Balas 2.0, Pratonton Link Boleh Diubah, Warna Nama dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Balas 2.0, Pratonton Link Boleh Diubah, Warna Nama dan Lagi

Kemaskini hari ini membolehkan anda memetik bahagian mesej tertentu bila membalas, kirim balas ke bual lain, menambah format petikan pada mana-mana teks, mengkonfigurasi pratonton link, memilih warna untuk akaun anda, dan banyak lagi.

Revolusi Balas

Telegram merintis pada tahun 2015, buat kali pertamanya membolehkan pengguna cara intuitif untuk menjejaki perbincangan kompleks dalam bual. Setiap aplikasi pemesejan telah menerima pakai standard Telegram – dan hari ini kami terus mendorong batasan yang lebih jauh.

Kini pengguna boleh petik bahagian tertentu mana-mana mesej, membuat respons mereka 100% tepat. Menekan pada petikan memberi fokus ke atas lokasi mesej asal dengan animasi menakjubkan.

Untuk memetik mesej, tekan (di iOS, tekan lama) pada mesej, kemudian tekan lama dan tarik untuk pilih teks dan pilih 'Petik'.

Mulai hari ini, balas juga boleh dikirim ke bual lain – sekiranya anda ingin balas secara peribadi atau pindahkan diskusi ke grup atau saluran berlainan. Menekan balas dari bual lain membuka mesej dalam bual asalnya sekirnya anda dibenarkan untuk mengakses bual tersebut.

Untuk balas dalam bual berlainan, tekan pada bar balas di atas medan input, 'Balas dalam Bual Lain', kemudian pilih ke mana anda ingin mengirimnya.

Pemformatan Petikan

Selain memetik pengguna lain secara langsung, anda boleh menambah pemformatan petikan pada sebarang teks, termasuk beberapa petikan dalam satu balasan.

Pemformatan Petikan

Kami juga telah menambah baik menu konteks untuk menjadikan pilihan pemformatan lebih mudah diakses.

Pratonton Link Boleh Diubah

Pada tahun 2015, Telegram juga merupakan aplikasi pemesejan pertama yang menambah pratonton link terperinci, menunjukkan tajuk, keterangan dan media untuk halaman tersebut.

Kemaskini ini memberi anda kawalan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas pratonton link dalam mesej anda. Anda boleh menukar saiz media, pilih sama ada pratonton muncul di atas atau di bawah mesej anda dan pilih link mana untuk dipratonton jika terdapat beberapa link.

Membuka link menjadi lebih mudah kerana anda kini boleh tekan di mana-mana dalam kawasan pratonton.

Balas, Memajukan dan Aturan Link

Setiap kali anda membalas semasa memajukan mesej, termasuk link dalam balasan atau melakukan ketiga-tiga sekali gus, anda kini boleh mengakses semua aturan menggunakan tab baru dalam menu.

Premium Warna Akaun

Dengan Telegram Premium, anda boleh menyesuaikan akaun anda lebih canggih daripada sebelumnya dengan memilih warna atau gabungan warna untuk akaun anda.

Ini akan menukarkan warna nama anda dalam semua grup, mana-mana link yang anda kirim, dan juga balasan kepada mesej anda.

Selain itu, anda boleh memilih ikon yang akan digunakan sebagai corak, mencipta latar belakang unik di belakang mesej anda apabila orang lain memetik atau membalas kepada anda.

Untuk mengeset warna akaun pada Android, pergi ke Aturan > Aturan Bual > Tukar Warna Nama. Pada iOS, pergi ke Aturan > Penampilan > Warna Nama Anda.

Aturan ini juga tersedia untuk saluran yang telah ditingkat ke Tahap 5 atau lebih.

Menambahbaik Stori

Stori kini membolehkan anda kedepan pantas dan main semula video – hanya dengan tekan lama pada skrin dan kemudian leret ke kanan atau kiri.

Untuk swafoto yang lebih baik dan cerah, anda boleh menggunakan flasy depan – dengan aturan fleksibel untuk kehangatan dan intensiti.

Untuk menukar kehangatan dan intensiti flasy, tekan lama ikon ⚡ bila menggunakan kamera depan untuk stori.

Membuka stori buat kali pertama akan mempamirkan tutorial pantas, meliputi gerak isyarat pelayaran mereka.

Itu sahaja untuk kali ini. Kami akan Menghubungi Majukan (Linking Foward) ke Balasan anda sementara kami sedang mengusahakan kemaskini seterusnya.


28 Oktober 2023
Pasukan Telegram

Berita Lain

제휴 프로그램, AI 기반 스티커 검색, 콜라주 등

오늘, 우리는 텔레그램의 콘텐츠 제작자와 미니 앱 개발자를 위한 흥미로운 소식을 전합니다. 제작자는 이제 자신의 노력을 수익화하고 별을 얻을 수 있는 간단한 방법을 가지게 되었으며, 미니 앱 개발자는 새로운 사용자를 유치할 수 있는 강력한 도구를 얻게 됩니다. 또한, 텔레그램 사용자는 이제 AI를 사용하여 스티커를 찾고…
4 Dis 2024

미니 앱 2.0: 전체 화면 모드, 홈 화면 아이콘, 지리적 위치 및 10가지 추가 기능

오늘 우리는 미니 앱 역사상 가장 큰 업데이트를 출시합니다. 미니 앱은 전체 화면 모드, 구독 계획, 홈 화면 바로가기, 선물 보내기, 미디어 공유, 문서 작성, 위치 정보 접근, 모션 트래커, 이모지 상태 설정 등을 지원합니다.
17 Nov 2024

개선된 비디오 및 그 외 다수

오늘 업데이트에서는 영상의 더 빠른 로딩, 더 나은 품질 및 새로운 속도 제어 기능, 마지막 편집 타임스탬프, 보낸 메시지에 미디어 첨부, 미니 앱의 증가된 제한, 개발자를 위한 새로운 수익화 옵션 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Okt 2024

선물, 검증 플랫폼 및 기타

사용자들은 이제 친구들에게 선물을 보낼 수 있습니다: 선물의 수신자는 자신의 프로필 페이지에 선물을 표시하거나 별로 전환할 수 있습니다. 추가로, 텔레그램은 기업들이 고객의 전화번호를 인증할 수 있는 플랫폼을 출시했습니다: 이 새로운 인증 플랫폼은 사용자가 텔레그램을 통해 코드를 받아 전화번호를 쉽게 확인할 수 있게 하며…
5 Okt 2024