Simpanan Emas by C.Z.🌿
115 subscribers
729 photos
87 videos
2 files
240 links
Berkongsi Info mengapa perlunya kita pelbagaikan bentuk simpanan, antaranya Simpanan Emas P.Gold
Download Telegram
π“π„πŒππ€π“ π“π„π‘ππ€πˆπŠ 𝐉𝐔𝐀𝐋 π„πŒπ€π’

Emas jenama apa sekalipun boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia atau kepada mana-mana individu.

Ia tak terikat dengan pengeluar atau pekedai asal.

Cuma kalau nak dapatkan harga terbaik, selalunya pengeluar asal akan beli balik pada harga lebih tinggi berbanding kita jual kepada pengeluar / pekedai yang lain.

Kalau beli emas Poh Kong, jual semula kepada Poh Kong (syaratnya kena sertakan resit belian asal) untuk dapat harga lebih tinggi.

Kalau beli emas Public Gold, jual semula kepada Public Gold kalau nak dapatkan harga lebih tinggi TANPA PERLU SERTAKAN RESIT ASAL.

#BukuWangEmas #TipSimpananEmas #TipJualEmas

Sumber
AKAUN PELABURAN EMAS ATAU EMAS FIZIKAL?

Masing-masing ada kelebihan.

Tapi kalau bercakap tetang emas, majoriti pakar logam berharga mencadangkan supaya simpan emas fizikal.

Beli emas dapat emas. Dan emas itu ada di tangan kita sendiri.

Ada 7 kelebihan emas fizikal berbanding akaun pelaburan emas ataupun emas digital.

Baca selanjutnya...

https://www.mohdzulkifli.com/2014/04/akaun-pelaburan-emas-atau-emas-fizikal.html

#AkaunPelaburanEmas #EmasFizikal #EmasDigital #TipSimpananEmas
KELEBIHAN SIMPAN EMAS 1 GRAM 1 BULAN

Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar.

Itulah yang boleh saya simpulkan tentang tabiat simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai β€œforgotten saving”.

Dulu saya tak sedar betapa bagusnya strategi ini. Tetapi saya dapat melihat hasil yang luar biasa pada penyimpan-penyimpan emas di bawah bimbingan saya yang menggunakan teknik ini.

Walaupun begitu, memang tabiat saya sejak 2010 lagi; setiap kali ada duit simpanan jangka panjang, saya akan terus beli emas tanpa melihat sangat kepada harga.

Sehingga saya menulis artikel ini, saya belum pernah menjual emas simpanan saya. Baca selanjutnya...πŸ‘‡

https://www.mohdzulkifli.com/2016/10/kelebihan-simpan-emas-1-gram-1-bulan.html

Kredit: MohdZulkifli.com

#TipSimpananEmas
#TipSimpananEmas

Emas murah, masa ni lah beli banyak-banyak sbb berpeluang tambah gram emas dngan harga murah..

Nanti bila harga dah naik balik..masa tu kita jual.. mmg berbaloi-baloi...

Baca tentang simpanan emas di siniπŸ‘‡

https://www.publicgoldofficial.com/ZAHARI

#PGG100Network
#TipSimpananEmas

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS SEKARANG?

ADA 6 SEBAB!!

Menjadikan emas sebagai alternatif simpanan bukan lagi sesuatu yang asing. Sebagaimana yang kita tahu, harga emas meningkat untuk jangkapanjang.

Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan logam bersinar kuning keemasan ini semakin diminati ramai.

Jadi, selain sebab harga ada tak faktor-faktor lain yang membuatkan emas ini sesuai untuk kita jadikan simpanan?

Jawapannya ADA.

Antara sebab-sebab lain emas sesuai dijadikan simpanan ialah:

#Perlindungan

Setiap rungutan kita mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan selama ni, sebenarnya berpunca dari INFLASI.

Inflasi maksudnya kuasa beli duit kita semakin susut. Jadi untuk melindungi simpanan yang semestinya untuk kegunaan masa depan, kita mesti backup simpanan kita dengan sesuatu yang KALIS INFLASI.

Emas terkenal sebagai medium kalis inflasi kerana nilainya yang stabil dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka panjang.

#MudahDicairkan

Menyimpan dalam bentuk emas secara tak langsung mengajar kita untuk menyimpan secara bermatlamat. Apabila matlamat simpanan kita tercapai, emas tadi mudah dicairkan (ditukar) kepada bentuk wang tunai dan digunakan.

Kenapa mudah? Kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas.

#BolehDijadikanModalPusingan

Bagi peniaga, emas ni boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman.

Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes).

Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.

#AsetMampuMilikdanMudahAlih

Emas juga dikategorikan sebagai aset mudah alih. Ini kerana kemampuannya untuk bertahan lebih lama dan mudah dialihkan berbanding aset-aset besar yang lain (tanah, rumah) jika berlaku bencana alam.

Selain itu, pemilikannya pada harga yang berpatutan (dari serendah harga 1gram ataupun RM 100) dan mudah juga menjadikan ia aset mampu milik.

#SendiriPunyaSendiriUruskan

Beli sendiri, simpan sendiri dan urus sendiri simpanan / aset kita. Tentu lebih meyakinkan berbanding diurus oleh pihak lain atau pihak ketiga.

Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), anda boleh mengambil dan menggunakannya bila perlu.

Pendek kata, dengan menyimpan emas, kekayaan kita adalah ditangan kita.

#EmasTahanLebihLamaDariSimpanDuit

Simpanan dalam bentuk emas terbukti bertahan lebih lama daripada simpanan dalam bentuk duit. Ini kerana secara fitrahnya emas dicipta supaya kita suka nak simpan dan duit pula sememangnya untuk dibelanjakan.

Bila dah selalu tengok emas yang ada dalam simpanan, nafsu belanja kepada yang tak perlu akan automatik tertutup. Maka simpanan kita akan bertambah dan bertahan lebih lama.

Maka kesimpulannya, mulakanlah simpanan emas SEKARANG demi masa depan kita sekeluarga.

SUDAH ANDA BERSEDIA?

Posting Asal Di:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4623372644354153&id=100000443882826p
PLATFORM PALING MUDAH BELI EMAS

β€œTak sangka semudah ini beli emas! Macam mimpi!” - Pn Su, Batu Pahat

Memang betul.

Pengalaman saya sudah 12 tahun, tak ada cara paling mudah beli emas semudah beli emas #PublicGold.

Duduk terbaring di rumah pun boleh beli emas dan PG hantar sampai ke depan pintu rumah!

Order online. Transaksi pembelian berjalan 24 jam sehari.

Kemudian tunggu emas tersebut sampai ke pintu rumah dengan senyuman… Baca selanjutnya...

#TipSimpananEmas #TestimoniPenyimpanEmas