Simpanan Emas by C.Z.🌿
115 subscribers
729 photos
87 videos
2 files
240 links
Berkongsi Info mengapa perlunya kita pelbagaikan bentuk simpanan, antaranya Simpanan Emas P.Gold
Download Telegram
SIAPA NADIR TUTUNCU di Public Gold

Jom baca berkenaan beliau👇
#NadirTutuncu
Siapa itu Nadir? #NadirTutuncu

Panjang lebar kalau saya nak ceritakan siapa itu Nadir.

Untuk pengetahuan anda, kesemua emas LBMA dan perak LBMA Public Gold dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinary (NMR) iaitu sebuah Syarikat di Turki.

Pengasas dan pemilik Nadir Metal Refinery bernama Nadir Tütüncü.

Nadir Tütüncü adalah seorang usahawan Islam di Turki. Beliau memulakan perniagaan scrap gold sejak tahun 1967. Beliau menubuhkan Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti. pada tahun 1993.

Nadir bermaksud = Precious & Rare (in Arabic word)
Bahasa Melayu = Berharga dan jarang dijumpai

Pada tahun 1999, beliau menandatangani perjanjian usaha sama dengan Degussa Jerman, sebuah syarikat perdagangan emas dari Jerman dan mewujudkan syarikat kerjasama bernama Nadir-Allgemeine.

Pada tahun 2001, Nadir Tütüncü membeli semua pegangan di dalam syarikat Nadir-Allgemeine dan meneruskan operasi dengan nama Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti

Nadir Metal Refinery merupakan syarikat pertama Turki yang disenaraikan sebagai ahli LBMA – London Bullion Market Association iaitu pada Disember 2011 untuk emas dan Jun 2012 untuk perak.

Ini membolehkan produk keluaran Nadir Metal Refinery diiktiraf di seluruh dunia.

Atas sebab-sebab diatas, Public Gold memilih Nadir Metal Refinery sebagai pengeluar emas jenama Public Gold.

Harga emas Nadir Metal Refinery yang murah, kualitinya yang tinggi serta pengiktirafan antarabangsa dilihat mampu memberikan keuntungan yang maksima kepada pelanggan Public Gold.

Jadi anda sudah kenal siapa itu Nadir? Tapi yang pastinya bukanlah Nadir seperti yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini ya. 😅