Simpanan Emas by C.Z.🌿
115 subscribers
729 photos
87 videos
2 files
240 links
Berkongsi Info mengapa perlunya kita pelbagaikan bentuk simpanan, antaranya Simpanan Emas P.Gold
Download Telegram
BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM MASA TERDEKAT?
Tukar kesemua duit simpanan pada emas tanpa ada dana kecemasan dengan harapan untuk mendapat keuntungan dalam masa terdekat adalah satu kesilapan. Diulangi, kesilapan yang besar.

Contohnya, beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam tempoh satu tahun dari sekarang. Ia adalah salah dan akan mengakibatkan kita tersangkut.

Emas yang dibeli pada bulan ini bukan untuk dijual pada bulan depan bagi mendapatkan keuntungan kerana emas adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Emas juga ada susutnilainya, jadi ada perlu memikirkan faktor susutnilai sebelum melabur emas.

Menggunakan wang belanja untuk membeli emas adalah satu kesilapan dan merugikan sekiranya dijual semula emas yang dimiliki sebelum sempat merasai keuntungannya. Emas yang dibeli perlu disimpan sekitar lebih tiga tahun.

Sebenarnya, duit yang nak digunakan dalam masa terdekat perlu ada cash di tangan bagi tujuan perlindungan dan kecemasan bila saat diperlukan tanpa diduga. Sebab itulah pentingnya ilmu dalam cabang emas situ sendiri ya...

Jom mulakan simpanan emas sekarang... Jangan lupa hubungi saya.

C.Zahari | PG00428195
TOP-UP GAP NOW!!!🔥 Our New Launch Awal Muharram Public Gold 1g Bullion Bar is ready to withdraw. Top up your GAP now so that you are able to withdraw faster than others before the stock went finish. Withdraw Starts On: Date: 12 October 2021 Time: 10 am onwards Limited Mintage: 30,000 pcs *T&C Apply For more info, visit us at: Website: www.publicgold.com.my Facebook: www.facebook.com/publicgoldinternational Instagram: www.instagram.com/publicgoldinternational/ Telegram: https://t.me/publicgoldofficial001 #publicgold #publicgoldmalaysia #gold #goldbar #newlaunch #awalmuharram

📌📌 KEPADA SEMUA PEMEGANG AKAUN GAP PUBLIC GOLD..

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK KELUARKAN JONGKONG 1GM, DARIPADA AKAUN GAP MASING-MASING, BERMULA 12 OKT 2021..
👌👌👌
PERBANDINGAN HARGA EMAS 2015 VS 2021
Ini adalah perbandingan harga emas bagi Tahun 2015 & Tahun 2021.

Jika kita bandingkan 1gram dengan 1gram, kita hanya nampak perbezaan yang kecil sahaja.

Ya betul. 1gram tu kecil sahaja.

Boleh jadi kita hanya pandang sebelah mata dan masih bertangguh untuk membeli dan menyimpan emas.
.
Saya perhalusi lagi,

Tahun 2015 harga 1gram sekitar RM166.
Tahun 2021 harga 1gram sekitar RM259
Perbezaan sekitar RM93 bagi 1gram emas.

Itu 1gram emas.
Bagaimana jika 1kilogram emas?

Tahun 2015 harga 1kilogram emas sekitar RM166,000.
Tahun 2021 harga 1kilogram emas sekitar RM259,000.

Perbezaan sekitar RM93,000 bagi 1kilogram emas.
.
Apabila kita bandingkan dengan gram yang lebih besar kita akan lebih jelas dan dapati keuntungan makin besar.

Kita mula terfikir kenapa kita bertangguh.
Kita mula tertanya kenapa kita tidak konsisten.
Kita mula rasa bersalah dalam diri.
Kita mula rasa menyesal dalam hati.

Ini adalah sebab kenapa Orang ‘Kaya’ makin ‘Kaya’ apabila menyimpan emas.
.
Seketul bata adalah permulaan menjadi sebuah rumah.

Segram emas adalah permulaan menjadi sekilogram emas.
Masih nak bertangguh? 😊

C.ZAHARI | PG00438195
JOM BAYAR DIRI SENDIRI DAHULU..Baru bayar utk org lain.. amalkan setiap bulan dgn konsisten.

InsyaAllah..

#mindset_positive
#PublicGold
SIMPAN TANPA TARGET

Simpan emas mesti disusuli dengan MATLAMAT.

Tanpa matlamat yang jelas ia seperti memandu tanpa arah.

Menyimpan bila rasa nak simpan. Tak de keinginan untuk memaksa diri. Bila ada lebihan duit baru nak menyimpan. Mindset ini perlu diubah jika nak serius menyimpan dan mengumpul kekayaan. Kita mesti utamakan menyimpan kemudian baru berbelanja.

Kita kena belanja diri sendiri dahulu dengan menyimpan minima 10% daripada gaji atau pendapatan sebagai simpanan kecemasaan.
Orang yang berjaya menyimpan emas apabila mereka jelas dengan matlamat dan konsisten menyimpan. Contohnya, mahu mengerjakan Haji/Umrah secara berpakej, selesaikan hutang, buat renovation rumah, dana perkahwinan dan sebagainya.

Bila matlamat kita jelas, kita secara konsisten akan menyimpan bagi mencapai target yang diimpikan tanpa mengira harga emas naik atau turun.

Matlamat yang jelas akan memudahkan kita mengenal pasti berapakah jumlah gram emas yang diperlukan dan tempoh masa untuk menjualnya.

-C.Zahari-
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
AURORA ITALIA " RAINBOW DINAR PENDANT CASING " boleh masukan 1 dinar PG didalamnya.. sesuai utk kaum wanita..

https://pgmall.my/index.php?route=product/product&product_id=710700?referralPgCode=wks2247@gmail.com

layari PG Mall untuk dapatkan pendant tersebut...
Tahniah Kepada Penyimpan Emas minggu dan minggu lpas, 2 org kenalan....

Alhamdulillah, ramai penyimpan yang telah saya bantu untuk bukakan akaun dan berikan bimbingan...

Moga rakan kenalan, sahabat2, adikberadik, saudara mara yang menyimpan akan terus istiqomah menyimpan utk masa hadapan.

"Simpan emas kita tak kaya, tetapi Kita takkan jatuh miskin kalau Kita Ada emas" ...Kata Mentor saya Tn Zulkifli Shafie.

-C.Zahari-
KENAPA INDIVIDU PERLU ADA AKAUN GAP?

Kenapa keluarkan dripada Akaun GAP?

Biasanya, kalau beli secara runcit 1gm Goldbar di PG Mall.. harganya dalam RM350 tanpa diskaun.

Kalau dikeluarkan dripada akaun GAP..👇

Katalah masa beli 1gm = RM259 (harga hari ini)
+ premium = RM20
+ GIT (penghantaran ) = RM10

Jum: RM289
RM350-RM289= RM61

so jimat RM61.. kalau keluarkan goldbar 1gm melalui GAP.

Akaun GAP ni kita beli gram emas dulu, belum jadi jongkong lagi.. atas pilihan kita nk keluarkan goldbar jenis apa.. 1gm, 5gm, 10gm, 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar..

Jom buka Akaun GAP Public Gold..

#info_GAP
EMAS & SEJARAH MATAWANG KERTAS

Kalau kita tahu tentang emas dan sejarah matawang kertas, kita tak akan simpan wang kertas untuk jangka panjang.
.
Kita hanya akan simpan wang kertas sebagai transaksi jual beli untuk jangka pendek. Itu saja.
.
Bila kita simpan wang kertas, nombornya kekal, tapi kuasa belinya susut berlipat ganda dalam jangka panjang.
.
Wang kertas yang kita guna hari ini asalnya adalah voucher mewakili emas semenjak tahun 1830.
.
Maksudnya, setiap USD 35 yang dicetak, mesti disandarkan pada emas seberat 1 troy oz (31.1 gram emas).
.
Sejak Perjanjian Bretton Woods 1944 ditamatkan oleh Presiden Richard Nixon pada 1971, wang kertas USD dicetak tanpa bersandarkan emas.
.
Kenapa?
US mengalami masalah ekonomi hasil peperangan dengan Vietnam (1955-1975).
Lama, 20 tahun!
.
Lanjutan itu, Perjanjian Bretton Woods 1944 dilanggar.
.
Sepatutnya, USD tidak boleh dicetak tanpa bersandarkan emas.
.
Jalan pintas?
Presiden Richard Nixon putuskan sandaran wang kertas dengan emas demi mengatasi masalah ekonomi pasca peperangan.
.
Maka, wang kertas boleh dicetak sesuka hati. Sistem kewangan dunia dimanipulasi.
.
Seandainya berlaku kejatuhan ekonomi, negara yang tiada rizab simpanan emas dan hanya bergantung pada wang kertas akan terjejas dulu.
.
Sebab itu bank-bank pusat seluruh negara di dunia ada rizab simpanan emas sebagai talian hayat dalam ketidakstabilan ekonomi.
.
US memiliki rizab simpanan emas paling banyak di dunia, walaupun mereka giat mencetak duit kertas. Bijak tak?
.
Begitulah fungsi emas sebagai 'safe haven'.
Benteng pertahanan ampuh, talian hayat terhadap ketidakstabilan ekonomi.
.
Majoriti bank pusat di dunia simpan emas.
Malaysia ada rizab simpanan emas.
Kenapa tidak kita sebagai rakyat jelata?

Kredit: Mohammad Ariff Ashaari

📌Jom simpan emas sekarang... kerana ia penyelamat kewangan anda..

#ilmu_emas
Public Gold LBMA Bullion Bar 100g
FORMULA PELABURAN EMAS

Dalam pelaburan sikit-sikit lama-lama masih sikit. Jadi ini bukanlah formula kekayaan. Formula kekayaan adalah banyak-banyak jadi lebih banyak. Dalam kata lain, kita mesti simpan dan melabur emas dalam jumlah yang besar.

Minima belian emas untuk bergelar sebagai pelabur emas adalah 100 gram ke atas. Jika kurang dari jumlah itu, kita masih berada pada tahap penyimpan emas.

Kenapa 100 gram?
Sebab susutnilai 100 gram adalah rendah , sekitar 7%. Jadi kita hanya perlu tunggu kenaikan emas 7% saja untuk mendapat keuntungan.
Spread emas Public Gold adalah antara yang terendah di pasaran iaitu 6% - 9% berbanding jika jual di kedai emas lain, susut nilai adalah 25%, ini merugikan.

Lagi rendah atau nipis spreadnya lebih baik. Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang akan diperolehi apabila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.

Dalam pelaburan emas, lagi besar gram emas yang kita beli, lagi rendah spread dan lagi tinggi keuntungan yang bakal diperolehi. Tak mampu menabung banyak-banyak? No hal.. Mulakan sikit-sikit, peram di akaun GAP hingga capai 100g pertama. Mudah kan?

Wassap jika anda berminat..

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
Bank negara menyarankan simpanan kecemasan minimum RM1,000 bagi setiap individu.

Tujuan simpanan kecemasan adalah untuk digunakan semasa kecemasan seperti hilang punca pendapatan, hilang perkerjaan, kemalangan dan lain lain.

Majlis kahwin, deposit rumah, deposit kereta, adalah dilarang menggunakan dana kecemasan sebab itu bukan kecemasan. Dana tersebut boleh dirancang dari awal lagi.

Sebelum memulakan apa apa pelaburan, pastikan dana kecemasan mencukupi. Kebanyakan orang terus melakukan pelaburan tanpa ada simpanan kecemasan.

Susah sangat simpan duit kecemasan ? Kumpul-kumpul masih tidak cukup? Mentor saya cadangkan duit kecemasan dikumpul dalam bentuk emas. Dengan emas sebagai simpanan kecemasan, gram emas lebih mudah terkumpul dan bertahan dengan lama.

Emas dapat mengelakkan kita tarik sikit sikit duit simpanan kecemasan. Aura dan fitrah semulajadi manusia sukakan emas menyebabkan kita ketagih mengumpul emas dan ini mempercepatkan lagi dana emas kita terkumpul. Semoga berjaya!

#tips_emas
Emas dalam masa terdekat memang akan turun naik... sbb itu emas dikira sebagai aset, makin lama makin tinggi nilainya jika disimpan dalam jangkamasa yang panjang..

Jom mula menyimpan emas sekarang...

#tips_emas
#PublicGold
#PGG100Network
Aduh... Cantik, simbolik dan mengingatkan kembali kepada sejarah...

Antara design emas #PublicGold edisi Masjid Teragung dalam sejarah Islam yang akan diterbitkan nanti.

Sebahagian design masih dalam peringkat cadangan, dihasilkan oleh designer En Hamdan Md Hashim.

Tapi saya minat sungguh dengan design-design beliau kerana nilai sejarah yang cuba ditonjolkan itu.

Semuanya nanti boleh dikeluarkan dari #AkaunEmasGAP kalau ianya mendapat vote yang tinggi di kalangan dealer PG. InsyaAllah.

Boleh top-up sekarang dan tunggu dengan senyuman ya...

#EmasKoleksi

Sumber