Stori dan 10 Tahun Telegram

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Stori dan 10 Tahun Telegram

Hari ini, Telegram meraikan hari jadinya yang ke-10 – dengan kemaskini terbesar yang pernah kami laksanakan. Sepanjang dekad yang lalu kami telah membina beratus-ratus ciri baru yang kini digunakan oleh lebih 800 juta orang. Dalam kemaskini ini, kami melancarkan Stori – dengan mod kamera dwi yang unik, aturan privasi terperinci, opsyen tempoh yang fleksibel dan banyak lagi.

🚀 September 2023: Saluran Telegram juga boleh pos stori, terima kasih kepada sistem tingkat baru. Baca lagi »

Telegram Stori

Stori membolehkan anda berkongsi detik dengan cepat dan melihat lebih banyak daripada rakan anda – dan ia kini tersedia di Telegram.

Ini merupakan ciri yang paling diminta dalam sejarah Telegram – dan kami telah meluangkan beberapa bulan untuk berinovasi dan memperhalusi format. Telegram Stori mempunyai semua perkara yang anda jangkakan – dan banyak lagi yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini.

Stori dipaparkan dalam seksyen boleh dikembangkan di bahagian atas skrin anda – jadi anda masih boleh melihat sepenuhnya senarai bual dan folder anda.

Apabila menonton stori, anda boleh tekan dengan cepat untuk berkongsi, membalas secara peribadi atau memberi reaksi – tekan ♥️ untuk tindakan pantas atau tekan lama untuk guna beratus lagi reaksi.

Pada paras asal, anda akan melihat stori daripada semua kenalan anda di laman utama anda – dan anda boleh sembunyikan stori daripada kenalan tertentu, dan menghantarnya ke bual diarkib anda.

Mod Dwi Kamera

Untuk merakam pemandangan dari setiap sudut, stori boleh mengambil foto atau video dengan kedua-dua kamera depan dan belakang peranti anda secara serentak – membolehkan anda memilih kamera yang hendak digunakan, walaupun semasa merakam.

Stiker, Lokasi dan Kapsyen

Stori menggunakan editor media Telegram yang canggih – membolehkan anda menambah teks, lukisan, stiker atau menanda lokasi anda. Untuk lebih banyak konteks, stori menyokong kapsyen – di mana anda boleh sertakan keterangan teks yang lebih panjang, tag nama rakan atau tambah link.

Anda boleh tambah pelbagai imej dari galeri anda - atau guna cari untuk mencari GIF dan gambar dari web.

Aturan Privasi Terperinci

Apabila mengepos stori, anda boleh pilih daripada 4 aturan privasi: Semua orang, Kenalan Saya, Rakan Karib dan Kenalan Terpilih. Setiap pilihan boleh disesuaikan sepenuhnya, membolehkan anda merangkumi atau mengecualikan mana-mana pengguna.

Anda juga boleh memilih senarai pengguna yang tidak dibenarkan melihat stori anda – supaya bos atau nenek anda tidak akan mengetahui tentang kesukaan anih anda yang belum diketahui mereka. 😉

Aturan Privasi Terperinci

Untuk memastikan cerita lebih berperibadi, anda boleh nyahdaya petikan skrin untuk menghalang penonton daripada menyimpan atau berkongsinya.

Stori di Profil

Stori boleh bertahan mengikut pilihan anda 6, 12, 24 atau 48 jam. Anda juga boleh pos ke profil anda, disusun dalam grid cantik — di mana kedua-dua kenalan lama dan baru boleh melihat gelendong sorotan anda seberapa lama yang anda ingin.

Kini bila anda bertemu orang di Telegram, anda akan nampak detik kehidupan mereka yang menarik – bukan hanya beberapa foto profil.

Setiap stori yang anda pos ke profil anda mempunyai aturan privasi yang berasingan – jadi anda sentiasa boleh mengawal stori yang boleh ditonton oleh orang tertentu.

Menyunting Stori

Buat kali pertama dalam sejarah media sosial, anda boleh mengemaskini sebarang elemen stori anda pada bila-bila masa – menukar keterlihatan, kapsyen, stiker atau apa-apa jua – tanpa perlu menghapus dan mengeposnya semula dari awal.

Untuk sunting stori anda, bukanya di peranti yang anda guna untuk pos dan tekan ⋮ atau ⋯ > Sunting Stori.

Statistik Tontonan Terperinci

Apabila pengguna membuka stori, mereka muncul dalam senarai penonton yang boleh dilihat oleh pencipta stori – seperti senarai dibaca.

Selepas anda pos stori, anda boleh membukanya untuk melihat senarai – yang anda boleh tapis untuk menunjukkan hanya kenalan anda dan menyusun mengikut ditonton terbaru dahulu atau reaksi dahulu. Jika anda ingin menyemak sama ada pengguna tertentu telah menontonnya, taipkan nama mereka dalam bar carian.

Statistik Tontonan Terperinci

Untuk kerahsiaan lebih lanjut, pengguna Premium boleh mendayakan Mod Ghaib – memadamkan paparan mereka daripada mana-mana stori yang mereka buka dalam tempoh 5 minit yang lalu dan menyembunyikan apa yang mereka lihat selama 25 minit seterusnya.

…dan Lagi

Untuk melihat semua ciri stori yang tidak dapat dimuatkan dalam blog ini, sila lihat panduan terperinci Telegram Stori.

Jutaan terima kasih kepada semua untuk 10 tahun yang hebat, sila lihat amanat CEO kami sempena perayaan ulang tahun kami 🎂

Dalam masa yang sama, kami telahpun mula melakukan kemaskini ciri seterusnya, sementara kek ada di tangan.


14 Ogos 2023
Pasukan Telegram

Berita Lain

스타 메시지, 고정된 선물, 검증 플랫폼 2.0 및 기타

오늘 업데이트는 콘텐츠 제작자와 공인이 프라이버시를 더 잘 제어할 수 있도록 하면서 그들의 인기를 수익화할 수 있는 새로운 방법을 제공합니다. 이제 수신 메시지를 필터링하고, 마음의 평화를 보호하며, Telegram Stars를 획득할 수 있습니다. 이 모든 것을 하면서도 청중과의 연결을 유지할 수 있습니다.
7 Mac 2025

AI 기반 스티커 검색, 개선된 동영상 및 기타 기능

오늘 업데이트에서는 AI로 수백만 개의 스티커를 검색하고, 현재 시간에 비디오 링크를 복사하고, 비디오의 커버 사진을 설정하고, 채널에서 유사한 봇을 탐색하면서 별로 반응할 수 있습니다 -- 그리고 더 많은 기능이 추가되었습니다.
12 Feb 2025

수집 가능한 선물 착용, 선물을 블록체인으로 이동, 채널로 선물 보내기 등

오늘 업데이트에서는 수집 가능한 선물을 이모지 상태로 착용할 수 있는 기능, 선물을 블록체인으로 이동하는 기능, 채널에 선물을 보내는 기능 등 6가지 새로운 기능이 Telegram에 추가되었습니다.
24 Jan 2025

수집 가능한 선물, 메시지 검색 필터 및 기타

오늘 우리는 2025년의 첫 번째 업데이트를 출시합니다. 이 업데이트에는 다른 사용자에게 전송하거나 다시 보낼 수 있는 수집 가능한 선물, 채팅 이벤트에 반응을 보낼 수 있는 기능, 메시지 검색 필터, 앱 내 QR 코드 스캐너 등 다양한 기능이 포함되어 있습니다.
1 Jan 2025