๐“‘๐“ฒ๐“ฌ๐“ช๐“ป๐“ช๐“‘๐“พ๐“ต๐“ช๐“ท๐“ž๐“ฏ๐“ฏ๐“ฒ๐“ฌ๐“ฒ๐“ช๐“ตโ€ขโ™ฅ๏ธโœจ
18.1K subscribers
1.44K photos
445 videos
201 links
๐“๐ก๐ž ๐ฆ๐จ๐จ๐ง ๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐๐ฌ ๐ฆ๐ž ๐จ๐Ÿ ๐ฒ๐จ๐ฎ, ๐›๐ž๐œ๐š๐ฎ๐ฌ๐ž ๐ฒ๐จ๐ฎ ๐ฌ๐ก๐ข๐ง๐ž ๐ฌ๐จ ๐›๐ซ๐ข๐ ๐ก๐ญ๐ฅ๐ฒ ๐ž๐ฏ๐ž๐ง ๐ฐ๐ก๐ž๐ง ๐ฒ๐จ๐ฎ'๐ซ๐ž ๐ฌ๐ญ๐ฎ๐œ๐ค ๐ข๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐๐š๐ซ๐ค๐ง๐ž๐ฌ๐ฌโ™ฅ๏ธโœจ

๐Ž๐Ÿ๐Ÿ๐ข๐œ๐ข๐š๐ฅ ๐›๐จ๐ญ: @talkwithAisyaa_bot
Download Telegram
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

assalamu'alaikum kak, maaf ganggu. Nk tny hehe..

Kenapa org yg x berapa kenal/jauh dgn diri kita lebih memahami diri kita berbanding orang yg dekat/rapat dgn kita?
๐Ÿƒ
โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

โค๏ธโ€ขWaalaikumussalam..

Jika tanya saya,ini jawapannya:

Orang yang jauh/tak berapa kenal kita ni mereka tidak tahu bagaimana kita sebenarnya.Begitu juga dengan kita.Adakah kita kenal dia lagi rapat dari orang yang dekat dengan kita.

So tidak mustahillah jika dia selalu iakan apa pun setiap tindakan kita.Apa yang kita buat,bagi dia "okay" ja.seoalah-olah dia memahami kita.Hakikatnya dia tahu sifat kita macam mana.

Berlainan dengan orang yang rapat dengan kita ni.Mereka lagi memahami kita sebenarnya. Sebab tu mereka akan tegur or bagi pendapat mereka pada kita.Even kita tak suka pun.

So tak boleh nk kata org yg bru kenal "lebih memahami" kita.

Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

Bagaimana untuk menjadi seorang sahabat yang baik ? terima kasih sangat

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธ โ€ข
1. Sedia dihubungi

Sebagai kawan pastikan anda sentiasa boleh dihubungi. Jika anda mahukan kawan anda perlu beri masa anda untuk mereka.

Jangan selalu mengelak.

Sebaliknya pula jika kawan anda sibuk anda perlu bersabar dan jangan mengkeritiknya.

2. Sentiasa rai dan sokong kejayaannya

Bila kawan anda mencapai kejayaan ucapkan tahniah dan raikan kejayaannya sebagai tanda sokongan atas kejayaannya.

Berilah sokongan dengan penuh ikhlas tanpa ada rasa irihati atas kejayaannya.

Ini akan membuat dia berbesar hati kerana kejayaannya dikongsi bersama kawan-kawannya.

3. Layanilah kawan anda sebaiknya.

Bila kawan anda menemui anda layanlah ia dengan sepatutnya.

Jangan mencari alasan untuk mengelak. Buatlah ia rasa diterima dan selesa semasa berada bersama anda.

Jika anda buat endah tak endah kepadanya, itu pasti akan mengecilkan hatinya. Mungkin dia tidak akan menghubungi anda lagi.

4. Tanyalah tentang dirinya

Semasa berbual tanyalah hal-hal tentang dirinya sebagai tanda anda ingin mengenali dirinya dengan lebih rapat lagi.

Namun elakkan dari memonopoli perbualan dengannya sehingga tiada ruang untuk dia bebicara.

Jadikan perbualan itu sebagai perbualan dua hala yang seimbang.

Bila masing-masing telah mengenali dengan mendalam maka hubungan akan menjadi lebih rapat.

5. Sentiasa bersikap positif

Semua orang tidak suka kepada orang yang cerewet.

Oleh itu jangan selalu bersungut tentang kekurangan kawan anda. Bersikap positiflah kerana tidak ada insan yang sempurna dalam dunia ini.

Kita mempunyai banyak saat-saat sukar yang ingin kita kongsi bersama namun janganlah sampai ianya menjadi suatu sungutan yang bepanjangan yang akhirnya membuat kawan anda bosan dan menjauhkan diri dari anda.

6. Cara mengekalkan persahabatan adalah sedia menolong

Seorang kawan yang baik sangat mengenali satu sama lain dan ia dapat mengesan kesusahan dan keperluan kawannya sebelum ia diminta.

Jadilah orang yang pertama datang menghulurkan tangan membantu kawan anda.

Sudah tentu anda akan disayangi sebagai seorang yang penting dalam hidupnya melebihi saudara maranya.

7. Elakkan konflik

Jangan berbincang menenai isu-isu sensitif seperti politik atau agama dengan kawan anda kecuali anda pasti kawan anda mempunyai pemikiran yang sama mengenai isu tesebut.

Jangan cerita apa-apa yang negatif tentang kawan anda , tentang isterinya atau anak-anaknya. Jika ada orang cuba bercerita tentang keburukan kawan anda segeralah anda tukar tajuk pebualan anda.

Janganlah terlalu sibuk dengan kawan anda sehingga dia menjadi rimas. Berilah ruang kepadanya dan hubungilah dia dimasa yang sesuai. Jika tidak dia mungkin tidak akan menghubungi anda lagi kerana merasa terganggu dengan kehadiran anda.

Elakkan mengadakan urusan perniagaan, jualan atau apa sahaja yang melibatkan kewangan. Jangan pinjamkan kawan anda wang kecuali anda bersedia menghalalkannya jika ia gagal melunaskannya. Jika tidak anda mungkin bersengketa dengannya jika ia gagal melunaskan apa yang dipinjam.

โ€ขsumber aku islam
โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
Nasihat saya:

Persahabatan itu lebih sukar daripada matematik.

Lebih rumit daripada fizik. Lebih susah daripada biologi.

Tapi ia tidak sebosan sejarah kerana ia penuh dengan chemistri.

InsyaaAllah, bila kita berusaha untuk menjaga ukhuwah dan ikatan silaturrahim antara sahabat, pasti kita akan dikurniakan dengan kebaikan dan dilimpahkan rahmat oleh Allah.

Persahabatan yang baik itu adalah satu kurnia istimewa. Ia merupakan salah satu jalan yang membuka pintu rezeki kita. Merupakan asas pembinaan ummah yang kuat.

Oleh itu berusahalah sebaik mungkin untuk menjaga tali persahabatan yang telah terjalin. Semoga Allah redha dengan kita.

Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah


Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ‘1
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

saya selalu kene konfess ade yg ajak Cpl, tapi, mcm mane saya nak reject tanpa buat die terasa?... saya Xnak sakit kan hati die, jadi, boleh x tolong suggest cara saya nak reject die tanpa buat die terasa,

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

โค๏ธโ€ขMemang susah untuk menolak cinta seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu.

Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.

#Jangan Terlalu Memberi Perhatian Kepada Yang Berlainan Jantina

Bila kita memberi perhatiaan yang lebih terhadap rakan yang berlawanan jantina, orang mana yang tidak akan salah sangka.

Mungkin dia menyangka kamu sukakan dia dan terus mengajak  kamu untuk bertunang. 

Padahal perhatian diberikan kita adalah sama sahaja dengan semua rakan โ€“ rakan yang lain.

Inilah pentingnya untuk kita membataskan diri bergaul dengan lawan jenis.

Bukan hanya untuk keperluan kita sendiri, tetapi juga orang-orang yang rasa mendapat perhatian dari kamu.

Jika orang tersebut mengetahui kamu sebenarnya tiada perasaan terhadapnya, dia akan rasa dipermainkan.Dan kita sudah tidak akan dipercayai lagi.

Berhenti memberi perhatian kepada perkara yang tidak penting buat rakan yang berlainan jantina.Bergaulah sewajarnya, hanya yang sewajarnya.

Jangan sehingga kita menyakiti sesiapapun, sehingga merosakkan sebuah ukhuwah. 

Cuba fikir dan bayangkan, jika kita atau saudara kita terkena perkara yang sama, iaitu merasa dipermainkan setelah diberi perhatian sekian lama, pasti kita akan merasa marah bukan?

#Jangan Tertipu Oleh Perhatian

Akibat dari sebuah perhatian, biasanya bermula pada hati kecil yang mula jatuh cinta.

Ini sememangnya tidak mudah kerana fitrahnya manusia sangat suka diberi perhatian.Penyakit tipuan hati ini memang lebih banyak dirasakan oleh wanita, kerana secara fitrahnya wanita suka dipuji, di berikan perhatian yang lebih.

Sebab itu juga wanita yang paling banyak mengalami patah hati.

Oleh itu, batasilah berhubungan dengan lawan jenis yang boleh membuat semuanya kacau. 

#Mengapa Terlalu Susah Untuk Menolak Cinta?

Menolak cinta, perkara sukar tetapi sebenarnya mudah.
Kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang.

Kalau dia mengajak kita untuk berpasangan, maka tolak sahaja.Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan.

Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah.

Jika dia ingin taโ€™aruf, suruhlah dia datang terus ke rumah ibu bapa kita.Janganlah sampai kita tertipu taโ€™aruf kosong, iaitu menghalalkan percintaan sebelum nikah dalam bungkusan taโ€™aruf.

Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus menolak, apatah lagi jika dia mengajak kamu berkahwin.

Lakukan Istikharah dahulu, Serahkan semuanya pada Allah
Kerana siapa yang tahu jika ternyata dia yang terbaik untukmu.

Ingat, apabila kita ingin menolak, rendahkan suara kita. Jangan menggunakan nada yang tinggi.

Agar ukhuwah tidak rosak.

Wallahu a'alamโœจ

-sumber aku islam

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

selalu saya dgr apa yg org buat kt kita (kejahatan) haruslah dibalas dgn kebaikan ...tpi ada jugak org ckp kita x boleh baik sgt sbb tkt org mcm pndng rndh kt kita so boleh x bgi pndpt ?

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ข

Ya betul apa yang awak cakapkan tu.Biar orang buat jahat pada kita.Tapi kita tetap dan teruskan berbuat baik kepadanya.

Ya mungkin sukar untuk kita lepaskan begitu sahaja.Andai kita lawan balik perbuatan apa yang orang buat apda kita,so tiada bezanya kita dengan mereka.

So lebih baik kita abaikan orang mcm tu.lagi bertambah sakit hati adalah nanti.Jika rasa sakit hati,istighfar dalam hati.Moga Allah sejukkan kembali hati kita yang sakit itu.

Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowit_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

assalamualaikum kak . perlu ke sy bencikan bestfriend sy sendiri bila dia dah buka aib sy secara terang terangan . sy rasa diri ni hina sangat bila kawan kawan lain tahu pasal aib sy . sy jadi hilang arah . tak thu nk kuat mcm mana lagi .

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ขwaalaikumussalam.

Tak perlu.Tapi doakan dia agar dia menyesal dengan apa yang dia telah lakukan.

Usah benci dia.Allah tak benci pada hambaNya walaupun hambaNya seringkali lalai dan lupa akan suruhanNya.

So siapa kita untuk nak benci sesama manusiakan.Biarlah perbuatan dia itu Allah yang balas nanti.Sebab hidup kita ini ada turun dan naiknya.

Dan Allah tidak pernah tidur.Dia tahu siapa yang baik,siapa yang tak.Jika rasa sakit dan malu,rintihlah pada Allah.Biar Dia yang uruskan.Doa orang yang dizalimi mudah dimakbulkan.So,banyakkan sabar ya.

Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

Assalamualaikum kak aisyaa.. saya nk tny perihal aurat perempuan.. kita perlu menutup aurat dgn org yg Bukan mahram kita termasuk sepupu lelaki , Tapi ketika umur sepupu lelaki tu brpa Kita perlu menutup aurat drpdnya?

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ขWaalaikumussalam..

Ketika lelaki itu akil baligh.Anggaran umur dalam 10tahun.

Budak zaman sekarang cepat matang.ada je sekarang yang bersunat lagi awal.

so jika suara bertukar garau tu,haa dah baligh ar tu bagi lelaki.๐Ÿ˜‚

Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

Assalamualaikum.. Apa yg kite boleh buat kalau sepupu tunang kite obses dengn tunang kite sampai sanggup ugut nak bagi santau pemisah?

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ขWaalaikumussalam..

Apa yang boleh awk serta tunang awak lakukan ialah,kena pertahankan diri korang dari benda-benda sedemikian.

Sihir atau santau ni tiada ubat.Hanya kuasa dari Allah je.Sebab tak semua ustaz yang dapat mengubatinya.So untuk nak elakkan diri kita dari terkena benda-benda khurafat ini,kita kena lah amalkan ayat pandinding diri.Yang paling penting kena jaga solat.Andai solat kita kelaut,lagi mudahlah santau itu untuk nak dekatkan dengan kita.

Selain jaga solat,kena selalu baca al Quran.jika boleh,setiap kali lpas solat bacalah al Quran.

Di sini saya sertakan ayat pendinding diri utk awk serta tunang awk amalkan.

Sebelum tidur

-berwudhuk
-baca surah al waqiah.
-baca surah al mulk

Ketika kat katil

#luruskan kaki + sambil berdoa
-baca al Fatihah
-ayt kursi
-3 Qul
-doa tidur
-selawat
-syahadah

#then,tiupkan pada tapak tgn,sapu di muka hingga kaki.(ulang sehingga 3kali)

#Ketika baringโ€“ ke kanan
Baca bismillah - 21kli.(sambil pejam mata)

Di bawah ini ayat-ayat yg boleh awk amalkn.baca setiap kali lepas solat.ayat-ayat ini dpt melindungi kita dari sebarang perkara yang tidak diingini.

Al-fatihah (1)

Surah al Baqarah (1-5)

Surah Baqarah (255-257)

Baqarah (284-286)

Ar-araaf (54-56)

Isra- (110-111)

As-shafaat (1-11)

Rahman (33-35)

Hasyr (21-24)

Jin (3-4)

Tu ayat nya๐Ÿ‘†๐Ÿป๐Ÿ‘†๐Ÿป

Moga ianya bermanfaat untk awk dan tunang awk.โ˜บ๏ธ

Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ‘1
๐Ÿ“ง #tanyaaisyaa

Assalamualaikum nk tnya

1)Kalau baca al quran melalui apps dlm fon kena ada wudhu atau tak ?

2)Boleh x bgitau cara nk solat sunat cth solat hajat ,tahajud, dll sbb saya slalu tgk ada sesetengah org ckp kena niat mcm nie ada stgh pulak ckp niat mcm nie jdi boleh x bgi penjelasan ?


โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ขwaalaikumussalam.

Untuk kemusykilan anda,sila dengar voice di bawah ya ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ“ง #tanyaaisyaa

bole ke solat sbelum masuk wktu ?

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ข

SOLAT pada awal waktu memang digalakkan dalam Islam.

Namun, janganlah terlalu tergopoh-gapah sehinggakan azan belum berkumandang lagi, solat sudah pun selesai ditunaikan.

Meskipun hendak solat cepat kerana ada tugas lain yang kurang begitu mendesak, namun, usahlah disebabkan itu solat kita menjadi tidak sah.

Dalam situasi solat fardu sebelum azan ini boleh dibahagikan kepada dua keadaan.

Pertama, kita solat sebelum masuk waktu solat dan sebelum azan dilaungkan.

Maka, tidak sahlah solat kita dan perlu diulangi semula setelah masuk waktu solat tersebut.

Bagi kategori kedua pula, kita solat selepas masuknya waktu solat tetapi sebelum azan dilaungkan.

Solat ini adalah sah dan tidak perlu diulangi.

Apa pun, kita dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa menunaikan solat sebelum azan berkumandang kerana kebiasaannya azan dilaungkan pada awal waktu.

Bagaimanapun, ia dikecualikan jika menjadi kebiasaan di tempat tersebut azan dilaungkan terlalu lewat daripada masuknya waktu.

Satu lagi keadaan dikecualikan adalah keadaan di mana seseorang itu perlu untuk menunaikan solat dengan cepat atas urusan penting yang tidak dapat dielakkan.

Ibadah solat merupakan ibadah yang telah ditetapkan waktu permulaan dan akhir.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: "Sesungguhnya solat itu adalah satu kewajipan ke atas orang-orang yang beriman yang telah ditetapkan waktunya."

(Surah an-Nisa': 103)

Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

Macam mana kita nak baiki hubungan kuta dengan Allah

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ข

Untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam kehidupan,kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah

Dalam menjalin 'hubungan baik' dengan Allah,ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan ..iaitu :

Kita perlu sayang pada Allah melebihi segalanya.

Allah bagi kita segalanya yang kita ada atas muka bumi ini,makan,minum,udara,tempat tinggal semua Allah bagi,so bila Allah dah bagi semuanya,sayangi Allah,jangan jadi 'kacang lupa kulit" dengan menyanyangi pemberian Allah lebih dari Yang Maha Pemurahi ini .. 

Yang kedua adalah kita perlu sentiasa bertaubat kepada Allah..

,ini satu cara untuk menjaga 'hubungan' kita dengan Allah,sesungguhnya Allah tu maha pengampun,dan kita manusia ni pulak memang tak pernah lepas dari wt dosa, kalau wt dosa banyak banyak,Allah pasti murka,maka bertaubatlah,maka Allah akan kasih kepada kita.

Seterusnya adalah,kita juga perlu baik sangka dengan Allah,

Jangan bila dapat satu musibah,terus fikir "aarrrrhhhhhh,Allah tak sayang aku la ni,orang lain berjaya,aku lak......"

Kita seharusnya yakin dengan rencana Allah untuk kita,andai kata tiada yang baik kita peroleh di dunia,Akhirat belum pasti..Kalau kamu bersangka buruk pada Allah,memang tak lama dunia akhirat bala belaka la .. Jadi selalu bersangka baik dengan Allah,jangan fikir bukan bukan,ia bawa kepada dosa tawu .. Jika ditimpa musibah..berSABARlah .. 

Sebagai hamba juga,kita harus sentiasa ingat Allah,Ingat pada sang pencipta kita,bukan ingant aweks je,ingat balak je..ingat nak cari teman baru je...ingat formula math je,Allah pun kita kena selalu ingat,baru Allah tak lupa kita (Allah tak pernah lupa kita)

Cara ingat Allah ada 3 iaitu dengan perbuatan,yakni solat,dan setiap langkah perbuatan kita,kerna Allah...haaaaa,itu caranya ..

Cara kedua adalah lisan,lidah.mulut ni,caranya berzikir,kalau MALAS nak panjang panjang,cukuplah sekadar "Allahuakbar", "Subhanallah" ,itu sudah cukup bererti ..tapi awas,jika anda berada dalam kawasan yang polis melebihi 5 org,jangan takbir..bmbg kena tangkap.... hihihi..

Cara ketiga adalah dengan hati , sebutlah nma Allah walau di dalam hati tanda kita ingat padaNya ..

Selain itu,untuk jaga hubungan dengan Allah,kita perlu semaikan rasa GERUN pada Allah,kerna itu tanda orang mukmin ..tak caya,baca surah Al Anfal ayat 2 ..ehe

Kita juga perlu selalu panjatkan kesyukuran atas nikmat Allah pada kita..Bukan sahaja nikmat makan dan minum,nikmat anggota badan,akal dan segalanya,perlu kita syukuri dengan menjaga semuanya dengan baik,lafaz "alhamdulillah" jangan lekang di bibir tawu ..

Then kita juga perlu redha dengan segala apa yang Allah tentukan kepada kita ,andai apa yang kita hajati tida ktercapai,pasrahlah,mungkin ada yang lebih baik untuk kita...tawuu....!!jangan nak melenting n so on .. 

Kita juga perlu malu pada Allah,INGAT!!!!!!!!Allah maha melihat,di ceruk mana pun,dalam bilik or tandas awam...malulah dengan segala maksiat yang dilakukan ... CCTV sentiasa On ...hihi..

dan hati kita juga perlu ada rasa "WWWAAARRRHHHHHHH HEBATNYA ALLAH TUHANKU" ..memang Allah hebat ..Kalau tak hebat tak jadi Allah ,kerna hebat lah Allah dapat ciptakan alam ni..kerana hebat Allah lah kita ada hari ni,so jangan nak nafikan..timbul selalu dalam hati "subhanallah,hebatnya tuhanku" ..

Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

haram ke kalau sepupu dan abang ipar nmpk aurat kita ?

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ข

Disebabkan ramai yang keliru, ramai perempuan pandang ringan dan ambil mudah akan hal ini. mungkin dia tak kesah kot akan aurat dia dan tak kesah kot suami dia kena siksa. Okay cik aisyaa nak share something.kami tak tahu jangan la pulak kata cam tu. owhhh okay-okay. meh sini cik aisyaa terangkan.

1)Soalan:

Bertudung belum dikira menutup aurat? Bagaimana dikira menutup aurat?


Jawapan:
Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu, dada, betis, kaki dan sebagainya terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Memakai tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti menampakan susuk badan dan seluar ketat atau sebagainya dengan alasan mengikut fesyen juga dikira tidak menutup aurat dan bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.

Batasan aurat wanita ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

2)Soalan:

Bila aurat bermula bagi perempuan dan hukumnya?


Jawapan:
Aurat wanita bermula bila sudah baligh iaitu mula datang haid. Hukum menutup aurat adalah WAJIB.

3)Soalan :

Apakah yang dimaksudkan dengan MUHRIM dan MAHRAM?


Jawapan:
Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita. Mahram seorang wanita yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan merangkumi:
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Batasan aurat badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan bathin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis. Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram.

4)Soalan:

Apa maksud lelaki ajnabi? Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?


Jawapan:
Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

5)Soalan:

Bagaimanakah aurat diantara abang ipar dan adik ipar lelaki?

Jawapan:
Hubungan abang ipar dengan adik ipar lelaki hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat
๐Ÿ‘1๐Ÿคฉ1
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

Assalamualaikum

1)Saya nak tnye klau kita solat subuh berjemaah kenapa imam ade part baca kuat dan ade part baca perlahan
2)lpstu klau part baca perlahan tu kita kena sambung baca tak.

-Terima kasihโค๏ธ-


โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ขWaalaikumussalam.

Untuk kemusykilan di atas,sila dengar voice di bawah ya ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

soalan :-

apa hukum memberi\menjawab salam dgn singkatan?

contohโ†’ 'salam, wasalam, assalam, '


โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ข

Terima kasih kerana sudi bertanya.

Untuk kemusykilan anda,Sila dengar audio di bawah ya โคต๏ธ

Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

Sya nk tny..adakah solt kita diterima oleh Allah apabila kita menggunakn pengilat kuku di ats

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ข

Berdasarkan soalan anda di atas,sila dengar jawapan audio di bawah ya โคต๏ธ

Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

Sy nk tnya..kawan sy ade masalah and dia luahkan perasaan sedih , marah dekat sy..and pada masa yg sama jgk sy ade masalah sy sendiri. Patut ke kita dengar masalah dan bantu dia sedangkan kita ade masalah yg belum ada jalan penyelesaiannya. Harap dapat balas๐Ÿ˜Š Tq๐Ÿ˜„

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ข

Bagi saya,ya.awak patut dengar masalah dia.lagipun dia kawan awak kan. jika seseorang sudi luahkan masalah dia pada kita,itu maknanya dia percayakan kita.dia nak kita dengar apa je luahan perasaan dia.

Dengar dan bagilah pendapat setakat mana yang awk mampu.Tak rugi pun.jangan disebabkan dengan masalah yang awak hadapi,awk abaikan org lain yang perlukan awk.

Jika kita permudahkan urusan orang lain,in shaa Allah ,Dia akan permudahkan urusan kita.

So memang tak rugi pun jika kita jadi pendengar kepada masalah orang lain.

Wallahu a'lamโœจ

Anything share? Do dm @qowiy_bot

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

Assalamualaikum kak aisyaa, saya nk bertanya, ujian tandanya Allah sayangkan kita. Diri saya tersentuh dan cemburu tengok org yg ditimpa ujian drpd Allah sbb saya tahu Allah nk uji dia, dia org yg hebat, dan pastinya Allah sygkan dia. Tapi kalau kita tk diuji, adakah Allah tk hiraukan kita?

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ข

Waalaikumussalam..

Bukan gitu. Allah uji ke atau tak uji ke, semua Allah sayang sebab hambaNya. Apa lagi yang beriman. Ujian Allah ada pelbagai, kita ditimpa bencana pun ujian. Supaya kita sabar. Diuji dengan kesenangan pun adalah bentuk ujian juga supaya kita bersyukur dan beringat.

Tak dapat ujian pun ujian juga. Ujian supaya kita bersyukur dengan anugerah allah

Wallahu a'lamโœจ

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

Sis aisya,bagaimana cara sis aisya hadapi emosi ketika sedang marah? Sye tak tahu nak kawal emosi ketika marah.tolong bg tips sis
๐Ÿฅบ

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ข

-jangan layan kata hati

-kawal emosi.

-diam dari berkata-kata

-istighfar dalam hati โ€“dengan cara ini kita boleh elakkan dari terus berbahas yang bukan-bukan.walaupun kita rasa kita di pihak yang benar,tak usahlah berbahas.

-cari pen dan kertas.โ€“luahkan semuanya di atas kertas.tulis je apa yang anda rasa saat itu.jika nak menangis,teruskan!jangan pendam apa-apa.anggap je kertas itu sebagai tempat luahan anda. In shaa Allah anda akan rasa lega selepas itu.

Percayalah!!

Wallahu a'lamโœจ

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

Macam mana kita nak tahu dya menyukai kita?
โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ข

Kalau betul dia mahukan anda, dia akan cari anda. Kalau dia tak cari, maka taklah. Simple!!

Sibuk macam mana pun, bukan alasan untuk tidak ketemu/chatting. Sebab manusia ini, dia akan utamakan dahulu perkara yang sangat berharga bagi diri dia.

Jadi bila anda rasa anda berharga untuk diri dia. Jangan risau, dia akan datang cari.

Tapi kalau dia tidak datang juga, jujurlah dengan diri sendiri. Anda bukanlah sebahagian daripada perkara-perkara terpenting dalam hidup dia.

Wallahu a'almโœจ

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaa

Aisyaa,ape pendpt awk ttg bermadu?sye ada knl dgn seseorg.di awl perkenalan,sye dh thu yg dia suami org.pd awlnya,sye xnk layan.tp aura dia buat sye kalah.caring,romantik,selalu ada utk sye.mgkn faktor ini buatkn sye tersuka pd dia.dia ada tnya sye sanggup ke bermadu.sbb syg,sye cakap sanggp jea.tp dlm msa yg sma,hti sye berbelah bgi.sye keliru.tp sye trlalu sygkn dia skrg.apa pndpt aisyaa,ptt ke sye bermadu atau tinggalkn dia?hrp dpt tlg sye๐Ÿ˜”


โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โค๏ธโ€ข

Alahai rumit juga masalah ni.Ia menjadi rumit sebab berkaitan dengan hati.

Pada pendapat saya,buat solat istikharah minta denganNya bagi petunjuk pada anda. Jika kita betulยฒ ikhlas meminta,in shaa Allah Dia akan bantu.

Patutnya anda sudah boleh buat keputusan. Fikir yang mana baik untuk diri anda. Anda perempuan,wife dia pun perempuan juga โ€“ so,cuba anda letakkan diri anda disituasi wife dia. Apa yang akan anda rasa jika dapat tahu suami anda akan berkahwin lain. Apa yang anda rasa,macam itulah yang dia akan rasa. So,tanya pada diri anda,tegarkah anda nak bina kebahagiaan di atas penderitaan insan lain? Walaupun dia nampak tenang,tapi siapa tahu di sudut hatinya.

Sebelum nak buat apaยฒ,fikir kesan baik dan buruk selepas terjadi sesuatu. Perkahwinan itu satu perjudian. Jika pilihan kita betul,bertuahlah kita. Tapi,jika pilihan kita salah,merana hidup sampai kesudah. Oleh itu,fikir sebaikยฒnya.

Jangan sebab sayang,anda lupa tentang kebahagiaan diri anda. Kadangยฒ sayang boleh membunuh sifat dalam diri kita. So,gunakan rasa sayang itu pada orang yang betul.

Lepaskanlah dia. Carilah lelaki lain yang single @ duda. Itu lagi baik dari berkongsi kasih sayang dengan suami orang.

Wallahu a'lamโœจ

@bicarabulanofficial
๐Ÿ’Œ #tanyaaisyaaโ˜•๏ธ

Ain tersepit diantara focus study ngan kena bebakti pada umi ain.
Skrg ni en mcm kite tahu student ramai yg ade hw
So ain pun same
Cuma situation nye skrg ni ain kene buat semua keje kat rumah maksudnye kite mcm ganti keje sbg seorg mak sbb ain anak sulong so umi betul betul mengharapkan ain
Untuk buat semua keje keje kat rumah tu
Ain tak kisah
Cuma ...
Dlm masa yg sama hw byk yg ain kene tangguh sbb kene tolong umi
Lagi sedih bila ain rasa semua keje keje kat rumah tu ain dh buat
Tapi bila umi balik dr keje umi kate nape ade yg tak buat ni x fhm umi ke
Takkanlah nk tunggu umi ckp bru nk buat
Jadi ain rase macam x berguna
Rase macam x de org appreciate ape yg ain buat๐Ÿ˜ญ

Ain cuba utk jadi anak yg berbakti kpd kedua ibubapa.
Tapi
Dlm mase yg same hw pun amanah ain kene siapkan**

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

โค๏ธโ€ขTahniah kerana Allah hantarkan sedikit ujian ini utk awk. Apa yg awak lalui skrg sudah pasti di luar sana ramai lagi yg alami sprti awk.

Jgn pernah bersangka buruk pada mak ayah kita.Mungkin apa yg dia buat pd kita ini sbg pengajaran utk diri kita kelak.Mungkin juga itu slh satu cara didikan dia utk ankยฒnya. Mak yg bkerja ni tak sama dgn mak yg sepenuh masa di rumah .Mereka yg brkerja ni,komitmen mereka lagi berat.

So,tidak salah kiranya dia serahkan sebahagian tugasยฒ di rumah kepada ankยฒnya.Ya,mungkin awk rasa terbebanโ€“ di mana dgn homework lagi yg perlu di siapkan di tambah pula perlu siapkan kerjaยฒ rumah yg di pesan oleh mak tadi.Apa yg saya nak sarankan di sini,sebaiknya awak buat perancangan jadual harian awk di rumah. In shaa Allah dgn cara ini dpt atasi masalah awak.

Di sini saya sediakan contoh jadual :

4am - 6am : ibadah + study
7am - 9am : kemas rumah + solat dhuha
9am - 10am : study
10am - 10.40am : rest
10.30am - 12pm : study
12pm - 2pm : masak + solat + rest
2pm - 4pm : study
4pm - 6pm : aktiviti santai + solat
6pm - 7pm : sediakn utk diner(msk yg simpleยฒ je) + solat
8pm - 10pm : study
10pm - 11pm : aktiviti santai sblm tdur.

Time table ni ringkas je.Awak blh adjust masa yg awak nak.

Ingat,jgn jadikan beban yang awk hadapi skrg ni sbg penghalang utk awk berbakti pd keluarga. Terutama pada mak awak.Biarlah org tak hargai apa yg awk lakukan selama ini.Betulkan niat awk.Apaยฒ yg kita lakukan adalah kerana Allah. Bukan kerana nak orang lain hargai kita.

Saya doakan semoga awk terus kuat ya! Sabar dan tabah dalam mehnah dunia ini.

Wallahu a'lamโœจ

@bicarabulanofficial
๐Ÿ‘1