Telegram Bisnes

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris

Mulai hari ini, semua pengguna boleh tukar akaun Telegram mereka ke akaun bisnes – dan dapat akses ke ciri bisnes, seperti waktu buka, lokasi, balasan pantas, intro tersuai, sokongan chatbot, dan lagi.

Memperkenalkan Telegram Bisnes

Telegram sudah lama membenarkan juruprogram membina bot berkuasa dan aplikasi mini yang diguna luas oleh bisnes.

Mulai hari ini, mana-mana pengguna boleh dengan mudah guna ciri bisnes – tanpa memerlukan pengetahuan pengekodan.

Waktu dan Lokasi Kerja

Bisnes boleh memapar waktu operasi mereka dan menunjuk lokasi mereka di atas peta.

Pengguna akan tahu di mana untuk mencari anda dan serta merta melihat jika bisnes anda dibuka untuk operasi.

Laman Intro

Bisnes boleh sesuaikan laman intro mereka untuk bual kosong, memilih teks dan stiker yang hanya orang tertentu boleh nampak sebelum mereka mula perbualan.

Ini membolehkan anda mempamir kes info mengenai produk dan servis atau mengalu-alukan pelanggan dengan karya seni berjenama.

Balasan Pantas

Telegram Bisnes membolehkan anda mencipta balasan pantas. Balasan pantas ialah cara pendek untuk mengirim mesej praset yang mungkin mengandungi beberapa mesej dan menyokong pemformatan teks, link, stiker, media, dan fail.

Ini membantu anda mengirim informasi secara pantas yang pelanggan anda perlu – seperti jadual waktu kelas atau menu restoran anda dalam bentuk PDF.

Menaip / dalam bar mesej akan memaparkan panel dengan semua balasan cepat anda – yang anda boleh kirim atau sunting dalam satu tekanan. Ini hanya berfungsi di bual peribadi, bukan di grup.

Mesej Ucapan

Untuk automasi tambahan, anda boleh set mesej ucapan yang akan dikirim kepada pengguna yang menghubungi anda untuk kali pertama. Ini akan memastikan mereka dapat balasan serta merta bersama dengan info penting – atau sekadar ucapan mesra, helo. 👋

Ucapan anda juga boleh mengandungi jawapan kepada soalan lazim atau maklumat lanjut tentang bisnes anda.

Anda boleh tentukan tempoh masa selepas mana mesej baru akan membuatkan ucapan anda akan dikirim semula.

Mesej Di Luar

Anda juga boleh set mesej berada di luar untuk dikirim bila bisnes anda ditutup atau anda sedang bercuti.

Dengan cara ini pelanggan akan sentiasa ketahui bila mereka akan menerima respons dari bisnes anda.

Untuk menghalang mengirim mesej bisnes kepada rakan, famili, atau pekerja, anda boleh hadkan mana-mana mesej automatik untuk mengecualikan bual tertentu atau kesemua kategori bual.

Tag untuk Bual

Dengan Telegram Bisnes atau Premium, anda boleh tambah label berwarna kepada bual, memberi mereka tag unik pada folder bual yang mereka berada di dalamnya

Ini membantu anda dengan pantas untuk membezakan diantara pelanggan dalam senarai bual anda berdasarkan pada status mereka, keperluan, atau tahap kepentingan.

Semua pengguna Telegram boleh cipta folder bual tersuai untuk menyusun bual mereka – menambah tab berasinganke senarai bual untuk Kerja, Sekolah, Berita dan lagi.

Link ke Bual

Bagi lebih memudahkan untuk pelanggan mendampingi bisnes anda, anda boleh cipta link ke bual dengan bisnes anda – seperti butang untuk tempah meja atau pantau pesanan. Bila ditekan, link ini dengan serta merta membuka bual dengan anda dan menampal mesej yang dicadang untuk pengguna.

Anda boleh guna link di dalam dan di luar Telegram – dari link di laman anda ke kod QR pada menu restoran.

Setiap link memaparkan berapa kerap ianya ditekan agar anda boleh memantau prestasinya.

Chatbot untuk Bisnes

Pengguna bisnes boleh hubungi bot Telegram yang akan memproses dan menjawab mesej bagi pihak mereka. Ini membolehkan bisnes untuk menyepadukan tanpa batas mana-mana peralatan dan aliran kerja sedia ada, atau menambah pembantu AI yang mengurus bual mereka.

Bila menambah chatbot, anda boleh konfigur**bual mana** bot boleh akses – seperti mengecualikan semua bual dengan kenalan anda atau hanya bertindak pada bual baru.

Ini membuka era baru untuk Bot Telegram – kami alu-alukan semua juru program untuk cipta servis baru yang akan membantu bisnes menggunakan automasi dan menambah baik komunikasi mereka dengan pengguna Telegram. Sila lihat Manual Bot kami untuk maklumat lanjut.

Telegram akan memperkenalkan ciri baru untuk bisnes dalam kemaskini akan datang. Buat ketika ini, semua ciri Telegram Bisnes tersedia secara percuma untuk pelanggan Premium. Anda boleh gunanya di Aturan > Telegram Bisnes.


31 Mac 2024
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026