Simpanan Emas by C.Z.🌿
115 subscribers
729 photos
87 videos
2 files
240 links
Berkongsi Info mengapa perlunya kita pelbagaikan bentuk simpanan, antaranya Simpanan Emas P.Gold
Download Telegram
"Kenapa kita kena simpan emas?"

Ayat mudah nak faham, sebab nilainya makin meningkat.

Mari kita tengok contoh 10gram.

2008: 10gram = RM 950
2015: 10gram = RM 1500
2017: 10gram = RM 1850
2020: 10gram = RM 2700

Naik kan?

Kalau kita simpan duit ringgit, rasa-rasanya apa jadi? Usah kata nilainya naik, makin turun ada. Sebab nilai duit kita dimamah oleh inflasi setiap tahun.

Jadi, simpan emas awal,ok.

Oh ya..gold bar 10 gram yang cantik ni boleh dimiliki dengan kaedah EPP6 kali bayar.

Bayar selama 6 bulan. Habis bayar, boleh ambil dan simpan sendiri.

C. Zahari | PG00428195
Dealer Aktif Public Gold

#tips_emas
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
" RINGGIT KALAU JATUH, ORG TAK SERBU MONEY CHANGER UTK BELI...TAPI KALAU EMAS JATUH, ORG AKAN BEREBUT BELI DI KEDAI EMAS DENGAN HARGA MURAH "

" Emas Adalah Aset Yang Boleh dibeli Sedikit-sedikit, Tak Perlu Tunggu Kaya Baru Beli Emas "

Kredit: Tn Zulkifli Shafie

#videoG100
Gais,

Esok, 18/12/2021, Sabtu jam 10.00 pagi, saya ingin menjemput anda untuk belajar ilmu tentang pembelian emas PG secara Syariah EPP (Syariah Easy Payment).

Kaedah ini adalah antara kaedah pembelian emas yang paling popular di Public Gold kerana ianya mudah dan patuh syariah. Ia membolehkan anda membeli emas dengan cara bayaran selama 6 bulan sehingga 10 bulan.

Program ini dianjurkan oleh team PG1M melalui program hari bersama pelanggan.

Sesiapa sahaja boleh datang belajar. Dealer Public Gold, customer Public Gold atau anda yang berminat belajar tentang emas.

Bagaimana cara belajar?

Anda boleh terus datang ke page PG1M Empire jam 10.00 pagi, Sabtu 18/12/2021.

Speaker anda adalah Pn. Zainidar Sainan

Selain itu, saya juga menjemput seorang lagi tetamu istimewa iaitu tuan Shamsuddin Kadir seorang pakar kewangan untuk berkongsi ilmu dengan anda.

Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda.

Terima kasih!

#NotaEmasSyukorHashim
#info_PG
Tips Mudah untuk Menabung Emas di Atas Talian (Online) :

1. Beli Menggunakan Trusted Platform E-Commerce
Elak membeli emas di medium media sosial yang tidak dipercayai dan meragukan kerana semua review boleh direka dan dibeli. Sebaliknya, anda digalakkan membeli barang kemas menggunakan platform marketplace trusted seperti di PG MALL dan Public Gold Marketing yang medium ini selamat dan dipercayai.

2. Tahu Harga Emas Semasa
Scammer biasanya menipu dengan menjual harga luar biasa murah yang tidak masuk akal berbanding harga emas semasa. Contohnya, 50 gm emas dijual dengan harga RM100. Tawaran harga yang tidak logik ini adalah petanda ianya berisiko ada unsur penipuan. Ketahui harga emas semasa dan harga yang dijual oleh penyedia perkhidmatan. Ia sepatutnya berkadar logik.

3. Jangan Tunggu Harga Murah
Jangan terpedaya dengan tawaran emas lelong harga murah kerana secara amnya harga emas tidak pernah murah. Yang penting pilih jenama yang diakui ketulenannya. Harga emas turun naik dalam jangka masa pendek. Tapi emas confirm naik dalam jangka masa panjang. Secara purata, kenaikan harga emas adalah sekitar 10% - 11% setahun.

4. Tahu Saiz Sesuai, Berat & Bajet
Sebelum membeli kita perlu mengetahui saiz dan berat emas yang diingini. Selain bajet yang hendak dikeluarkan dan buat pengiraan dahulu. Jika ada yang menjual terlalu rendah di bawah harga pasaran kemungkinan besar itu bukan emas tulen.

5. Ada perkhidmatan Pos Berinsurans
Di era PKP ini barang kemas yang dibeli melalui Public Gold akan dihantar dengan pos berinsurans iaitu Gold In Transit (GIT). Emas akan dihantar terus ke rumah anda dengan selamat. Jika emas didapati hilang dalam proses penghantaran, pihak insurans dan Public Gold akan menanggung kos kehilangan tersebut.

Mudah sebenarnya untuk membeli emas yang betul jika berilmu. Nak lagi mudah? Daftar akaun emas GAP dan sertai team saya.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu jangan lupa hubungi saya di wasap.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
BELI EMAS BILA ADA DUIT LEBIHAN

Asas menabung emas adalah dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman. Tak kira pinjaman dari bank atau keluarga. Melabur emas seharusnya dilakukan dengan duit simpanan gaji bulanan, pendapatan daripada bisnes dan bonus tahunan.

Pelaburan pada hakikatnya untuk orang yang ada duit lebih. Duit jika dibiarkan disimpan dalam bank akan dimakan inflasi. Lebih elok ditukar pada emas yang bersifat kalis inflasi.

Harus diingat pinjaman bank ada komitmen bulanan. Ini menjadikan kita terpaksa menambah komitmen sedia ada hanya kerana mahu menyimpan emas. Kita juga meletakkan risiko terhadap pelaburan emas dengan harapan harga akan naik dan terus naik. Sedangkan sifat emas harganya adalah turun naik dalam jangka masa pendek.

Untuk mengelakkan anda berhutang membeli emas, Public Gold telah menyediakan platform pembelian emas secara Syariah Easy Purchase Payment (SEPP) atau pembelian emas dengan bayaran tetap mengikut jadual selama 6 bulan. Dah habis bayar? Public Gold hantarkan melalui pengeposan berinsuran GIT ke alamat penyimpan emas.

Caranya? Dapatkan bantuan rakan dealer Public Gold untuk lock harga terlebih dahulu. Dalam tempoh pembelian itu, jika harga emas turun atau naik anda tidak terjejas kerana harga dikira pada waktu awal belian tersebut. Pembelian ini adalah patuh syariah dan bila selesai pembayaran anda akan dapat emas tersebut, Public Gold akan hantar melalui pos berinsurans terus ke rumah anda melalui service yang dinamakan Gold In Transit (GIT).

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya.

C.Zahari | PG00428195
Dealer Aktif Public Gold

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
#tips_emas
INGAT!!! EMAS ADALAH ASET YANG BOLEH DIBELI SEDIKIT-SEDIKIT

Jom alihkan gaji kita kpd simpanan GAP.. sikit2 lama2 jadi bukit..

Sekurang2nya.. kita ada backup kalau ada ditimpa musibah.. insyaAllah.

Tak beli goldbar atau dinar boleh beli barang kemas.. diterima oleh semua arrahnu jika memerlukan cash segera..

Proses urusan Arrahnu dalam 15 ke 20 minit sahaja.

#mindset_positive
#tips_emas
#PublicGold
#PGG100Network

Pic: RTE
PENYIMPAN EMAS VS PELABUR EMAS

Sama tapi tak serupa, terma antara pelabur dan penyimpan sering kali mengelirukan pelanggan emas. Ramai yang tidak dapat membezakan antara posisi pelabur dan penyimpan emas.

Penyimpan bermaksud, anda telah menukarkan duit menjadi emas. Menyimpan emas fokus pada penambahan gram emas dalam simpanan sedikit demi sedikit secara konsisten tanpa terlalu fokus pada naik turun harga emas bagi mencapai matlamat.

Contohnya, simpanan emas 1 gram 1 bulan untuk 1 keluarga. Selepas setahun ada sudah ada 12 gram. Penyimpan emas yang bermatlamat mempunyai target dan durasi masa untuk menyimpan emas dalam tempoh yang panjang biasanya 3 tahun ke atas.

Terdapat juga penyimpan yang aktif membeli emas tapi tidak aktif menjual. Mereka adalah besar.

Manakala pelabur emas perlu membeli emas dalam gram yang besar untuk memaksimumkan keuntungan dengan kenaikan harga emas.

Mereka miliki emas dengan bajet yang besar iaitu 100 gram sehingga 1 kilogram.

Pelabur perlu fokus pada naik turun harga untuk memastikan bila masa terbaik untuk membeli dan menjual emas. Memiliki emas tidak dalam tempoh masa yang terlalu lama dan sesuai untuk mereka yang mahir dalam pelaburan .

Strategi pelabur emas berbeza dengan penyimpan emas. Pelabur emas konsisten membeli dan membuat tambah pelaburan bila harga turun. Aktiviti jual beli emas begitu aktif dan mereka juga ada ilmu tentang analisa teknikal tentang emas.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
NILAI WANG KERTAS

Usia Ringgit Malaysia masih baru sekitar 54 tahun. Ringgit Malaysia hanya diperkenalkan selepas 10 tahun merdeka. Walaupun hanya dalam masa 54 tahun ini, kita telah melihat terlalu banyak jenis matawang kertas Ringgit Malaysia yang ditamatkan dari penggunaan.

Walaupun wang kertas Ringgit berwarna warni dan nampak cantik tapi hakikatnya fungsi wang kertas itu sendiri tertakluk kepada nilai yang diberi oleh kerajaan pada waktu tu.

Pada bila – bila masa sahaja, kerajaan boleh menarik balik duit kertas yang ada dalam pasaran dan meninggalkan nilai duit kertas itu menjadi kosong. Kebanyakan pakar kewangan sentiasa mengingatkan bahawa nilai wang kertas tidak bersandarkan apa-apa kecuali jaminan kerajaan semata-mata.

Kita nak juga miliki wang yang kekal berharga sampai bila – bila kan? Wang sebenar yang mudah dicairkan, laku di seluruh dunia dan berfungsi dalam semua keadaan adalah emas. Wang emas berbeza dengan wang kertas. Wang emas berdiri dengan sendirinya berdasarkan ketulenan dan berat emas itu sendiri.

Ada emas? Kita tidak akan kaya dengan tiba-tiba namun pasti tidak akan mudah jatuh miskin dengan tiba-tiba.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya.

C Zahari | PG00428195
Dealer Aktif Public Gold

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
#ilmu_emas
Antara pengalaman yang sukar saya lupakan adalah bila berjumpa peniaga kecil-kecilan (peniaga pasar malam dan peniaga bazar ramadan).

Sebagai peniaga, mereka sentiasa perlukan pusingan modal @ tunai segera.

Namun bila nak buat micro loan, personal loan atau bisnes loan mereka akan hadapi masalah.

Banyak interview dengan pegawai loan dan banyak dokumen sokongan yang diminta. Sebab loan-loan ini dikategorikan sebagai loan berisiko tinggi. Jadi ia boleh membebankan peniaga-peniaga kecil ini.

Jadi talian hayat untuk peniaga-peniaga ini adalah pinjaman Ar-Rahnu (pinjaman bercagarkan emas).

Samada jongkong emas, syiling emas atau barang kemas, semuanya boleh dijadikan cagaran untuk buat loan.

Sebagai contoh, mereka boleh pinjam sehingga 6 bulan. Lepas 6 bulan tu, kalau tak nak bayar, mereka hanya perlu bayar upah simpan dan sambung pinjam selama 6 bulan.

Saya pernah diberitahu oleh seorang peniaga bazar ramadan. Dia cakap, untuk bayar tapak, modal beli stok dan lain-lain modal, dia gadaikan emas aja.

Lepas habis bulan ramadan, dia akan gunakan keuntungan bisnes untuk tebus balik emas yang digadaikan. Ini cara termudah dapat modal katanya.

Jadi gais. Ini adalah salah satu keuntungan simpan emas (apa jua bentuk)

Bila terdesak perlukan tunai segera, maka ia boleh membantu anda.

#NotaEmasSyukorHashim
TAKUT SIMPAN EMAS!!!

“Saya takutlah simpan emas”

Ini antara luahan pelanggan saya.

Sebenarnya simpan emas ni takda apa yang perlu ditakutkan. Simpan emas sama lah seperti simpan duit cuma mungkin pemikiran kita ini telah diracuni dan disajikan dengan perkara negative tentang emas.

Contohnya begini,
• Rompak berkaitan dengan emas.
• Kena ragut berkaitan dengan emas
• Pecah masuk rumah berkaitan dengan emas.

Jika kita disajikan dengan benda baik dan positive sudah semestinya tiada seorang pun yang takut menyimpan emas.

Contoh mudah,
• Dengan Simpan emas boleh pergi haji
• Dengan Simpan emas boleh selamatkan duit dari boros.
• Dengan Simpan emas boleh bantu ketika kecemasan.
• Dengan Simpan emas boleh bantu yuran pendidikan anak anak.

Nampak?
Benda mudah, buat apa buat susah.

Kadang-kadang pemikiran kita tertutup untuk menerima sesuatu perkara yang baik untuk kita hanya kerana kita dengar cakap-cakap orang yang terlalu negative.
Banyak sebenarnya kebaikan dan manfaat simpan emas. Tapi itulah kita selalu dengar yang negative sahaja.

Kredit: Fairuz Aziz Master Dealer PG

#ilmu_emas
#tips_emas
#PGG100Network