Panggilan Berwarna-Warni, Kesan Sentap Thanos, dan Kemaskini Epik untuk Bot

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Panggilan Berwarna-Warni, Kesan Sentap Thanos, dan Kemaskini Epik untuk Bot

Kemaskini Telegram ke 10 untuk 2023 melakukan penambahbaikan panggilan yang lebih berwarna-warni dan kegunaan bateri yang lebih rendah, kesan wap menghilang baru bila mesej dihapus, kemaskini bot terbesar dalam sejarah Telegram – dan lagi.

Panggilan Dinaiktaraf

Panggilan Telegram membolehkan pengguna bercakap, buka kamera mereka atau kongsi skrin mereka kesemuanya dalam satu tempat. Panggilan adalah dilindungi oleh inkripsi awal-ke-akhir dan tersedia pada setiap platform.

Dalam kemaskini ini, kami telah mereka semula secara keseluruhan, menambah animasi baru dan latar bekang indah berdasarkan pada status panggilan: berdering, aktif atau tamat. Interfes baru memerlukan sumber lebih rendah dari sebelumnya, bermakna ianya memanjang jangka hayat bateri dan berfungsi lebih baik pada peranti lama.

Kami juga telah memperbaiki beratus pepijat dan gangguan interfes – dan menambah baik kepada kualiti panggilan. Lagi penambahbaikan pada hubungan dan kualiti audio akan dilakukan pada 2024.

Kesan Sentap Thanos bila Menghapus Mesej

Pada bulan lepas kami menambah secara percubaan dengan animasi berwap pada iOS untuk mesej auto hapus.

Animasi impresif ini (dan tenaga lebih efisien) kini tersedia pada kedua-dua iOS dan Android dan tertayang bila anda hapus mana-mana mesej.

Kemaskini bot Epik: Reaksi dan Banyak Lagi

Platform bot percuma Telegram membolehkan juruprogram menyepadukan sebarang servis ke dalam ekosistem Telegram – dari bot bual mudah ke aplikasi mini berkuasa tinggi yang boleh mengganti mana-mana laman web.

Kami menamatkan tahun ini dengan kemaskini terbesar untuk Platform Bot dalam sejarah Telegram. Di antara berdozen ciri baru, bot kini boleh beraksi pada mesej dan mengurus reaksi, petikan, dan link, kirim balasan kepada bual lain atau tajuk, dan banyak lagi.

Dengan kemaskini baru, bot juga boleh mendapat informasi tentang pemberian dan tingkat dalam saluran di mana mereka adalah pentadbir.

Juruprogram boleh mencari pertukaran pada Platform Bot dalam log pertukaran epik.

Jika anda berminat dalam membina bot dan aplikasi mini, sila lihat Panduan Bot kami, di mana anda boleh cari info ekstra dan juga tutorial langkah demi langkah untuk mereka yang baru belajar.

Kemaskini ini merangkumi banyak lagi ciri baru, namun kami akan beritahu anda di bulan Januari. Sementara waktu sila panggil rakan anda untuk ucapan tahniah kepada mereka – atau bina bot untuk lakukannya bagi pihak anda. Kita jumpa lagi nanti, di tahun depan!


31 Disember 2023
Pasukan Telegram

Berita Lain