram Premium, dengan setiap orang hanya boleh membeli jumlah terhad sahaja. Nantikannya!

Hadiah Premium

Majoriti besar Hadiah Telegram masih boleh dibeli oleh semua pengguna — hanya set tertentu bagi hadiah edisi terhad yang memerlukan Premium untuk dibeli.

Apl Mini BotFather

Juruprogram bot dan apl mini Telegram kini boleh menguruskan mereka dalam apl mini @BotFather yang baru — daripada mencipta bot hingga ke mengemaskini tetapan, ikon, dan keterangan.

Mana-mana juruprogram boleh mencipta aplikasi mini berkuasa tinggi yang menyokong mod skrin penuh, langganan, pintasan skrin utama, geolokasi, penjejakan pergerakan — dan banyak lagi.

Ingin membina servis dan mainan untuk lebih daripada 1 bilion pengguna Telegram? Mulakan di sini.

Itu sahaja untuk kemaskini hari ini — kami akan kembali tidak lama lagi dengan koleksi (atau album?) ciri baru yang lain.


31 Julai 2025
Pasukan Telegram