Simpanan Emas by C.Z.🌿
115 subscribers
729 photos
87 videos
2 files
240 links
Berkongsi Info mengapa perlunya kita pelbagaikan bentuk simpanan, antaranya Simpanan Emas P.Gold
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Masa ni Mentor Emas Tn Mohd Zulkifli Syafie bg talk, segram Baru RM189, sekarang (17/7/2021) RM265. Semalam (16/7/2021) RM267.

Fikir-fikirkan, nk menyimpan emas dibawah bimbingan saya, wasap saya 👇

C.Zahari | PG00428195
PG Authorised Dealer
https://wa.me/60183552133
https://wa.me/60123502452

#videoG100
Assalam semua.. Disini merupakan promosi Dealer / Priority Dealer bulan Julai.. Simpan terus didalam GAP.

Bayaran tersebut akan tukar kepada berat emas. RM7000 (GAP) + RM200 (wealth card) = Normal Dealer.

Kelebihan Normal Dealer, setiap belian akan dpt cashback 1%.

Simpanan Emas RM14000 (GAP) + RM200 (Wealth card) = Priority Dealer.

Kelebihan Priority Dealer, setiap belian akan dapat cashback 1.5%.

Boleh wasap saya sekiranya berminat menyimpan didalam Akaun GAP, dan automatik menjadi Normal / Priority Dealer..😘

C.Zahari | PG00428195
PG Authorised Dealer
https://wa.me/60183552133
https://wa.me/60123502452
Jom menyimpan serendah RM100 didalam Akaun GAP.

C.Zahari | PG00428195
https://wa.me/60183552133
https://wa.me/60123502452
PAJAK EMAS

Zaman dulu, pergi ke pajak gadai (sebelum wujud ar-rahnu) sesuatu yang mengaibkan.

Ia menunjukkan orang tu sedang terdesak dan kesempitan wang.

Tapi zaman dah berubah.

Sekarang, pergi ke ar-rahnu bukan lagi sesuatu yang mengaibkan.

Ia menunjukkan dia adalah penyimpan emas.

Dia mungkin seorang yang bijak sebab pajak emas di ar-rahnu adalah salah satu strategi mengelakkan kekayaan dia bocor daripada belanja yang bukan-bukan.

Kredit mentor Tuan MohdZulkifliShafie

#ilmu_emas
Harga Emas GAP hari ini [18 Julai 2021] adalah RM265 bagi 1 gm. Jika belian RM100 anda akan perolehi 0.3774 didalam akaun GAP anda.

"Belian pertama adalah benchmark harga untuk dibandingkan dengan harga akan datang"

Berminat untuk buka akaun GAP, wasap saya di 👇

C.Zahari | PG00428195
https://wa.me/60183552133
https://wa.me/60123502452

#info_GAP
SIMPAN EMAS KENA PERAM LAMA, IA TAK SAMA MCM SIMPANAN DUIT
-Hari ni masuk esok keluar,
-simpanan emas perlu letak dlm mind set utk simpan dan harus dilupakan.
-bila waktu nak ingat semula?

Jawapannya mudah sahaja, apabila matlamat dah tercapai atau pada ketika berlakunya kecemasan...

Ketika itu, 916 atau 999 harus di ar-rahnukan atau dijual semula.

"Emas Dana Kecemasan"
DAPAT GAJI, BAYAR DIRI SENDIRI DULU

Hari yang paling menggembirakan bagi yang bekerja makan gaji ialah hari gaji masuk.

Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih. Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya.

Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita. Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Mentor Kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui Akaun Emas GAP Public Gold, 1gram1bulan atau RM100 1bulan. Boleh klik #Info_GAP

Disiplinkan diri yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram.

Itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS insyaAllah...

Bagi yang nak memulakan simpanan emas dengan bajet serendah RM100, wasap saya di

▶️ wasap.my/60183552133/AkaunGap

C.Zahari | PG00428195
Dealer Aktif PG

#ilmu_emas
https://t.me/SimpananEmasbyCikguZ

Assalam semua.. Mohon panjangkan channel saya kepada adik beradik dan sahabat handai, untuk info dan ilmu simpanan emas.

Kepada subscribers, T.kasih diucapkan kerana masih kekal di channel ini..😊
Emas Bar 5G dan 1 Dinar.. Menjadi pilihan penyimpan withdraw GIT Akaun GAP
𝗣𝗔𝗧𝗨𝗧 𝗝𝗨𝗔𝗟 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗝𝗔𝗞 𝗗𝗨𝗟𝗨?

Kalau nak pakai duit segera, tak semestinya kena jual emas dalam simpanan. Pajak pun boleh.

Urusan pajak emas di ar-rahnu ambil masa hanya beberapa minit je untuk dapatkan tunai segera.

Tapi persoalannya, mana lebih baik, jual atau pajak?

Kalau nak pakai duit segera dan mampu untuk tebus balik dalam waktu 6 bulan, semestinya saya syorkan pajak saja.

Ini disebabkan kosnya lebih murah dari kos jual.

Perangai penyimpan emas ni, bila dah jual emas, dia akan cari duit lain untuk beli balik jumlah emas yang dia pernah jual. Dia tak senang hati kalau emasnya berkurang.

Tapi bila jual emas, kita akan kena kos spread, iaitu beza "harga Sell" dan "harga Buy". Kalau emas PG, spreadnya mencecah 9%.

Sedangkan kos pajak hanyalah sekitar 1.15% sebulan.

Kalau tempoh 6 bulan, kosnya baru 6.9% (1.15 x 6 bulan).

Maksudnya kalau pajak, kita jimat 2.1% (9% - 6.9%) berbanding jual dulu lepas tu cari duit lain untuk beli balik.

Tapi kalau dapat tebus emas tu balik dalam tempoh lebih 6 bulan (tapi kurang 12 bulan) pun bagi saya masih berbaloi.

Walaupun kos pajakan lebih mahal, tapi kita akan cari duit juga untuk pastikan dapat tebus balik emas tu. Akhir sekali emas tu kembali sepenuhnya jadi milik kita.

Itu lebih baik berbanding jual emas tapi tak berganti balik.

📝 Posting asal di FB https://www.facebook.com/1339502465/posts/10219860083316047/?d=n

#ilmu_emas

Nak buka Akaun GAP wasap 👇
https://wa.me/60183552133

C.Zahari | PG00428195
Dealer Aktif PG
Kenapa perlu celik kewangan?

Tidak kira apa pun jenis pekerjaan anda atau perniagaan anda, kedua-dua bidang tetap memerlukan satu perkara yang sama. Pengurusan kewangan. Kegagalan ramai individu pada hari ini bukan kerana tidak memiliki wang, tetapi kegagalan menguruskan wang.

Kegagalan sebahagian perniagaan pada masa lalu dan sekarang juga bukan kerana perniagaan yang tidak bagus, tetapi kegagalan dalam pengurusan kewangan.

Pengurusan kewangan adalah salah satu kemahiran mudah yang anda boleh miliki dan ajarkan kepada generasi anda.

Mereka mungkin tidak mempunyai minat yang sama dengan anda. Mereka mungkin ada cita-cita yang jauh lebih besar daripada anda.

Mereka mungkin tidak langsung berminat dengan apa yang telah anda lakukan dalam hidup anda yang menjadikan anda berjaya.

Tetapi mereka tidak boleh lari dalam urusan kewangan.

Anda mungkin mempunyai perniagaan sebagai ejen sesebuah perniagaan orang lain. Anak-anak anda mungkin membangun perniagaan mereka sendiri. Atau mungkin mereka bekerja dan tidak berminat dengan perniagaan. Pengurusan kewangan mereka mungkin sedikit berbeza, tetapi asas pengurusan kewangan mereka tetap akan sama.

Anda sebagai orang tua adalah orang yang terbaik untuk mendidik generasi anda tentang kewangan. Jika anda memiliki kemahiran tersebut, maka mereka tidak perlu bersusah payah mencari orang lain untuk membantu kehidupan mereka.

Anda juga tidak perlu menyediakan sesuatu yang terlalu "advance," tetapi andai anda telah menyiapkan asas yang kuat untuk mereka, itu sudah lebih daripada cukup bagi mereka mengembangkan lagi pengetahuan mereka.

Kredit: Channel Mohammad Ariff Ashaari

#ilmu_emas
Malam ni tambah ilmu Emas bersama Mahaguru Emas PG Tn Syukor Hashim.

-Beliau telah bersama Public Gold selama 13 thn dari PG tiada cawangan, hingga wujud 17 cawangan termasuk Indonesia.

-Kata beliau sistem yang telah disediakan oleh PG ketika ini adalah yang terbaik dan sentiasa diberi penambah-baikan.

-Ada orang tanya saya kenapa cikgu memilih PG kenapa bukan dengan Syarikat Emas yang lain, jawapan saya mudah sahaja, saya yakin dengan PG sebab PG sudah bertapak lama di Malaysia dan merupakan sebuah syarikat emas yang sedang berkembang pesat.

-Terkini, PG melangkah setapak lagi dengan mewujudkan PG Mall pusat membeli belah online khas untuk customer PG.

Jom buat simpanan Emas bersama Syarikat Public Gold.

"Salam Aidil Adha 1442H, Maaf Zahir & Batin "

C.Zahari | PG00428195 | Dealer Aktif PG
SALAM AIDILADHA 1442H, BUAT SUBSCRIBERS CHANNEL "SIMPANAN EMAS BY C.ZAHARI"

Moga kita tabah dengan dugaan ini, insyaAllah.

C.Zahari | PG00428195
Dealer Aktif Public Gold
KISAH 100 DINAR
SUMBER: FB Tn Syukor Hashim
KISAH 1 GRAM & 100 DINAR EMAS

Sepanjang 12 tahun terlibat dengan emas, saya jumpa banyak kisah-kisah menarik dalam dunia emas nie.

Ada kisah yang menyebabkan saya ketawa dan ada kisah yang menyebabkan saya teruja.

Ia adalah cerita mengenai sifat konsisten seorang manusia @ istiqamah.

Ok, ada 3 cerita.

1️⃣ KISAH BUKA 1 GRAM

Seorang hamba Allah yang ingin menyimpan emas, membuka akaun simpanan emas GAP dengan 1 gram.

Lepas tu dia langsung tak pernah tambah gram dalam akaun GAP dia. Sikit pun tak tambah.

Dia pakai konsep bukak akaun dan tinggal. Mungkin dia ingat 1 gram tu boleh beranak jadi 10 gram kot selepas setahun 😄 kikiki...

Selepas setahun lebih dari tarikh buka akaun gap, dia tutup akaun 1 gram tersebut.

Tamatlah riwayat akaun GAP 1 gram tu 😉

2️⃣ KISAH CIKGU

Seorang Cikgu @ kak Ita yang buka akaun GAP untuk anaknya pada tahun 2014.

Start dari hari buka akaun tersebut, kak Ita topup akaun GAP anaknya 1 gram setiap bulan TANPA GAGAL.

Sekarang akaun GAP tersebut dah ada 73 gram emas (as on November 2020)

Ini adalah kuasa 1 gram yang berterusan setiap bulan. Setelah 6 tahun akan nampak hasilnya.

3️⃣ KISAH 100 DINAR EMAS

Nak dengar cerita 100 Dinar Emas? Ini adalah salah satu pengalaman menarik pernah saya saksikan 🥳

"Saya tak berapa ingat tahun kisah ini berlaku. Yang pasti ia terjadi sebelum tahun 2015 (sebelum zaman GST). saya terlupa tahunnya".

Ada seorang hamba Allah ini hobinya mengumpul 1 Dinar Emas.

Asal dia ada duit... dia akan beli 1 Dinar Emas.
Asal dia ada duit dia akan beli 1 Dinar Emas.

Hamba Allah ini sangatlah konsisten dengan hobi mengumpul Dinar Emas sehingga dia berjaya mengumpulkan 100 keping Dinar Emas 👍👍👍

Saya tak tanya pulak berapa lama dia ambil masa untuk kumpulkan 100 Dinar Emas ini.

Yang saya tahu.. dia kumpul sedikit demi sedikit. Bila ada rezeki atau bonus beliau tukar kepada simpanan emas.

Satu hari hamba Allah ini menelefon saya. Katanya dia nak jual 100 keping Dinar Emas. Saya cakap OK. Nanti kita jumpa.

Bila dia jumpa saya, sambil senyum-senyum dia bagi satu plastik berisi 100 keping Dinar Emas Public Gold (edisi 916)
(sila tengok gambar)

Saya terkejut, sebab Dinar Emas Public Gold ini biasanya diletakkan dalam kapsul plastik dan diletakkan bersama sijil ketulenannya (tengok gambar komen pertama). Tetapi dia pergi kopek semua kapsul plastik tersebut dan keluarkan Dinar Emas.

Sijil ketulenan pula diikatnya dengan getah bulat. 100 sijil.

Saya tanya dia "Bang.. kapsul plastik dinar nie semua pergi mana?

Dia jawab "Saya dah buka. Sebab senang nak simpan Dinar nie kalau takde kapsul tu".

"Ooooo.. gitu.... jawab saya sambil senyum. Takper, takde masalah untuk saya beli walaupun kapsul nie tak ada"

"Abang jual 100 Dinar nie, nak buat apa?" tanya saya lagi.

"Saya nak beli tanah" jawab dia...

"Oh.. baguslah kalau jual dinar nie untuk beli tanah. Sebab aset tukar kepada aset 👍😃😃" Balas saya.

Gais, waktu tu harga belian balik 1 dinar adalah RM465 sekeping. Jadi nilai 100 Dinar Emas tersebut adalah RM46,500.

Kalau beliau tak jual dan konsisten simpan sampai sekarang saya rasa beliau boleh beli bukan setakat tanah tetapi tanah siap dengan rumah

Ada 2 perkara yang kita boleh belajar dari kisah ini.

1. Istiqamah - sabar dan konsisten, InsyaAllah boleh nampak hasilnya.

Tengok macammana brother ini boleh kumpul 1 dinar sedikit-sedikit sehingga dapat 100 keping.

Yang penting mesti konsisten. Ia mungkin makan masa bertahun-tahun.

Takper.. asalkan bergerak dan jangan berhenti.

2. Akan tiba masa dimana Dinar Emas itu perlu dijual. Contohnya untuk menukar kepada aset lain seperti tanah dan rumah.

Jadi jual ajerlah.. tak perlu sayang-sayang. Sebab aset tukar kepada aset. Itu memang bagus.. sangat bagus.

Semoga anda mendapat inspirasi dari kisah ini.

Kredit: Tn Syukor Hashim

C.Zahari | PG00428195
Dealer Aktif Public Gold
wasap.my/60183552133/akaunGap

#ilmu_emas