Channel dibubarkan
1.1K subscribers
3 photos
1 video
70 links
Sila pindah ke channel @TheDakwahJourney
Download Telegram
Allah SWT is the Originator fo All creations.
He created you from nothing and everything is easy for Him , nothing is impossible !

So do not limit your duas to your own mental and physical limitations , remember who you are making dua to !

@thedakwahstudent๐ŸŒธ๐Ÿƒ
SOAL JAWAB

Bolehkah Orang Ada Hutang Bersedekah

SOALAN:

Jika kita ada mempunyai hutang adakah boleh kita nak bersedekah kepada faqir miskin kerana ada dengar cakap orang yang mengatakan haram kita sedekah kalau ada berhutang dengan orang?

JAWAPAN:

Orang yang ada berhutang dengan seseorang tidak haram yakni harus ia bersedekah. Ulamak hanya mengatakan yang afdhalnya ia tidak bersedekah sehingga selesai ia dari membayar hutang.

Tetapi jika dia bersedekah juga maka tidak haram dengan syarat wang yang dia sedekahkan itu bukan wang yang wajib.

Arti wang yang wajib ialah wang yang dia akan gunakan untuk membayar hutang atau wang yang diperlukan untuk nafaqah orang yang wajib atasnya.

Jika dia bersedekah dengan wang untuk membayar hutang atau wang keperluan memberi nafaqah maka hukumnya adalah haram.

Berkata Syeikh Khatib Syarbini:

ู…ู† ุนู„ูŠู‡ ุฏูŠู† ูŠุณุชุญุจ ุฃู† ู„ุง ูŠุชุตุฏู‚ ุญุชู‰ ูŠุคุฏูŠ ู…ุง ุนู„ูŠู‡. ู‚ู„ุช: ุงู„ุฃุตุญ ุชุญุฑูŠู… ุตุฏู‚ุชู‡ ุจู…ุง ูŠุญุชุงุฌ ุฅู„ูŠู‡ ู„ู†ูู‚ุฉ ู…ู† ุชู„ุฒู…ู‡ ู†ูู‚ุชู‡ ุŒ ุฃูˆ ู„ุฏูŠู† ู„ุง ูŠุฑุฌูˆ ู„ู‡ ูˆูุงุก

Maksudnya: โ€œBarang siapa ada berhutang maka sunat dia tidak bersedekah sehingga dia menjelaskan hutangnya itu. Kataku pendapat yang paling sahih ialah haram ia bersedekah dengan harta yang berhajat ia kepadanya seperti nafaqah orang yang wajib atasnya atau harta untuk bayar hutang yang tidak ada harta yang lain untuk membayar.โ€ [Kitab Mughni Al-Muhtaj]

Kesimpulannya orang yang berhutang boleh bersedekah tetapi bukan dengan harta untuk membayar hutang dan nafaqah anak isterinya.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Hidup itu tidak rumit ,
kita yang buat rumit.

Hidup itu punya peraturan ,
Tinggal untuk kita ikut ,
In Shaa Allah akan tenang

Hidup itu punya tujuan ,
Tujuannya 'simpan bekalan'
untuk dibawa ke sana ,

Gambaran kita hidup di atas
sana adalah bagaimana kita
hidup di dunia

Fikirkan dulu.
Muhasabah

@thedakwahstudent๐ŸŒธ๐Ÿƒ
SOAL JAWAB

Ucap Taqabbalallahu Lepas Doa

SOALAN:

Apakah boleh kita ucapkan taqabbalallah selepas imam selesai berdoa kerana biasa kita dengar imam-imam di masjid dan surau mengucapkannya dan apakah maksudnya?

JAWAPAN:

Maksud ucapan ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ atau ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ialah semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu semua.

Ia adalah suatu lafaz yang mengandungi makna doa yang membawa maksud mengharap yakni selepas berdoa kita sangat mengharapkan agar Allah menerima segala amal dan doa kita.

Berkata Imam Nawawi:

ุงูŽู†ูŽู‘ ุงู’ู„ู…ูุตูŽุง ูุญูŽุฉ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ุตูŽู‘ู„ุงุฉ ูˆูŽุฏูุนูŽุงุก ุงู„ู…ูุณู’ู„ูู…ู ู„ุขุฎููŠู’ู‡ู ุงู’ู„ู…ูุณู’ู„ูู…ู ุจูุฃู†ู’ ูŠูŽู‘ุชู‚ุจูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ ู…ูู†ู‡ู ุตูŽู„ุงุชู‡ู ุจูู‚ูˆู’ู„ูู‡ู (ุชู‚ุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡) ู„ุงูŽ ูŠูŽุฎูู‰ ู…ูŽุง ูููŠู’ู‡ูู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฎูŽูŠู’ุฑู ูƒูŽุจููŠู’ุฑู ูˆูŽุฒููŠูŽุงุฏูŽุฉู ุชูŽุนูŽุงุฑููู ูˆูŽุชุฃู„ููู ูˆูŽุณูŽุจูŽุจ ู„ูุฑูุจูŽุทู ุงู„ู‚ู„ูˆู’ุจู ูˆูŽุงูุธู‡ูŽุงุฑ ู„ู„ู’ูˆูŽุญู’ุฏูŽุฉู ูˆูŽุงู„ุชุฑูŽุงุจูุทู ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู’ู„ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู†ู’.

Maksudnya: โ€œBahawasanya berjabat tangan selepas solat dan berdoa kepada saudara seagamanya dengan bahawa agar Allah menerima darinya akan solatnya dengan ucapannya ุชู‚ุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ itu tiada sunyi pada keduanya dari kebaikkan yang banyak dan mendekatkan lagi serta menambah mesra antara keduanya dan menambatkan bagi hati dan menunjukkan persamaan dan hubungan sesama Muslim." [Kitab Mirqatul Mafatih]

Kesimpulannya ucapan ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ atau ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… adalah harus diucapkan selesai dari imam membaca doa sebagaimana dalam soalan.

Dan harus juga mengucapkan ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ setiap kali mahu memulai atau selesai melakukan kerja amal ibadah dan kebajikan kerana mengharap Allah menerimanya.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Seperti langit ,
hidup ini juga sering bertukar warna.
Tak selamanya memberi warna yang kita suka .
Kadang ia perlu menjadi kelam
kelabu hitam .

Namun di setiap warnanya
punyai keajaiban untuk kita nikmati atau pelajari.

Selama mana kita percaya yang
mewarnai hidup ini adalah Pelukis yang paling Bijaksana , setiap warna warnanya akan membuat hidup ini lebih lengkap dan sempurna โœจ

Jika kamu bisa menikmati warna langit.
Mengapa kamu tidak juga menikmati hidupmu sedangkan ia diwarnai oleh Tuhan yang sama ?

-mustaqim.jiwa-

@thedakwahstudent๐ŸŒธ๐Ÿƒ
SOAL JAWAB

Facebook: Hukum Menggunakannya

SOALAN:

Apakah hukum syarak berkenaan penggunna media sosial yang bernama facebook kerana ramai umat Islam yang menggunakannya.

JAWAPAN:

Berkata Mufti Jordan:

" ุงู„ููŠุณ ุจูˆูƒ " ูˆุบูŠุฑู‡ ู…ู† ู…ูˆุงู‚ุน ุงู„ุงุชุตุงู„ ู…ูˆุถูˆุนูŒ ู…ุญุงูŠุฏุŒ ุจู…ุนู†ู‰: ุฃู† ุงู„ุญูƒู… ุงู„ุดุฑุนูŠ ู„ุงุณุชุนู…ุงู„ู‡ ุชุงุจุน ู„ุตูุฉ ู‡ุฐุง ุงู„ุงุณุชุนู…ุงู„:
ูุฅู† ุงุณุชุนู…ู„ ููŠ ุงู„ู…ุญุงุฏุซุงุช ุงู„ู…ุจุงุญุฉุŒ ูˆููŠ ู†ุดุฑ ุงู„ุฎูŠุฑ ูˆุงู„ุฏุนูˆุฉุŒ ูˆุงู„ุงุทู„ุงุน ุนู„ู‰ ุงู„ุฃุฎุจุงุฑุŒ ูˆุงู„ู…ุดุงุฑูƒุงุช ุงู„ุญูˆุงุฑูŠุฉ ุงู„ู†ุงูุนุฉ: ูู‡ูˆ ุฌุงุฆุฒ ูˆู„ุง ุญุฑุฌ ููŠู‡ุŒ ุจู„ ุงู„ู…ุณู„ู… ู…ุทุงู„ุจ ุจุงุณุชุบู„ุงู„ ูƒู„ ุงู„ูˆุณุงุฆู„ ุงู„ู†ุงูุนุฉ ู„ู†ุดุฑ ุงู„ุฎูŠุฑ ูˆุชู†ู…ูŠุฉ ุงู„ุฐุงุช.
ุฃู…ุง ุฅุฐุง ุงุณุชุนู…ู„ ููŠ ุงู„ู…ุญุงุฏุซุงุช ุงู„ู…ุญุฑู…ุฉุŒ ูˆู„ุบุฑุถ ุงู„ูุณุงุฏ ูˆุงู„ุฅูุณุงุฏ: ููŠุญุฑู… ุญูŠู†ุฆุฐ. ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู….

Maksudnya: โ€œFacebook dan selainnya dari segala alat perhubungan awam dengan makna bahawasanya hukum syarak menggunakannya adalah mengikut bagi cara ia digunakan. Maka jika digunakan untuk menceritakan perkara yang harus dan menyebarkan kebaikkan dan dakwah dan melihat segala hal ehwal yang berlaku dan berkongsikan perbicangan yang bermunafaat maka hukumnya adalah harus tiada salah padanya. Bahkan orang Islam dituntut untuk menggunakan segala alat perantaraan yang berguna ini bagi tujuan menyebarkan kebaikkan dan memajukan diri.

Ada pun penggunaanya pada segala cerita yang diharamkan dan kerana tujuan yang rosak dan merosakkan orang lain maka haram ia pada ketika itu.โ€ [Darul Ifta Jordan]

Kesimpulannya penggunaan facebook adalah bergantung kepada seseorang yang menggunakannya. Jika digunakannya untuk berkongsi perkara kebaikkan seperti ayat Quran dan Hadis dan majlis ilmu dan nasihat berguna dan seumpamanya maka hukumnya adalah harus bahkan baginya ganjaran pahala kerana melakukan perkara yang baik yang disuruh oleh agama.

Sebaliknya jika dia berkongsi perkara maksiat seperti dusta dan mencarut dan maki hamun dan fitnah atau disiarkan gambar yang haram melihatnya seperti aurat dan perkara yang mengaibkan dan yang seumpamanya maka hukumnya adalah haram dan berdosa orang yang menggunakannya.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Di riwayatkan bahwasannya seorang ahli hikmah di tanya
Bagaimana engkau mengetahui bahwasanya saudara mu mencintai mu karena ALLAH SWT ?

Maka beliau menjawab
dia merasakan apa yang menjadi kesusahan ku ,
selalu menanyakan keadaan ku
Berusaha menutupi segala kekurangan ku ,
selalu me maafkan kesalahan ku

Dan selalu mengingatkan ku untuk selalu mengingat Tuhan ALLAH SWT..

Lalu dia bertanya lagi... bagaimana caramu membalas segala kebaikan nya kepada mu... ?

Beliau menjawab...
aku selalu mendoakan nya
tanpa dia ketahui โœจ

@thedakwahstudent๐ŸŒธ๐Ÿƒ
SOAL JAWAB

Solat Jenazah Dua Kali

SOALAN:

Adakah boleh disisi syarak kita solat ke atas jenazah yang sama beberapa kali?

JAWAPAN:

Bermula hukum mengulangi solat jenazah bagi orang yang sudah solat itu ada perselisihan pendapat dikalangan ulamak mazhab.

Tersebut pada kitab Al-Mughni Ibnu Qudamah:

ุฅุนุงุฏุฉ ุตู„ุงุฉ ุงู„ุฌู†ุงุฒุฉ ู…ู† ุทุฑู ู…ู† ู‚ุฏ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุนู„ูŠู‡ ูˆุฃุฑุงุฏ ุฅุนุงุฏุฉ ุงู„ุตู„ุงุฉ ู…ุฑุฉ ุฃุฎุฑู‰ุ› ูุงู„ุฌู…ู‡ูˆุฑ ุนู„ู‰ ุนุฏู… ู…ุดุฑูˆุนูŠุฉ ุฐู„ูƒุŒ ูˆู‡ูˆ ู‚ูˆู„ ุงู„ุญู†ููŠุฉ ูˆุงู„ู…ุงู„ูƒูŠุฉ ูˆุงู„ุฑุงุฌุญ ุนู†ุฏ ุงู„ุดุงูุนูŠุฉ ูˆุงู„ุญู†ุงุจู„ุฉุ› ูˆุญุฌุชู‡ู… ุนุฏู… ูˆุฑูˆุฏ ุฐู„ูƒ ู…ู† ูุนู„ ุงู„ู†ุจูŠ๏ทบ ูˆูุนู„ ุงู„ุตุญุงุจุฉุŒ ูˆู„ุฃู† ุตู„ุงุฉ ุงู„ุฌู†ุงุฒุฉ ุนู†ุฏุฆุฐ ุชูƒูˆู† ู†ุงูู„ุฉ ูˆุงู„ุชู†ูู„ ุจุตู„ุงุฉ ุงู„ุฌู†ุงุฒุฉ ุบูŠุฑ ู…ุดุฑูˆุน. ูˆุฐู‡ุจ ุงู„ุธุงู‡ุฑูŠุฉ ุฅู„ู‰ ู…ุดุฑูˆุนูŠุฉ ุฐู„ูƒ ูˆู‡ูˆ ุงู„ู‚ูˆู„ ุงู„ู…ุฑุฌูˆุญ ุนู†ุฏ ุงู„ุดุงูุนูŠุฉ ูˆุงู„ุญู†ุงุจู„ุฉ

Maksudnya: โ€œBermula ulangi solat jenazah dari pihak orang yang sudah solat atasnya itu mahu solat ia sekali lagi maka jumhur ulamak berpendapat ianya tidak disyariatkan. Ialah pendapat mazhab Hanafi dan Maliki dan dan pendapat yang kuat dalam mazhab Syafie dan Hanbali.

Bermula hujjah jumhur ulamak ini ialah tiada datang perbuatan Nabi SAW dan para sahabat r.a. dan dari kerana solat jenazah pada ketika itu hanyalah bertaraf sunat maka solat sunat tidak disyariatkan atas jenazah.

Dan berjalan olih Az-Zahiriyah kepada disyariatkan akan yang demikian itu. Dan ialah pendapat yang tidak kuat dalam mazhab Syafie dan Hanbali.โ€ Tersebut dalam kitab Fathul Muin:

ูˆู„ุง ูŠู†ุฏุจ ู„ู…ู† ุตู„ุงู‡ุง ูˆู„ูˆ ู…ู†ูุฑุฏุง ุฅุนุงุฏุชู‡ุง ู…ุน ุฌู…ุงุนุฉ ูุฅู† ุฃุนุงุฏู‡ุง ูˆู‚ุนุช ู†ูู„ุง

Maksudnya: โ€œDan tidak disunatkan bagi orang yang telah solat jenazah sekalipun sendirian mengulanginya secara berjemaah. Maka jika dia ulangi solat jenazah nescaya jatuhlah solat nya itu sebagai sunat.โ€ Kesimpulannya tidak disunatkan mengulangi solat jenazah bagi siapa yang telah pun mengerjakannya.

Jika diulanginya juga solatkan jenazah itu kali yang kedua maka perbuatannya itu tidak haram dan sah solatnya itu.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Ilham dan segala bentuk kebajikan itu lebih cepat berlalu daripada awan yang sedang bergerak .

Waktu yang berlalu tidak sekali-kali kembali kepadamu melainkan kesan dan hukumannya sahaja .

Maka pilihlah untuk dirimu sesuatu yang memberikan pulangan terbaik untuk dirimu kerana hasilnya pasti akan kamu rasai โœจ

Demikianlah umur kita , ianya dianggap bermanfaat seandainya digunakan kerana Allah s.w.t. dan untuk Allah s.w.t. semata-mata ..

โ€“ Syaikh Al-'Allamah Abdul Fattah Abu Ghuddah

@thedakwahstudent๐ŸŒธ๐Ÿƒ
SOAL JAWAB

Solat Pakai Sarung Tangan

SOALAN:

Saya ingin bertanya 2 soalan.

Pertama sekarang musim wabak covid jadi ramai yang pakai sarung tangan jadi kalau kita solat tanpa membuka sarung tangan apakah hukumnya solat kita itu?

Kedua apa hukumnya solat orang yang memakai seluar tiga suku separas lutut sebab masa dia sujud seluarnya terangkat sampai nampak lutut?

JAWAPAN:

Ketika mengerjakan solat disunatkan kita tidak menutup kedua tapak tangan kita samada dengan memasukkannya ke dalam baju atau memakai sarung tangan.

Tetapi jika dipakainya juga sarung tangan ketika solat maka solatnya itu adalah sah.

Begitu juga dengan lutut iaitu sah solat jika terbuka lutut kerana lutut tidak termasuk aurat tetapi sempadan bagi aurat yang berada di atas lutut. Ulamak memakruhkan solat dalam keadaan nampak lutut kerana hampir terbuka auratnya walau pun solatnya itu sah.

Berkata Syeikh Al-Syarqawi:

ูˆ ูŠุณู† ูƒุดู ุงู„ูŠุฏูŠู† ูˆุงู„ุฑุฌู„ูŠู† ูˆ ูŠูƒุฑู‡ ูƒุดู ุงู„ุฑูƒุจุชูŠู†

Maksudnya: โ€œDisunatkan membuka dua tapak tangannya dan kedua tapak kakinya (dalam solat) dan dimakruhkan membuka kedua lututnya.โ€ [Hasyiah Syarqawi โ€˜ala Tahrir]

Dan tersebut pada kitab Kasyifat As-Saja:

ูˆูŠุณู† ูƒุดู ุงู„ูƒููŠู† ููŠ ุญู‚ ุงู„ุฐูƒุฑ ูˆุบูŠุฑู‡

Maksudnya: โ€œDan disunatkan terbuka dua tapak tangannya pada lelaki dan lainnya.โ€ [Kitab Kasyifatu As-Saja Syarah Safinatu An-Naja]

Berkata Syeikh Al-Bajuri:

ูˆ ูŠูƒุฑู‡ ูƒุดู ุงู„ุฑูƒุจุชูŠู† ู…ุง ุนุฏุง ู…ุง ูŠุฌุจ ุณุชุฑู‡ ู…ู†ู‡ู…ุง ู…ุน ุงู„ุนูˆุฑุฉ

Maksudnya: โ€œDan dimakruhkan membuka dua lutut selain barang yang wajib tutup dari keduanya serta aurat.โ€ [Hasyiah Al-Bajuri]

Kesimpulannya sunat tidak menutup kedua tapak tangan di dalam solat samada dengan memakai sarung tangan atau lainnya. Dan setengah fuqahak memakruhkan menutup dua tapak tangan dalam solat dengan sengaja.

Siapa yang terpaksa memakai sarung tangan didalam solat kerana memelihara dari wabak maka hukumnya adalah harus.

Makruh memaki pakaian yang menampakkan lutut di dalam solat sekalipun solatnya itu sah.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
SOAL JAWAB

Haid Datang Awal

SOALAN:

Biasanya saya bersih lebih kurang 24 hari dalam sebulan tapi kali ini baru 18 hari ada pula datang darah. Adakah darah itu haid? Macamana dengan mandi dan solat?

JAWAPAN:

Berkata Syeikh Syarwani:

ูˆุจู…ุฌุฑุฏ ุฑุคูŠุฉ ุงู„ุฏู… ู„ุฒู…ู† ุฅู…ูƒุงู† ุงู„ุญูŠุถ ูŠุฌุจ ุงู„ุชุฒุงู… ุฃุญูƒุงู…ู‡ ุŒ ุซู… ุฅู† ุงู†ู‚ุทุน ู‚ุจู„ ูŠูˆู… ูˆู„ูŠู„ุฉ ุจุงู† ุฃู† ู„ุง ุดูŠุก ูุชู‚ุถูŠ ุตู„ุงุฉ ุฐู„ูƒ ุงู„ุฒู…ู† ูˆุฅู„ุง ุจุงู† ุฃู†ู‡ ุญูŠุถ

Maksudnya: ''Semata-mata melihat darah bagi masa yang berkemungkinan haid maka hendaklah memakai hukum orang sedang haid (iaitu menahan dari mengerjakan solat) kemudian apabila berhenti darah sebelum sampai sehari semalam maka hendaklah diqadha akan solat yang ditinggalkan sebelumnya. Dan jika sampai darah itu sehari semalam maka nyatalah dia sedang haidh.โ€ [Kitab Hasyiah Syarwani โ€˜ala At-Tuhfah]

Perlu diketahui masa suci antara dua haid tidak boleh kurang dari 15 hari.
Jika datang darah yang kedua selepas suci sekurangnya 15 hari maka puan hendaklah menahan dari solat kerana memakai hukum perempuan yang sedang haid.

Jika darah puan yang keluar pada hari ke 18 itu sampai sehari semalam maka nyatalah ia adalah darah haid maka puan tidak wajib qadha solat yang ditinggalkan itu kerana memang sedang dalam haid.

Jika darah tersebut tidak sampai sehari semalam maka ia bukan darah haid dan puan tidak dihukumkan mengalami haid. Sekelian solat yang ditinggalakn itu wajib diqadha.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Kita sering tertarik dengan manusia lain yang kita anggap lebih sempurna .

Sedangkan kita semua adalah sama ;
kumpulan tanah yang diberikan
nyawa ...

Jadi bersyukur lah dengan apa Tuhan berikan buat kita โœจ

Percayalah bahawa
kita adalah mahakarya Nya.

-mustaqim.jiwa-

@thedakwahstudent๐ŸŒธ๐Ÿƒ
Why do we think itโ€™s okay to belittle others ?

Why do we assume our words are harmless ?

Why do we not acknowledge the hurt that our actions have on people ?

The Prophet (peace be upon him) reminded us to give good words to others ,
and to hold our tongues if we have nothing beneficial to say

Keep to these principles your whole life โ™ฅ๏ธ

@thedakwahstudent๐ŸŒธ๐Ÿƒ
SOAL JAWAB

Makan Ikan Tanpa Dibuang Najis

SOALAN:

Apakah halal memakan ikan masin seperti ikan yang dijeruk tanpa membuang isi perutnya yang ada najis didalamnya?

JAWAPAN:

Haram hukumnya memakan ikan tanpa dibersihkan terlebih dulu najis yang ada dalam perutnya dan darahnya.

Akan tetapi jika ikan itu kecil seperti ikan bilis maka tidak haram dimakan tanpa membersihkannya terlebih dulu dari kerana sukar membersihkanya sebab kecilnya.

Tersebut pada kitab Al-Fatawa Al-Kubra:

ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุญูู„ูู‘ ุฃูŽูƒู’ู„ู ุณูŽู…ูŽูƒู ู…ูู„ู’ุญู ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูู†ู’ุฒูŽุนู’ ู…ูŽุง ูููŠู’ ุฌูŽูˆู’ููู‡ู ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ูููŠ ุฃูŽูƒู’ู„ู ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽูƒูŽุฉู ูƒูู„ูู‘ู‡ูŽุง ู…ูŽุนูŽ ู…ูŽุง ูููŠู’ ุฌูŽูˆู’ููู‡ูŽุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุฌูŽุงุณูŽุฉู

Maksudnya: โ€œDan tidak halal memakan ikan masin yang tidak dibuang najis yang ada dalam perutnya kerana sungguhnya pada memakan ikan semua sekali bersama isi perutnya itu adalah najis.โ€

Dan tersebut pada kitab Ghayatul Talkhis:

ู…ุณุฃู„ุฉ : ุฑูˆุซ ุงู„ุณู…ูƒ ู†ุฌุณุŒ ูˆูŠุฌูˆุฒ ุฃูƒู„ ุตุบุงุฑู‡ ู‚ุจู„ ุดู‚ู‘ ุฌูˆูู‡ุŒ ูˆูŠุนูู‰ ุนู† ุฑูˆุซ ุชุนุณุฑ ุชู†ู‚ูŠุชู‡ ูˆุฅุฎุฑุงุฌู‡ุŒ ู„ูƒู† ูŠูƒุฑู‡ ูƒู…ุง ููŠ ุงู„ุฑูˆุถุฉุŒ ูˆูŠุคุฎุฐ ู…ู†ู‡ ุฃู†ู‡ ู„ุง ูŠุฌูˆุฒ ุฃูƒู„ ูƒุจุงุฑู‡ ู‚ุจู„ ุฅุฎุฑุงุฌ ุฑูˆุซู‡ ู„ุนุฏู… ุงู„ู…ุดู‚ุฉ ููŠ ุฐู„ูƒ

Maksudnya: โ€œMasalah kotoran ikan itu adalah najis. Dan harus memakan ikan yang kecil sebelum disiang akan perutnya dan dimaafkan kotorannya kerana sukar membersihkannya dan mengeluarkannya akan tetapi makruh ia seperti yang tersebut pada kitab Ar-Raudhah.

Dan diambil pengertian daripadanya sungguhnya tidak halal memakan ikan yang besar sebelum membersihkan isi perutnya kerana tidak sukar yang demikian itu.โ€ [Bughah Musrtassyidin]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
Dua is an act of worship ,
one of the greatest act of
worship , because it affirms that Allah is the Rabb ,

the Perfection of His Names and Attributes.

When you make dua , you are affirming that you are an abd (servant) , humbling yourself
before Him , acknowledging your weakness and His greatness , your neediness and His generosity !

And the more you show your servitude to Allah , the more Allah shows you His Mercy and Generosity.

The more you show your need of Him , the more He gives you.

The more you show your weakness and acknowledge His greatness , the more your dua will be answered !

- Dunia Suhaib -

@thedakwahstudent๐ŸŒธ๐Ÿƒ
SOAL JAWAB

Makan Ikan Tanpa Dibuang Najis

SOALAN:

Apakah halal memakan ikan masin seperti ikan yang dijeruk tanpa membuang isi perutnya yang ada najis didalamnya?

JAWAPAN:

Haram hukumnya memakan ikan tanpa dibersihkan terlebih dulu najis yang ada dalam perutnya dan darahnya.

Akan tetapi jika ikan itu kecil seperti ikan bilis maka tidak haram dimakan tanpa membersihkannya terlebih dulu dari kerana sukar membersihkanya sebab kecilnya.

Tersebut pada kitab Al-Fatawa Al-Kubra:

ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุญูู„ูู‘ ุฃูŽูƒู’ู„ู ุณูŽู…ูŽูƒู ู…ูู„ู’ุญู ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูู†ู’ุฒูŽุนู’ ู…ูŽุง ูููŠู’ ุฌูŽูˆู’ููู‡ู ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ูููŠ ุฃูŽูƒู’ู„ู ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽูƒูŽุฉู ูƒูู„ูู‘ู‡ูŽุง ู…ูŽุนูŽ ู…ูŽุง ูููŠู’ ุฌูŽูˆู’ููู‡ูŽุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุฌูŽุงุณูŽุฉู

Maksudnya: โ€œDan tidak halal memakan ikan masin yang tidak dibuang najis yang ada dalam perutnya kerana sungguhnya pada memakan ikan semua sekali bersama isi perutnya itu adalah najis.โ€

Dan tersebut pada kitab Ghayatul Talkhis:

ู…ุณุฃู„ุฉ : ุฑูˆุซ ุงู„ุณู…ูƒ ู†ุฌุณุŒ ูˆูŠุฌูˆุฒ ุฃูƒู„ ุตุบุงุฑู‡ ู‚ุจู„ ุดู‚ู‘ ุฌูˆูู‡ุŒ ูˆูŠุนูู‰ ุนู† ุฑูˆุซ ุชุนุณุฑ ุชู†ู‚ูŠุชู‡ ูˆุฅุฎุฑุงุฌู‡ุŒ ู„ูƒู† ูŠูƒุฑู‡ ูƒู…ุง ููŠ ุงู„ุฑูˆุถุฉุŒ ูˆูŠุคุฎุฐ ู…ู†ู‡ ุฃู†ู‡ ู„ุง ูŠุฌูˆุฒ ุฃูƒู„ ูƒุจุงุฑู‡ ู‚ุจู„ ุฅุฎุฑุงุฌ ุฑูˆุซู‡ ู„ุนุฏู… ุงู„ู…ุดู‚ุฉ ููŠ ุฐู„ูƒ

Maksudnya: โ€œMasalah kotoran ikan itu adalah najis. Dan harus memakan ikan yang kecil sebelum disiang akan perutnya dan dimaafkan kotorannya kerana sukar membersihkannya dan mengeluarkannya akan tetapi makruh ia seperti yang tersebut pada kitab Ar-Raudhah.

Dan diambil pengertian daripadanya sungguhnya tidak halal memakan ikan yang besar sebelum membersihkan isi perutnya kerana tidak sukar yang demikian itu.โ€ [Bughah Musrtassyidin]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
SOAL JAWAB

Ambil Buah Di Jalanan Tanah Kerajaan

SOALAN:

Saya nak tanya berkenaan pokok yang ditanam oleh kerajaan ditepi-tepi jalan kalau ada berbuah boleh tidak kita ambil buahnya?

JAWAPAN:

Pokok-pokok berbuah yang ditanam oleh pihak kerajaan ada dua bahagian iaitu yang memang ditanam untuk diambil hasilnya oleh kerajaan seperti yang ditanam dipusat-pusat penyelidikan tanaman atau di kebun-kebun milik kerajaan contohnya maka tidak boleh diambil oleh orang awam.

Bahagian yang kedua ialah pokok yang ditanam di tepi-tepi jalan maka hukum mengambilnya ada padanya perincian.

Jika pihak kerajaan tidak mengambil buahnya atau memberi izin kepada orang awam mengambilnya maka harus diambil oleh orang awam.

Dan jika kerajaan ada melarang diambil buahnya maka tidak boleh diambil melainkan dengan izin.

Ada pun pokok yang tidak ada tuannya yang tumbuh ditanah kerajaan seperti tumbuh melata ditepi jalan atau ditepi sungai dalam tanah milik kerajaan maka hukum mengambilnya adalah harus.

Berkata Syeikh Jamal:

ูŠุฌูˆุฒ ุงู„ุชู‚ุงุท ุงู„ุณู†ุงุจู„ ูˆู‚ุช ุงู„ุญุตุงุฏ ุงู† ุนู„ู… ุงุนุฑุงุถ ุงู„ู…ุงู„ูƒ ุนู†ู‡ุง ุงูˆ ุฑุถุงู‡ ุจุฃุฎุฐู‡ุง ูˆ ุงู„ุง ูู„ุง

Maksudnya: โ€œHarus mengambil buah pada pokok yang di tanam dijalanan ketika berbuah jika diketahui pemiliknya tidak memperdulikannya atau redha pemiliknya dengan diambil. Dan jika tidak tahu pemiliknya itu redha atau tidak maka tidak boleh mengambilnya.โ€ [Kitab Hasyiah Jamal]

Dan berkata Syeikh Qalyubi:

ูŠุฌูˆุฒ ุงู„ุชู‚ุงุท ุงู„ุณู†ุงุจู„ ู„ู„ุชู…ู„ูƒ ุงู† ุงุนุฑุถ ู…ุงู„ูƒู‡ุง ุนู†ู‡ุง ุงูˆ ุนู„ู… ุฑุถุงู‡

Maksudnya: โ€œHarus mengambil buah yang tumbuh di jalanan untuk dibawa pulang jika pemiliknya berpaling daripadanya atau yang mengambil itu tahu pemiliknya redha buah itu diambil.โ€ [Hasyiah Qalyubi Wa โ€˜Umairah]

Kesimpulannya

Harus orang awam mengambil buah dari pokok yang ditanam pihak kerajaaan di kawasan terbuka seperti di tepi-tepi jalan jika pihak kerajaan memang membenarkan ia diambil oleh orang awam.

Jika tidak tahu adakah pihak kerajaan memberi izin atau tidak tetapi pada kebiasaannya buah itu dibiarkan sahaja jatuh atau sehingga buruk di atas dahan tidak diambil maka harus juga orang awam mengambilnya.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent
No amount of guilt can change the past ,
no amount of worrying can change the future .

Go easy on yourself , for the
outcome of all affairs is determined by Allah's decree .

If something is meant to
go elsewhere , it will never come your way , but if it is yours by destiny , from you it cannot flee

โ€“ Umar Ibn al-Khattab

@thedakwahstudent๐ŸŒธ๐Ÿƒ
"I hope you have the courage to walk away from anything that no longer serves you ,
from anything that fails to inspire your mind .

I hope you have the courage to grow , to change , to do things differently than what is expected of you , to step back and seek out the kinds of things that ignite passion and excitement within your very bones .

But most of all , I hope you have the courage to forgive yourself for all of the times you did not have the courage to believe that you deserved more than the kind of life you were settling for." โ™ฅ๏ธ

- mustaqim.jiwa -

@thedakwahstudent๐ŸŒธ๐Ÿƒ
SOAL JAWAB

Berbual Ketika Usung Jenazah

SOALAN:

Selalu berlaku dalam masyarakat kita ketika jenazah sedang diusung ke kubur setengah dari orang yang mengusungnya atau yang mengikutnya mereka bercakap-cakap sesama mereka.

Saya ingin mengetahui apakah boleh kita bercakap masa usung mayat kekubur?

JAWAPAN:

Antara adab ketika mengusung jenazah ialah diam dan memikirkan tentang kematian dan kehidupan di alam barzakh.

Tetapi jika berzikir dengan suara yang perlahan maka hukumnya adalah harus.

Ada pun berbual atau bercakap-cakap terutama dengan hal dunia adalah makruh lebih-lebih lagi jika dengan suara yang nyaring.

Berkata Imam Syairazi:

ุนู† ู‚ูŠุณ ุงุจู† ุนุจุงุฏ ุจุถู… ุงู„ุนูŠู† ูˆุชุฎููŠู ุงู„ู…ูˆุญุฏุฉ ุงู† ุงู„ุตุญุงุจุฉ ุฑุถู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู… ูƒุงู†ูˆุง ูŠูƒุฑู‡ูˆู† ุฑูุน ุงู„ุตูˆุช ุนู†ุฏ ุงู„ุฌู†ุงุฆุฒ ูˆุนู† ุงู„ุญุณู† ุงู†ู‡ู… ูƒุงู†ูˆุง ูŠุณุชุญุจูˆู† ุฎูุถ ุงู„ุตูˆุช ุนู†ุฏู‡ุง

Maksudnya: "Dari Qais bin 'Ubad sungguhnya sahabat r.a. adalah mereka memakruhkan mengangkat suara ketika bersama jenazah dan daripada Al-Hasan sungguhnya mereka menggalakkan perlahankan suara ketika bersama jenazah.'' [Kitab Al-Muhazzab]

Berkata Syeikh Qalyubi:

ูˆูŠูƒุฑู‡ ุงู„ู„ุบุธ ูู‰ ุงู„ุฌู†ุงุฒุฉ) ูˆุนุจุงุฑุฉ ุงู„ุฑูˆุถุฉ ูู‰ ุงู„ู…ุดู‰ ู…ุนู‡ุง ูˆุงู„ุญุฏูŠุซ ูู‰ ุฃู…ูˆุฑ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุจู„ ุงู„ู…ุณุชุญุจ ุงู„ููƒุฑ ูู‰ ุงู„ู…ูˆุช ูˆู…ุง ุจุนุฏู‡ ูˆูู†ุงุก ุงู„ุฏู†ูŠุง ูˆู†ุญูˆ ุฐู„ูƒ

Maksudnya: โ€œDan dimakruhkan hingar bingar bercakap ketika bersama jenazah dan ibarat dalam kitab Ar-Raudhah dimakruhkan ketika berjalan bersama jenazah bercerita perkara dunia bahkan yang disunatkan ialah berfikir tentang kematian dan alam yang selepasnya dan umpama yang demikian itu.โ€ [Kitab Al-Qalyubi Wa โ€˜Umairah]

Berkata Syeikh Ramli:

ูˆุณูˆุงุก ูƒุงู† ุจุงู„ู‚ุฑุฃุฉ ุฃูˆ ุงู„ุฐูƒุฑ ุฃูˆ ุงู„ุตู„ุงุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ู†ุจู‰

Maksudnya: โ€œDan bersamaan (makruh bersuara nyaring) itu samada membaca Quran atau berzikir atau berselawat atas Nabi SAW.โ€ [An-Nihayah]

Kesimpulannya adab yang elok ketika membawa jenazah ke kubur ialah diam dan memikirkan tentang kematian dan hari akhirat.

Harus orang-orang yang membawa jenazah ke kubur itu berzikir atau berselawat tetapi dengan suara yang perlahan.

Berbual-bual perkara dunia atau membuat bising ketika bersama jenazah adalah perbuatan orang yang jahil yang tidak beradab.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thedakwahstudent