Simpanan Emas by C.Z.๐ŸŒฟ
115 subscribers
729 photos
87 videos
2 files
240 links
Berkongsi Info mengapa perlunya kita pelbagaikan bentuk simpanan, antaranya Simpanan Emas P.Gold
Download Telegram
KENAPA INDIVIDU PERLU ADA AKAUN GAP?

Kenapa keluarkan dripada Akaun GAP?

Biasanya, kalau beli secara runcit 1gm Goldbar di PG Mall.. harganya dalam RM350 tanpa diskaun.

Kalau dikeluarkan dripada akaun GAP..๐Ÿ‘‡

Katalah masa beli 1gm = RM259 (harga hari ini)
+ premium = RM20
+ GIT (penghantaran ) = RM10

Jum: RM289
RM350-RM289= RM61

so jimat RM61.. kalau keluarkan goldbar 1gm melalui GAP.

Akaun GAP ni kita beli gram emas dulu, belum jadi jongkong lagi.. atas pilihan kita nk keluarkan goldbar jenis apa.. 1gm, 5gm, 10gm, 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar..

Jom buka Akaun GAP Public Gold..

#info_GAP
EMAS & SEJARAH MATAWANG KERTAS

Kalau kita tahu tentang emas dan sejarah matawang kertas, kita tak akan simpan wang kertas untuk jangka panjang.
.
Kita hanya akan simpan wang kertas sebagai transaksi jual beli untuk jangka pendek. Itu saja.
.
Bila kita simpan wang kertas, nombornya kekal, tapi kuasa belinya susut berlipat ganda dalam jangka panjang.
.
Wang kertas yang kita guna hari ini asalnya adalah voucher mewakili emas semenjak tahun 1830.
.
Maksudnya, setiap USD 35 yang dicetak, mesti disandarkan pada emas seberat 1 troy oz (31.1 gram emas).
.
Sejak Perjanjian Bretton Woods 1944 ditamatkan oleh Presiden Richard Nixon pada 1971, wang kertas USD dicetak tanpa bersandarkan emas.
.
Kenapa?
US mengalami masalah ekonomi hasil peperangan dengan Vietnam (1955-1975).
Lama, 20 tahun!
.
Lanjutan itu, Perjanjian Bretton Woods 1944 dilanggar.
.
Sepatutnya, USD tidak boleh dicetak tanpa bersandarkan emas.
.
Jalan pintas?
Presiden Richard Nixon putuskan sandaran wang kertas dengan emas demi mengatasi masalah ekonomi pasca peperangan.
.
Maka, wang kertas boleh dicetak sesuka hati. Sistem kewangan dunia dimanipulasi.
.
Seandainya berlaku kejatuhan ekonomi, negara yang tiada rizab simpanan emas dan hanya bergantung pada wang kertas akan terjejas dulu.
.
Sebab itu bank-bank pusat seluruh negara di dunia ada rizab simpanan emas sebagai talian hayat dalam ketidakstabilan ekonomi.
.
US memiliki rizab simpanan emas paling banyak di dunia, walaupun mereka giat mencetak duit kertas. Bijak tak?
.
Begitulah fungsi emas sebagai 'safe haven'.
Benteng pertahanan ampuh, talian hayat terhadap ketidakstabilan ekonomi.
.
Majoriti bank pusat di dunia simpan emas.
Malaysia ada rizab simpanan emas.
Kenapa tidak kita sebagai rakyat jelata?

Kredit: Mohammad Ariff Ashaari

๐Ÿ“ŒJom simpan emas sekarang... kerana ia penyelamat kewangan anda..

#ilmu_emas
Public Gold LBMA Bullion Bar 100g
FORMULA PELABURAN EMAS

Dalam pelaburan sikit-sikit lama-lama masih sikit. Jadi ini bukanlah formula kekayaan. Formula kekayaan adalah banyak-banyak jadi lebih banyak. Dalam kata lain, kita mesti simpan dan melabur emas dalam jumlah yang besar.

Minima belian emas untuk bergelar sebagai pelabur emas adalah 100 gram ke atas. Jika kurang dari jumlah itu, kita masih berada pada tahap penyimpan emas.

Kenapa 100 gram?
Sebab susutnilai 100 gram adalah rendah , sekitar 7%. Jadi kita hanya perlu tunggu kenaikan emas 7% saja untuk mendapat keuntungan.
Spread emas Public Gold adalah antara yang terendah di pasaran iaitu 6% - 9% berbanding jika jual di kedai emas lain, susut nilai adalah 25%, ini merugikan.

Lagi rendah atau nipis spreadnya lebih baik. Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang akan diperolehi apabila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.

Dalam pelaburan emas, lagi besar gram emas yang kita beli, lagi rendah spread dan lagi tinggi keuntungan yang bakal diperolehi. Tak mampu menabung banyak-banyak? No hal.. Mulakan sikit-sikit, peram di akaun GAP hingga capai 100g pertama. Mudah kan?

Wassap jika anda berminat..

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
Bank negara menyarankan simpanan kecemasan minimum RM1,000 bagi setiap individu.

Tujuan simpanan kecemasan adalah untuk digunakan semasa kecemasan seperti hilang punca pendapatan, hilang perkerjaan, kemalangan dan lain lain.

Majlis kahwin, deposit rumah, deposit kereta, adalah dilarang menggunakan dana kecemasan sebab itu bukan kecemasan. Dana tersebut boleh dirancang dari awal lagi.

Sebelum memulakan apa apa pelaburan, pastikan dana kecemasan mencukupi. Kebanyakan orang terus melakukan pelaburan tanpa ada simpanan kecemasan.

Susah sangat simpan duit kecemasan ? Kumpul-kumpul masih tidak cukup? Mentor saya cadangkan duit kecemasan dikumpul dalam bentuk emas. Dengan emas sebagai simpanan kecemasan, gram emas lebih mudah terkumpul dan bertahan dengan lama.

Emas dapat mengelakkan kita tarik sikit sikit duit simpanan kecemasan. Aura dan fitrah semulajadi manusia sukakan emas menyebabkan kita ketagih mengumpul emas dan ini mempercepatkan lagi dana emas kita terkumpul. Semoga berjaya!

#tips_emas
Emas dalam masa terdekat memang akan turun naik... sbb itu emas dikira sebagai aset, makin lama makin tinggi nilainya jika disimpan dalam jangkamasa yang panjang..

Jom mula menyimpan emas sekarang...

#tips_emas
#PublicGold
#PGG100Network
Aduh... Cantik, simbolik dan mengingatkan kembali kepada sejarah...

Antara design emas #PublicGold edisi Masjid Teragung dalam sejarah Islam yang akan diterbitkan nanti.

Sebahagian design masih dalam peringkat cadangan, dihasilkan oleh designer En Hamdan Md Hashim.

Tapi saya minat sungguh dengan design-design beliau kerana nilai sejarah yang cuba ditonjolkan itu.

Semuanya nanti boleh dikeluarkan dari #AkaunEmasGAP kalau ianya mendapat vote yang tinggi di kalangan dealer PG. InsyaAllah.

Boleh top-up sekarang dan tunggu dengan senyuman ya...

#EmasKoleksi

Sumber
Wang Emas...Bertahan selamanya..
Matawang yang digunapakai pada zaman Rasullullah dan kerajaan Islam yang lain sebagai medium transaksi jual beli sejak berzaman dahulu adalah emas. Ini fakta sejak ribuan tahun.

Dahulunya wujudnya wang kertas dollar digunakan sebagai baucar bagi mewakili emas. Setiap 35 dollar yang dicetak adalah bersandarkan kepada emas seberat satu troy oz (31.1g) .

Setelah Kerajaan Amerika mempunyai masalah ekonomi yang teruk akibat peperangan yang panjang dengan Vietnam, sistem kewangan telah dimanipulasikan. Pada waktu itu, wang kertas telah dicetak tanpa lagi bersandarkan kepada emas.

Nilai wang kertas, bukan terletak pada nilai wang tetapi dengan jaminan kerajaan. Jika kita perasan, duit syiling RM 1, duit kertas RM 500, dan duit kertas RM 1,000 bila kerajaan isytihar tidak lagi bernilai , maka nilainya hilang begitu sahaja dan tidak lagi laku di dalam pasaran.

Satu fakta yang kita perlu tahu adalah, emas dan perak telah digunakan sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, tidak binasa, dan tidak boleh dibinasakan dengan cara apa sekalipun.

Disebabkan faktor ini, emas adalah satu satunya aset kewangan yang tidak sekali- kali boleh jatuh nilainya menjadi kosong. Emas kekal dianggap duit sebenar sejak zaman berzaman hingga kiamat.

Cuma ya, pemilihan jenama emas amat penting bagi penyimpan emas yang bijak. Maka, pastikan pilih jenama yang diakui seperti jenama Public Gold ya!

Jom menjadi penyimpan emas yang berilmu..

Sertai keluarga besar G100 Network sekarang!

C.Zahari | PG00428195

#PublicGold
#PGG100Network
Kalau nak belanja sekarang memang kita akan guna duit kertas atau online banking, tetapi untuk simpanan saya lebih suka menyimpan dalam bentuk emas berbanding wang kertas. Kerana emas adalah tangible asset yang terbukti bertahan dan kalis inflasi sejak beribu-ribu tahun.

Walaupun harga emas meningkat saban tahun, secara amnya saya tidak menjual emas emas saya kerana saya adalah penyimpan emas. Mindset penyimpan emas adalah gram simpanan perlu bertambah. Ini yang penting.

Apabila harga emas naik, saya rasa seronok. Apabila harga emas turun saya lagi seronok kerana dapat membeli aset mahal dengan harga yang murah. Ini adalah mindset gold saver. Namunโ€ฆ yang tidak seronok hanyalah jika kepingan kepingan emas tidak bertambah.

Emas kalis inflasi dan nilai terjamin dalam jangkamasa panjang. Sekiranya kita simpan duit dalam bank dalam jangka masa panjang, memang ada dapat dividen, tetapi dividen yang dapat tidak dapat melindungi kekayaan kita dari inflasi dan kejatuhan wang ringgit. Malah, ada waktu tidak dapat melindungi kekayaan kita daripada kebocoran pun!

Pernah dengar nilai wang RM 1.00 zaman dulu tak sama dengan nilai RM 1.00 zaman sekarang? Itulah kesan inflasi. Saban tahun, nilai matawang mengecil tanpa kita sedar pun. Semakin simpan wang? Kita berisiko semakin miskin.

Lagipun sekarang tak perlu jadi orang kaya untuk menabung emas. Serendah RM100 kita boleh menabung secara berdikit di platform patuh Syariah akaun emas GAP.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
SALAM MAULIDUR RASUL
19 Oktober 2021 | 12 Rabiulawal 1443H

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
[Hadis Riwayat Tarmizi]

Marilah sama-sama kita berselawat keatas Nabi Muhammad SAW. Semoga kita mendapat syafaat baginda apabila dibangkitkan di akhirat kelak, dan dapat pula bersama dengannya di syurga.
Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป

โ€œManhaj Rabbani, Ummah Berkualitiโ€

Ikhlas;

C.Zahari | PG00438195
Dealer Aktif Public Gold
SCAM EMAS KLON

Cerita scam tidak pernah berkesudahan yang paling baru scammer emas menipu orang ramai dengan menjual emas palsu. Kaedah yang digunakan oleh scammer emas ini menipu orang ramai dengan cara memproses emas palsu dan menjualnya di pasaran.

Emas jongkong (gold bar) dan barang kemas dilakukan dengan menyadur emas di lapisan luar sahaja dan di bahagian dalamnya adalah logam tembaga dan tungsten yang menyerupai emas tulen.

Kenapa tembaga dan tungsten? Ini disebabkan tembaga seakan-akan warna emas. Manakala Tungsten bersifat logam ringan dan keras.

Ketulenan emas dirujuk sebagai karat. Terdapat pelbagai kategori emas mengikut ketulenan iaitu emas 24k adalah emas 999.9, emas 22k adalah emas 916 dan emas 18k sebagai emas 750.

Sekiranya ketulenan emas perhiasan itu adalah 22k, akan ditanda dan diukir K22 atau 916 di bahagian dalam barang kemas tersebut. Tapi emas tiruan hanya terdapat ukiran K sahaja dengan tujuan untuk mengelirukan pelanggan.

Walaupun ada barang kemas ditanda atau diukir perkataan K22, terdapat beberapa kes penipuan di mana emas itu dicampur dengan logam lain yang bukan emas.
Biasanya, logam tiruan itu diletakkan di bahagian cangkuk kerana item ini kecil dan sukar dibezakan. Dan bahagian itu pula kita sering terlepas pandang untuk diperiksa.

Berbeza gold bar dan dinar emas Public Gold kesemuanya berketulenan 999.9 atau 24 karat. Dan emasnya telah diuji dan disahkan oleh Certified Assayer.

Oleh itu berhati-hatilah agar anda tidak terbeli emas klon atau emas celup yang diperbuat daripada logam saduran emas yang dihasilkan oleh scammer yang licik ini. Nak mudah? Pilih je jenama Public Gold yang dah ada berbelas-belas tahun track record.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

C.Zahari | PG00428195

#PublicGold
#PGG100Network
#mindset_positive
EMAS PELINDUNG KEKAYAAN
Jangka Hayat Wang Kertas
Bukan sahaja manusia, matawang pun ada jangka hayat tau! Purata jangka hayat matawang adalah 27 tahun dengan jangka hayat terpendek adalah 1 bulan. Menurut hasil kajian yang dibuat oleh DollarDaze.org, sebanyak 775 mata wang kertas telah dicipta setakat ini. Di seluruh dunia.

20% daripada matawang ini gagal disebabkan hiperinflasi, 21% dihapuskan melalui peperangan, 12% terhapus semasa proses kemerdekaan, 24% mengalami proses reformasi dan hanya 23% yang masih digunakan dan bakal menghampiri salah satu daripada beberapa musibah yang dinyatakan.

Akan tetapi, Pound Sterling British berusia 325 tahun dan dikira mata wang yang paling berjaya setakat ini. Walaupun begitu, nilai mata wang Pound Sterling British hari ini cuma bernilai 12 auns perak, iaitu 0.5% daripada nilai asalnya. Bayangkan mata wang yang paling berjaya pun boleh kehilangan sebanyak 99.5% daripada nilai asalnya, inikan pula nilai mata wang lain?

Sebenarnya tak perlu persoalkan segala jenis teori konspirasi pun. Sejarah dunia memang telah membuktikan bahawa matawang kertas berisiko jatuh kepada nilai kosong pada bila-bila masa. Bahkan, ramai pakar kewangan dunia mengatakan kadar penurunan nilai mata wang akan berlaku tanpa henti saban tahun. Adalah penting untuk kita mula membuat perlindungan kepada kekayaan kita hari ini dengan membeli aset kalis inflasi seperti emas. Nilai emas terbukti kekal dari zaman dulu sehingga kini.

Menabung emas tidak akan menjadikan kita kaya segera tapi akan memastikan kita untuk tidak jatuh miskin dengan tiba-tiba. Lagipun, sekarang dah ada platform nak menabung serendah RM100 jer! Menabung emas sikit-sikit, lama kelamaan emas menjadikan kita tak miskin.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
#mindset_positive