Simpanan Emas by C.Z.🌿
115 subscribers
729 photos
87 videos
2 files
240 links
Berkongsi Info mengapa perlunya kita pelbagaikan bentuk simpanan, antaranya Simpanan Emas P.Gold
Download Telegram
PENGIRAAN ARRAHNU EMAS & TEBUS SEMULA. ( Ar-Rahnu Berasaskan Tawarruq )

Disini saya nk kongsi bagaimana kita arrahnukan emas kita, utk pinjaman segera.

Biasanya pinjaman diberi sehingga 75% daripada nilai emas Kita. Dan upah simpan secara puratanya dalam 0.8% sebulan.

Katalah kita ada 37.5gm emas yg hendak diarrahnukan.

37.5gm X RM267 (nilai marhun)
= RM10 012 (nilai emas kita)

Jadi arrahnu akan bgi pinjam biasanya sebanyak 75% daripada nilai emas kita.

75% X RM10 012 = RM7 509 (nilai pinjaman)

So kita akan dapat pinjaman bercagarkan emas sebanyak RM7 509 (tunai segera)

Arrahnu biasanya akan beri tempoh 6 bln utk kita tebus semula.

Katalah upah simpan yang dikenakan 0.8% sebulan. Untuk 6 Bulan bersamaan 4.8%. [kalau lebih setahun biasanya upah simpan boleh cecah 1.0%]

So utk upah simpan dalam masa 6 bln,
4.8% X RM7 509 = RM360

Jadi bila Kita tebus semula Emas kita. Kita perlu bayar 👇

RM7 509 + RM360 = RM7 869

Sebagai tips, dalam masa 6 Bulan perlu kumpul duit siap2 utk tebus semula Emas Kita tu

Cth: katalah kita ada simpanan ASB .. Arrahnu Bulan Julai, so awal thn depan gunakan dividen ASB tu utk tebus semula Emas Kita.. begitulah.

Semuanya kena ada Perancangan Kewangan.. InsyaAllah.

#ilmu_emas

C.Zahari | PG00428195
DUIT ATAU EMAS???

Semua orang kenal duit, tak semua orang kenal emas. Ramai kenal duit sebab setiap hari kita guna duit untuk urusan jual beli. Anak kita umur 6 tahun pun kenal duit.

Tapi tak ramai yang betul-betul kenal emas, emas dianggap sebagai pelaburan sahaja. Satu kerugian besar jika emas hanya digunakan sebagai pelaburan.

Ada banyak lagi kegunaan emas yang kita boleh manfaatkan bila kita dah simpan emas. Salah satunya adalah emas boleh dijadikan simpanan untuk ubati penyakit boros.

Ada duit macam-macam fikir untuk belanja, sampai satu tahap benda kehendak habis dibeli jika ada duit. Ada emas belum tentu nak belanja sebab kita ada perasaan sayang untuk jual emas yang kita dah lama simpan.

“Alaaa..sayangnya nak jual. Dulu beli harga RM140, sekarang kalau jual nak beli balik dah RM257.” 😅

Begitulah perasaan orang yang simpan emas, emas hanya dijual atau digadai untuk perkara keperluan sahaja. Sebab itulah simpanan penyimpan emas makin bertambah setiap bulan.

Bagi pendapat saya emas dan duit sama penting; simpanan duit untuk digunakan dalam jangkamasa pendek dan simpanan emas untuk digunakan dalam jangkamasa sederhana dan panjang.

Dua-dua saling melengkapi dan ada fungsi tersendiri, apalah nilai emas kalau tiada duit? Kejatuhan nilai duit membuatkan harg emas naik tinggi saban tahun. Kalau nak lindungi nilai duit simpanan yang banyak boleh tukarkan sebahagiannya kepada emas.

Tak perlu simpan semua kekayaan kita dalam bentuk emas, pakar kewangan pesan dapat simpan 10% dari gaji setiap bulan dalam bentuk emas pun dah cukup bagus. Dapat simpan lebih itu lebih baik.

Apa yang penting simpanlah duit dan emas dengan ilmu insyaallah kita boleh memperbaiki kewangan kita pada masa depan. Wallahualam.

Kredit: Tn Sadiqin

#ilmu_emas
Setiap kali beli emas ramai yang nak beli gram kecil-kecil.

Contohnya item 1 gram atau 0.5gram. Bagi permulaan ianya bagus dari tak mula simpan langsung.

Namun begitu sebaik bermula,

Alangkah lebih baik, tingkatkan gram simpanan dari 1gram ke 2gram ke 5gram ke10gram ke 50gram ke 100gram ke 250gram ataupun 1 kilo.

Kenapa?

1. Kita dapat kecilkan spread (susut nilai emas, dari 9% kepada 8.5%, 8% dan sterusnya hingga 6%)

2. Simpanan kita jadi makin tinggi nilainya.

Jadi perbaharui setiap target kita.

Tinggikan impian, supaya kita juga sentiasa berkembang, macam tu juga emas.

Sentiasa tingkatkan gram.

#ilmu_emas

C.Zahari | PG00428195
EMAS & SEJARAH MATAWANG KERTAS

Kalau kita tahu tentang emas dan sejarah matawang kertas, kita tak akan simpan wang kertas untuk jangka panjang.
.
Kita hanya akan simpan wang kertas sebagai transaksi jual beli untuk jangka pendek. Itu saja.
.
Bila kita simpan wang kertas, nombornya kekal, tapi kuasa belinya susut berlipat ganda dalam jangka panjang.
.
Wang kertas yang kita guna hari ini asalnya adalah voucher mewakili emas semenjak tahun 1830.
.
Maksudnya, setiap USD 35 yang dicetak, mesti disandarkan pada emas seberat 1 troy oz (31.1 gram emas).
.
Sejak Perjanjian Bretton Woods 1944 ditamatkan oleh Presiden Richard Nixon pada 1971, wang kertas USD dicetak tanpa bersandarkan emas.
.
Kenapa?
US mengalami masalah ekonomi hasil peperangan dengan Vietnam (1955-1975).
Lama, 20 tahun!
.
Lanjutan itu, Perjanjian Bretton Woods 1944 dilanggar.
.
Sepatutnya, USD tidak boleh dicetak tanpa bersandarkan emas.
.
Jalan pintas?
Presiden Richard Nixon putuskan sandaran wang kertas dengan emas demi mengatasi masalah ekonomi pasca peperangan.
.
Maka, wang kertas boleh dicetak sesuka hati. Sistem kewangan dunia dimanipulasi.
.
Seandainya berlaku kejatuhan ekonomi, negara yang tiada rizab simpanan emas dan hanya bergantung pada wang kertas akan terjejas dulu.
.
Sebab itu bank-bank pusat seluruh negara di dunia ada rizab simpanan emas sebagai talian hayat dalam ketidakstabilan ekonomi.
.
US memiliki rizab simpanan emas paling banyak di dunia, walaupun mereka giat mencetak duit kertas. Bijak tak?
.
Begitulah fungsi emas sebagai 'safe haven'.
Benteng pertahanan ampuh, talian hayat terhadap ketidakstabilan ekonomi.
.
Majoriti bank pusat di dunia simpan emas.
Malaysia ada rizab simpanan emas.
Kenapa tidak kita sebagai rakyat jelata?

Kredit: Mohammad Ariff Ashaari

📌Jom simpan emas sekarang... kerana ia penyelamat kewangan anda..

#ilmu_emas
𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗥𝗨

𝟭. 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝟭𝗴𝗿𝗮𝗺 𝟭 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻.

Letak dalam minda kita mesti simpan
1gram 1bulan. Simpan dan lupakan. Duit lebih boleh simpan dalam asb atau tabung haji.

𝟮. 𝗣𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝟭𝗴𝗿𝗮𝗺 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗴𝗮𝗷𝗶.

Sebelum membayar komitmen bulanan, potong siap-siap nilai 1gram. Jangan pernah melewat-lewatkan menyimpan emas selepas hari gaji.

Akhirnya kita terlepas membeli emas kerana duit yang ada sudah terpakai untuk benda lain. Hakikat duit yang pergi pasti takkan kembali lagi.

𝟯. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸.

Macam mana harga emas sekalipun beli 1gram sebarang situasi. Guna formula "asal duit jadi emas". Beli saja apa pun harga.

Lawan biawak beli emas kerana harga. Semakin besar biawak dalam kepala semakin sukar anda menambah simpanan emas anda.

𝟰. 𝗕𝗲𝗹𝗶 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗚𝗔𝗣.

Cara paling mudah menyimpan emas 1gram 1bulan. Beli melalui Akaun Emas GAP. Banyak tempat menawarkan akaun emas. Sebaiknya pilih akaun emas yang senang berurusan dan ada emas fizikalnya.

𝟱. 𝗣𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸𝗮𝗹

Semangat menyimpan emas lebih tinggi apabila memegang emas fizikal. Tanpa sedar ia menyuntik minda separuh sedar kita untuk menyimpan lebih banyak lagi.

Jika ada simpan emas dalam akaun emas, keluarkan sedikit dalam bentuk emas fizikal. Auranya berbeza kawan.

Semoga tips ini boleh membantu mereka yang baru mula menyimpan emas.

Kalau dah lama menyimpan emas boleh beralih kepada 2gram 1 bulan atau 1 dinar 1 bulan. Ikut income masing-masing.

Lebih banyak kita menyimpan setiap bulan semakin cepat kita capai matlamat kewangan.

Begitulah.

Kredit: ilmusimpananemas

#ilmu_emas
#tips_emas
JUAL SEMULA EMAS DIMANA???

Emas boleh dijual di mana-mana di seluruh dunia. Namun tempat terbaik untuk menjual balik emas adalah di mana kita membelinya. Kalau beli emas di Public Gold, jual balik kepada Public Gold bukan di kedai emas atau pengeluar lain.
Sebabnya, beli emas pelaburan 999 di Public Gold, susut nilai atau spread hanyalah 6% hingga 9% sahaja. Berbeza dengan emas perhiasan (emas pakai), susut nilai boleh mencecah lebih 30%. Spread yang tinggi bukan setakat merugikan dari segi profit margin malah melambatkan dari segi tempoh masa.
Yang best lagi adalah, Public Gold tidak mengenakan kos lain bagi proses jual beli. Oleh itu, harga terbaik dapat diberikan kepada anda. Bagi memastikan anda mendapat jaminan susut nilai atau spread yang baik, jual emas mesti dibuat dimana anda membelinya.
Membeli emas murah atau lelong belum terbaik untuk pelaburan. Emas lelong di Ar- Rahnu belum tentu menguntungkan. Keuntungan daripada pelaburan emas adalah apabila kita menjual balik emas.

Penyimpan emas perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum membeli emas murah atau lelong ini seperti berikut:

# Kadar susut nilai atau spread
Susut nilai atau spread ada perbezaan, antara harga beli dan jual emas.
Susut nilai diukur dalam bentuk %. Biasanya, semakin berat emas yang dibeli maka spreadnya adalah rendah.

# Kemudahan jaminan jual balik
Untuk mendapat keuntungan emas yang dibeli hendaklah dijual balik pada syarikat penjual tersebut. Misalnya, membeli emas Public Gold anda jual balik di Public Gold. Boleh juga di mana-mana kedai emas tapi susut nilainya adalah tinggi iaitu 25%.

# Kadar upah
Kos upah berbeza bagi setiap kedai emas dan dimanipulasikan pekedai emas. Kos ini sangat merugikan kalau kita beli untuk tujuan pelaburan dan simpanan. Kita perlu mengetahui harga emas yang dibeli dengan kos upah.

# Ketulenan
Bukan semua syarikat menerima balik emas sekiranya hilang sijil ketulenan, plastik laminate emas terbuka, tercalar, terguris atau bengkok. Di Public Gold emas tersebut diterima tapi dengan tambahan kos mengikut situasi.

#Kreabiliti pengeluar
Emas Public Gold dan Kijang Emas BNM (Maybank) bukanlah yang paling murah. Tapi ia adalah emas yang mempunyai permintaan yang tinggi dan mempunyai kreadibiliti, ia senang beli dan senang dijual. Reputasi lebih baik dan diyakini memudahkan penyimpan dan memberikan free mind tentang tempat nak jual emasnya.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, jangan lupa hubungi saya .

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

C.Zahari | PG00428195
Dealer Aktif Public Gold

#ilmu_emas
NILAI WANG KERTAS

Usia Ringgit Malaysia masih baru sekitar 54 tahun. Ringgit Malaysia hanya diperkenalkan selepas 10 tahun merdeka. Walaupun hanya dalam masa 54 tahun ini, kita telah melihat terlalu banyak jenis matawang kertas Ringgit Malaysia yang ditamatkan dari penggunaan.

Walaupun wang kertas Ringgit berwarna warni dan nampak cantik tapi hakikatnya fungsi wang kertas itu sendiri tertakluk kepada nilai yang diberi oleh kerajaan pada waktu tu.

Pada bila – bila masa sahaja, kerajaan boleh menarik balik duit kertas yang ada dalam pasaran dan meninggalkan nilai duit kertas itu menjadi kosong. Kebanyakan pakar kewangan sentiasa mengingatkan bahawa nilai wang kertas tidak bersandarkan apa-apa kecuali jaminan kerajaan semata-mata.

Kita nak juga miliki wang yang kekal berharga sampai bila – bila kan? Wang sebenar yang mudah dicairkan, laku di seluruh dunia dan berfungsi dalam semua keadaan adalah emas. Wang emas berbeza dengan wang kertas. Wang emas berdiri dengan sendirinya berdasarkan ketulenan dan berat emas itu sendiri.

Ada emas? Kita tidak akan kaya dengan tiba-tiba namun pasti tidak akan mudah jatuh miskin dengan tiba-tiba.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya.

C Zahari | PG00428195
Dealer Aktif Public Gold

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
#ilmu_emas
TAKUT SIMPAN EMAS!!!

“Saya takutlah simpan emas

Ini antara luahan pelanggan saya.

Sebenarnya simpan emas ni takda apa yang perlu ditakutkan. Simpan emas sama lah seperti simpan duit cuma mungkin pemikiran kita ini telah diracuni dan disajikan dengan perkara negative tentang emas.

Contohnya begini,
• Rompak berkaitan dengan emas.
• Kena ragut berkaitan dengan emas
• Pecah masuk rumah berkaitan dengan emas.

Jika kita disajikan dengan benda baik dan positive sudah semestinya tiada seorang pun yang takut menyimpan emas.

Contoh mudah,
• Dengan Simpan emas boleh pergi haji
• Dengan Simpan emas boleh selamatkan duit dari boros.
• Dengan Simpan emas boleh bantu ketika kecemasan.
• Dengan Simpan emas boleh bantu yuran pendidikan anak anak.

Nampak?
Benda mudah, buat apa buat susah.

Kadang-kadang pemikiran kita tertutup untuk menerima sesuatu perkara yang baik untuk kita hanya kerana kita dengar cakap-cakap orang yang terlalu negative.
Banyak sebenarnya kebaikan dan manfaat simpan emas. Tapi itulah kita selalu dengar yang negative sahaja.

Kredit: Fairuz Aziz Master Dealer PG

#ilmu_emas
#tips_emas
#PGG100Network
JOM BERALIH KEPADA SIMPANAN EMAS..

7 SEBAB MENGAPA PERLU BUAT SIMPANAN EMAS..

#tips_emas
#ilmu_emas
Bila orang faham tentang simpanan emas mereka tak kisah pada harga. Mereka beli saja. Fokus mereka bukan pada harga tapi pada gram emas saja.

Orang yang tak faham tentang emas mereka biasanya akan alami 2 situasi ini;

Harga emas naik - "susah hati"
Harga emas turun - "rasa macam nak mati!"

Bagi mereka yang tiada ilmu tentang emas jika harga emas naik, dia rasa susah hati sebab tangguh beli ketika harga rendah dan takut tak sempat beli.

Kalau harga emas turun pula dia rasa macam nak mati sebab beli emas sebelum ni harga tengah tinggi dan merasakan telah rugi.

Sebenarnya apa yang aku perhatikan orang yang berada dalam dua situasi ni selalunya mereka tiada ilmu tentang emas dan juga matlamat simpanan emas mereka tidak jelas.

Bagi yang faham tentang ilmu emas, kalau harga emas naik, dia tetap tersenyum sebab emas dalam simpanannya telah bertambah harga.

Biarlah harga emas nak naik setinggi mana sekalipun, mereka tetap akan beli, beli dan beli.

Kalau harga emas turun pun mereka tetap tersenyum dengan suka hati. Sebabnya mereka berpeluang menambah simpan emas lagi, lagi dan lagi pada harga rendah.

Jadi, sebelum mulakan simpanan emas cari ilmu asasnya dulu, cari guru yang membimbing atau beri ilmu bukan sekadar hanya seorang "salesman".

Kemudian baru mula dan selepas tu terus mendalami ilmunya. InsyaaAllah korang tak akan berasa kecewa.


Kredit: Khaja Nazimudeen

#ilmu_emas
#PublicGold
Barang Kemas (916) untung ke?

Barang kemas mempunyai Caj pembuatan yang sangat tinggi. Caj pembuatan mengikut rekabentuk emas tersebut.

Lebih susah atau sukar pembuatannya maka nilai atau caj pembuatan lebih tinggi dan mahal.

Sebagai contoh untuk lebih jelas, rekabentuk barang kemas yang berpintal-pintal, berpiuh-piuh, berpilin-pilin, berbengkang-bengkok dan bersimpang siur semestinya lebih mahal daripada barang kemas yang lurus.

Kita baca dan dengar pun sudah susah, inikan pula untuk menghasilkan rekabentuk sebegitu 😁

sebab itu kos untuk membuat barang kemas upahnya tinggi..

Jadi, peniaga akan manipulasi harga barang kemas itu dengan menaikkan atau menurunkan harga upah setiap barang kemas yang dijual..

Barang kemas yang hendak dijual semula akan susut nilai (spread) yang tinggi kerana ia dikategorikan sebagai emas terpakai (calar,bengkok, patah dsb)

Sebenarnya tetap UNTUNG walaupun membeli dan menyimpan barang kemas kerana harganya pasti MENINGKAT setiap tahun dan yang paling penting ia lagi mudah untuk di Arrahnu dimana-mana tempat Arrahnu 😊.

#ilmu_emas
TIADA DIVIDEN SIMPAN EMAS

Tahukah anda? Secara amnya, simpan emas tak ada dividen. Ini fakta ye… Keuntungan penyimpan emas adalah apabila harga emas meningkat dalam jangka masa Panjang, sifatnya yang kalis inflasi dan keunikannya yang menjadikan penyimpan semakin berdisiplin dalam tabungan.

Jika berjumpa dengan sesiapa yang menjanjikan bulan bintang bahawa emas menjadikan kita mendapat pulangan mingguan, bulanan atau tahunan, sila lari jauh-jauh. Awas! Mereka itu mungkin scammer emas yang sedang menghidu kekayaan anda.

Matematik emas mudah sahaja. Simpan emas, dapat emas. Walaupun simpan emas takde dividen, tetapi nilai emas sentiasa naik di dalam jangka masa panjang. Bila kita tengok sejarah harga emas pada tahun-tahun sebelum ini, harga emas sentiasa berubah atau volatile dalam jangka masa pendek, tapi dalam jangka masa panjang, harganya memang terbukti akan naik! Confirm!

Cuma ya la… Kita tak mampu nak menabung emas banyak-banyak sekaligus kan? Maka… Kita boleh menabung sikit-sikit sehingga banyak di akaun emas GAP.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
#ilmu_emas
JOM TONTON RAKAMAN "HARI BERSAMA PELANGGAN" OLEH TN SYUKOR HASHIM
.
.

https://fb.watch/aQ_qbm69xv/

‼️‼️ada yg masih tidak yakin dengan public gold....Dengarlah‼️‼️‼️

#ilmu_emas
TAK PAKSA? TAK JADI.

Ada tiga cara menabung emas di Public Gold dan ianya adalah Patuh syariah :

1) Beli, bayar sekaligus dan emas dihantar ke alamat anda.

.
2) Beli, bayar mengikut jadual selama 6 bulan dan emas di hantar ke alamat anda.

.
3) Daftar akaun emas GAP, menabung serendah 1g bagi mengekalkan keaktifan akaun. Lebihan? Boleh terus peram di akaun atau minta PG hantar ke alamat.

**Bagi emas 21.25g ke atas collect emas di cawangan PG terdekat.

Kenapa emas pilihan sepanjang zaman?

Emas adalah matawang paling lama dalam sejarah dunia. Sejak beribu-ribu tahun, emas tidak pernah menjadi nilai sifar atau negatif.

Mobility emas sangat tinggi. Emas boleh dialihkan ke mana-mana sahaja seluruh dunia. Sebab itulah lanun dan empayar dinasti dulu-dulu simpan kekayaan dalam bentuk emas.

Emas merupakan matawang universal. Belum ada walaupun sebuah negara yang menolak nilai emas.

Emas bukan hanya pilihan simpanan golongan bekerjaya. Malah emas sesuai bagi golongan surirumah, pesara, pelajar dan golongan muflis.

Kecairan emas sangat pantas. Boleh ar rahnu atau jual emas sepantas 15 minit hingga 3 hari bekerja.

Emas harta yang paling mudah diwarisi. Emas tidak memerlukan dokumen khas jika mahu diubah milik.

Emas adalah forgotten saving. Fitrah wang tunai adalah untuk dibelanjakan. Emas? Semakin pandang semakin sayang dan bertambah gram.

Hari ini dah ada platform akaun emas GAP yang membolehkan penyimpan menabung emas tanpa komitmen serendah RM 100 bila-bila masa.

Secara purata, keuntungan simpanan emas adalah di antara 9% hingga 11% jika diperam jangkapanjang (3 - 20 tahun ke atas).

Nak menabung, pilihlah jenama emas yang dah proven dengan track rekod baik seperti emas jenama Public Gold.

Kredit: Ilmu Simpanan Emas

#ilmu_emas
#PublicGold
Teori mudah = Duit untuk dibelanjakan
Teori mudah = Emas untuk dikumpulkan.

Jika kita faham teori mudah ini, kita akan cuba kaedah yang betul-betul berkesan untuk menyimpan emas.

Contoh :
1. Simpan tanah
2. Simpan rumah
3. Simpan emas.

Antara kesemua perkara diatas, emas paling mudah dimiliki.

Tanah tidak boleh dibeli sekaki-sekaki.
Rumah tidak boleh beli sekecil-sekecil.

Tapi
Tapi
Tapi

Emas boleh dibeli sedikit-sedikit.

Oleh Sebab itu emas akan menjadi buruan sesiapa sahaja untuk menyimpan.

Apabila capai target, jual emas untuk miliki rumah.
Apabila capai target, jual emas untuk miliki tanah.

Kredit: Fairuz Aziz (Master Dealer PG) / PG1M

#ilmu_emas
#tips_emas

ADA APA DENGAN 5 GRAM EMAS 999.9?

Harga runcit goldbar ini RM 165O. Jika dalam keadaan sesak, dana kecemasan tunai sudah habis, mahu dapat pinjaman tunai, goldbar ini boleh jadi penjamin.

Ya, bukan orang saja boleh jadi penjamin. Yang ini pun boleh!

Bagaimana caranya? Bawa saja ke mana-mana cawangan Pos Arrahnu (ada lebih 70 lokasi seluruh Malaysia, kecuali Sarawak). Mereka akan nilaikan emas tu mengikut harga semasa. 70% (pemajak kali pertama) hingga 75% daripada nilaian, akan diberi pinjam pada kita.

Kita boleh bayar semula dalam masa 6 bulan, sekali dengan upah simpan sekitar 85sen untuk setiap RM1OO nilai emas sebulan. Lepas bayar, dapat semula goldbar 5 gram tadi.

Boleh juga bawa ke Arrahnu lain macam Tekun dan banyak lagi tempat pajak gadai Islam yang wujud. Setiap Arrahnu ada kadar nilaian dan upah simpan tersendiri.

Itu kalau nak pajak lah. Kalau nak jual terus pun boleh. Kalau tak rasa sayang lah. Barang mahal biasanya orang nak simpan.

Mahal-mahal pun, boleh dibeli berdikit-dikit, bermula dengan RM1OO sahaja iaitu sekitar 0.3g+. Konsisten kumpul setiap bulan. Akhir bulan ke-20, sudah ada 6g, boleh lah bawa keluar sekeping 5 gram ni.

Tak sabar tunggu 20 bulan? Belilah sebulan 1gram, bulan ke-6 dah boleh dapat. Tak sabar lagi, lump sum saja. Boleh dapat bawah 15OO- lagi jimat dan cepat.

Guru saya, dia simpan 5 gram ni dalam wallet saja untuk beri rasa 'berduit'. Duit kertas lain sekadar musafir lalu (sebab naluri kita terhadap duit ialah untuk dibelanja), yang 5 gram ini kekal sampai bila-bila sebagai simpanan, inshaAllah.

Mahu juga? Mari saya bantu.

Posting Asal Di : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10225871662248571&id=1543762466

#ilmu_emas
#PGG100Network

C.Zahari | PG00428195
Dealer Aktif Public Gold
#ilmu_emas

Nak Pajak atau Nak Jual?