π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€
15K subscribers
1.95K photos
51 videos
528 links
A Motivational, Islamic Dakwah and Inspiring Channel ✨

πŸ“© Book Paid Review Slot with @BesidesNur
Download Telegram
Dia rimas bila chat 24 jam. Time dia busy spam chat banyak-banyak, lagilah dia rimas. Sebab tu aku jenis memahami, chat bila perlu je. Kadang aku chat dia langsung tak reply. Aku cuba faham dia kan busy. Alhamdulillah, dia dah ada orang lain sekarang.

@Hati_Remaja
Things to keep private :

- your sins
- the sins of others
- family disputes
- marital matters
- acts of worship to Allah
- financial matters
- dreams with meaning
- trusted conversations (amanah)
- aspirations and accomplishments
- struggles and hardships

@Hati_Remaja
"Orang gemuk letak caption gemuk on SOCMED "

Benar, dewasa ini makin ramai pengguna laman sosial yang gemar mengupload gambar sendiri beserta caption yang kadang-kadang tidak masuk akal. Upload selfie langsir, tetapi hashtag #savepalestine. Mungkin tentera jahat itu akan bertempiaran lari ketakutan setelah melihat wajah anda ?

Saya pun tidak pasti. Sama lah juga kisahnya tatkala memuat naik gambar sendiri yang kurus umpama pembaris namun captionnya

"gemuk :("

Pada pemerhatian saya, ada tiga respon yang diterima oleh si pemuat naik setelah memuat naik gambar kurus tetapi caption "gemuk :(" begitu

Pertama, seperti yang mereka mahu, orang yang melihat gambar tersebut akan memuji mereka "eh mana ada, you kurus kot, I lagi gemuk." Lalu mereka berbalas pujian sehingga raya puasa tahun depan. Bagi si pemuat naik gambar, matlamat mereka tercapai.

Respon kedua, netizen akan meng-bash si pemuat naik sepuas hati. Sehingga satu tahap, screenshot tweet itu masuk ke alam Facebook. Mampoih. Yang ini pun sama-sama bengap. Banyak benda lain boleh sembang, sembang pasal orang gemuk tak gemuk, padahal terang terang gambarnya kurus. Oh terlupa, kaum Facebook memang begitu.

respon ketiga, netizen yg sudah jemu dgn fenomena upload gambar kurus tp caption gemuk, akan selamba menyuruh si pemuat naik pergi meninggal.

Kesimpulannya, sebelum mengupload apa jua perkara di internet, sambungkan lah dahulu jari jemari anda dengan otak kanan serta kiri. Ibarat kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, labi-labi, serta platipus.

Sekian itu sahaja dari saya, selebihnya boleh rujuk di perpustakaan berdekatan.

Mimin Syaqirah

@Hati_Remaja
Jika seseorang benarΒ² menyukai, maka dia akan memberikan bukti bukan alasanΒ².

Jika seseorang benarΒ² menyukai maka dia akan memberikan komitmen terikat, bukan ketidakpastian.

Jika seseorang benarΒ² menyukai maka dia akan berlari menjemput, bukan membiarkan kita menunggu.

Betul tak geng ?

@Hati_Remaja
Jenis aku la, kalau tahu orang tu tengah menipu, aku diam je. Saje nak tengok sejauh mana dia nak tipu aku β™₯️🌻

@hati_remaja
Yang penat itu terkadang bukanlah badan, tetapi perasaan β™₯️🌻

@hati_remaja
Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita punya berbanding apa yang kita tiada. Setiap orang punya kelebihan. Paling tidak kelebihan berat badan, itu juga lebihan β™₯️🌻

@hati_remaja
Berdamai dengan hidup yang kita tak dapat capai. Dalam tidak sedar, hidup kita sekarang adalah hidup yang diidamkan orang lain. Bersyukurlah.

@Hati_Remaja
Hai semua. I nak buat promo paid review at channel @Hati_Remaja ✨

πŸ’Œ PAKEJ A
RM 7 - 3x post seminggu πŸ”₯

πŸ’Œ PAKEJ B
RM 14 - 5x post seminggu
FREE 3x post dalam group business
FREE another 2x POST sempena PROMOπŸ”₯

πŸ’Œ PAKEJ C
RM 28- 10x post dua minggu
FREE 3x post dalam group business
FREE another 5x POST sempena PROMOπŸ”₯

Sebarkan!

Niat untuk bantu bisnes kecil kecilan. Moga setiap rezeki terselit keberkatan ✨

Pm : @besidesnur β™₯️
Kedai Menjual Suami

Ada sebuah kedai yang baru sahaja dibuka di tengah kota. Kedai ini menjual lelaki khusus untuk dijadikan suami.

Apabila wanita pergi ke kedai ini untuk memilih suami, mereka perlu mengikut arahan di pintu masuk yang menyatakan:

β€œAnda boleh mengunjungi kedai ini SEKALI SAHAJA.

Kedai ini mempunyai 6 tingkat dan nilai lelaki meningkat apabila anda naik ke tingkat yang lebih atas.

Anda boleh pilih mana-mana lelaki dari tingkat tertentu, atau boleh pilih untuk naik ke tingkat seterusnya.

Tetapi anda TIDAK BOLEH turun semula ke tingkat bawah kecuali untuk keluar dari kedai ini.”

Ada seorang wanita pergi ke kedai ini, nekad mahu memilih suami.

Sesampainya wanita ini di tingkat 1, papan tanda di pintu masuk tertulis:

β€œTingkat 1: Lelaki di sini mempunyai pekerjaan yang bagus.”

Wanita ini teruja, lalu memutuskan untuk ke tingkat 2 di mana di depan pintu masuknya tertulis:

β€œTingkat 2: Lelaki di sini mempunyai pekerjaan yang bagus dan suka kanak-kanak.”

Wanita ini semakin teruja, lalu naik ke tingkat 3 di mana papan tanda di pintu masuk tertulis:

β€œTingkat 3: Lelaki di sini mempunyai pekerjaan yang bagus, suka kanak-kanak dan tampan.”

Wanita ini menjadi semakin ingin tahu. Apa agaknya ada di tingkat 4 jika di tingkat 3 sudah begitu bagus lelakinya?

Dia pergi ke tingkat 4 dan papan tanda di pintu masuk tertulis:

β€œTingkat 4: Lelaki di sini mempunyai pekerjaan yang bagus, suka kanak-kanak, tampan dan rajin melakukan kerja rumah.”

Pada ketika ini, wanita ini semakin rasa terdorong untuk ke tingkat seterusnya.

Segera dia melangkah ke tingkat 5 dan di pintu masuk tertulis:

β€œTingkat 5: Lelaki di sini mempunyai pekerjaan yang bagus, suka kanak-kanak, tampan, rajin melakukan kerja rumah dan romantik!”

Aduh! Hanya tinggal 1 tingkat lagi. Wanita ini sangat ingin tahu apakah jenis lelaki yang ada di atas sana. Jika dia tidak naik, sampai bila-bila pun dia akan hidup dalam tanda tanya.

Lantas segera dia melangkah ke tingkat 6. Dan di depan pintu masuk tertulis:

β€œTingkat 6: Anda adalah pelawat 341, 628, 759 yang ke tingkat ini. Tiada lelaki di tingkat ini.

Tingkat ini wujud semata-mata untuk membuktikan lelaki sempurna itu tidak wujud.

Terima kasih kerana berkunjung ke Kedai Menjual Suami.”

#PuanMary

@Hati_Remaja
"Jarak itu sebenarnya tak pernah ada. Pertemuan dan perpisahan dilahirkan oleh perasaan”
β€” Jokpin

@Hati_Remaja
Perlahan lahan hilang kawan adalah sebahagian proses kita membesar.

Dan kita sebenarnya tak hilang kawan pun, tapi kita tahu siapa kawan yang sebenarnya.

@Hati_Remaja
5 jenis orang yang patut kau hargai:

1. Setia, saat kita susah
2. Senyum, saat kita marah
3. Mendengar, saat kita luah
4. Bantu, saat kita mengalah
5. Mengingatkan, saat kita lupa

@Hati_Remaja
Aku ni jenis yang setia. Misalnya masuk kedai makan tengok menu banyak last sekali order tomyam jugak. Kesetiaan begitu terserlah πŸ˜‚

Jangan pernah uji kesetianku okay 🀣

@Hati_Remaja
Wise saying. πŸ₯Ή Dah mula tinggalkan habit story di instagram.

Kalau dulu tiap hari ada berkongsi cerita. Sekarang dah mula diam-diam saja.

Yang penting hidup di alam nyata.

@Hati_Remaja
Teringin nak jumpa diri sendiri waktu 5 tahun.

Nak peluk kuat-kuat.

Nak bisik, kau comel dik. Masa depanmu cerah.

Then pergi.

@Hati_Remaja
Perempuan punya 9 emosi. So pahamlah kalau pagi dia lain, tengahari dia lain, petang dia lain, malam dia lain. Esok dan seterusnya pun lain.

@Hati_Remaja
kalau berniaga atau jual apa-apa first jangan takut jangan gentar , kalau takut dilambung ombak jangan pernah berumah di tepi pantai
.
mental kena kuat kena bash ke kena kecam ke just do your work jangan hirau orang lain fikir diri sendiri dulu
.
jangan takut bersedekah walau 10 sen sebab dia takkan buat kamu jatuh miskin malah lebih melimpah ruah rezeki kamu masuk
.
kalau sedekah untuk diri sendiri pun susah apatah sedekah untuk orang lainkan?
.
yang paling penting kena ada partner positive dan bermotivasi selalu support ketika mental down jadi kuatkan semangat dan terus sukses!❀️

@Hati_Remaja
"Pendiamnya kau ni"

Sebenarnya aku tak pernah berhenti cakap dengan orang yang aku selesa dan kau bukan salah sorang daripadanya.

@Hati_Remaja
Tahu pun kau tak boleh hidup kalau aku ignore. Aku buat sikit je tau. Aku diam je buat silent treatment. Daripada aku dok bising2 luahkan semua benda baik aku diam. Tapi asal diam, mak aihhhhhh dia punya sentap kemain. Haha lain kali cari pasal lah lagi. Aku punya kuasa ignore level *infinity*

@Hati_Remaja