Islam Itu Indah
23.5K subscribers
14K photos
17 videos
3 files
4.47K links
sampai kan walaupun satu ayat
Download Telegram
Bismilahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuhu.
1️⃣8️⃣ Rabiulakhir 1444H
1️⃣3️⃣ November 2022/Ahad
Zikir harian Imam Ghazali
يَا حَيُّ يَا قَيُّومِ
YA HAYYU YA QAYYUM
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad.
لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين
La Ilaha Illallah AlMalikul Haqqul Mubin.
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah Yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

DOA MENGHINDARI KECELAKAAN YANG DI BACA 3 KALI, PAGI DAN PETANG.
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Bismillahilladzi La Yadhurru Ma’asmihi Syai’un fil Ardhi wa Laa fis Sama’i wa Huwas Sami’ul ‘Alim.”
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama denganp Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ
"Alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur"....
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan.....

@islamitu_indah
Bila Allah bagi hidayah untuk kita berbuat baik, jangan pandang rendah dan hina org yang belum mampu berbuat baik..

Kalau kita nampak hamba Allah tu baru belajar pakai jubah, tudung labuh.. Jangan dikomen dan dikondem jika dia berbuat salah.. Jika dia lupa adab pakaian itu..

Sebab kenapa?..

Kita tak tahu mungkin pakaian dia sebelum ni lebih teruk, dia baru nak belajar, ilmunya mungkin tk tinggi mana, mungkin dia pun ikut2 kawan.. Ucapkan Alhamdulillah, setidaknya pakaian dia sudah baik..

Terkadang hijrah itu bermula dari pakaian, nanti kalau dikomen esok lusa dia tak pakai itu pakaian yg baik, makin jauh dia dari hidayah..

Ingat bagaimana para sahabat yg melaknat kepada si fulan kerana suka meminum arak.. Rasulullah saw menahan kemarahan para sahabat dgan bersabda..

"Janganlah kalian melaknatnya....Sesungguhnya yang aku tahu dia cinta kepada Allah dan Rasul-Nya"..

Jangankan tak tutup aurat, sedangkan pemabuk pun Rasulullah pandang dengan pandangan kasih sayang..

Antara sebab lain:

1. Allah belum uji kita mcm mana Allah uji hamba Allah tersebut. Hari ini kita cakap dia begini begitu, esok Allah uji kita dgan situasi yg sama dan akhirnya kita melakukan perkara sama dgan hamba Allah tadi.. Padahal sebelumnya kita mengata mcm2 kepada dia sebelum itu..

Contohnya hari ini kita tgok orang bercinta (pacaran) kita cakap mcam2, tup tup tup ternyata esok kita terjerumus juga..🙄

2. Kita buat baik hari ini bukan sebab ilmu kita, tapi sebab Allah bagi hidayah kita untuk berbuat demikian..

"Dan kamu tidak akan berkehendak (berbuat baik) kecuali jika Allah berkehendak"

Hari ini, betapa banyak org yang banyak dan tinggi ilmunya akhirnya tiada satu pun yg bermanfaat. Bahkan dia sombong dengan ilmunya..

Kita tengok ada hamba Allah ilmunya tk tinggi mana, tapi Allah jadikan ilmunya bermanfaat, dia mampu amalkan.. Akhlaknya baik..

Yang sudah berilmu ucapkan Alhamdulillah.. Yang belum berilmu sama2 kita bantu InshaAllah..

Akhir kalam, kita tak tahu kesudahan hidup kita mcm mne.. Begitu pula kesudahan hidup org lain..

Boleh jadi kesudahan kita tidak baik sedangkan kesudahan orang lain pula dalam keadaan mulia.. Na'udzubillahi mindzalik 😢😢

Semoga Allah lindungi kita dari sikap yg kurang baik.. Dan semoga kita memandang saudara kita dengan pandangan rahmah dan kasih sayang..

#SelfReminder
@islamitu_indah
Bertabahlah dan terus berusaha menjadi insan yang lebih baik

Biarlah hari ini kita menangis diuji kesakitan
ketika berjuang di jalan-Nya,
Semoga hari esok hidup kita lebih indah apabila dihadiahi kemanisan iman...

Biarlah hari ini kita tersungkur dalam penghijrahan...semoga esok perjalanan kita lebih mudah dengan petunjuk dan pimpinan-NYA...

SubhanAllah༄
Alhamdulillah༄
Allahu Akbar༄

Kembalikan segala urusan kepada-Nya...

Aamiin ya rabbal alamin...

@islamitu_indah
Allah Maha mengetahui apa yang paling baik untuk kita sebagai hambaNya.

Kita sentiasa merancang kehidupan yang terbaik untuk diri kita TETAPI harus diingat selalu bahawa ada Perancang yang Maha Hebat iaitu ALLAH.

Jangan mudah berburuk sangka dengan pekara yang buruk sebab apa yang paling penting dalam hidup ini adalah bukan keinginan hati yang tercapai tapi yang paling penting adalah "MENJADIKAN DIRI DEKAT KEPADA ALLAH DAN MENCINTAI ALLAH SEPENUH HATI."

Belajarlah untuk REDHA & IKHLAS dengan apa jua ujian yang mendatang....

Ingatlah Rasa sakit yang terus menyapa mu selama ini adalah ujian dan cubaan dari ALLAH untuk mengetahui seberapa kuatnya engkau menjalani apa yang engkau yakini atasNYA..

Duhai sahabat seperjuangan.....Walaupun semua itu berat untuk kau jalani dan terasa berat bagimu tetaplah ISTIQOMAH...

Selama engkau selalu menyertakan ALLAH dalam segala hal..PERCAYALAH..Kamu mampu menjalaninya..

Sesungguhnya bagi ALLAH jika itu yang terbaik bagi dirimu tidak ada yang tidak mungkin..MAKA..pasrahkan dan serahkanlah semua kepadaNYA..berpautlah dirimu pada Sang KHALIQ.

Setiap perjalanan kita pasti ada rahsia disebalik setiap cerita dalam kehidupan yang ditempuhi...Yang mana tidak mungkin Kita ceritakan pada sesiapa pun...Cukuplah hanya Kita Dan Allah sahaja yang mengetahui...

Biarkan kita rasa susah...Jangan biar kita susahkan mereka....terbitkan keikhlasan hati....walau kita tak Pernah di hargai....Kehidupan ini umpama roda...

Apa yang pasti Allah tetap di hati...Walau apapun ketentuannya Terimalah dengan seikhlas hati ..

Ingat Bila Allah murka....Allah kekalkan kita dalam kemaksiatan yang berpanjangan...Nauzubillahminzalik...

Dan apabila Allah redha....Allah kekalkan kita dalam
kebaikan yang berterusan....Insyaallah

Tetapkan Allah di hati....Jadilah diri sendiri dalam mengarungi lautan hidup....

Jadilah orang yang tabah menghadapi segala ujian..

Kerana ketabahan selalu menunjukkan jalan kebenaran....

Jangan Pernah mengutuk segala kekurangan diri..

Didik hati untuk sentiasa bersangka baik...

Sentiasa bersangka baik pada setiap musibah yang diberi....

Kerana hanya Dia yang lebih mengetahui rahsia yang tersirat di langit mahupun bumi...

Selalu ingat " Allah tangguhkan sesuatu untuk didik kita erti SABAR " dan " Allah ambil sesuatu juga untuk didik kita agar kita kenal apa itu REDHA"

Satu saat yang tepat pasti Allah akan beri sesuatu yang tak terduga sebagai ganjaran....Saat itu juga kamu begitu bersyukur dengan apa yang Allah aturkan ini.....

Sentiasa Muhasabahkan diri adakah kita sudah menjadi seorang hamba Allah yang baik?...

Jangan pernah merasa malu untuk meminta, memohon, bersujud kepadaNya dengan sebaik-baiknya dan Seikhlas-ikhlasnya....

Mungkin kita lupa DIA telah permudahkan untuk urusan kita yang lain....Jadi sedikit ujian ini untuk "jentik" kita agar kembali kepada fitrah....DIA lebih mengetahui.

Bersangka baiklah dengan DIA.....In Sha Allah, tak akan rugi sedikitpun....Mungkin DIA mempunyai 1001 perancangan terbaik untuk kita. DIA tak akan uji kita diluar kemampuan kita umatnya...

Tenanglah..sungguh Allah menyayangi orang yang sabar...

Selalu Senyum....
Selalu bersangka baik...
In shaa Allah hati tenang...

@islamitu_indah
💕 Jom KITA JOIN CHANNEL² DIBAWAH

📌 @quotephotovideo
NASIHAT² KEHIDUPAN

📌 @kitabdoa
HIMPUNAN DOA

📌 @ImanQowiyy
TARBIAH HATIMU, BANGKIT DEMI ILAHI

📌 @islamitu_indah
Islam Itu Indah

📌 @Luahan_BerkacaMata
kalau SAYANG, EGO jangan setinggi langit.

📌 @PhotoliciousWorld
Foto² WOW SEDUNIA, Ayat² DEEP

📌 @sentaplaatuu
XsentapKew ?

📌 @mrdoityourself
DIY ~ Do It YOURSELF

📌 @twinpages
𝒂𝒏𝒅 𝒉𝒆 𝒇𝒐𝒖𝒏𝒅 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒐𝒔𝒕

📌 @bolagol
Collections of FutBall Golll, Photo & Info

https://t.me/bolagol

🌹 BERMINAT UNTUK JOIN
📢 Info lanjut @QPVPromoterBot

💞 Group Discussion @quotephotovideochat

😎 SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...💖
ASSALAMUALAIKUM WBT
#RENUNGANSUBUH

Jangan Jadi Umat Seperti Buih

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

Daripada Tsauban ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Hampir umat-umat berkerumun memusuhi kamu (umat Islam), seperti orang yang kuat makan mengerumuni makanan di dulang." Seorang laki-laki bertanya, "Apakah kami waktu itu jumlahnya sedikit?" baginda menjawab: "Jumlah kamu pada waktu itu sangat banyak, namun kamu seperti buih laut. Sungguh Allah mencabut kehebatan gerun yang ada pada kamu daripada hati musuh, dan Allah mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit al-Wahn." Seseorang lalu bertanya, "Wahai Rasulullah, apa itu Al-Wahn?" baginda menjawab: "Cintakan dunia dan takutkan mati." (HR Abu Daud No: 3745) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Akan sampai suatu masa umat Islam bilangannya ramai namun penghayatan kepada amalan Islam amat longgar. Penghayatan terhadap al-Quran dan al-Hadis tidak dihiraukan, semangat jihad dan pengorbanan semakin luntur.

2. Musuh Islam mengerumuni umat Islam seperti mengerumuni makanan kerana tidak ada lagi rasa gerun di atas kehebatan yang ada pada umat Islam. Sifat yang ada pada umat Islam adalah ingin memenuhi keperluan nafsu masing-masing.

3. Walaupun bilangan umat Islam ramai namun umpama buih, tiada kekuatan dan kemuliaan. Ditiup angin pecah dan berterbangan, tidak tahan lama menghadapi suasana dan cabaran. Berbeza di zaman Rasulullah dan para sahabat, walaupun bilangan mereka sedikit namun mereka boleh mengalahkan musuh yang ramai.

كَم مِّن فِئَةٖ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةٗ كَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّبِرِينَ ٢٤٩

"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 249)

4. Umat Islam lemah kerana telah dicampakkan kedalam hati mereka sifat al-wahan iaitu kecintaan kepada dunia dan bencikan kematian (mereka hanya berlumba mendapatkan kepentingan keduniaan seolah-olah mereka tidak akan mati).

5. Penyakit al-Wahan berpunca dari kekosongan rohani, mereka hanya mengutamakan hawa nafsu dengan menumpukan kepentingan dunia dan menggunakan pelbagai cara dan tipu daya sehingga hilang nilai akhlak. Yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, fitnah dan dengki terhadap orang lain.

6. Nilai kekuatan umat Islam bukan dari segi bilangan tetapi yang lebih penting adalah dari aspek kualiti, mereka yang menghayati dan beramal dengan ajaran Islam.

Marilah kita berusaha membina kekuatan jati diri serta menunaikan tanggungjawab ukhuwah sesama kita dan saling bertolong bantu memastikan kekuatan Islam dihadapan, bukan kepentingan peribadi.

19hb Dis 2022
24hb Jamadil Awal 1444H
@islamitu_indah
Solat Subuh sebagai Pengukur Iman.. Andai kita ingin tahu kadar keimanan kita pd hari tersebut, lihatlah kecenderungan hati dan perbuatan kita terhadap kewajipan menunaikan perintah ALLAH SWT seawal pagi.

"Cukuplah mengukurnya dengan Solat Subuh, untuk mengetahui apakah dirinya termasuk org yg jujur dalam beriman kpd ALLAH ataupun berdusta. Apakah ia beriman di atas keikhlasan ataukan riya,'' ungkap Syeikh 'Imad.

Org yg kuat imannya.. akan bangkit di awal waktu untuk menunaikan solat Subuh.

Dia juga berusaha menunaikan solat fardhu yang lainnya di awal waktu sepanjang hari.

Seorang lelaki yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di Masjid di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman nya, karena dia telah menang dalam peperangan jihad nya dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan dari berterusan tidur hingga ke kesiangan..

Rasulullah SAW bersabda,

إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik adalah solat ISYA' dan solat SUBUH, kalaulah mereka tahu kelebihan keduanya niscaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam kondisi merangkak." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Mas 'ud ra berkata, "Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya". (HR Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah)

Ibnu Umar ra berkata, "Apabila kami menemukan ada pria yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya". (HR Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.

Moga ALLAH kurniakan kita ketakwaan dan keteguhan iman kpd NYA sepanjang waktu hingga saat ajal kematian menjemput. Aamiin.. Wallahualam Bissawab.

@islamitu_indah
TERSENYUMLAH.....

Biarlah dibenci melakukan kebaikan
daripada disayangi karena melakukan keburukan.

Daripada mengeluh,
lebih baik melahirkan rasa syukur.
Itu mampu membahagiakan.

Menegur jangan sampai menghina ,
mendidik jangan sampai memaki,
meminta jangan sampai memaksa ,
memberi jangan sampai mengungkit.

Doa tidak mampu memperbaiki hati yang hancur
tapi doa mampu mengobatinya menjadi sumber kekuatan dan penenang hati

Setiap yang kita miliki dalam hidup ini,
bukan milik kita....Sampai suatu saat,kita perlu melepaskan ia pergi.

Dan apabila diri tidak merasa apa-apa tatkala berbuat dosa,itu tandanya hati sudah mati.

Allah tidak membebani manusia dengan ujian.
Justru, Allah memperlihatkan kasih sayang-Nya kepada manusia melalui ujian.

Berharap pada manusia kadang-kadang kita selalu kecewa....tetapi berharap kepada Allah yang Maha Satu,
Dia tak pernah kecewakan hamba-hambaNya.

Soleh/solehah itu mahal harganya....Tidak boleh dibeli dengan duit....tetapi berusahalah membaiki diri ke arah kebaikkan.....Hijrahlah kerna lillahi taala

Senyum lah walau hati sedang bersedih....
Senyum lah walau diri tidak dipedulikan....
Mungkin semuanya ada hikmah....
Sabar lah duhai hati...

Hal baik mungkin terasa buruk jika kamu melihatnya dari sisi negatif dan hal buruk mungkin terasa baik jika kamu melihatnya dari sisi positif..

Dalam hidup ini hal terindah bukan hanya kerana kita boleh tersenyum tapi juga melihat orang lain tersenyum bahagia karena kita...

@islamitu_indah
Jangan lelah berusaha menjadi baik, jangan bosan menjadi orang baik dan jangan menyesal telah berbuat baik...Walaupun ada sebagian orang yang tidak menyukaimu atau bahkan membencimu....Biarkan Kerana yang penting allah tidak membenci.. Berusahalah agar senantiasa tetap menjadi baik tak kira dimanapun dan dalam keadaan apapun.. Karena kebaikan akan membuat kita berada di tempat yang baik, dan bertemu yang baik baik...insyaallah aamiin ya rabbal alamin...

@islamitu_indah
*Fahamilah..untuk renungan kita semua..*

Apabila pahala diambil orang....

Untungnya menjadi seorang pendiam..
Berbicara sekadar keperluan..
Bukan mengikut kemahuan..

Akalnya mendahului lidah..
Menapis setiap kalimah..
Walaupun sepatah..
Agar ungkapan itu tidak menambah parah..

Dek mencelanya petah..
Yang bicara tanpa noktah..
Justeru jangan sesekali dilupai..
Andai kelmarin, semalam ataupun tadi..
Ada hati yang kita sakiti..
Dengan sebilah lidah yang lembut ini..
Tajamnya menghiris hingga ke ulu hati..
Impaknya maksimum luar biasa..

Bukan disini tapi disana..
Hutang dosa tertunda perlu ditebus juga..
Tetapi...dengan apa?
Ianya ditebus dengan pahala..
Hulur..hulur dan hulur..
Sampai dosanya luntur..

Puluhan tahun mengumpul pahala..
Tetapi sebutir pun tidak memberi makna..
Pahalanya habis diambil semua..
DihadapanNya menjadi papa kedana...
Kasihan..
Dek kerana tajamnya lidah..

Semoga kita dapat menjaga lidah kita.

Segalanya indah hanya kerana Allah.

- Hamba Allah -

📌Istiqomah Zikir Pagi dan Petang
📌Jangan tinggal Sayyidul Istighfar
📌Jangan tinggal Solat Sunat Fajar
📌Jangan tinggal Solat Sunat Witir

@islamitu_indah
SUDAH KAH KITA BERSYUKUR HARI INI?....

Banyak nikmat yang sudah kita perolehi. Kalau mahu lihat seberapa besar (meskipun tidak akan terhitung) cuba kita ke pantai, kemudian dari laut yang sebegitu luasnya, sebegitu banyak airnya, kita celupkan jari kita. Lalu angkat jari kita, kemudian ada sisa air laut dihujung jari kita, lihatlah hanya walau setitik meskipun dari lautan yang sangat luas, itulah nikmat dunia.

“Demi Allah! Tidaklah dunia itu dibandingkan dengan akhirat, kecuali seperti salah seorang dari kita yang mencelupkan jarinya ke lautan. Maka perhatikanlah jari tersebut kembali membawa apa?” (HR. Muslim)

Kadang-kadang kita terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk merenung takdir Allah....Cuba berhenti sekejap dan lihatlah di mana kita berdiri sekarang....berapa banyak kesusahan yang Allah telah lepaskan kita darinya...yang kita tidak mampu menjangkakan pertolongan itu...lalu kehidupan itu terus berjalan...sehinggalah kita berada di tempat kita sekarang...tidak dapat diluahkan dengan kata-kata betapa teratur dan telitinya perancangan Allah...

Cuba tanya hati sudah bersyukur kah aku hari ini.......

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An Nahl: 18)

@islamitu_indah
MUHASABAH BUAT HATI..

Yang kita dapat,
Tak semestinya kita suka,

Yang kita minta,
Belum tentu yang terbaik buat kita.

Yang terbaik buat kita,
Tidak semestinya Allah suka..

Redha dengan apa yang kita ada,
Kerana itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..

Belajar tawakal dari ujian.
Belajar redha dari ketentuan.
Jangan sombong jangan bermegah.
Semuanya adalah Milik Allah..

@islamitu_indah
SUDAH KAH KITA BERSYUKUR HARI INI?....

Banyak nikmat yang sudah kita perolehi. Kalau mahu lihat seberapa besar (meskipun tidak akan terhitung) cuba kita ke pantai, kemudian dari laut yang sebegitu luasnya, sebegitu banyak airnya, kita celupkan jari kita. Lalu angkat jari kita, kemudian ada sisa air laut dihujung jari kita, lihatlah hanya walau setitik meskipun dari lautan yang sangat luas, itulah nikmat dunia.

“Demi Allah! Tidaklah dunia itu dibandingkan dengan akhirat, kecuali seperti salah seorang dari kita yang mencelupkan jarinya ke lautan. Maka perhatikanlah jari tersebut kembali membawa apa?” (HR. Muslim)

Kadang-kadang kita terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk merenung takdir Allah....Cuba berhenti sekejap dan lihatlah di mana kita berdiri sekarang....berapa banyak kesusahan yang Allah telah lepaskan kita darinya...yang kita tidak mampu menjangkakan pertolongan itu...lalu kehidupan itu terus berjalan...sehinggalah kita berada di tempat kita sekarang...tidak dapat diluahkan dengan kata-kata betapa teratur dan telitinya perancangan Allah...

Cuba tanya hati sudah bersyukur kah aku hari ini.......

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An Nahl: 18)

@islamitu_indah
INGATI ALLAH KETIKA SENANG, ALLAH MENGINGATIMU KETIKA SUSAH

Ingatlah Allah...Pasti Allah mengingatimu...Andainya jiwa resah gelisah....segeralah ingat kepada Allah....Andainya diri ditimpa musibah...ingatlah ia ujian dari Allah...Andainya dikurniakan harta melimpah...sedarlah ia kurniaan Allah....Andainya hati mengingati Allah pasti hidup dilimpahi barakah...

SESUNGGUHNYA SEMUA ADALAH MILIK ALLAH ....

“Ingatlah Allah di waktu engkau dalam keadaan senang, nescaya Dia (Allah) akan mengingatmu di waktu engkau mengalami kesusahan. Dan ketahuilah, bahwa sesungguhnya hal-hal yang luput darimu tidaklah ditakdirkan untukmu, dan hal-hal yang mengenaimu tidaklah ditakdirkan untuk luput darimu. Sesungguhnya pertolongan itu datangnya beserta kesabaran, dan jalan keluar itu datangnya bersama dengan musibah; serta sesungguhnya kesulitan itu pasti diiringi dengan kemudahan.”(HR. Muttafaq ‘Alaih).

Wallahu a’lam.

@islamitu_indah
Kepada siapa aku berharap.?
"Cukup'lah Allah bagi'ku, Tidak ada tuhan selain dari'nya, Hanya kepada-NYA aku bertawakal (QS At-Taubah 26)

Apa'pun rencana'mu hari ini dan esok...
Serahkan'lah harapan'mu hanya pada Allah.
Setelah minta pada'nya bertawakal'lah..

Dan yakin akan hal ini:

"Rencana Allah lebih indah dari rencana'ku, pilihan Allah lebih baik dari pilihan'ku.

Aamin..

@islamitu_indah
#Self_Reminder

Tak perlu berkeluh kesah dgn manusia kerna Allah lebih mengetahui apa yang ada didalam hati mu...bergantung mengadu dan berharaplah hanya kepadanya....kerna manusia hanya menilai dikau dari luaran akan tetapi sekali engkau tercalit kotoran selamanya dipandang hina...akan tetapi allah tak pernah menilai engkau walau engkau terbalut dengan dosa Dia tetap peluk erat diri mu...allahu...lailahailallah...

@islamitu_indah
Tanya pada diri, adakah dalam diri aku ini ada sifat sombong?

Apa yg kita banggakan/sombongkan kalau semua yg ada pada kita HANYA TITIPAN ???.....kesombongan hanya akan merosak hati dan merugikan diri sendiri...Merasa lebih benar itu juga sifat sombong.

"Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika didalam hatinya ada sifat sombong walaupun sebesar biji sawi"

" Orang sombong itu umpama dia berdiri di atas gunung"

Dia melihat orang lain kecil, sedangkan dia tidak sedar orang lain juga melihatnya kecil. "

"Jadilah kamu seperti mata lebah walaupun ditunjukkan akan keburukan seseorang kepada kamu,tetap kamu mencari kebaikannya."

"Janganlah kamu jadi mata lalat walaupun ditunjukkan seribu kebaikan seseorang kepada kamu,kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain."

Jangan jadi sombong.....Kerna sombong adalah sifat utama syaitan....Syaitan pun diusir dari syurga kerana sifat sombong, merasa diri lebih baik dari Adam....Usah merasa diri serba sempurna hingga setiap perkara yang berlaku disalahkan pada orang lain.

Kita tidak sunyi dari melakukan kesilapan....Hanya Allah Yang Maha Sempurna.Jadi adalah lebih baik memohon maaf & muhasabah diri agar kesilapan lalu tidak memakan diri sendiri.

Jauhi Sifat Sombong....Kalau salah, minta maaf.

Bila minta maaf, ia bukan menunjukkan kehinaan, bahkan, itulah lambang kemuliaan. Hakikatnya, lagi kita nak ego dan pertahankan kesalahan(jika memang salah) akan membuatkan orang lagi menyampah dengan kita.

Selalulah doa pada Allah agar di buang sifat sombong dan ego untuk meminta maaf.

Dan, minta maaflah pada Allah. Kita dah banyak sangat buat salah pada Dia.

👉🏻 Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Pada suatu ketika seorang lelaki berjalan dengan pakaian yang membanggakan dirinya serta rambutnya disikat rapi dan berlagak sombong ketika berjalan. Tiba-tiba Allah membenamkannya ke dalam bumi maka dia terus menerus meluncur ke dalam bumi hinggalah hari kiamat.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

👉🏻 Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang² kafir (kufur) itu sama saja bagi mereka, apakah kamu peringatkan mereka atau tidak diberi peringatan kepada mereka,(maka) bagi mereka (sama saja) tidak beriman."
(QS. Al-Baqarah: 6).

👉🏻 "(Maka dari itu) Allah mengunci mati hati mereka dan menutup pendengaran mereka dan penglihatan mereka dan bagi mereka siksaan yang amat pedih."(QS. Al-Baqarah: 7).

👉🏻 Sungguh sama saja bagi mereka, di ingatkan atau tidak tentang kebenaran.Mereka tidak akan menerima dengan berbagai alasan atau dengan diamnya. Entah karna sifat sombong/e g o yang sudah merasa benar.... (sama saja) tidak beriman."(QS. Al-Baqarah: 6).

"(Maka dari itu) Allah mengunci mati hati mereka dan menutup pendengaran mereka dan penglihatan mereka dan bagi mereka siksaan yang amat pedih."
(QS. Al-Baqarah: 7).

" Ya Allah..jauhilah kami dari sifat sombong.
Penuhilah hati kami dengan perasaan takut kepada azabMu ya Allah.Tundukkan hati kami agar terus taat kepadaMu Ya Allah..aamin ".

@islamitu_indah
Zuhud terhadap dunia tidaklah mengurangkan rezeki yang telah ditetapkan untuk kita.

Tamak terhadap dunia pun tidak akan menambah rezeki yang telah ditakdirkan untuk kita.

Berusaha dan bekerjalah dengan cara yang halal dan diredhai ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Jika diberi lebih bersyukur, jika kurang maka bersabarlah.

Alhamdulillah
Muhasabah Diri

@islamitu_indah