Simpanan Emas by C.Z.🌿
115 subscribers
729 photos
87 videos
2 files
240 links
Berkongsi Info mengapa perlunya kita pelbagaikan bentuk simpanan, antaranya Simpanan Emas P.Gold
Download Telegram
Saya selalu pesan kepada customer saya, jika kita tukar duit kita kepada emas, duit kita tak habis.. Malah akan bertambah nilainya pd masa akan datang..

So kalau duit tu nk dipakai dalam masa terdekat, mmg tak sesuai kita tukarkan kepada emas..

Sebab emas ada susut nilai..

Terbaiknya, apabila dh ditukar kepada emas, boleh jual semula selepas 2 tahun dan ke atas..

Oleh itu, apabila dh ditukar kepada emas, peram sahaja.. Sehingga kita memerlukannya sekiranya ada kecemasan..

Masa itu, jual atau arrahnukan simpanan emas ini...

Untuk lebih jelas boleh wasap saya untuk penjelasan lebih mendalam tentang simpanan emas ini..

https://wa.me/60183552133?text=AkaunGAP

C.Zahari | PG00428195

#ilmu_emas
𝗦𝗘𝗦𝗨𝗔𝗜 𝗞𝗘 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚?

Kalau beli untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun, bila-bila masa pun sesuai.

Untuk jangka pendek, harga emas memang sentiasa naik turun. Tapi jangka panjang, harga emas confirm naik sebab kuasa beli duit kertas confirm makin susut.

Contoh mudah, harga karipap pun confirm naik dalam jangka panjang, inikan pula emas.

Cara yang betul untuk beli emas, beli dulu baru tunggu. Jangan tunggu dulu baru beli sebab tak siapa tahu bila harga akan naik atau turun. Kita hanya akan tahu harga paling rendah bila dah jadi sejarah. Dapat tahu pun tak guna sebab dapat tengok saja, tapi tak boleh beli.

Kalau nak cek trend harga emas dunia sebelum ni, boleh cek di https://goldprice.org/gold-price-history.html

Nak menyimpan emas dengan syarikat atau bank mana pun tak mengapa, janji ianya patuh syariah.

Boleh bandingkan kelebihan setiap satu2 syarikat itu..

#ilmu_emas
*##### HARGA EMAS #####*

*HARGA EMAS SEMASA DEPAN*

Harga masa depan sy tak pasti.

Yang pastinya, harga emas sentiasa naik dlm jangka panjang sbb kuasa beli duit makin susut. Dlm jngka pendek, harga emas mmg ada naik turun. Cuma bila & berapa banyak akan naik / turun tu, tak siapa tahu.

Hari ini, harga emas 24k PG naik ⬆️ RM4, dari RM266 kepada RM270.

Kalau nk tunggu harga turun baru nk bermula.. "Tepuk Dada, Tanya Selera"

Utk semak graf sejarah harga emas dunia, boleh cek di www.bit.ly/pricehistory

C.Zahari | PG00428195
Authorised Dealer Public Gold

#infoPG
JOM BUKA AKAUN EMAS PUBLIC GOLD
(Gold Accumulation Program)

Ramai setuju harga emas meningkat setiap tahun, tetapi masih lagi tidak berani mengambil langkah untuk membuka akaun emas.

Kini, terdapat banyak syarikat dan bank yang menyediakan perkhidmatan Akaun Simpanan Emas untuk masyarakat mempelbagaikan kaedah simpanan.

Mengapa perlu membuka Akaun Simpanan Emas bersama Public Gold?

1) Syarikat yg kukuh dgn 17 cawangan di seluruh Malaysia, dan masing2 satu di Indonesia & Singapura.

2) Berpengalaman selama 13 thn menguruskan simpanan emas melalui Akaun Emas GAP dan jual beli Emas 916 & 999 secara online semenjak 2008 lagi

3) Sistem jual beli emas dan arRahnu secara online semudah ABC.

4) Boleh keluarkan kepada emas fizikal dan penghantaran ke rumah yang diinsuranskan

5) Tiada charge simpanan & tiada kewajipan untuk menyimpan tiap2 bulan

Berminat membuka Akaun Emas GAP boleh wasap no dibawah;

https://wa.me/60183552133

#info_GAP

Cikgu Zahari | PG00428195
Authorised Dealer Public Gold
Berita baik, buat Pelanggan PG

Sekarang PG dah ada 3 channel untuk support. Kita ada Harri chat, Ticketing system dan terbaru Whatsapp

Sila refer poster :)

PG bertambah baik dari hari ke hari :)

Syukor Hashim.

#infoPG
Update daripada salah seorang customer dibawah bimbingan sya yang telah membuat pembelian 40gm Bunga Mas Full Payment dgn cara GIT (Gold In Transit).

Saya telah bantu customer saya untuk request GIT 2 parcel kerana PG hanya membuat penghantaran setiap parcel berinsurans dibawah 21.25gm sahaja.

Jadi untuk customer ini, saya request 2 parcel berharga RM10 + RM10.

Setiap penghantaran telah diinsuranskan, so tidak perlu risau sekiranya emas tidak sampai kerana PG akan menggantikannya dengan yang lain...😍

#infoPG

Berminat nk beli emas dan membuka Akaun GAP PG.. Wasap sya dibawah..

https://wa.me/60183552133?text=AkaunGAP

C.Zahari | PG00428195
Dealer Aktif Public Gold.
KINI SIMPANAN EMAS SEMAKIN BERKEMBANG PESAT..

RAMAI YG MULA CELIK ILMU TENTANG SIMPANAN EMAS INI..


Dulu fikir, tak dapat menyimpan sebab duit gaji tak cukup. Tapi bila dah kenal emas, ada saja duit untuk beli emas. Sebab cara fikir sudah berubah.

Dulu bila ada duit saja, otak mula ligat nak berbelanja. Tapi sekarang, fikir nak tambah lagi koleksi simpanan emas, lagi dan lagi... Itu pengalaman biasa penyimpan emas yang berilmu...

Emas ada auranya tersendiri. Kena mula simpan dulu, nanti baru akan faham. InsyaAllah.

Sekarang, kita boleh mula simpan emas dengan bajet serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP PUBLIC GOLD

Itu cara simpan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia.

Ianya Percuma..hanya daftar dan mula membeli emas dalam masa 24jam untuk mengelakkan akaun anda dibekukan oleh pihak PG.

Berminat, wasap saya;
https://wa.me/60183552133

C.Zahari | PG00428195
Dealer Aktif Public Gold
JOM BUKA AKAUN EMAS GAP

Sekiranya anda membuka Akaun Emas GAP Public Gold, paparan transaksinya adalah seperti berikut.

Purchase ▶️ bermaksud belian emas (harga semasa).

*Katalah (1gm = RM267) apabila membuat pembayaran secara FPX sebanyak RM267, pada akaun akan dipaparkan 1gm iaitu berat emas yg terkumpul.

*Dengan RM100 = berat emas yang dipaparkan sehingga 4 tempat perpuluhan.
Pada gambar 0.3876gm & 0.4082gm adalah nilai berat belian emas ketika itu dengan RM100.

Withdraw ▶️ bermaksud anda keluarkan emas mengikut berat yang dikehendaki kepada jongkong emas dan request penghantaran ke rumah.

*Bayaran penghantaran termasuk insurans dikenakan.

Akaun Emas GAP, amat mudah dikendalikan ianya semudah ABC. Semuanya secara online..

Jom mula menyimpan emas sekarang, kerana duit yg tidak dilaburkan elok ditukarkan kepada emas untuk mengekalkan nilainya agar kalis inflasi.

Wasap saya utk buka Akaun Emas GAP
https://wa.me/60183552133
https://wa.me/60123502452

C.Zahari | PG00428195
Dealer Aktif PG.

#info_GAP
*PENDAPATAN* (GAJI)

Kita semua sedia maklum, sesiapa yang makan gaji atau pun bekerja sendiri sudah semestinya ada pendapatan.

Daripada pendapatan tersebut ada perkara wajib yang perlu kita lakukan untuk teruskan kehidupan.

Ada tiga perkara wajib dan semestinya kita lebih utamakan untuk pastikan kedudukan kewangan kita lebih baik iaitu SIMPANAN, PELABURAN & BELANJA.

1) Simpanan

Ramai pakar kewangan menasihatkan agar bila dapat saja gaji utamakan simpanan terlebih dahulu. Tapi majoriti daripada kita lebih kepada belanja yang didahulukan.

Bila kita utamakan belanja, akhirnya kita terlupa, lupa atau buat-buat lupa untuk simpan sebahagian daripada gaji.

Akhirnya kita tiada simpanan, kerja sebulan dapat gaji habis dibelanjakan.

Simpanan wajib yang kita perlu ada kata pakar kewangan ialah 3 hingga 6 bulan pendapatan sebagai "dana kecemasan" yang tidak boleh disentuh kecuali bila betul-betul diperlukan.

Melalui pengalaman saya, ramai orang tak berjaya nak simpan duit untuk dana kecemasan.

Antara sebabnya ialah tak dapat kawal nafsu belanja bila nampak duit yang dikumpul banyak.

Bagi saya orang sebegini mereka perlu cari kaedah yang sesuai untuk simpan duit antaranya buat 1 akaun khas yang mana susah untuk duit itu dibelanjakan.

Sebagai contoh simpan duit ke dalam akaun yang tidak menggunakan Kad ATM (ASB, Tabung Haji dll).

Jika dengan akaun ini pun sukar nak kawal nafsu belanja, penawar terakhir bagi saya adalah simpan duit dalam bentuk emas.

Sebabnya emas dapat menukar nafsu kita daripada suka belanja kepada suka simpan. Fitrah manusia kepada emas adalah suka kumpul banyak dan sayang jika nak dijual.

2) Pelaburan (Bina Kekayaan)

Pendapatan tiap bulan yang kita dapat, sudah semestinya kita inginkan ia bertambah dari segi nilai (harga) ataupun memastikan nilainya tidak berkurangan.

Jangan "simpan kekayaan" kita kesemuanya dalam bentuk pelaburan wang kertas maksudnya simpan dalam bank.

Simpan hanya sebahagian saja iaitu sebagai dana kecemasan supaya ia mudah untuk ditarik keluar (tunai segera) bila diperlukan.

Sebab kata Robert Kiyosaki "Saver Are Loser". Orang yang menyimpan duit kertas ialah orang yang rugi.

Kita rugi sebab apa? Kita akan rugi sebab duit kertas itu nilainya dimakan inflasi. Nilai duit (kuasa beli) akan menyusut jika ia disimpan dalam jangkapanjang.

Kaedah terbaik untuk kita simpan kekayaan atau buat pelaburan ialah simpan duit dalam bentuk aset yang boleh meningkat nilai (harga) dalam jangkapanjang (antaranya emas, perak, hartanah).

Setakat ini aset yang mudah untuk kita perolehi dengan modal yang kecil adalah emas & perak. Kita boleh beli dan simpan sikit-sikit, apabila dah banyak kita boleh tukarkan (jual) kepada aset yang lebih besar dan lebih memberikan pulangan yang terbaik.

3) Belanja

Belanja juga adalah perkara wajib yang kita perlu buat setiap bulan. Belanja keperluan dapur, utiliti dan sebagainya.

Setiap daripada kita mesti kena belanja, betul tak? Kalau tak belanja kita nak makan apa, pakai apa dan lain-lainnya.

Belanja juga kita seharusnya tahu belanja bagaimana. Setiap daripada kita mestilah nak belanja ditempat yang murah, mudah dan jika ada tempat belanja yang memberikan kelebihan pasti itu lebih kita utamakan. Barulah berjimat namanya.

Kita nak tiru gaya hidup "Hipster" minum di "Starbucks", sedangkan duit kita pun belum "berlambucks".😅

Kita berbelanjalah dengan gaya hidup sederhana, asalkan poket kita tebal sentiasa. Bukannya ikut gaya hidup orang "hipster" sesaja, akhirnya kita yang merana.

Sekian saja perkongsian saya pagi ini berkaitan pendapatan (gaji). Semoga bermanfaat dan boleh jadi saham akhirat saya kelak.

Khaja Nazimudeen
21/10/19 (Isnin)
8.57 pagi

Kredit: Tn Khaja Nazimudeen

#tips_emas
SHAKE THE WORLD!

Kepada subscribers semua.. Boleh download apps PGMall di Play Store.

Setiap hari PGMall membenarkan kita untuk "Shake the World" untuk kumpul RM0.10 hingga RM0.50 C-wallet atau voucher belian untuk digunakan di PG Mall.

Sehari kita boleh "Shake the World" sebanyak 2 kali.. Antara 12:00am -12:00pm & 12:00pm - 12:00am..
Katalah sehari 20sen x 5 hari dh dapat RM1.00..🤩

Daftar dahulu sebagai SHOPPER PG MALL pada link dibawah sebelum berbelanja di PG Mall 👇

http://tinyurl.com/yjjc5k5c

Yang dah ada PG code, log in menggunakan PG code anda..

Selamat berbelanja dengan bijak...

#info_PGMall
Assalam semua.. Perkongsian daripada catatan YB Husam Musa

KISAH DUA KALI MISKIN
oleh; YB Husam Musa

"Saya teringat gemulah ayah mentua saya. Dia pernah menceritakan kepada saya yang ketika Jepun mendarat di Sabak, dia berumur 14 tahun. Dia sudah tidak bersekolah, kerana dia tidak naik-naik kelas, terpaksa mengulangi kelas satu untuk tiga tahun berturut-turut. Dia meminta modal daripada emaknya untuk memulakan perniagaan. Emaknya telah memberi dia sekeping emas pound duit Amerika yang sudah diikat menjadi kancing baju. Dia jual kancing baju itu dan memulakan perniagaan menggunakan perahu di Sg Kelantan.

Mula-mulanya dia berniaga budu. Perniagaannya berkembang. Pada akhir pemerintahan Jepun dia sudah berniaga bermacam-macam termasuklah atap dan balak di sepanjang Sg Kelantan. Pada waktu pemerintahan Jepun, antara teman yang ditemui di Kota Bharu ialah Al-Marhum Raja Perlis. Baginda ketika itu berniaga manisan (gula melaka) menggunakan basikal.

Apabila Jepun menyerah kalah, dia memiliki berguni-guni duit gambar pohon pisang yang dikeluarkan oleh pihak Jepun di sini. Duit itu sudah tidak laku lagi. Hanya layak dibuang di umbi pisang. Dia jatuh miskin sekali lagi.

Ayah mentua saya sempat mengalami dua kali kejatuhan pemerintahan, iaitu pemerintah British dan Jepun. Walaupun kuasa Barat kalah di Semenanjung, duit pound Amerika tetap laku kerana ia emas. Kali kedua duit Jepun tidak laku langsung selepas kejatuhan Jepun; kerana ia kertas."

-YB Husam Musa-

Rumusannya, kalau boleh... duit kita tu jgn semuanya dalam bentuk wang tunai..sebaiknya tukarlah kepada aset yg sentiasa naik harga..iaitu hartanah atau aset yg boleh dibeli sedikit2 seperti emas & perak..

InsyaAllah..jika berlaku peristiwa seperti yg diceritakan oleh YB..harta kita dh selamat...

"Sharing is Caring"
https://t.me/SimpananEmasbyCikguZ

Assalam semua, maaf sekiranya ada yg saya add tanpa rela untuk bersama didalam channel sya ini.

Maaf bagi pihak saya, minta kalau boleh semua join utk dptkan ilmu ttg simpanan emas..

Join sahaja.. Tk kena sebarang bayaran pun..

Tak membeli emas atau buka akaun emas dgn saya pun tk mengapa..

Sya cuma share apa kelebihan emas sahaja..

Dh ada ilmu.. Bolehlah mula dptkan emas.. Terpulang nk beli dimana2 kedai emas..

Sebaiknya beli emas 999 berbanding 916 sekiranya nk buat pelaburan.. atau simpanan jangka panjang..

Buka minda.. "mindset positive" insyaAllah akan nmpak kelebihan menyimpan emas..

Bak kata mentor saya, ajar & ajak org beli emas, sebenarnya kita ajar & ajak org membuat simpanan utk diri & keluarga utk masa hadapan..

T.kasih semua.. Terima kasih subscribers..

Maaf jika penulisan ini ada membuatkan sahabat2 yg di add terguris hati dan perasaan.

Saya minta maaf banyak2..

Ikhlas

-c.zahari-
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom sambil2 menunggu azan maghrib kita dengar ceramah tentang emas daripada Ustaz Kazim..
#PatuhSyariah

PANEL PENASIHAT SYARIAH PUBLIC GOLD.

Public Gold mendapat pengesahan Patuh Syariah daripada Penasihat Syariah bebas & berautoriti yaitu Amanie Advisor Sdn Bhd.

Untuk pengetahuan semua, Amanie Advisors merupakan sebuah firma Penasihat Syariah terkemuka dunia.

Firma tersebut diasaskan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. Beliau juga adalah merupakan Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia.

Kredibiliti Datuk Dr Mohd Daud Bakar bukan sahaja di kenali di tanah air kita bahkah turut menjadi rujukan di peringkat antarabangsa.

Setiap urusniaga jual beli emas di Public Gold samada belian biasa, jualan balik, akaun GAP atau belian kaedah bayaran mudah, semuanya telah disahkan patuh Syariah.

Kredit: Nota Emas

#infoPG
Assalam & salam sejahtera buat sahabat semua.. Boleh simpan untuk hubungi saya sekiranya ada sebarang persoalan tentang simpanan emas.. Boleh follow saya di laman sosial IG atau FB..juga boleh baca tentang info2 PG dalam bentuk PDF...

Mohd Zahari bin Ismail
PG00428195
Authorised Dealer Public Gold

https://instagram.com/mohdzaharii

https://www.facebook.com/mohdzahariismail

https://wa.me/60183552133

https://wa.me/60123502452

https://linktr.ee/mohdzahariismail

Link IG | FB | WA | Linktr.ee

Simpan, untuk hubungi saya bila2 masa sahaja..

Tahniah & terima kasih menyimpan emas dibawah bimbingan saya..

Ikhlas;
-c.zahari-
Mindset Positif 💡💡💡!

Kadang-kadang ada saya kongsikan berbelanja di PGMall,

Dalam hati kita mesti terdetik kata simpanan emas.. Mengapa berbelanja pulak..😂
...ini mesti nk jual produk la tu...😂

Itu kalau mindset kita berfikiran negatif.

Tapi, kalau kita ubah mindset kita kepada positif..

Yang saya suruh berbelanja di PGMall, adalah membeli emas 999 (jongkong) dan emas 916 (perhiasan) dan buku-buku tentang kewangan.

"Beli emas & barang kemas, sebenarnya anda telahpun membuat simpanan tanpa anda sedari.."

"Beli buku, kita menambah ilmu kerana kita masih lagi kurang ilmu tentang sesuatu perkara yang kita lakukan.."

Ingat..menyimpan perlu ada ilmu.. Kerana ilmu yg digunakan dengan baik..hasilnya akan lebih baik untuk diri sendiri & orang lain...

Kata; Dato Dr Lawrence Walter Ng... "My Mindset is Positive"

-c.zahari-
PG00428195