Saluran Serupa, Pos Semula Stori, dan 9 Ciri Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Saluran Serupa, Pos Semula Stori, dan 9 Lagi Ciri

Kemaskini hari ini membolehkan anda mencari saluran yang serupa dengan saluran yang anda ikuti, mengepos semula stori dari rakan dan saluran, dan menambah mesej video pada stori. Kami juga menambah warna profil, kertas dinding untuk kedua-dua belah pihak, statistik stori dan reaksi tersuai untuk saluran, transkripsi suara untuk semua pengguna dan *banyak lagi .

Saluran Serupa

Beratus-ratus juta pengguna melanggani saluran Telegram untuk mengikuti berita terkini, kandungan dan gambar kucing enam jari yang dijana Artifisal Inteligen (AI).

Untuk membantu memudahkan penemuan saluran, apabila anda menyertai saluran, anda kini akan melihat senarai saluran awam yang serupa.

Hanya saluran awam muncul dalam senarai, mereka dipilih secara automatik berdasarkan persamaan dalam basis pelanggan mereka.

Anda juga boleh mengakses Saluran Serupa dari profil saluran.

Mengepos Semula Stori

Anda boleh mengepos semula stori dari rakan dan saluran kegemaran anda ke laman anda, meningkatkan penonton mereka dalam hanya dua tekanan.

Mengepos semula stori membolehkan anda menambah konten tambahan seperti teks, audio atau komen video – seiring dengan aturan keterlihatan yang berasingan untuk pos semula anda.

Untuk mengepos semula stori, tekan anak panah kongsi dan pilih Pos Semula Stori – untuk melindungi privasi, hanya stori yang kelihatan bagi 'Semua pengguna' boleh dipos semula.

Mesej Video pada Stori

Bila mengepos stori, anda kini boleh menambah mesej video untuk memberi komentar atau sekadar bermuka-muka. Mesej video boleh disaiz semula dan digerakkan ke mana-mana bahagian, serta sepanjang paksi masa untuk mula atau tamat pada mana-mana bingkai. Kemungkinan kreatif tiada hadnya — dari memberikan latar belakang ke foto ke mencipta perbualan video dengan diri sendiri sebagai watak yang berbeza.

Mesej Video pada Stori

Stori yang anda pos semula juga menyokong mesej video – supaya anda boleh berkongsi pendapat anda tentang tajuk bertren atau menyertai barisan pencipta yang mengepos semula antara satu sama lain.

Untuk merakam mesej video, tekan lama ikon kamera dalam editor stori. Tekan lama pada trek video di bahagian bawah skrin untuk mengawal kelantangan.

Premium: Warna Profil

Kemaskini terakhir kami membenarkan pengguna Premium memilih warna untuk nama mereka, link yang mereka kirim dan balasan mesej mereka.

Mulai hari ini, Telegram Premium turut membenarkan anda memilih kombinasi warna unik dengan logo (seperti ini atau ini) untuk profil anda bagi menyerlahkan laman tersebut.

Untuk menyesuaikan mesej atau profil anda, pergi ke Aturan > Aturan Bual > Tukar Warna Nama pada Android. Pada iOS pula, ia berada di bawah Aturan > Penampilan > Warna Nama.

Premium: Kertas Dinding untuk Kedua Pihak

Sesiapa sahaja boleh mengeset kertas dinding tersuai untuk bual peribadi – menjadikan setiap perbualan lebih ekspresif dengan tema berbeza dan foto kegemaran anda.

Kini, pengguna Premium boleh mengesetkan kertas dinding untuk kedua-dua belah pihak, menggunakan penampilan yang sama untuk anda dan rakan bual anda.

Untuk mengesetkan kertas dinding tersuai dalam mana-mana bual 1 dengan 1, tekan untuk membuka profil pengguna, kemudian pilih ⋮ / ⋯ > Tukar Kertas Dinding.

Suara-ke-Teks untuk Semua Orang

Sejak 2022, pengguna Premium telah dapat mentranskrip mesej suara dan video – membantu mereka melihat dengan cepat apa yang dikatakan atau menterjemah audio dalam bahasa yang berbeza.

Dengan kemaskini ini, semua pengguna boleh menukar sehingga 2 mesej seminggu ke dalam teks – hanya tekan Ikon →A untuk mencubanya.

Nota: Ciri ini akan dilancarkan secara beransur-ansur dan mungkin tidak tersedia ke seluruh tempat dalam masa terdekat.

Telegram Premium masih membenarkan penukaran suara-ke-teks tanpa had.

Statistik Stori untuk Saluran

Saluran yang dapat pos stori kini boleh lihat statistik untuk paparan stori, perkongsian dan memberi reaksi – dengan graf terperinci untuk menjejaki jangkauan dan prestasinya.

Statistik Stori - Saluran

Statistik stori boleh dilihat dengan menekan ⋮/⋯ ketika menonton stori anda, atau dalam Info Saluran > ⋮/⋯ > Statistik.

Statistik saluran, tingkat dan aturan pemberian adalah lebih mudah dicapai melalui Info Saluran > Sunting > Statistik dan Tingkat.

Reaksi Tersuai untuk Saluran

Pentadbir saluran mempunyai interfes baru untuk menguruskan reaksi – di mana mereka boleh menambah atau mengeluarkan emoji tertentu.

Selain dari reaksi standard, saluran juga boleh menambah emoji tersuai – mendapat 1 reaksi tersuai untuk setiap tahap yang mereka punyai.

Reaksi Tersuai - Saluran

Statistik saluran kini menunjukkan graf sentimen reaksi, berdasarkan emoji yang digunakan untuk memberi reaksi terhadap pos. Ia menjejaki positif dan negatif untuk persamaan emosi 👍 / 🔥 dan 👎 / 💩, dan yang 'lain' untuk pilihan yang lebih samar seperti 🦆, 🧞‍♂️ atau 🪃.

Serlahkan Kod dalam Mesej

Terima kasih kepada pemenang peraduan pengekodan terbaru, semua apl Telegram kini dapat mengesan bahasa pengekodan dan menyerlahkan sintax yang digunakan dalam mesej yang dihantar dengan ```pengformatan kod``` – jadi anda akhirnya dapat melihat perbezaan antara Java dan C#. 😉

Serlahkan Kod

Penambahbaikan untuk Tajuk

Dalam grup dengan Tajuk didayakan, apl anda akan menyimpan kegemaran paparan anda sama ada Lihat sebagai Mesej atau Lihat sebagai Topik apabila anda membuka grup semula.

Tajuk Lebih Baik

Kesan Sentap Thanos (Thanos Snap) pada iOS

Mesej dipadamkan secara automatik pada iOS mempunyai animasi hebat apabila pemasanya tamat tempoh – tontonnya apabila mesej itu terhapus menjadi sejuta piksel sebelum hilang selama-lamanya.

Anda boleh mendayakan pemasa auto padam untuk mesej dalam bual peribadi, atau merentas seluruh akaun. Cara terpantas untuk melihat animasi baru beraksi ialah dengan mengesetkan pemasa musnah sendiri dengan kadar pendek dalam Bual Rahsia.

Itu sahaja untuk hari ini. Kami akan terus mengusahakan kemaskini serupa yang penuh dengan ciri untuk diterokai.


30 November 2023
Pasukan Telegram

Berita Lain

제휴 프로그램, AI 기반 스티커 검색, 콜라주 등

오늘, 우리는 텔레그램의 콘텐츠 제작자와 미니 앱 개발자를 위한 흥미로운 소식을 전합니다. 제작자는 이제 자신의 노력을 수익화하고 별을 얻을 수 있는 간단한 방법을 가지게 되었으며, 미니 앱 개발자는 새로운 사용자를 유치할 수 있는 강력한 도구를 얻게 됩니다. 또한, 텔레그램 사용자는 이제 AI를 사용하여 스티커를 찾고…
4 Dis 2024

미니 앱 2.0: 전체 화면 모드, 홈 화면 아이콘, 지리적 위치 및 10가지 추가 기능

오늘 우리는 미니 앱 역사상 가장 큰 업데이트를 출시합니다. 미니 앱은 전체 화면 모드, 구독 계획, 홈 화면 바로가기, 선물 보내기, 미디어 공유, 문서 작성, 위치 정보 접근, 모션 트래커, 이모지 상태 설정 등을 지원합니다.
17 Nov 2024

개선된 비디오 및 그 외 다수

오늘 업데이트에서는 영상의 더 빠른 로딩, 더 나은 품질 및 새로운 속도 제어 기능, 마지막 편집 타임스탬프, 보낸 메시지에 미디어 첨부, 미니 앱의 증가된 제한, 개발자를 위한 새로운 수익화 옵션 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Okt 2024

선물, 검증 플랫폼 및 기타

사용자들은 이제 친구들에게 선물을 보낼 수 있습니다: 선물의 수신자는 자신의 프로필 페이지에 선물을 표시하거나 별로 전환할 수 있습니다. 추가로, 텔레그램은 기업들이 고객의 전화번호를 인증할 수 있는 플랫폼을 출시했습니다: 이 새로운 인증 플랫폼은 사용자가 텔레그램을 통해 코드를 받아 전화번호를 쉽게 확인할 수 있게 하며…
5 Okt 2024