Stori Langsung, Mesej Berulang, Lelongan untuk Hadiah dan Banyak Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Stori Langsung, Mesej Berulang, Lelongan untuk Hadiah dan Banyak Lagi

Dalam kemaskini hari ini, anda boleh memulakan penstriman dengan bual langsung dalam Stori Telegram anda. Kami juga telah menambah mesej berjadual berulang, sistem lelongan untuk hadiah baru yang memastikan pengagihan adil — dan banyak lagi.

Stori Langsung

Setiap pengguna Telegram kini boleh menganjurkan penstriman langsung dalam Stori Telegram untuk berkongsi pengalaman secara langsung.

Sesiapa yang menonton strim boleh menghantar komen sama seperti dalam panggilan grup dan bual video. Untuk menyokong pencipta konten dan menjadikan komen anda lebih menonjol, serlahkan dan semat mesej anda dengan Telegram Star dengan menekan ikon gelembung mesej.

Ikon Star di sudut bawah strim menunjukkan berapa banyak Star yang telah diperolehi hos setakat ini — dan penonton boleh tekan ikon untuk menderma Star tambahan.

Stori Langsung boleh dilancarkan dari akaun pengguna, serta grup dan saluran yang telah membuka kunci untuk menyiarkan Stori melalui tingkat. Stori Langsung menawarkan kawalan privasi yang sama seperti stori biasa: Semua Orang, Kenalan Saya, Rakan Rapat dan Pengguna Terpilih.

Menganjurkan Stori Langsung

Strim dalam stori menyokong kunci RTMP untuk aplikasi luaran seperti OBS dan XSplit — yang membolehkan pencipta konten untuk strim tanpa batas di Telegram dengan tetapan sedia ada.

Untuk mengurus komen atau mengeset harga setiap komen, tekan di penjuru atas semasa penstriman dan pilih 'Tetapan Langsung'. Untuk menjadikan seseorang pengguna sebagai pentadbir bual, berikan mereka kebenaran pentadbir 'Urus Bual Video / Penstriman Langsung' dalam grup atau saluran anda.

Mesej Berulang

Mesej berjadual dan peringatan kini boleh disetkan untuk berulang pada selang masa seperti setiap hari atau dua kali sebulan — untuk mengautomasikan tugasan di tempat kerja atau membina tabiat sihat.

Untuk menjadualkan mesej, tekan dan tahan anak panah 'Kirim' dalam mana-mana bual. Untuk menjadikannya berulang, tekan 'Ulang' dan pilih selang masa pilihan anda.

Lelongan untuk Hadiah Baru

Telegram Hadiah adalah terkumpul unik di mana anda boleh paparkan di status anda, satukan ke dalam koleksi, pindah ke dompet blokchain anda — atau berdagang di Pasaran. Edisi hadiah terhad kadang-kadang habis dijual dalam beberapa saat sahaja.

Untuk pastikan pengagihan yang lebih adil, penerbitan hadiah baru akan berdasarkan pada lelongan — membenarkan pengguna untuk masukkan bida dengan Star untuk hadiah baru dalam beberapa pusingan.

Kedudukan anda dalam lelongan menentukan nombor unik hadiah anda – jadi pembida di atas dalam Pusingan 1 akan terima hadiah #1, tempat kedua akan dapat #2, dan seterusnya.

Pada akhir setiap pusingan, pembida di atas akan menerima hadiah — manakala bidaan yang lebih rendah secara automatik dibawa ke pusingan seterusnya. Setelah semua hadiah diberikan, sebarang bidaan yang tinggal akan dikembalikan secara automatik.

Anda boleh menyertai lebih daripada sekali untuk mendapatkan beberapa hadiah — dan meningkatkan peluang anda dengan menaikkan bidaan anda pada bila-bila masa. Interfes bidaan menunjukkan berapa Star yang anda perlu bida untuk memenangi hadiah dalam pusingan tersebut.

Untuk menyemak imbas hadiah untuk dijual, pergi ke Tetapan > Kirim Hadiah.

Lelongan hadiah menunjukkan sepanduk Lelongan dan mempunyai link t.me/auction berdedikasi. Lelongan seterusnya akan tiba tidak berapa lama lagi, nantikannya!

Reka Bentuk Interfes Baru

Telegram untuk iOS kini mempunyai lebih banyak interfes Gelas Cecair, seperti profil yang direka semula, menu Tetapan yang dikemaskini dan menu lampiran baru — dengan animasi yang canggih dan menjimatkan tenaga.

Begitu juga, Telegram untuk Android mempunyai medan input baru dengan reka bentuk minimalis dan kesan kabur yang menarik ketika anda skrol.


19 November 2025
Pasukan Telegram

Berita Lain

Трансляции в историях, регулярные сообщения, аукционы подарков и многое другое

С сегодняшнего дня в историях можно включить прямую трансляцию с чатом для зрителей. В Telegram также появились регулярные сообщения, система…
19 Nov 2025

Комментарии в групповых звонках, заметки к контактам, возможность предложить день рождения и многое другое

В сегодняшнем обновлении добавлены комментарии и реакции в групповых звонках и видеочатах…
10 Okt 2025

Музыка в профилях, мини-приложение для стикеров, новые профили и многое другое

Начиная с сегодняшнего обновления Вы можете добавлять музыку в свой профиль, выбирать вкладку профиля по умолчанию, устанавливать уникальные…
31 Ogo 2025

Поиск публичных постов, альбомы историй, коллекции подарков и многое другое

С сегодняшнего дня в Telegram можно пользоваться глобальным поиском по публичным постам, объединять истории в альбомы и добавлять подарки…
31 Jul 2025