Simpanan Emas by C.Z.๐ŸŒฟ
115 subscribers
730 photos
87 videos
2 files
241 links
Berkongsi Info mengapa perlunya kita pelbagaikan bentuk simpanan, antaranya Simpanan Emas P.Gold
Download Telegram
Forwarded from PG JEWEL | PG MALL | PUBLIC GOLD (Jonaina Nordin)
Harga emas jatuh hari ni, apa nak buat. Lihat nota no 3 dalam poster di bawah

Kenapa tambah gram? Sebab kita boleh dapat puratakan kos belian kita

Jika ada yang nak buat EPP juga bagus sebab kita boleh lock harga rendah tetapi masih membayar harga yang sama pada 6-10 bulan akan datang

Jadi, ini peluang baik
KELEBIHAN SIMPAN EMAS 1 GRAM 1 BULAN

Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar.

Itulah yang boleh saya simpulkan tentang tabiat simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai โ€œforgotten savingโ€.

Dulu saya tak sedar betapa bagusnya strategi ini. Tetapi saya dapat melihat hasil yang luar biasa pada penyimpan-penyimpan emas di bawah bimbingan saya yang menggunakan teknik ini.

Walaupun begitu, memang tabiat saya sejak 2010 lagi; setiap kali ada duit simpanan jangka panjang, saya akan terus beli emas tanpa melihat sangat kepada harga.

Sehingga saya menulis artikel ini, saya belum pernah menjual emas simpanan saya. Baca selanjutnya...๐Ÿ‘‡

https://www.mohdzulkifli.com/2016/10/kelebihan-simpan-emas-1-gram-1-bulan.html

Kredit: MohdZulkifli.com

#TipSimpananEmas
HARGA EMAS TURUN, RUGI BELI EMAS SEMALAM

Selagi emas masih dalam simpanan kita dan belum dijual,
Tiada istilah rugi atau untung!

Simpanan emas berbeza dengan saham.
Jika harga saham jatuh, kita berpotensi untuk jatuh muflis!

Harga emas sentiasa ada naik turun hampir setiap hari,
tetapi untuk jangka masa 2 tahun ke atas,
kenaikan harga mengatasi penurunan harga.

Jadi tinggi mana sekali pun harga emas ketika kita beli emas,
Harga emas pada masa hadapan akan jauh lebih tinggi.

2 perkara penting untuk memastikan keuntungan simpanan emas :

1- Fokus kepada pertambahan gram emas setiap bulan untuk mencapai jumlah simpanan yg tinggi

2- Jual apabila target simpanan tercapai selepas 2 tahun @ lebih. (lagi lama, lagi tinggi kenaikan harga)

Kerana itu, sy selalu ingatkan utk utamakan tambah simpanan apabila kita ada bajet & bukannya bila harga turun.

Apa guna harga turun dengan banyak, jika bajet yg kita sediakan utk simpanan telah habis digunakan.

Kredit Tuan Wadie

https://www.publicgoldofficial.com/ZAHARI
#TipSimpananEmas

Emas murah, masa ni lah beli banyak-banyak sbb berpeluang tambah gram emas dngan harga murah..

Nanti bila harga dah naik balik..masa tu kita jual.. mmg berbaloi-baloi...

Baca tentang simpanan emas di sini๐Ÿ‘‡

https://www.publicgoldofficial.com/ZAHARI

#PGG100Network
Bunga Mas 100g boleh dibeli melalui laman web PG dan juga di PG Museum- PG Mall.

#info_PG
#TipSimpananEmas

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS SEKARANG?

ADA 6 SEBAB!!

Menjadikan emas sebagai alternatif simpanan bukan lagi sesuatu yang asing. Sebagaimana yang kita tahu, harga emas meningkat untuk jangkapanjang.

Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan logam bersinar kuning keemasan ini semakin diminati ramai.

Jadi, selain sebab harga ada tak faktor-faktor lain yang membuatkan emas ini sesuai untuk kita jadikan simpanan?

Jawapannya ADA.

Antara sebab-sebab lain emas sesuai dijadikan simpanan ialah:

#Perlindungan

Setiap rungutan kita mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan selama ni, sebenarnya berpunca dari INFLASI.

Inflasi maksudnya kuasa beli duit kita semakin susut. Jadi untuk melindungi simpanan yang semestinya untuk kegunaan masa depan, kita mesti backup simpanan kita dengan sesuatu yang KALIS INFLASI.

Emas terkenal sebagai medium kalis inflasi kerana nilainya yang stabil dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka panjang.

#MudahDicairkan

Menyimpan dalam bentuk emas secara tak langsung mengajar kita untuk menyimpan secara bermatlamat. Apabila matlamat simpanan kita tercapai, emas tadi mudah dicairkan (ditukar) kepada bentuk wang tunai dan digunakan.

Kenapa mudah? Kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas.

#BolehDijadikanModalPusingan

Bagi peniaga, emas ni boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman.

Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes).

Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.

#AsetMampuMilikdanMudahAlih

Emas juga dikategorikan sebagai aset mudah alih. Ini kerana kemampuannya untuk bertahan lebih lama dan mudah dialihkan berbanding aset-aset besar yang lain (tanah, rumah) jika berlaku bencana alam.

Selain itu, pemilikannya pada harga yang berpatutan (dari serendah harga 1gram ataupun RM 100) dan mudah juga menjadikan ia aset mampu milik.

#SendiriPunyaSendiriUruskan

Beli sendiri, simpan sendiri dan urus sendiri simpanan / aset kita. Tentu lebih meyakinkan berbanding diurus oleh pihak lain atau pihak ketiga.

Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), anda boleh mengambil dan menggunakannya bila perlu.

Pendek kata, dengan menyimpan emas, kekayaan kita adalah ditangan kita.

#EmasTahanLebihLamaDariSimpanDuit

Simpanan dalam bentuk emas terbukti bertahan lebih lama daripada simpanan dalam bentuk duit. Ini kerana secara fitrahnya emas dicipta supaya kita suka nak simpan dan duit pula sememangnya untuk dibelanjakan.

Bila dah selalu tengok emas yang ada dalam simpanan, nafsu belanja kepada yang tak perlu akan automatik tertutup. Maka simpanan kita akan bertambah dan bertahan lebih lama.

Maka kesimpulannya, mulakanlah simpanan emas SEKARANG demi masa depan kita sekeluarga.

SUDAH ANDA BERSEDIA?

Posting Asal Di:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4623372644354153&id=100000443882826p
GAP BUKAN EMAS DIGITAL

#AkaunEmasGAP bukan emas digital.

#PublicGold hanya jual emas fizikal sahaja.

GAP (Gold Accumulation Program) diwujudkan untuk bantu penyimpan emas yang nak memiliki emas fizikal tapi tak yakin untuk simpan sendiri.

Berdasarkan pengalaman saya lebih 12 tahun dalam emas, saya boleh katakan majoriti mereka yang baru nak menyimpan emas rasa takut dan tak yakin untuk simpan emas sendiri walaupun hanya sekeping 1 dinar yang nilainya tak sampai RM1,400.

Jadi GAP adalah option untuk memudahkan customer PG yang belum bersedia untuk simpan emas itu sendiri.

Walaupun begitu, Public Gold lebih suka kita keluarkan emas dari Akaun GAP dan simpan emas itu sendiri. Bukannya simpan sampai berkilo-kilo dalam GAP.

Jadi untuk memberi galakan penyimpan emas PG keluarkan emas GAP, PG keluarkan pelbagai item dan design yang menarik supaya customer PG simpan emas fizikal itu sendiri.

Secara mudahnya, PG mahu customer beli dan simpan emas fizikal sendiri. Tapi KALAU takut simpan sendiri, maka option yang memudahkan ialah simpan dalam Akaun GAP dulu.

Berbeza dengan #emasdigital.

Emas digital dicipta untuk mereka yang tak berminat simpan fizikal tapi nak ambil peluang atas kenaikan harga emas.

Jadi mereka beli emas digital.

Penjual emas digital tak berikan banyak option bagi keluarkan emas fizikal sebagaimana yang dibuat oleh PG. Ini disebabkan matlamat mereka bukan untuk simpan fizikal.

Emas itu tak penting bagi mereka.

Kredit Tuan Mohd Zulkifli Shafie

#TipPenyimpanEmas
Forwarded from PGMALL OFFICIAL
๐Ÿ“ฃ ๐—ข๐—ก ๐Ÿฏ๐Ÿญ๐˜€๐˜ ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—ฌ ๐—ข๐—ก๐—Ÿ๐—ฌ โ€“ ๐—˜๐—ซ๐—–๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—š๐—ข๐—Ÿ๐—— ๐—•๐—”๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ก๐—–๐—›๐Ÿ“ฃ

๐Ÿ’ฅMystery Gold Bar Launch๐Ÿ’ฅ

๐˜Š๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ด ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ธ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ด๐˜ฆ?

Visit us and find out at Level 2, Menara Public Gold @ TRX for ๐‘ป๐‘ฏ๐‘ฌ ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ฎ ๐‘น๐‘ฌ๐‘ฝ๐‘ฌ๐‘จ๐‘ณ

Clear your schedule on 31st July, see you there!
PUBLIC SAFE

Ada kawan tanya saya, tak takut ke simpan emas dalam rumah, nanti kena rompak.
.
Saya tak jawab soalan, tapi tanya balik.
"Duit, hp dan lain-lain aksesori yang berharga tak takut ke kena rompak bila berada di rumah?"
.
Terkedu kawan saya, tak boleh nak jawab.
.
Kadang-kadang hp mahal-mahal, harga RM4, 5 ribu masa makan di restoren letak atas meja gitu jah, tak takut kena samun dan rompak pula.
.
Bila emas dalam kepala terus fikir takut kena rompak. Sebiji HP brand apple harga RM4, 5 ribu sedangkan 10 gram emas tak sampai pun RM2,600. Tapi yang ditakutkan kena rompak adalah emas.
.
Dah takut kena rompak, simpan je tempat yang selamat iaitu safety box. Tak nak fikir soal sewa safebox, beli sahaja emas dengan Public Gold kaedah GAP, tak perlu susah-susah nak simpan sendiri.
.
Public Gold boleh tolong simpan tanpa dikenakan apa-apa caj. Nak simpan emas ni atas kita sendiri.

Kata orang, nak seribu daya...

Kredit: BicaraEmasRosna
.
Follow saya
https://www.publicgoldofficial.com/ZAHARI
Welcome #OGOS!

Jika kita fokus simpan emas #1bulan1gram bermula Januari hingga Ogos, antara sedar tidak sedar simpanan kita telah pun capai 8gram emas.

Ya betul angka 8 telah tercapai.
Itu angka minima.
Kalau kita benar-benar fokus simpan, entah-entah angka itu lebih. Bukan 8gram, entah-entah 80gram.

Siapa tahu kan!
.

Jom kita buat kira kira supaya kita lebih faham.

Harga emas hari Ini = RM274 segram
Nilai 8gram emas = RM2192

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah๐Ÿคฒ๐Ÿป

Simpanan kita telah pun melebihi RM2000.
Bukan mudah sebenarnya nak simpan duit sebanyak itu, kadang-kadang RM20 pun habis. Inilah pula RM200 ehhh RM2000.

Ramai berjaya menyimpan duit apabila menyimpan emas. Emas boleh bertukar menjadi duit tetapi duit belum tentu boleh bertukar menjadi emas.
Yela kan, asyik bocor, bocor, bocor.

Ada sahaja alasan.
Ada sahaja cabaran.
Ada sahaja liku-liku.
Ada sahaja halangan.
Bertahun-tahun tak pernah berjaya simpan duit.

Duit memang sifatnya untuk berbelanja.
Emas sifatnya untuk kumpul.
Mudah faham kan?
.

Tahniah kepada yang dah mula.
Kepada yang belum mula, masih ada masa. ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ˜

#Ingat!
Simpan emas bukan sebab mahu kaya semata-mata tetapi simpan emas untuk elak kita meminta-minta.

Ketahuilah saat kita meminta-minta, itu antara situasi yang sangat sukar.

Kena tebalkan muka.
Kena kentalkan hati.
Kena cekalkan jiwa.

Ayuh sediakan dana kecemasan dalam bentuk emas. BEKU!

Kredit: Fairuz Aziz
#PG1M
Emas mahal...

Masa saya mula2 beli emas tahun 2010 dulu, orang cakap harga emas mahal sekarang. Waktu tu sekitar RM140 per gram. Hari ni tahun 2020 orang cakap harga emas mahal sekarang, sekitar RM280 per gram.

Kalau nak tunggu harga emas murah, memang tak akan beli bila2 sebab emas sentiasa akan mahal. Bahkan kalau tanya nenek kita pun, dulu emas pun mahal juga, RM30 per gram katanya.

Kesimpulannya, emas memang mahal sebab ia emas. Kena ada ILMU baru kita tak akan takut untuk beli emas pada bila2 masa. Sebab itu saya tulis #BukuWangEmas. Jadilah penyimpan emas yang berilmu. Bukan sebab ikut2 orang.

#MohdZulkifliShafie
APA UNTUNG SIMPAN EMAS?
EN FIRDAUS (Bukan Nama Sebenar)

En Firdaus, simpan emas ni sama je macam simpan duit. Nak simpan kena ada matlamat(sebab) kenapa nak buat simpanan.

Cuma simpan emas lebih bagus berbanding simpan duit di bank atas beberapa faktor.

Keuntungan emas yang nyata(nampak, kita boleh kira) ada satu je, untung bila harga emas naik.

Selain tu, kalau untung tak nampak, ini banyak. Contohnya, untung simpan emas, duit En Firdaus tak bocor(tak terguna duit beli benda bukanยฒ sbb nafsu boros berbelanja).

Kelebihan lain seperti emas kalis inflasi, emas dapat tutup nafsu berbelanja dan banyak lagi.
Gais,
Perkongsian dari Mahaguru Syukor Hashim๐Ÿ‘‡

Saya pernah berjumpa orang yang simpan 1 gram emas sahaja.

Lepas tu dia berhenti.
Lepas tu dia tutup akaun emas.

Mula 1g, penutup pun 1g

Saya juga ada customer yang beli setiap bulan 1 gram sejak tahun 2014.

Saya juga ada customer yang beli emas guna akaun emas GAP sampai dapat 1kg emas fizikal.

Dia suka sebab berjaya genggam 1kg.

Ikut pengalaman saya, orang yang berjaya simpan banyak emas, biasanya dia simpan dengan matlamat.

Sebagai contoh, kalau nak simpan dana untuk pendidikan anak, rasanya bolehlah 1 gram sebulan dan simpan 17 tahun.

Namun kalau nak beli rumah dan tanah, biasanya 1gram sebulan nie tak cukup.

Anda kena simpan lebih.

Kenalpasti matlamat jangka panjang anda dan konsisten simpan.

Bila dah cukup nilainya maka anda boleh jual terus emas tu dan penuhi matlamat anda.

Sebagai contoh, saya pernah tukarkan hampir 80% duit saya ke dalam bentuk emas dan perak. Bertahun-tahun saya amalkan tukar duit jadi emas perak.

Namun bila ada peluang bina rumah secara tunai di Langkawi maka saya jual emas perak saya dan bina rumah. Itulah masa mencairkan emas tersebut.

Emas banyak membantu kehidupan saya ๐Ÿ˜

#NotaEmasSyukorHashim