π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€
14.7K subscribers
1.97K photos
51 videos
532 links
A Motivational, Islamic Dakwah and Inspiring Channel ✨

πŸ“© Book Paid Review Slot with @BesidesNur
Download Telegram
BERDIAM ATAU BERSUARA?

Berdiam diri ada kalanya amat berkesan untuk menyatakan pendirian.

Bersuara juga ada kalanya amat perlu untuk menyatakan pendirian.

Mahu berdiam atau bersuara bergantung kepada individu yang kita temui.

Ada orang, bila kita diam, dia tidak faham.

Ada orang, bila kita bersuara, dia tidak faham-faham.

#PuanMary #GuruImej #PesanPuanMary
Kedai Menjual Suami

Ada sebuah kedai yang baru sahaja dibuka di tengah kota. Kedai ini menjual lelaki khusus untuk dijadikan suami.

Apabila wanita pergi ke kedai ini untuk memilih suami, mereka perlu mengikut arahan di pintu masuk yang menyatakan:

β€œAnda boleh mengunjungi kedai ini SEKALI SAHAJA.

Kedai ini mempunyai 6 tingkat dan nilai lelaki meningkat apabila anda naik ke tingkat yang lebih atas.

Anda boleh pilih mana-mana lelaki dari tingkat tertentu, atau boleh pilih untuk naik ke tingkat seterusnya.

Tetapi anda TIDAK BOLEH turun semula ke tingkat bawah kecuali untuk keluar dari kedai ini.”

Ada seorang wanita pergi ke kedai ini, nekad mahu memilih suami.

Sesampainya wanita ini di tingkat 1, papan tanda di pintu masuk tertulis:

β€œTingkat 1: Lelaki di sini mempunyai pekerjaan yang bagus.”

Wanita ini teruja, lalu memutuskan untuk ke tingkat 2 di mana di depan pintu masuknya tertulis:

β€œTingkat 2: Lelaki di sini mempunyai pekerjaan yang bagus dan suka kanak-kanak.”

Wanita ini semakin teruja, lalu naik ke tingkat 3 di mana papan tanda di pintu masuk tertulis:

β€œTingkat 3: Lelaki di sini mempunyai pekerjaan yang bagus, suka kanak-kanak dan tampan.”

Wanita ini menjadi semakin ingin tahu. Apa agaknya ada di tingkat 4 jika di tingkat 3 sudah begitu bagus lelakinya?

Dia pergi ke tingkat 4 dan papan tanda di pintu masuk tertulis:

β€œTingkat 4: Lelaki di sini mempunyai pekerjaan yang bagus, suka kanak-kanak, tampan dan rajin melakukan kerja rumah.”

Pada ketika ini, wanita ini semakin rasa terdorong untuk ke tingkat seterusnya.

Segera dia melangkah ke tingkat 5 dan di pintu masuk tertulis:

β€œTingkat 5: Lelaki di sini mempunyai pekerjaan yang bagus, suka kanak-kanak, tampan, rajin melakukan kerja rumah dan romantik!”

Aduh! Hanya tinggal 1 tingkat lagi. Wanita ini sangat ingin tahu apakah jenis lelaki yang ada di atas sana. Jika dia tidak naik, sampai bila-bila pun dia akan hidup dalam tanda tanya.

Lantas segera dia melangkah ke tingkat 6. Dan di depan pintu masuk tertulis:

β€œTingkat 6: Anda adalah pelawat 341, 628, 759 yang ke tingkat ini. Tiada lelaki di tingkat ini.

Tingkat ini wujud semata-mata untuk membuktikan lelaki sempurna itu tidak wujud.

Terima kasih kerana berkunjung ke Kedai Menjual Suami.”

#PuanMary

@Hati_Remaja