Panggilan Grup Ekstra Selamat, Akaun Automatik, dan Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Panggilan Grup Ekstra-Selamat, Akaun Automatik, dan Lagi

Kemaskini hari ini memperkenalkan panggilan grup yang ekstra selamat dan mudah diguna. Kami juga melancarkan peningkatan besar yang membolehkan automasi penuh untuk akaun Telegram Bisnes, pilihan baru untuk hadiah pengguna, cara yang lebih mudah untuk merayu sekatan akaun — dan banyak lagi.

Panggilan Grup Selamat dan Mudah

Telegram pertama kali memperkenalkan panggilan grup pada tahun 2021, membawa bual video berkuasa tinggi untuk grup dan strim langsung bagi saluran.

Kini, anda boleh memulakan panggilan muktamar yang disulitkan awal ke akhir tanpa membuat bual grup — sesuai untuk mesyuarat spontan dengan rakan sekerja atau berhubung dengan rakan dan keluarga.

Dengan panggilan grup yang dinaik taraf, anda boleh:

  • Tambah sehingga 200 pengguna dengan serta-merta ke mana-mana panggilan aktif
  • Kongsi audio, video, atau skrin anda dengan berpuluh orang
  • Jemput orang lain dengan link panggilan atau kod QR
  • Sahkan penyulitan awal ke akhir dengan cepat menggunakan emoji

Lindungi panggilan anda dengan penyulitan dan keselamatan teragih

Panggilan grup dilindungi dengan penyulitan awal-ke-akhir. Peserta boleh mengesahkan perkara ini dengan membandingkan 4 emoji yang dipaparkan pada skrin mereka — jika semuanya sepadan, panggilan tersebut adalah sepenuhnya selamat.

Selain itu, panggilan grup menggunakan teknologi seperti blokchain untuk memastikan bahawa, tidak seperti dalam aplikasi lain, tiada sesiapa — termasuk Telegram — boleh menyertai secara rahsia sebagai pengintip.

Kami mengalu-alukan penyelidik keselamatan untuk mengkaji dokumentasi terperinci dan kod sumber terbuka yang menggerakkan panggilan grup baru. Selama lebih dari 10 tahun, Telegram telah menawarkan lebih $100,000 (~RM450,000) kepada sesiapa yang boleh memecahkan protokol penyulitan kami — dan setakat ini tiada siapa yang pernah berjaya.

Cara memulakan panggilan grup

  • Dari panggilan sedia ada. Hanya panggil sesiapa sahaja di Telegram, kemudian tekan butang 'Tambah Orang' di sudut kanan atas skrin anda — dan anda sudah bersedia.
  • Dari Tab Panggilan. Buka Tab Panggilan anda (anda mungkin perlu mengaktifkannya melalui Tetapan > Panggilan Terkini), kemudian tekan Panggilan Baru dan pilih sejumlah orang untuk dipanggil.
  • Menggunakan link. Dalam Tab Panggilan, tekan Panggilan Baru, kemudian pilih Link Panggilan Baru.

Anda boleh menghantar link panggilan anda kepada orang lain — walaupun melalui emel atau aplikasi lain — supaya mereka boleh menyertai panggilan apabila mereka bersedia. Ia sesuai untuk menjadualkan panggilan grup lebih awal atau membiarkan rakan menyertai pada masa yang sesuai bagi mereka.

Dari menu link, anda juga boleh menjana kod QR untuk diimbas oleh orang lain. Hanya tekan butang ⋯ dan pilih Dapatkan Kod QR.

Akaun Perniagaan Automatik

Pengguna Telegram Bisnes (Telegram Premium) boleh menambah chatbot pihak ketiga — termasuk yang dikuasakan oleh AI — untuk mengurus mesej secara automatik. Kemaskini ini memperkenalkan lebih daripada 10 ciri baru, membolehkan perniagaan mengautomasikan sepenuhnya mesej, profil, transaksi, dan stori mereka.

Automasi Chatbot

Anda boleh mengawal kebenaran untuk chatbot pihak ketiga menggunakan tetapan yang dipermudahkan seperti 'Urus Mesej' atau 'Urus Profil', dengan togel individu untuk tindakan tertentu — seperti memadam mesej, menyunting foto profil, menyiarkan stori, dan banyak lagi.

Telegram Bisnes disertakan untuk semua pelanggan Premium. Untuk menambah chatbot dan mengurus kebenarannya, pergi ke Tetapan > Telegram Business > Chatbots. Maklumat untuk pembangun chatbot tersedia pada halaman ini.

Dapatkan Lebih Banyak Hadiah dengan Tetapan Baru

Pada bulan Oktober, kami memperkenalkan Hadiah Telegram yang anda boleh hantar dengan Star dan menaik taraf kepada terkumpul, membuka gaya unik dan menjadikannya boleh diperdagangkan di blokchain. Pengguna Telegram sudah bertukar lebih 10 juta hadiah setiap bulan.

Jika anda berminat menghantar dan menerima hadiah, anda boleh menambah butang 'Hadiah' pada medan masuk — untuk anda dan rakan bual anda 😉.

Anda kini juga boleh memilih hadiah mana yang dipaparkan pada profil anda. Sebagai contoh, jika anda mahu hadiah daripada kenalan atau rakan tertentu menjadi kelihatan secara automatik.

Pengguna premium boleh memilih jenis hadiah yang boleh dikirim oleh pengguna lain kepada mereka. Sebagai contoh, akaun popular yang mengaktifkan Mesej Star kini boleh memilih untuk menerima hanya hadiah 'Unik' atau 'Edisi Terhad' — untuk menjadikan peti masuk mereka lebih mudah diurus.

Cara mengurus hadiah anda

Untuk menambah butang 'Hadiah', mengawal hadiah mana yang ditunjukkan pada profil anda atau memilih hadiah mana yang anda terima, pergi ke Tetapan > Privasi Sekuriti > Hadiah.

Anda juga boleh mengurus hadiah satu persatu dengan pergi ke Profil Saya dan beralih ke Tab Hadiah. Menekan hadiah membolehkan anda:

  • Tunjukkan atau sembunyikannya dari profil anda.
  • Sematnya ke bahagian atas senarai hadiah anda.
  • Pakainya untuk mempamerkannya di status anda.
  • Pindahkannya kepada pengguna lain atau dompet blokchain anda.

Untuk menghantar hadiah, buka profil mana-mana pengguna dan tekan butang 'Hantar Hadiah'.

Rayuan Sekatan Akaun dengan Akaun Beku

Terima kasih kepada alat moderasi yang kukuh dan lapuran pengguna, orang yang cuba menghantar mesej skam (penipuan) atau spam di Telegram dikesan dengan cepat dan diharamkan. Walaupun sistem ini mempunyai kadar ralat yang sangat rendah, pengguna kini boleh merayu pengharaman mereka dari dalam Telegram sekiranya berlaku kesilapan.

Dari terus dikeluarkan, pelanggar yang dilarang akan mempunyai akaun beku — di mana mereka tidak boleh menghubungi pengguna lain, tetapi boleh mengemukakan rayuan untuk disemak oleh moderator kami. Jika berjaya, akaun tersebut akan dibuka semula dan sekatan akan ditarik balik.

Apabila pengguna yang tidak dikenali menghantar mesej kepada anda buat kali pertama, anda boleh tekan di bahagian atas bual untuk serta-merta sekat mereka dan lapurkan mesej mereka kepada moderator.

Lakukan Lebih Banyak Perkara Dengan Lebih Cepat Menggunakan Gerakan Baru

Kedua-dua iOS dan Android mempunyai gerakan baru untuk dengan cepat memajukan pos saluran ke Mesej Disimpan anda atau kenalan terkini — hanya dengan satu tekanan. Hanya tahan pada anak panah kongsi, seret jari anda ke bual di mana anda ingin memajukan mesej, dan lepaskan.

Bagi pengguna iOS khususnya, kini terdapat gerakan tambahan untuk menambah stori. Semasa melayari stori terkini di bahagian atas senarai bual, anda boleh leret ke kanan pada senarai stori untuk segera membuka penyunting stori dan membuat pos baru.

Pada iOS, meleret ke kanan pada senarai bual utama juga membuka penyunting stori.

Itu sahaja untuk hari ini. Nikmati ciri-ciri baru ini sementara kami memanggil juruprogram kami untuk membuat lebih banyak lagi.



30 April 2025
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026